You are on page 1of 9

Modul P engajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL

Pengenalan Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diber i peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. PENDEKATAN PEM BELAJA RA N MASTERI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Modul ini mengandungi penerangan tentang Pembelajaran Masteri, cara melaksanakan Pembelajaran Masteri bagi beberapa tajuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 1. 2. Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri. Menerangkan dan melaksanakan langkah Pembelajaran Masteri dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Vis ual

DEFINIS I

OBJEKTIF

Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembela jaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualit i serta berpandukan tahap penguasaan mur id. Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua berjaya menguasai pengetahuan dan kemahir an yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan. i. Hasil pembelajaran per lu ditentukan, dan disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan mengembirakan. Keupayaan dan Pencapaian dinilai semasa aktiviti Pembelajaran. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan. Semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.

DEFINIS I

ii. iii. iv. v. vi.

39

Modul P engajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL

CIRI-CIRI PEM BELAJARAN MASTERI :

vii.

Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.

Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan. Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut :

Unit Pembelajaran 1
Penent uan hasil pembelaj aran Pengajaran & pembelaj aran Penilaian

MODEL PEM BELAJARAN MASTERI

YA
Tindakan susulan akti v iti pengayaan

TIDAK
Murid sudah menguasai ? Tindakan susulan akti viti pemulihan

Unit Pembelajaran 2

Dalam pengajaran dan pembelajaran masteri, beberapa perkara perlu diketahui oleh guru. Antaranya: 1. Kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza 2. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza 3. Kemudahan yang ada 4. Masa yang diperuntukan Dengan mengetahui kebolehan dan keupayaan mur id yang berbeza, guru dapat merancang kaedah pengajaran yang juga berbeza dan berbagai- bagai bagi memudahkan murid menguasai ilmu yang disampaikan. Dengan merujuk kepada kadar penerimaan dan kesanggupan, murid akan dapat menguasai ilmu pada kadar kemampuan mereka. Untuk itu, guru seharusnya mengenali murid mereka. Contoh bagaimana pembelajaran masteri berlaku dalam mata

40

Modul P engajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL

pelajaran Pendidikan Seni Visual: a) Tingkatan Bidang Tajuk Masa Objektif Bahan Sokongan Persediaan Guru :1 : Penghasilan Seni Visual : Lukisan : 80 minit : Menghasilkan bentuk dengan pelbagai garisan. : Pensil dan kertas : Contoh Lukisan dan catan :

Langkah Pembelajaran M asteri

1. Penentuan Hasil Pembelajaran i) Mengenal pasti jenis-jenis garisan ii) Mengetahui dengan menggunakan pelbagai jenis garisan boleh menghasilkan bentuk. 2. Pengajaran dan Pembelajaran Cadangan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
BU TIRAN KEGIATAN Set Induksi HASIL PEMBELAJARAN Apresiasi keindahan alam sekitar. Dapat banding beza warna-warna yang ada di taman. KEMAHIRAN GENERIK/NILAI Menghargai keindahan alam. Berkumunikasi

CONTOH PENGAJARAN DAN PEM BELAJARAN

Murid dibawa melaw ke sebuah at taman yang terdapat di kawasan sekolah. Murid diminta mengenali jenis flora, objek dan warnanya. Aktiv iti 1 Dengan menggunakan tetingkap murid memilih sudut pandangan yang se suai untuk menggambar.

Dapat menghadkan apa y ang henda k dilukis. Contoh tetingkap :

Membuat pemilihan yang tepat

41

Modul P engajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL

Aktiv iti 2 Murid melukis bentuk-bentuk flora dan objek yang ada di taman mengikut pilihan tetingkap.
Guru mengawal aktiviti murid dan mengingatkan masa y ang diperuntukan

Setiap murid akan mendapat sudut pandangan tersendiri . Setiap flora dan objek mempunyai bentuk yang berbeza.

Kebebasan membuat pemilihan

Aktiv iti 3 Murid mewarna mengikut warna flora dan objek. Memahami flora dan objek mempunyai pelbagai warna. Kebolehan membancuh warna. Menikmati keindahan warnawarna flora.

Pemulihan Serta Merta Guru mengenalpasti murid yang belum dapat mencampur warna mengikut ke sesuaian warna flora dan objek. Murid-murid dikumpulkan untuk dibantu. Guru akan membantu murid yang lemah dalam proses mencampur warna.
Warna Daun Hijau gelap Hijau + hitam Biru + kuning + Hitam Hijau biasa Hijau sedia ada Biru + kuning Hijau muda Hijau sedia ada Hijau + kuning Warna bunga Merah Gelap Merah sedia ada Merah + biru + hitam Merah ada Merah sedia Membancuh warna.

Merah Cerah Merah sedia ada

42

Modul P engajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL

Merah + kuning Kuning Kuning sedia ada Kuning + putih Warna Pokok Coklat gelap Coklat sedia ada Coklat + hitam Coklat Coklat sedia ada Coklat cerah Coklat + kuning/putih Coklat hijau Coklat + Hijau.

