You are on page 1of 3

UCAPAN SEMPENA SEKOLAH

HARI

KANAK-KANAK

2006

PERINGKAT

1234Bismillah Hir Rahman Nir Rahim Assalamualaikum wr. wb dan salam perpaduan dan salam sejahtera Saudara dan saudari Pengacara Majlis, Yang Berbahagia Datin Asariah binti Mior Shaharuddin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Kementerian Pelajaran Malaysia. Yang Berusaha Cik Hajah Nik Ramas bt. Nik Wan, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Yang Berusaha Encik Mohad Pegawai ................. PPD Bangsar. Sepian bin ............................,

Yang Dihormati Puan Nor Izza bt. Abu Bakar, YDP PIBG SK Seri Hartamas, Kuala Lumpur. Puan Azizah bt. Darus GPK HEM selaku Pengurusi Sambutan Hari Kanak-Kanak SKSH, Encik Abdul Razak b. Ayob GPK T&K, Encik V. Jagatheesan GPK Kokurikulum. Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SKSH, guru-guru, ibu-ibu bapa-bapa, tuantuan, puan-puan dan anak-anak murid yang dikasihi sekelian. Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana sekali lagi kita dapat bersamasama mengadakan Sambutan Perayaan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah bagi tahun 2008. Terima kasih kepada yang Berbahagia Datin Asariah kerana dapat meluangkan masa hadir dan seterusnya merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak SKSH 2008 serta melancarkan Laman web SK Seri Hartamas. Dato-Dato , Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Perayaan hari kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959. Di Malaysia perayaan ini disambut setiap tahun pada mana-mana hari Sabtu bulan Oktober.

Pada dasarnya , Hari Kanak-kanak sedunia mempunyai dua objektif utama iaitu: merupakan penghormatan dan pengiktirafan masyarakat terhadap kanak-kanak dan hak mereka. Menyedarkan setiap golongan masyarakat akan tanggungjawab mereka dalam memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.

Perayaan Hari kanak-kanak merupakan satu mekanisma / cara bagi umat manusia mewujudkan sebuah dunia yang aman dan sejahtera bagi kanak-kanak. Atas kenyataan itu adalah sangat penting supaya segala keperluan rohani dan jasmani mereka seperti kesihatan, makanan, belaian kasih sayang, pendidikan, alam sekeliling yang sihat serta perlindungan daripada segala bentuk bencana dan bahaya dapat disediakan. Ini adalah sejajar dengan Tema Perayaan Hari KanakKanak pada tahun ini Sayangi Kanak-kanak: Pewaris Kegemilangan Negara yang memberi penekanan agar masyarakat terus memberi perhatian dan kasih sayang kepada kanak-kanak yang merupakan aset amat berharga serta bakal pelapis kepimpinan negara. Maka dengan itu, sukalah saya merayu kepada semua ahli keluarga, ibu bapa, guru-guru supaya lebih perihatin ke atas kesejahteraan kanak-kanak supaya masa depan mereka lebih terjamin dalam suasana keluarga yang bahagia dan harmoni dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam proses tumbesaran kanak-kanak kerana mereka adalah masa depan kita. Kepada kanak-kanak sekelian khususnya, saya ingin mengucapkan salam bahagia, salam sejahtera dan salam kasih sayang yang tidak terhingga. Tahniah kepada yang dinobatkan sebagai Tokoh KanakKanak SKSH pada tahun ini. Tahniah juga kepada murid-murid yang berjaya membuat kutipan terbanyak dalam Program Kitar Semula anjuran PIBG SKSH. Semoga anugerah atau pengiktirafan yang diperolehi pada pagi ini akan mendorongkan mereka terus maju dan mempertingkatkan kualiti diri dan sekali gus akan memberi tauladan yang baik bagi kanak-kanak lain untuk bersaing mencapai kejayaan. Disamping itu, saya ingin juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa pengelola dan PIBG SKSH yang diterajui Iron Women Puan Nor Izah yang telah berusaha dengan gigih bagi menjayakan karnival sambutan hari kanak-kanak pada tahun ini.

Terima kasih kepada semua syarikat yang telah menaja dan memberikan sumbangan wang ringgit / barangan bagi menjayakan Karnival Sambutan Hari Kanak-Kanak SKSH 2008. Akhir kata Anak Cina bakar setanggi Bakar dalam periuk kera Kanak-kanak perlu disayangi Agar hidup aman bahagia Sekian, terima kasih.

You might also like