You are on page 1of 23

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

INTERAKSI Tajuk 6

TAMADUN

ASIA

DAN

RELEVANSINYA

DI

MALAYSIA DAN DUNIA

6.1

Sinopsis

Pelajar-pelajar yang dikasihi Terima kasih kerana anda masih meneruskan tumpuan terhadap pembelajaran modul ini. Unit ini akan membincangkan tentang perkara yang berkaitan dengan interaksi Tamadun Asia dan Relevensinya di Malaysia dan Dunia . Antara fokus utama yang akan dibincangkan dalam modul ini ialah berkaitan dengan; 1. Interaksi Tamadun Cina dengan tamadun lain dan relevansinya di Malaysia dan di dunia 2. Interaksi Tamadun India dengan tamadun lain dan relevansinya di Malaysia dan di dunia 3. Interaksi Tamadun India dengan tamadun lain dan relevansinya diMalaysia dan di dunia 6.2 Hasil pembelajaran

Setelah membaca modul ini, pelajar - pelajar akan dapat : i. ii. 6.3 Memahami relevansi tamadun asia dengan Malaysia dan dunia Membanding beza antara pencapaian tamadun Cina, India dan Jepun Kerangka Tajuk

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

INTERAKSI TAMADUN ASIA DAN RELEVANSINYA DI MALAYSIA DAN DUNIA 6.4 Pengenalan

Ilmu ketamadunan sangat penting untuk sebuah negara majmuk seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama. Pada dasarnya, setiap rakyat Malaysia perlu mengetahui dan mengenali prinsip, nilai dan amalan setiap bangsa dan agama yang terdapat di Malaysia secara tepat dan dekat supaya perhubungan dan interaksi antara rakyat Malaysia tidak dipengaruhi atau ditentukan oleh prasangka dan kejahilan yang mudah menimbulkan kecurigaan, ketegangan dan kebencian. Ilmu ketamadunan harus diterapkan di kalangan rakyat Malaysia di peringkat awal lagi. Modul ini akan melihat interaksi yang berlaku di antara tamadun Cina, India dan Jepun serta relevansi dan kaitannya dengan dunia secara amnya dan Malaysia secara khususnya.

6.4.1

Interaksi Tamadun Cina dengan tamadun lain dan relevansinya di Dunia Masyarakat dan budaya Tamadun Cina

Kemunculan Tamadun cina Gambaran mengenai kemunculannya agak kabur kerana hanya berasaskan cerita-cerita mitos dan imaginasi. Sesetengah cendikiawan sejarah berpendapat bahawa sebelum kewujudan era pemerintahan Dinasti, China diperintah oleh lima orang pendeta yang mengasaskan peradaban dan tamadun Cina. Sepanjang perkembangan sejarah negera dan bangsa China, setiap dinasti

bertapak,berkembang dan hancur yang kemudiannya yang lain. i. Dinasti Hsia ( 2697 SM)

digantikan oleh suatu dinasti

Raja terawal dinasti ini ialah Raja Huang Ti dan salah seorang keturunannya iaitu Raja Yu dikatakan menjadi pengasas dinasti ini. Walaupun tanpa bukti yang dan jelas kerana tiada kesan-kesan yang ditemui sebagai bukti namun bagi orang Cina ianya tetap wujud.

ii.

Dinasti Shang (1766-1122 SM)

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Berpusat di Anyang dan bukti kewujudan dinasti ini adalah jelas dengan penemuan alat-alat dan tulang manusia yang banyak di kawasan utara Sungai Kuning di China. iii. Dinasti Chou ( 1122- 256 SM) DInasti ini terbahagi kepada dua iaitu Chou Awal ( 1122-771 SM) yang berpusat di Lembah Wei dan Chou Akhir (771-256 SM) yang berpusat di Loyang. DI zaman dinasti Chou ini bangsa China mencapai zaman keagungannya di bidang ekonomi, politik dan sosial.

iv.

Dinasti Chin ( 256-205 SM) Pusat pentadbirannya berasa di Lembah Wei di bawah pemerintahan Maharaja Shin Hung Ti (221-210S M). Beliau merupakan maharaja Dinasti Chin yang teragung . Beliau memerintah selama 11 tahun dengan

menggunakan sistem kekerasan dan undang-undang yang menekan rakyat DI zaman dinasti Chin inilah Tembok Besar China dibina dengan jarak sejauh 2256 KM untuk menghalang serangan orang-orang Mongol.

v.

Dinasti Han ( 202 SM -221 M) Rajanya yang terkenal ialah Han Wu Ti ( 141-87 SM). Zaman ini merupakan zaman perkembangan kesenian dan kesusasteraan. Ketika ini juga telah wujud jalan darat yang menghubungkan China dengan Asia Barat dan kawasan sekitar Laut Mediterranean dan jalan ini dipanggil Jalan Sutera kerana melalui jalan-jalan inilah sutera-sutera dari China di bawa ke Barat.

vi.

Dinasti Sui ( 589- 618 M) Dinasti ini diasaskan oleh Sui Wen Ti tetapi kezaliman Yuang Ti yang menggantikan Maharaja Sui telah membawa kepada pemberontakan oleh Li Yuen seorang pegawai yang berpengaruh di wilayah Shantung yang menyebabka kejatuhan kerajaan Sui.

vii.

Dinasti Tang ( 618- 907 M) Selain Li Yuen, raja Tang yang terkenal ialah Tang Tai Tsung putera Li Yuen yang meluaskan kekuasaan China hingga ke Parsi dan Laut Kaspian.

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

viii.

Dinasti Sung ( 960-975 M) Di dirikan oleh seorang general yang bernama Chao Hung Yin. Dinasti ini berkuasa selama kira-kira 300 tahun.

ix.

