You are on page 1of 14

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGENALAN
Setiap insan, menurut fitrah, adalah pengkritik. Setiap kali kita memandang sesuatu hasil seni, secara sedar atau tidak kita akan menilai hasil seni tersebut. Penilaian kita mungkin berdasarkan kecenderungan peribadi untuk menyukai atau membenci, atau secara perbandingan kita membandingkan dengan hasil karya yang telah kita amati sebelum ini. Pendek kata, kita tidak dapat menghalang diri kita daripada menghakimi sesuatu, begitu juga kita harus menghakimi hasil karya seni pelajar sebagai satu proses yang sihat dalam menggalakkan pelajar berkembang dalam dunia kreatif mereka. Namun kadangkala guru mempunyai kecenderungan untuk mengelak daripada melakukan pengujian ke atas kerja-kerja pelajar, dengan pandangan bahawa ianya hanya akan menyekat kreativiti pelajar itu sendiri. Pandangan ini tidak meletakkan pengujian di tempat yang sepatutnya malah mencerminkan ketidakfahaman guru terhadap fungsi dan peranan yang dimainkan oleh pengujian. Pengujian dan penilaian merupakan proses positif dan satu sumber makluman yang dapat mempamerkan kebolehan dan kemampuan pelajar, bukan sebaliknya. Untuk pelajar, fokus pengujian adalah dalam mempersembahkan pencapaian dan penguasaan pelajar daripada perspektif kemampuan dan keupayaan pelajar. Untuk guru, fokus pengujian seharusnya adalah kelemahan pelajar agar dapat guru menjana semula pengajaran di dalam meningkat penguasaan pelajar dalam bidang-bidang seni tertentu. Di samping itu, pengujian juga dapat membantu guru dalam merangka program seni yang efektif. Pengujian merupakan salah satu aspek penting di dalam pengajaran. Sekiranya dimanipulasikan dengan berkesan, ianya bukan sahaja berfungsi sebagai indicator pencapaian atau penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran, malah memberi maklum balas tentang keupayaan pelajar dalam memahami sesuatu, dan dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru itu sendiri. Perlu diingat bahawa setiap pengujian perlu dilakukan di atas tujuan yang khusus dengan objektif yang jelas. Malangnya ramai guru pada hari ini mengadakan ujian atau peperiksaan kerana kehendak kurikulum dan sukatan mata pelajaran semata-mata, tanpa memahami kepentingan pengujian di dalam meningkatkan mutu pembelajaran relajar serta mampu untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru.

DEFINISI PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Apakah pengujian dan penilaian merupakan perkara yang sama? Di dalam konteks apakah kita menguji dan di dalam situasi yang bagaimanakah pula kita menilai? Ramai yang terkeliru di antara konsep pengujian (assessment) dan penilaian (evaluation), dan dua perkataan ini sering digunakan untuk merujuk kepada perkara yang sama. Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru-guru selalunya mengaplikasikan pengujian dan jarang sekali melakukan penilaian. Pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang terlibat di dalam mendapatkan bukti (evidence) keupayaan pelajar; daripada menentukan objektif pengujian, merangka soalan atau tugas, menjalankan ujian, memeriksa atau memberi markah termasuk melaporkan keputusan ujian kepada pihak-pihak yang terbabit (pelajar, pihak sekolah, pihak kementerian, ibu bapa dan lain-lain). Antara bentuk-bentuk pengujian termasuklah ujian bulanan, peperiksaan, pemerhatian, temuduga, portfolio serta tugasantugasan kelas yang diberi markah. Semua ini merupakan bukti kepada keupayaan dan pencapaian relajar kerana daripada sinilah guru dan pemeriksa dapat membuat kesimpulan akan apa yang telah pelajar pelajari. Penilaian pula merujuk kepada entiti yang berbeza. Penilaian diambil daripada kata dasar nilai seperti mana evaluation diambil daripada kata dasar value. Daripada sudut definisi, penilaian merujuk kepada proses menghakimi sesuatu dengan tujuan untuk memberi nilai. Dengan maksud yang lebih mudah, seseorang akan menjalankan penilaian untuk melihat salah satu atau semua daripada perkara berikut: keberkesanan, kelancaran, fungsi dan operasi. Contohnya, kita melakukan penilaian untuk melihat keberkesanan sesuatu program, untuk mengenal pasti nilai sesuatu sebelum pelaburan wang atau aset dilakukan, menilai operasi sesebuah organisasi atau menilai pekerja untuk melihat adakah pekerja menjalankan tugas harian mereka mengikut syarat dan cara yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Sekiranya ditelusi, satu-satunya bentuk penilaian yang dilakukan di sekolah dalam konteks pembelajaran ialah apabila pihak kementerian, pihak sekolah atau guru itu sendiri ingin melihat keberkesanan pengajaran guru. Di dalam konteks pembelajaran, apabila guru ingin melihat keupayaan dan pencapaian pelajar di dalam kelas, guru akan mengaplikasikan pengujian dan bukan penilaian.