Aktiv iti 4 Selepas tunjuk cara guru, murid meneruskan aktiviti. Guru menilai kerja murid untuk memastikan hasil pembelajaran tercapai. pemulihan Murid dapat Jika ada yang masih menguasai kadar tidak mencapai tahap campur warna. yang sepatutnya, latihan ulangan hendaklah dilakukan (seperti di atas). pengayaan Murid yang boleh menguasai campuran warna, akan meneruskan aktiviti peringkatan dengan membuat penegasan pada Murid mengetahui konsep perspektif warna Murid berusaha menghasilkan campuran warna
Membancuh warna.

43

Modul P engajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL

warna flora dan objek (perspektif warna dan ruang depan/belakang). Penutup Pameran dan apresiasi.

b) Tingkatan :1 Bidang : Penghasilan Seni Visual Tajuk : Lukisan Masa : 80 minit Objektif : Menghasilkan bentuk dengan pelbagai garisan. Bahan Sokongan: Pensil dan kertas Persediaan Guru: Contoh Lukisan dan catan Langkah Pembelajaran M asteri :

1. Penentuan Hasil Pembelajaran i) Mengenal pasti jenis-jenis garisan ii) Mengetahui dengan menggunakan pelbagai jenis garisan boleh menghasilkan bentuk. 2. Pengajaran dan Pembelajaran Cadangan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
BU TIRAN KEGIA TAN Set Induksi Guru pamerkan contoh lukisan dan catan. Murid diminta memberi refleksi terhadap lukisan dan catan yang dipamerkan. (Cadangan: Lukisan dan catan alam benda) Aktiv iti 1 Guru membuat rumusan hasil perbincangan set induksi dan menerangkan konsep lukisan. Murid dapat membezakan antara lukisan dengan catan. KBKK Murid dapat membuat banding beza lukisan dan catan KBKK HASIL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN GENERIK/NILAI

44

Modul P engajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL

Konsep lukisan Menggunakan bahantara kering pensil, arang, pensil warna, pen kray on , Terdapat pelbagai jenis garisan

Tidak menggunakan sapuan warna

Aktiv iti 2 Guru menunjukcara dengan menggunakan pensil bagi menghasilkan pelbagai jenis garisan.

Murid mengetahui ada pelbagai jenis garisan. Contoh: garisan halus garisan tebal lain-lain

Peka kepada garisan

Aktiv iti 3 Guru menunjukcara bahawa garisan boleh menghasilkan rupa.

Murid memahami rupa geometri dan rupa organik.

rupa geometri

Rupa organik Guru menunjukcara bagaimana rupa boleh menghasilkan struktur Murid memahami cantuman rupa boleh menghasilkan struktur.

Struktur geometri

45

Modul P engajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL

Struktur organik

Aktiv iti 4 Guru menunjukcara bagaimana menghasilkan pelbagai jenis ton dan jalinan dengan menggunakan garisan. T ujuan ton dan jalinan adalah untuk menghasilkan bentuk.

Murid memahami dengan menggunakan garisan dapat menghasilkan ton dan jalinan.

KBKK

contoh ton

contoh jalinan Aktiv iti 5 Guru menunjukcara bagaimana bentuk dapat dihasilkan dengan mengaplikasikan ton/jalinan pada struktur. Guru menerangkan peranan cahaya dalam penghasilan bentuk Murid memahami bentuk terhasil dengan menggunakan ton/jalinan. Murid dapat membezakan ke kuatan ton berdasarkan arah cahaya. membentuk

Peka kepada cahaya

Contoh bentuk dan ke san cahaya

46

Modul P engajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL

Aktiv iti 6 Murid menghasilkan kerja seperti tunjukcara guru. Pemulihan serta merta Guru memantau dan membantu murid yang kurang faham dengan tugasan yang diberi. Pemulihan Guru mengenalpasti murid yang belum mencapai Penentuan Hasil Pembelajaran. Murid dikumpulkan dan tunjukcara diulangi. Pengayaan Murid yang berjaya mencapai Penentuan Hasil Pembelajaran akan meneruskan aktiviti pengayaan dengan melukis beberapa objek yang disediakan oleh guru. Penutup Mempamer dan membuat apresiasi kerja murid. Secara lisan berbincang mengenai garisan, jalinan, rupa, struktur, ton dan bentuk.

Murid dapat menghasilkan kerja seperti yang dikehendaki Murid mendapat peningkatan pemahaman

Secara kumpulan murid mendapat tunjukcara yang se kata.

Kerjasama

Murid dapat meningkatkan lagi kefahaman lukisan dengan melukis obekobjek yang disediakan.

Membuat keputusan

Mengingatkan semula urutan aktiviti yang telah dijalankan

47

You might also like