Dinasti Yuan / Mongol ( 1271-1368) Di bawah kepimpinan Kublai Khan, kaum Mongol berjaya mengalahkan dinasti Sung dan mendirikan kerajaan baru. Peking dipilih sebagai pusat pemerintahan dan bermulanya era perhubungan dengan barat.

x.

Dinasti Ming ( 1368-1644) Orang Cina memegang semula tampuk kekuasaan setelah kematian Kublai Khan. Seorang pemimpin bernama Chu Yuan Chang berjaya mengalahkan tentera Mongol .

xi.

Dinasti Ching /Manchu ( 1682-1911) Dinasti ini menjalinkan hubungan dagangan dengan pedagang-pedagang dari barat dengan membenarkan saudagar-saudagar asing singgah di manamana pelabuhan untuk berniaga.

6.4.2 Masyarakat dan budaya Tamadun Cina Masyarakat Cina Seratus tahun yang lalu,setiap orang Cina akan memilih cara hidup dan corak pemikiran yang berasal dari nenek moyang mereka. Dari perkembangan awal sejarah China , orang-orang Cina percaya bahawa mereka adalah bangsa yang lebih cerdik, beradab dan berkebolehan berbanding bangsa - bangsa lain. Orang-orang Cina lebih menghargai hasil minda (pemikiran) daripada perkara perkara yang bersifat material. Mereka memahami faedah yang boleh didapati daripada kemahiran-kemahiran yang menggabungkan beberapa bahan-bahan yang berlainan untuk menghasilkan peralatan yang boleh digunakan untuk menghasilkan barang-barang. Mereka juga amat menghargai kemahiran yang membolehkan manusia hidup bersama-sama dalam keadaan harmoni dan bahagia. Memang benar orang-orang Cina menghargai kekayaan material tetapi mereka hanya menghargai kekayaan jika kekayaan itu boleh memberikan kepuasan dan kenikmatan hidup serta menaikkan status mereka ke tahap yang tinggi dalam masyarakat.

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Budaya Tamadun Cina Terdapat beberapa budaya yang masih di praktikkan sejak beberapa generasi yang lalu.Ianya menjadi sebahagian daripada identiti dan warisan masyarakat Cina sejak turun temurun yang lampau. Setiap budaya, amalan dan adat masyarakat Cina ini

mempunyai pengertian dan pentafsirannya yang tersendiri yang tidak semata-mata melambangkan nilai - nilai yang wujud di dalam masyarakat Cina bahkan merupakan manifestasi terhadap beberapa nilai moral yang menjadi pegangan masyarakat Cina keseluruhannya. Nilai-nilai etika ini penting dalam meneruskan kelangsungan hidup dan keharmonian sesama anggota masyarakat. Amalan,adat dan pantang larang yang di pegang oleh masyarakat Cina lebih bersifat kawalan sosial yang berperanan mengikat anggota-anggota masyarakat agar tidak melakukan perkara - perkara yang menyimpang dari amalan-amalan orang Cina. Sistem Etika dan Orientasi Nilai Sistem keluarga merupakan asas kepada sistem sosial masyarakat China, Terdapat lima hubungan asas dalam tradisi budaya Cina iaitu:

Hubungan antara pemerintah dengan seorang rakyat. Hubungan antara bapa dengan anak lelakinya. Hubungan antara abang dengan adik lelakinya. Hubungan antara suami dengan isterinya. Hubungan antara seorang lelaki dengan kawannya.

Tiga daripada hubungan

tersebut merupakan hubungan antara ahli

keluarga. Dua

hubungan yang lain (hubungan antara pemerintah dengan rakyat dan hubungan antara dua orang kawan lelaki) boleh dikembangkan menjadi suatu bentuk hubungan

kekeluargaan. Ke semua ini dapat dilihat dalam perayaan-perayaan kaum Cina seperti Tahun Baru Cina , Chap Goh Meh, Kuih Bulan dan sebagainya .Ini dapat menjamin keharmonian dalam sebuah keluarga dan masyarakat Nilai-nilai dalam bidang pendidikan Berasarkan kefahaman masyarakat Cina , suatu perancangan pendidikan yang lengkap bukan sahaja mengajar tentang perkara-perkara yang menjadi kewajipan moral tetapi juga tentang konvensi sosial secara lengkap. Oleh itu, seorang yang berpendidikan

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

bukan sahaja bertindak secara bermoral tetapi dia juga merupakan seorang yang beradap dan bersopan. Oleh itu, orang Cina begitu mementingkan adat adat semasa perkahwinan, jenis pertuturan dan lain-lain. Pendidikan harus disebar secara meluas bagi menjamin supaya orang-orang yang menjadi pegawai dan pentadbir adalah mereka yang berpendidikan. Pentadbir sebuah negeri itu mesti dilantik berasaskan kebolehan dan pendidikannya bukan berasaskan keturunan dan kekayaannya. Seseorang yang berjaya mendapatkan pendidikan yang mencukupi dalam hal-hal tentang adat dan moraliti akan bersedia untuk memajukan kebahagiaan rakyat yang diperintahnya. Nilai-nilai sosial Dari aspek sosial pula, setiap perayaan disambut oleh semua anggota masyarakat tanpa mengira tua,muda, keturunan dan jantina. Ini membolehkan semua ahli masyarakat berkumpul dan secara tidak langsung akan mewujudkan perpaduan kelahiran, upacara

sesama ahli keluarga dan masyarakat. Dengan ini permusuhan antara individu dengan individu dan kumpulan dengan kumpulan yang lain dapat dielak dan dihapuskan. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai kesinambungan sistem-sistem sosial masyarakat Cina . Pengaruh-pengaruh luar yang mengganggu gugat sistem sosial ini dapat ditangkis dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan adat resam yang diamalkan sejak turun temurun. Orang Cina tidak dapat melepaskan diri daripada mempraktikkan elemenelemen tradisional dan kepercayaan kuno kerana tanpa ke semua ini orang Cina akan kehilangan identiti dan ciri ciri unik yang ada dalam bangsa dan masyarakat Cina yang telah diwarisi lama dahulu.

a.