KONSEP-KONSEP PENTING DALAM PENGUJIAN


Perlukah guru mempunyai pengetahuan asas di dalam pengujian untuk menjalankan pengujian yang betul dan berkesan?

Adalah penting untuk guru memahami konsep dan jenis-jenis pengujian agar keputusan yang tepat dapat diambil dalam menentukan matlamat dan objektif sesuatu ujian yang dilakukan.

Pengujian Formal dan Tidak Formal


Mengajar merupakan satu tugas yang kompleks. Semasa mengajar itu sendiri, guru perlu juga melakukan pelbagai bentuk pemerhatian yang lain untuk memastikan keberkesanan pengajaran yang dilakukan. Salah satu bentuk pemerhatian yang perlu dilakukan oleh guru ialah mengenal pasti sama ada pelajar memahami apa yang diajar. Proses pemerhatian ini merupakan satu bentuk pengujian tidak formal. Pengujian tidak formal penting untuk dilakukan oleh guru dari semasa ke semasa. Antara bentuk pengujian tidak formal ialah bertanya sama ada pelajar faham apa yang diajar, membaca isyarat tidak verbal pelajar untuk mengagak tahap pemahaman mereka, mengadakan sesi soal jawab dalam melihat penguasaan pelajar ataupun memeriksa latihan dan kerja rumah pelajar. Ianya adalah bentuk pengujian yang tidak formal kerana pelajar tidak diberi markah dan dilakukan semasa guru menjalankan tugas mengajar. Signifikan pengujian jenis ini adalah dalam memberi maklum balas kepada guru tentang pemahaman pelajar supaya dapat guru gunakan maklumat tersebut untuk membuat modifikasi dalam pengajaran. Pengujian formal pula melibatkan pengujian rasmi yang dijalankan oleh guru atau pihak jawatankuasa pengujian di sekolah. Ianya formal kerana sejumlah masa khusus diperuntukkan untuk menjalankan ujian berkenaan, semua pelajar akan diuji mengikut prosedur yang telah ditetapkan, harus mempunyai matlamat dan objektif pengujian, melibatkan pemberian markah dan keputusan sesuatu pengujian perlu dilaporkan kepada pihak-pihak yang relevan. Contoh pengujian formal ialah ujian atau kuiz bulanan, peperiksaan, pembentangan pelajar, portfolio dan apa jua bentuk tugasan yang perlu diberi markah. Sekiranya diteliti bentuk dan sifat kedua-dua pengujian ini, pengujian formal lebih memakan masa tetapi ianya menyediakan maklumat pencapaian pelajar di dalam topik atau penguasaan yang telah ditetapkan. Maklumat daripada pengujian formal selalunya digunakan oleh pihak sekolah, kementerian dan ibu bapa untuk melihat secara langsung kebolehan pelajar di dalam pembelajaran mereka. Manakala pengujian tidak formal pula menyediakan maklum balas kepada guru dalam memodifikasi cara pengajaran agar dapat lebih difahami oleh pelajar.