Institusi politik dan sistem pemerintahan sesuatu kerajaan ialah untuk

Konfusius mempercayai bahawa fungsi utama

menghasilkan kebahagiaan dan kesejahteraan antara rakyat sesuatu negeri. Tujuan utama ini hanya dapat dicapai jika negeri tersebut dikuasai dan diperintah oleh orangorang yang paling adil dalam negeri tersebut. Tugas pemerintah sesebuah negeri mestilah diberikan kepada orang-orang

berpendidikan tanpa mengira keturunan mereka. Tetapi di zaman Dinasti, raja-raja dan pemerintah-pemerintah mewarisi jawatan mereka secara turun temurun. Manakala

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

seorang menteri mempunyai hak untuk mengkritik dan memberi nasihat yang baik dan berguna kepada pemerintah yang buruk akhlaknya b. Bahasa dan Kesusasteraan

Abad-abad di antara 500-100 S.M. merupakan zaman kegiatan intelektual dan kesusasteraan yang hebat di negara China apabila terbentuknya pemikiran klasik Cina.Semenjak zaman Han, orang orang Cina banyak menumpukan perhatian

kepada pengkajian dan penulisan sejarah dan menyimpan rekod kronologi yang tepat. Dalam tradisi kesusasteraan Cina, bahasa yang digunakan adalah bahasa Cina Klasik (wenyen). Menurut Hu Shih , sejak Dinasti Sung terdapat banyak karya sastera yang hebat yang ditulis dalam bahasa Cina. c. Kesenian dan kaligrafi

Karya-karya seni Cina telah memberikan gambaran tentang nilai-nilai estetika dan beberapa aspek kepercayaan masyarakat Cina. Contohnya fahaman Daoisme mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bentuk-bentuk seni Cina terutama seni catan dan kaligrafi dan ini menentukan sifat-sifat yang dianggap penting dalam kesenian tersebut Dalam catan lanskap Cina tradisional, elemen-elemen yang dilukis untuk mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi pokok-pokok , bukit-bukit dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun ,air sungai dan tasik dan lain-lain lagi. Manusia boleh timbul dalam catan lanskap tersebut tetapi merupakan bentuk-bentuk yang kecil kerana menurut Daoisme, manusia cuma sebagai elemen yang kecil dalam dunia alam semesta yang amat luas dan besar ini. Manakala kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam tulisan kaligrafi atau huruf Cina, diaplikasikan oleh senimanseniman Cina kepada penghasilan gerakan -gerakan berus yang terdapat dalam kaligrafi atau huruf Cina yang terdapat dalam sebuah lukisan ( catan) yang berjaya.

d.

Kesenian Seramik

Seramik dan tembikar juga merupakan seni Cina yang popular dan terkenal kerana kebanyakan tamadun merujuk tembikar sebagai China. Terdapat dua jenis seramik yang menarik sekali dari segi estetikanya iaitu: 1Seramik Seladon ( celadonware) yang berasal dari Dinasti Sung.

2- Tembikar biru-putih ( blue- and white porcelain) yang berasal dari Dinasti Yuan (Mongol) dan Dinasti Ming.

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Seladon ialah suatu istilah yang digunakan untuk menunjukkan seramik yang mempunyai lapisan kaca berwarna biru hijau atau kelabu hijau serta menyerupai batu permata jed. Ianya amat disukai oleh kelas sarjana-pentadbir di negeri China. Batu Jed bagi orang Cina melambangkan kebaikan, keluhuran budi pekerti, kemuliaan dan keindahan. Ia merupakan perhiasan yang paling digemari bukan kerana nilai harganya yang tinggi tetapi dipercayai dapat melanjutkan usia dan membawa kesejahteraan hidup kepada pemakainya. Ia juga dikenali sebagai batu azimat. Tembikar biru-putih ( blue-and - white porcelain) berasal di negeri China pada Dinasti Yuan pada abad ke 13. Ia merupakan tembikar yang sebenar kerana pakar-pakar dari Barat berpendapat bahawa tukang labu Cina menunjukkan kemahiran yang paling tinggi apabila mereka mencipta tembikar (sejenis seramik) yang keras, putih dan juga lutcahaya. Ini merupakan satu revolusi dalam citarasa masyarakat Cina. Perkembangan ilmu sains dan teknologI Ciri tamadun Cina yang paling menonjol ialah kepantasan kemajuan teknologinya . Ini turut diakui oleh beberapa orang pengarang terkenal dari Barat. Antara kemajuan-kemajuan yang dicapai ialah: a. Perpustakaan yang besar telah wujud semenjak zaman berzaman. b. Alat cetak yang boleh bergerak telah direka dalam abad kesebelas, justeru itu lahirlah buku-buku dalam jumlah yang besar. c. Perdagangan dan perindustrian yang digiatkan oleh pembinaan terusan dan desakan penduduk juga mencapai tahap yang tinggi. Kompas bermagnet juga dalah satu lagi ciptaan orang-orang Cina yang digunakan hingga kini. d. Bandar raya China lebih besar daripada kebanyakan bandar-bandar Eropah pada zaman Pertengahan, sementara laluan perdagangannya pula luas.

Pembinaan semula Tembok Besar China dan terusan-terusan mengikut nasihat pihak birokrasi yang dikemukakan kepada Maharaja. Ia dianggap penting demi faedah negara. e. Wang kertas mempercepatkan aliran perniagaan dan pertumbuhan pasaran pada peringkat permulaan. f. Wujud industri besi yang sangat besar di China Utara, menghasilkan kira-kira 125 000 tan setahun kebanyakannya untuk kegunaan kerajaan dan tentera.

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

g. Bangsa China juga barangkali menjadi bangsa yang pertama mencipta serbuk letupan dan meriam yang telah digunakan untuk menggulingkan pemerintahpemerintah Mongol oleh Dinasti Ming pada penghujung abad keempat belas. Dalam tahun 1720, rekod menunjukkan bahawa Dinasti Ming memiliki sebanyak 1350 buah kapal perang, termasuk 400 buah kubu terapung yang besar dan 250 buah kapal yang dibina khas untuk pelayaran jarak jauh. Kekuatan ini termasuk kapal-kapal persendirian yang banyak dan yang mengadakan perdagangan dengan Korea, Jepun, Asia Tenggara bahkan Afrika Timur pada masa itu. Ini memberi hasil kepada kerajaan China yang telah mengenakan cukai terhadap perniagaan laut tersebut. 6.5 Tamadun Cina di Malaysia : Peranan Tamadun Cina Dalam Pembinaan Budaya Masyarakat Malaysia Hubungan antara orang-orang Cina dengan Kerajaan Melayu Melaka telah terjalin di zaman pemerintahan kerajaan Melayu Melaka. Ini bermula dengan kedatangan Laksamana Zheng He dan pengikut-pengikutnya ke Melaka. Mereka membawa bersama dengan mereka barang-barang yang berasal dari China seperti tembikar dan sutera. Pengikut Zheng He telah membina penempatan di Bukit Cina, Perkahwinan antara Sultan Melaka dengan Puteri Hang Li Po telah mengeratkan lagi hubungan ini. Hubungan ini mengalami gangguna dan kemerosotan apabila Melaka ditawan penjajah Portugis pada tahun 1511m. Namun sehingga ke hari ini, masyarakat Cina yang telah diasimilasi dengan budaya dan adat tempatan masih wujud di Melaka dan dipanggil golongan Baba dan Nyonya. Di era penjajahan British di Tanah Melayu, orang-orang Cina dari Tanah Besar Cina telah dibawa masuk secara pesatnya ke Tanah Melayu untuk bekerja sebagai buruh di lombong-lombong bijih timah. Setelah merdeka, berdasarkan kepada beberapa perjanjian sebelum British menganugerahkan kemerdekaan, orang-orang Cina telah mendapat taraf kerakyatan dan menjadi warganegara Malaysia. Dengan itu, budaya dan tamadun bangsa Cina juga telah berkembang di Malaysia. Hari ini masyarakat Cina telah bersama-sama rakyat Malaysia dalam segala aspek pembangunan dan perkembangan negara Malaysia. Masyarakat Cina merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Sebahagian besar masyarakat Cina dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik dengan kaum kaum lain-lain.

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Masyarakat Cina juga turut melibatkan diri dalam bidang pentadbiran kerajaan, politik, pertahanan dan keusahawanan . 6.6 Tamadun India TAMADUN INDIA Pendahuluan Negara India terletak di bahagian Selatan benua Asia. Keluasan negara India ialah 2,354, 175 km persegi. Negara India boleh dibahagikan kepada dua kawasan geografi iaitu: a. India Utara b. India Selatan Kedua-dua kawasan ini mempunyai rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya dan amalan keagamaan yang berbeza.

Latar belakang Perkembangan Tamadun India Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000 s.m. di benua Lumeria di Selatan India. Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. wujud penempatan manusia di kawasan Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India. Sekitar 3,000 s.m. penemuan kesan-kesan tamadun Lembah Indus yang merangkumi kawasan-kawasan

Mohenjodaro di daerah Montgomery. Penemuan arkeologi membuktikan masyarakat di Lembah Indus sudah mencapai tamadun yang tinggi. Tahap Perkembangan Tamadun India a. Zaman Kuno (1500 s.m. 1200 m) Menyaksikan kedatangan orang Aryan dari Asia Tengah dan menguasai beberapa bahagian di India seperti Lembah Ganges-Jamuna-Doab. Penguasaan orang Aryan ini dikenali sebagai zaman Vedile. Zaman ini pula kepada dua zaman iaitu: 1. Vedile Awal (1500 s.m. 100 s.m) 2. Vedile Akhir (1000 s.m. 500 s.m.) Interaksi antara orang Aryan dengan penduduk tempatan melahirkan budaya Indo-Aryan. Pada tahun 321 s.m. muncul pula Dinasti Maurya diasaskan oleh Chandragupta kegemilangan Maurya dalam dan pelbagai dibantu bidang oleh dan anaknya yang Asoka. Mencapai dalam dibahagikan

lebih

penting

10

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

perkembangan agama Buddha dan Jainism. Pada tahun 320-520 s.m. muncul pula Empayar Gupta yang terkenal dengan perkembangan kesusasteraan Hindu dan seni bina kuil. Pada masa ini juga lahir kerajaan-kerajaan kecil seperti Chera, Cola dan Pandhya.

b. Zaman Pertengahan Dikenali sebagai zaman Islam di India. Kemasukan Islam telah melahirkan satu tamadun yang lebih cemeralang. Kerajaan Islam yang terkenal ialah kerajaan Sabaktaqin, Ghori, Khilji dan Mughal.

c. Zaman Penjajahan Barat (mulai 1750) Kuasa Eropah yang paling awal tiba di India ialah Portugis (1498) di bawah Vasco da Gama. Kedatangan mereka kerana kepentingan a. Perdagangan b. Politik c. Agama Krisitian Kuasa Belanda menduduki Pulikat, Masulipatar dan Surat. Kuasa British telah menawan Surat (1612), Madras (1640), Bombay (1655) dan Calcutta (1690). Pengaruh British terus berkembang terutamanya selepas Perang Plassey

(1756). Kedatangan penjajah ini telah membawa masyarakat India menerima pengaruh pemodenan dan budaya barat seperti agama Kristian, bahasa

Inggeris dan cara hidup barat.