Pengujian Formatif dan Pengujian Sumatif


Kedua-dua istilah formatif dan sumatif digunakan untuk merujuk masa pengujian tersebut dijalankan. Pengujian formatif merujuk sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada bila-bila masa semasa tahun pembelajaran. pengujian jenis ini ialah ujian dan kuiz bulanan, pembentangan kepada kepada Contoh pelajar,

pengujian tidak formal atau sebarang bentuk pengujian yang dijalankan dalam tahun pembelajaran. Manakala pengujian sumatif pula merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada akhir tahun pembelajaran. Contoh paling jelas ialah peperiksaan akhir. Konsep kedua-dua pengujian ini amat mudah untuk difahami, namun untuk penentuan sama ada sesuatu pengujian perlu dilakukan dalam bentuk formatif atau pun sumatif bergantung kepada banyak faktor serta mempunyai implikasi tertentu. Antaranya objektif pengujian, sifat dan bentuk pengujian serta kehendak kurikulum. Maklumat yang diperolehi daripada kedua-duanya berbeza dan digunakan oleh pihakpihak yang berbeza. Pengujian formatif menyediakan maklumat yang menguntungkan dua pihak: pelajar dan guru. Contohnya, apabila guru menjalankan ujian bulanan, markah yang diperolehi daripada ujian bulanan tersebut merupakan indikator pada guru akan tahap pemahaman setiap pelajar. Guru dapat menggunakan maklumat ini untuk melihat sama ada pelajar telah faham akan sesuatu yang diajar atau masih kabur. Sekiranya jawapan yang diberikan di dalam ujian menunjukkan bahawa rata-rata pelajar masih kabur dengan sesuatu topik, maka guru perlu memperjelaskan semula topik berkenaan. Ini seterusnya menguntungkan pelajar itu sendiri kerana apa yang tidak difahami kini dapat diteliti dengan jelas. Guru juga boleh menyediakan maklumat yang diterima daripada pengujian ini untuk melaporkan prestasi perkembangan pelajar kepada ibu bapa. Guru dapat menyediakan informasi tentang topik yang mendapat penguasaan yang baik oleh pelajar dan juga topik atau kemahiran yang perlu diperbaiki. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa pengujian formatif sebenarnya menyediakan maklumat diagnostik tentang pemahaman setiap pelajar. Oleh kerana ianya dijalankan sepanjang tahun pembelajaran, ianya memberi ruang kepada guru untuk menghuraikan konsep yang tidak jelas atau membuat modifikasi dalam cara pengajaran sebelum peperiksaan akhir. Pengujian sumatif pula menyediakan maklumat kepada dua pihak utama, namun cara setiap pihak mengguna dan menterjemah maklumat ini adalah berbeza. Dua pihak utama ini merujuk kepada pihak sekolah dan kementerian; serta pihak pelajar dan ibu bapa. Pada dasarnya, pengujian sumatif memberi maklumat tentang penguasaan atau pencapaian pelajar secara menyeluruh di dalam sesuatu subjek, kemahiran atau bidang. Kita hanya tahu sama ada seseorang pelajar itu telah menguasai sesuatu subjek, kemahiran atau bidang dengan baik atau tidak; tetapi kita tidak tahu secara spesifik bahagian manakah di dalam subjek, kemahiran atau bidang tersebut yang dapat dikuasai dengan baik atau masih perlu diperbaiki. Pihak sekolah dan kementerian akan melihat pencapaian seluruh pelajar secara holistik di peringkat sekolah, negeri ataupun nasional agar laporan dan statistik dapat dibuat bagi tujuan analisa status pencapaian sesuatu mata pelajaran, perbandingan pencapaian dengan tahun-tahun sebelumnya atau daerah dan negeri yang lain, dan juga untuk melihat kepada perlunya modifikasi atau pembaikan dilakukan pada sukatan mata pelajaran, kurikulum dan lain-lain. Pelajar dan ibu bapa pula mempunyai fokus yang lebih peribadi di dalam menggunakan maklumat yang diperolehi daripada pengujian sumatif. Ianya menyediakan maklumat tentang pencapaian

seseorang pelajar secara keseluruhan dan keupayaan pelajar menguasai subjek, bidang atau kemahiran tertentu sepanjang tahun.