UNSUR-UNSUR UTAMA DALAM TAMADUN INDIA Sistem Pemerintahan a. Raja/Ketua Negara Sistem pemerintahan bercorak monarki sejak kerajaan awal sehingga kemasukan British ke India.Pemimpin tertinggi dikenali sebagai Raja, Maharaja, Raja

Darmamaharaja,Maharajathiraja,

Chakravarti,

Rendan,

Arasar,

Mannar.

mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri-menteri. Raja dilantik secara turuntemurun dan jawatan Raja Mahkota adalah bakal raja. Raja biasanya mempunyai

hubungan yang rapat dengan golongan Brahmin. Setiap kerajaan mementingkan angkatan tentera yang kuat unit infantry, unit gajah dan unit kuda.

11

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

b. Pentadbiran Wilayah Sesebuah kerajaan yang besar membahagikan negaranya kepada beberapa wilayah. Wilayah-wilayah ini pula dibahagikan kepada kampong-kampung besar (Kurram) dan paling kecil dinamakan kampong (Kottam) Kedatangan penjajah barat, dasar Europeanisme diperkenalkan. 90% cukai diberikan kepada kerajaan. Sistem Presidensi diperkenalkan di Benggal, Madras dan Bombay. c. Agama i. ii. iii. iv. v. Hindu Buddha Jaina Sikhism Islam

d. Ilmu Sains dan Matematik i. Fizik dan Kimia konsep jirim diperkenalkan. Ala mini terdiri dari 5 elemen iaitu ii. iii. tanah, angin, api, air dan angkasa. Perubatan- perkembangan bidang Fisiologi, pembedahan, seni pernafasan (Yoga), reproduksi manusia, farmakalogi, perubatan binatang. Buku perubatan terkenal ialah Cakara dan Susruta. iv. Matematik menggunakan kaedah tali (Sulvasutra). Menggunakan konsep Geometri dalam upacara-upacara agama. Memperkenalkan sistem

perpuluhan. Karya matematik yang terkenal ialah Bakshali dan Aryabhatiya. v. Astronomi India pelopor bidang astronomi. Unsur matahari, bulan, bintang dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab Rig Veda ada keterangan mengenai lintasan matahari dibahagikan kepada 12 bahagian dan satu bulatan dibahagikan kepada 36 bahagian yang bermaksud 360 hari dalam setahun iaitu 12 bulan. e. Bahasa dan Sastera Masyarakat Indo-Arya (bahagian utara) bahasa Sanskrit. Masyarakat Dravidia ( bahagian selatan) bahasa Tamil. Terdapat dua jenis kesusasteraan

12

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

berdasarkan bahasa Sanskrit dan bahasa Dravidia. Karya-karya epik yang utama ialah Ramayana, Mahabrata dan Buddhacharita.

Tema-tema yang dibincangkan a. Ramayana peperangan antara Rama dan Ravana b. Mahabrata peperangan antara Kaurava dengan Pandara c. Arthasastra aspek-aspek politik, ekonomi, pengurusan, kesejahteraan negara dan ketatanegaraan. Zaman Islam dikenali dengan kesusasteraan Siddha. Karya utama Seera

Purana oleh Umaru Pulacar. Zaman Mughal muncul tokoh-tokoh seperti Abu Fazl, Nizamuddin dan Badauni. Sultan yang mengutamakan kesusasteraan ialah Akhbar, Shah Jehan dan Jahangir.

Senibina Senibina Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta. Kuil-kuil menggunakan ukiran Hindu. Senibina Buddha bermula pada zaman Maurya, Asoka dan Vedik dengan menampilkan struktur stupa Buddha. Seni bina Islam menggabungkan cirri-ciri Parsi dan tempatan. Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Ghazni menyaksikan pembinaan masjid Quwait Al-Islam di Delhi yang menggabungkan ciri-ciri Hindu-Islam. Senibina Islam yang termasyhur sehingga kini ialah Masjid Jamek di Fatehpur dan Allahabad , Masjid Moti di Agra, Taj Mahal, Kota Merah di Agra.

Kemasyarakatan dan Kekeluargaan Mengamalkan sistem kasta di mana masyarakatnya dibahagikan kepada a. Brahmin golongan agama dan kerohanian b. Ksytria tentera dan keselamatan c. Vaisya peniaga d. Sudra petani Terdapat 4 peringkat kehidupan (ASRAMA). Kitab Jabala Unapishad menjelaskan 4 peringkat tersebut iaitu:

13

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

a. Brahmacarya b. Ghastra c. Vanaprahasta d. Sannayasa

Kaum wanita mendapat tempat istimewa dalam masyarakat sejak zaman tamadun Lembah Indus dan dikenali sebagai Mother Goddes. ISLAM DALAM TAMADUN INDIA -Islam tersebar ke India melalui beberapa cara iaitu: 1. Dakwah 2. Perdagangan 3. Perkahwinan Agama Islam mula bertapak di India pada abad ke-8 apabila Muhammad AlQasim berjaya menguasai Wilayah Sind pada tahun 706 (87 Hijrah). Pada peringkat awal, Islam bertapak di bahagian Utara India. Kerajaan Islam yang pertama ialah Kerajaan Sabaktaqin memerintah dari 10041186. Pemerintahnya ialah Sultan Mahmud Al-Ghaznawi, beliau berjaya menguasai satu kawasan yang luas di utara India.Kerajaan-kerajaan Islam yang lain ialah Kerajaan Ghori (1189-1289), Kerajaan Khilji (1289-1321) dan yang paling terkenal ialah Kerajaan Mughal (1527-1857).Dinasti Mughal memerintah selama 400 tahun dan menjadi kuasa yang dominan dalam sejarah tamadun India dan memiliki kawasan yang luas. Pemimpin-pemimpin Dinasti Mughal yang terkenal ialah a. Akhbar b. Jahangir c. Shah Jehan d. Aurangzeb e. Bahadur Shah

Elemen-elemen dari Timur Tengah telah dibawa masuk dan diasimilasikan dengan unsur-unsur tempatan dan melahirkan budaya baru yang dipanggil Indo-Islam.