dalam

Rujukan Norma (Norm-referenced) dan Rujukan Kriteria (Criterionreferenced)


Walaupun secara amnya kedua-dua istilah ini merujuk kepada cara keputusan sesuatu pengujian dilaporkan, penentuan sama ada sesuatu pengujian perlu diadakan di dalam bentuk rujukan kriteria atau rujukan norma bergantung kepada fokus pengujian itu sendiri. Rujukan Norma ialah satu cara melapor keputusan pengujian dengan menyusun pencapaian para pelajar di dalam sesuatu kelas mengikut norma. Dalam erti kata lain, para pelajar disusun mengikut pencapaian markah mereka. Pelajar yang mendapat markah tertinggi akan diberikan nombor satu, yang kedua tertinggi akan diberikan nombor dua, begitulah seterusnya dan pelajar mendapat markah terendah akan mendapat nombor paling akhir di dalam kelas. Kaedah ini digunakan secara meluas di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah. Rujukan Kriteria merujuk kepada pencapaian atau penguasaan seseorang relajar berdasarkan kriteria-kriteria pengujian yang telah ditetapkan. Bentuk rujukan seperti ini diaplikasikan dengan meluas terutamanya untuk pengajian di peringkat menengah dan tertiari, pengujian berskala besar seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta pengujian di peringkat organisasi dan syarikat. Semasa diuji, kriteria-kriteria yang perlu diuji telah digariskan terlebih dahulu dan setiap satu kriteria mewakili markah tertentu. Rujukan norma digunakan secara meluas di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah kerana konsepnya yang mudah difahami oleh para pelajar. Ianya memberi nilai saing kepada para pelajar untuk berlumba mendapatkan tempat tertinggi di dalam kelas. Secara tidak langsung, laporan cara ini mempunyai elemen motivasi. Namun ianya tidak banyak memberi maklumat kepada guru. Dengan menggunakan kriteria norma, guru hanya tahu kedudukan setiap pelajar jika dibandingkan dengan pelajar yang lain, contohnya siapa yang mendapat tempat tertinggi di kelas dan siapa yang paling rendah. Guru hanya tahu bahawa pelajar A mempunyai pencapaian yang lebih tinggi berbanding pelajar B, tetapi guru tidak ada maklumat spesifik tentang kebolehan pelajar A. Rujukan kriteria memberi maklumat tentang kemampuan individu pelajar berdasarkan kriteria-kriteria yang diuji. Contohnya, dalam penghasilan kolaj, guru telah menyenaraikan tiga kriteria utama yang akan diuji iaitu tema, penggunaan bahan dan gabungan warna. Setiap satu kriteria diberi markah yang berasingan dan markah ketiga-tiga kriteria kemudiannya akan digabungkan. Dengan ini guru dapat melihat kemampuan pelajar untuk

setiap kriteria. Sekiranya ada kriteria yang pelajar masih lemah, guru boleh memfokuskan pengajaran untuk kriteria tersebut kemudiannya. Untuk itu di dalam membuat keputusan sama ada sesuatu bentuk pengujian di dalam kelas perlu mengikut rujukan norma atau rujukan kriteria bergantung kepada objektif serta jenis maklumat yang ingin diperolehi oleh guru. Di peringkat organisasi, rujukan norma amat jarang digunakan dan selalunya hanya digunakan apabila ingin membuat pemilihan. Contohnya di dalam proses pengambilan pekerja. Rujukan norma membolehkan calon-calon disusun mengikut pengalaman dan kelayakan mereka dan memudahkan syarikat memilih calon-calon yang disenaraikan paling atas.