14

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

PENGARUH TAMADUN INDIA KEPADA MALAYSIA DAN DUNIA

A. Keagamaan dan Kepercayaan Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan berkembang luas di Asia Tenggara.Berlaku Sinkritisme antara agama Hindu-Buddha dan kepercayaan masyarakat pribumi. B. Kesenian dan Hibura Paling berkesan dari segi senibina khususnya dalam pembinaan Candi dan Kuil. Contohnya seperti Angkor Wat, Candi Borobudur. C. Bahasa dan Kesusasteraan Masyarakat Asia Tenggara menggunakan bahasa Sanskrit sehinggalah kedatangan agama Islam. Buktinya melalui penemuan prasasti-prasasti Talang Tuwo/Kedukan Bukit yang menggunakan bahasa Sanskrit. Terdapat

penggunaan bahasa Sanskrit seperti syurga, neraka, sembahyang dan Sebagainya

Kemasukan epik terkenal seperti Ramayana dan Mahabrata. Ia dikenali dengan nama yang berbeza di Thailand (Ramakien), Tanah Melayu (Hikayat Seri Rama), manakala karya Mahabrata juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa, Hikayat Panca Delima dan Hikayat Sang Boma dan karya sejarah agung iaitu Negarakertagama. D. Pemerintahan dan Kerajaan Kemunculan kerajaan di Asia Tenggara seperti Funan, Chenla, Angkor,

Sukhotai/Ayuthia, Langkasuka, Tambaralinga, Folo-an, Kedah Tua/Gangga Negara, Mataram, Singgasari, Majapahit dan Srivijaya. E. Idea Politik dan Berkerajaan Konsep kosmologis yang meletakkan raja di tempat yang teratas. Raja dianggap sebagai penjelmaan Dewa Vishnu dan Siva. Pemerintahan raja yang berpandukan kepada kitab-kitab perundangan dalam pemerintahan. Kitab-kitab ini adalah mengambil beberapa aspek dari sistem perundangan Hindu seperti Kitab Dharmasutra/Hukum Kanun Manu.

15

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Kesimpulan

Tamadun India agak unik jika dibandingkan dengan tamadun asia yang lain. Ini keranapengaruhnya begitu menyeluruh dari aspek politik, dan sosial. Walau bagaimanapun, di Tanah Melayu/Malaysia secara amnya pengaruh agama Hindu tidak kekal, begitu juga dengan pengaruh budaya India semakin dipinggirkan. 6.7 Tamadun Jepun

6.7.1 Sejarah Jepun Sejarah bertulis Jepun bermula dengan kemunculan ringkas dalam teks-teks sejarah Cina pada abad ke-1. Bagaimanapun, penyelidikan arkeologi menunjukkan bahawa manusia telah hidup di pulau-pulau Jepun seawal Zaman Paleolitik Awal lagi. Menyusul zaman ais terakhir pada sekitar 12,000 SM, ekosistem Kepulauan Jepun yang kaya menggalakkan pembangunan manusia yang mengeluarkan tembikar terawal yang diketahui semasa zaman Jomon. Sejarah Jepun berselang-seli antara tempoh-tempoh keterasingan dengan pengaruh-pengaruh radikal yang kekadang bersifat revolusi dari dunia luar.

Zaman Pra Sejarah Pada zaman ais, Jepun tercantum dalam benua Asia dari Sakhalin di utara dan Kyushu di selatan; memudahkan penghijrahan manusia, haiwan dan tumbuhan ke kepulauan Jepun dari kawasan yang kini adalah negara China dan Korea. Budaya Jomon timbul sekitar 11,000 sebelum Masihi dengan berakhirnya zaman ais. Gaya hidup mereka berputik dari cara mesolitik ke neolitik. Masyarakat Jomon juga merupakan penghasil barang-barang tembikar yang terawal di dunia. Difahamkan bahawa kaum Jomon merupakan leluhur kaum Proto Jepun dan Ainu. Permulaan era Yayoi di sekitar 300 SM ditandakan dengan kedatangan teknologi baru seperti penanaman padi dan sistem pengairan yang dibawa oleh pendatang dari Korea, China dan tempat-tempat lain di Asia. Era Klasik Menurut mitos Jepun, negara tersebut diasaskan pada kurun ke 7 SM oleh Maharaja Jimmu. Pada kurun ke 5 dan 6, tulisan Cina dan agama Buddha diperkenalkan ke Jepun

16

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

dari Korea dan kemudian langsung dari China. Maharaja-maharaja Jepun merupakan ketua pada nama sahaja. Kuasa sebenar terletak pada para bangsawan, pemangku raja dan shogun (gabenor tentera). Permulaan zaman Nara pada kurun ke 8 ditandakan dengan penubuhan sebuah pemerintah yang kuat yang berpusat di bandar Heijokyo (kini Nara). Pusat tersebut kemudiannya berpindah ke Heiankyo (kini Kyoto), dan di sini lahir sebuah budaya klasik Jepun yang dikenali sebagai Heian. Era zaman pertengahan Zaman pertengahan era Jepun telah digubal oleh pejuang yang dikenali sebagai 'samurai'. Pada 1185,general Minamoto no Yoritomo adalah orang pertama untuk memecahkan tradisi memerintah sehaluan dengan Maharaja di Kyoto, memegang kuasa di Kamakura, di selatan Yokohama masa kini. Meskipun era shogun Kamakura kelihatan stabil, Jepun kemudiannya berpecah menjadi negeri-negeri yang saling berperang lalu menderita dalam Zaman Sengoku. Pada abad ke-16, pedagang dan mubaligh Eropah tiba di Jepun buat julung kalinya, lalu memulakan zaman "Nanban" ("orang gasar selatan") yang melihatkan pertukaran perdagangan dan budaya yang aktif antara Jepun dan rantau Barat. Pada masa yang sama, Oda Nobunaga, Toyotomi Hideyoshi, dan Tokugawa Ieyasu, mengenakan kawalan yang makin kuat terhadap neger-negeri berperang di Jepun. Akhirnya, Tokugawa menyatukan semula Jepun dengan menewaskan musuhnya di Pertempuran Sekigahara pada tahun 1600, memindahkan ibu negara ke Edo (sekarang Tokyo) lalu menubuhkan era shogun Tokugawa.

Pemerintah-pemerintah Tokugawa yang sangsi dengan pengaruh mubaligh Katolik mengharamkan segala perhubungan dengan orang Eropah kecuali bagi perhubungan yang amat terbatas dengan saudagar Belanda di Pulau Dejima. Zaman pengasingan ini bertahan selama dua setengah abad, ketika mengalami perpaduan politik yang halus dikenali sebagai zaman Edo, dianggap sebagai kemuncak budaya zaman pertengahan Jepun Zaman moden Pada 1854, Komodor tentera laut Amerika Syarikat Matthew Perry memaksa pembukaan Jepun ke kuasa Barat dengan Konvensyen Kanagawa. Ramai wira samurai memberontak, melihat apa yang dianggap oleh mereka kelemahan Shogun, dan

17

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

pemberontakan ini meluas menjadi Perang Boshin 1867-68. Shogun terpaksa meletak jawatan, dan Restorasi Meiji memulangkan kuasa ketua negara ke maharaja. Berbagaibagai idea institusi Barat mula digunakan semasa era Meiji, termasuk kerajaan moden, sistem perundangan dan tentera. Reformasi-reformasi ini mengubahkan Empayar Jepun menjadi kuasa besar yang mengalahkan negara China didalam Perang China-Jepun dan Rusia didalam Perang Rusia-Jepun. Dari 1910, Jepun mengawal Taiwan, setengah pulau Sakhalin, dan Korea.

Awal abad ke-20 melihat tempoh singkat "demokrasi Taisho" ditenggelami oleh kebangkitan peluasan Jepun, mendorong kepada penjajahan Manchuria dan Perang Sino-Jepun (1937). Pada tahun 1941, Jepun menyerang pengkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbor, mendorong kedua-dua negara ke kancah Perang Dunia II. Setelah kempen yang panjang di Lautan Pacifik, Jepun kehilangan jajahan yang diperolehi awalnya, dan Amerika Syarikat hampir ke jarak untuk memulakan pengeboman strategik ke atas Tokyo, Osaka, dan bandar-bandar lain. Jepun menyerah selepas pengeboman bom atam bandar Hiroshima dan Nagasaki pada 1945, kehilangan keseluruhan koloninya di Asia dan Pasifik

Jepun kekal di bawah penjajahan Amerika Syarikat sehingga 1952. Dalam tempoh itu, ia menerima pakai perlembagaan baru yang menetapkan negara tersebut sebagai pacifist constitutional monarchy. Selepas penjajahan, di bawah program pembangunan industri agresif, dasar perlindungan, dan penyerahan pertahanan strategik kepada Amerika Syarikat, keluaran negara kasar Jepun makin meningkat menjadi yang kedua tertinggi di dunia. Sungguhpun berlakunya kejatuhan pasaran saham yang teruk pada tahun 1989 yang mana negara ini amsih belum peulih sepenuhnya, Jepun masih sebuah kuasa ekonomi dunia dan juga baru-baru ini telah bangkit semula sebagai kuasa strategik dengan meminjamkan sokongan bukan kombat dalam Perang Teluk dan pencerobohan Iraq pada tahun 2003 6.7.2 Falsafah/Agama Masyarakat Jepun Terdapat 3 agama yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Jepun. Agamaagama tersebut ialah: a. Shintoisme b. Buddhisme

18

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

c. Konfusianisme 6.7.3 Agama Shinto

Agama khas bagi masyarakat Jepun. Shinto bererti Jalan Tuhan (kami-no-michi). Shinto berkait rapat dengan negara, bangsa dan alam Jepun dan merupakan symbol perpaduan dan kesetiaan kepada maharaja dan negara. Konsep Tuhan dan Dewa Dewi (kami) agak kabur. Terdapat 8 juta Dewa Dewi.Dewi Matahari (Amaterasu-omikami)adalah Tuhan yang besar dan Maharaja Jepun dipercayai dari keturunan Dewi Matahari. Agama Shinto tidak mempunyai nabi/pengasas/kitab suci. Pendeta Shinto telah menyusun/menulis kitab untuk rujukan Shinto Gabusho/Lima Buku ajaran Shinto. Mereka juga tidak ada falsafah dan etika. Semangat berkorban untuk Maharaja/Tuhan ditanamkan ke dalam jiwa setiap rakyat. 6.7.4 Buddhisme

Agama ini mendapat tempat yang kukuh semasa pemerintahan Putera Shotoku pada 592 s.m. di mana Buddhisme telah dijadikan sebagai agama rasmi. Ajaran Buddhisme ini diterapkan dalam Perlembagaan 17 Artikel (mengandungi pelbagai aspek ajaran Buddhisme dan Konfusianisme)yang mewajibkan kakitangan kerajaan

mematuhinya. Beliau juga menekankan pentingnya ajaran Buddha dan menjunjung tinggi Tiga Harta Suci iaitu Buddha, Dharma dan Sangha, menghantar pelajar ke China untuk mempelajari Buddha dan menulis 3 buah buku mengenai ajaran Buddha. Buddha Zen adalah ajaran yang paling mendominasi masyarakat Jepun di mana ia merupakan salah satu hasil himpunan alam fakir China yang tidak ingin kepada corak falsafah dan lebih kepada penerangan. 6.7.5 Konfusianisme Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. Diasaskan oleh Kung Fu Tze yang lahir di negara China pada tahun 551 S.M oleh ibunya Chiang Tsai yang berumur 15 tahun ketika itu. Kung Fu Tze merupakan seorang yang bijak sejak kecil lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika berumur 32 tahun. Konfusius banyak menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Kung Fu Tze meninggal dunia pada tahun 479 S.M.

19

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Ajaran Konfusius : 1. Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. 2. Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini. 3. Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku. Konfusius tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik. Ia dikembangkan oleh muridnya yang bernama Mencius ke seluruh China dengan beberapa perubahan. Konfusius disembah sebagai seorang dewa dan agama baru tetapi dia sebenarnya adalah manusia biasa. Pengagungan yang luar biasa kepada Konfusius telah menukar falsafahnya menjadi sebuah agama dengan mengadakan perayaan-perayaan tertentu bagi mengenangkannya.

6.7.6 Budaya Kerja Jepun Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara barat. Apa yang penting ialah kegigihan masyarakat Jepun membangunkan negara dan ekonomi mereka perlu dijadikan contoh kepada negara Asia yang lain. Pada era Meiji, para cendikiawan Jepun telah mengemukakan idea pemodenan Jepun melalui penerapan teknologi maju dari barat di samping mengekalkan dan memelihara semangat kebangsaan. Jepun pernah mengalami kehancuran selepas perang dunia ke dunia apabila dua wilayah mereka di Hiroshima dan Nagasaki di bom dengan teruk oleh pihak berikat. Lanjutan itu, Jepun mengisytiharkan penolakan peperangan buat selamalamanya dalam perlembangaan baru negara Jepun dan sebaliknya mereka berusaha untuk bangkit kembali untuk menjadi kuasa terkuat ekonomi dunia dengan member tumpuan kepada pembangunan industri sebagai sebuah negara aman tanpa perang. Kehebatan bangsa Jepun bangun daripada kemusnahan akibat perang adalah hasil daripada sikap positif mereka sendiri dan kejayaan ini tidak dapat dinafikan terhasil dari etika kerja mereka yang cemerlang.

Bermula dari sinilah, kepandaian dunia barat telah ditranformasikan dan disesuaikan dengan semangat masyarakat Jepun. Masyarakat Jepun sememangnya terkenal dengan sikap rajin dan menepati masa, malah mereka mudah untuk tidak mempercayai

20

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

sesiapa yang malas atau tidak menepati masa. Mereka juga cenderung mengikut kata sepakat kumpulan berbanding dengan pendapat sendiri dan sikap itu membantu setiap individu bekerja sebagai satu kumpulan. Masyarakat Jepun juga amat mementingkan ilmu pengetahuan dan ini terbukti apabila kadar celik huruf di negara Jepun adalah hampir 100 peratus dan kesedaran tentang kepentingan ilmu ini bermula sejak zaman Edo (1603 1876) lagi. Pada masa itu anak-anak petani, saudagar dan tukang telah belajar di sekolah swasta yang dikenali sebagai Terakuya. 6.7.7 Peranan Tamadun Jepun Dalam Pembinaan Budaya Masyarakat Malaysia Pembudayaan tamadun Jepun dalam membina budaya masyarakat Malaysia ini bolehlah dikaitkan secara langsung dengan Dasar Pandang Ke Timur yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Dasar Pandang Ke Timur ini bermakna kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh contoh dan teladan yang baik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan dan kesesuaian di Malaysia. Adalah tidak tepat jika dasar ini ditakrifkan sebagaikan mengambil apa sahaja dari Jepun dan Korea untuk dipraktik di Malaysia dengan mengetepikan teladan yang juga boleh dipelajari dari negara negara barat.

Rasional dasar ini ialah kerana seperti yang sedia maklum, Jepun adalah merupakan sebuah negara maju dan beberapa bidang mereka adalah lebih maju dari negara barat sendiri. Kejayaan mereka boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya diteladani dan dipratikkan untuk pembangunan negara. Antara perkara positif yang diambil dari budaya masyarakat Jepun ialah kerajinan dan disiplin kerja mereka, kesetiaan kepada negara dan perusahaan dan perniagaan di mana pekerja bekerja, member keutamaan kepada kerja kumpulan melebihi dari kerja secara individu, produktif dengan mutu penghasilan yang berkualiti tinggi, meningkatkan kecekapan, mengurangkan jurang perbezaan antara eksekutif dengan golongan pekerja dan sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang serta lain lain aspek positif dari budaya dan sikap masyarakat Jepun yang sesuai dan boleh diteladani untuk pembangunan negara dan rakyat Malaysia.

21

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Sebagai sebuah negara membangun, etika dan nilai-nilai kerja di atas diamalkan kerana ia sesuai dengan diterapkan dalam budaya masyarakat Malaysia yang berbentuk majmuk. Dasar ini mewujudkan kerjasama yang rapat antara Malaysia dan Jepun terutama di bidang ekonomi, industry,latihan teknikal dan akademik serta bidang penyelidikan dan pengurusan.

Sebagai kesimpulan, Dasar Pandang Ke Timur merupakan satu usaha positif oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi prestasi pengurusan dan pembangunan negara. Dasar ini memberi kesan yang besar merubah budaya kerja masyarakat Malaysia dan meninggikan prestasi dan daya pengeluaran negara. Di samping itu ia menjadi asas kewujudan sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif.

22

WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

23

You might also like