Rubrik Analitikal dan Rubrik Holistik


Rubrik merupakan panduan pemberian markah yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengujian dijalankan. Skema jawapan mungkin istilah yang selalu digunapakai di Malaysia, tetapi daripada aspek kandungan, rubrik lebih sistematik dan komprehensif dan boleh digunakan untuk membantu guru di dalam pemberian markah untuk tugasan mudah mahupun tugasan yang kompleks dan lebih rumit. Terdapat dua jenis rubrik iaitu rubric analitikal dan rubrik holistik. Rubrik analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk pengujian formatif. Oleh kerana sifatnya yang analitikal, rubrik jenis ini mampu menyediakan maklumat diagnostik tentang kemampuan pelajar. Setiap kriteria yang ingin diuji disenaraikan satu persatu dan setiap satunya diberi markah tertentu. Dengan cara ini guru dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan. Walaupun rubrik jenis ini dapat memberikan maklumat diagnostik untuk setiap pelajar, namun ianya mengambil masa yang lama untuk disediakan dan proses pemarkahan itu sendiri menjadi lebih rumit kerana guru mempunyai banyak aspek dalam pengujian yang perlu dilihat. Oleh itu kadangkala guru tetap menggunakan rubrik holistik untuk pengujian formatif kerana ianya lebih menjimatkan masa untuk disediakan dan lebih mudah di dalam proses pemberian markah. Di bawah adalah contoh rubrik analitikal di dalam menjalankan pengujian kerja berkumpulan pelajar. Perhatikan bahawa markah diberi secara berasingan dan kualiti yang diuji sangat spesifik, dan markah yang perlu diberi telah pun ditetapkan.

Contoh Rubrik Analitikal dalam Pengujian Kerja Berkumpulan

SUMBANGAN IDEA

5 Kerap menyumbangkan idea bernas di dalam kumpulan dan semasa berbincang. Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dalam kumpulan. 3 Kadangkala memberi idea yang bernas di dalam kumpulan dan semasa berbincang. Ahli kumpulan yang menjalankan tugas yang diberikan. 1 Jarang menyumbangkan idea yang bernas dan lebih banyak berdiam diri semasa perbincangan.

KUALITI KERJA

5 Kualiti kerja adalah tinggi dan menunjukkan tahap pemikiran kritikal yang tinggi. 3 Kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit tahap pemikiran kritikal. 1 Kualiti kerja adalah rendah dan tidak ada aplikasi kemahiran berfikir secara kritikal.

KERJASAMA BERKUMPULA N

5 Bijak mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikan kemahiran mendengar, memberi maklum balas dan berkongsi maklumat. 3 Ahli yang agak pasif dan lebih banyak mendengar daripada memberi komen atau berkongsi maklumat. 1 Ahli pasif yang tidak bekerjasama dengan ahli kumpulan yang lain.

Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat lepada pencapaian pelajar secara menyeluruh. Ini kerana sebarang bentuk pengujian sumatif diadakan pada hujung tahun pembelajaran dan guru tidak perlu lagi maklumat diagnostik daripada keputusan ujian pelajar untuk membuat modifikasi dalam pengajaran. Oleh itu rubrik holistik sering digunakan kerana ianya hanya memberi maklumat menyeluruh tentang pencapaian pelajar. Halaman seterusnya memaparkan contoh rubrik holistik dalam pengujian gerak kerja berkumpulan. Perhatikan bahawa elemen untuk diuji dikumpulkan secara menyeluruh (holistik) yang memudahkan proses pemarkahan oleh guru. Guru juga bebas menentukan kadar markah yang sesuai diberikan kepada seseorang pelajar, mengikut kadar markah yang telah ditetapkan.

Contoh Rubrik Holistik dalam Pengujian Kerja Berkumpulan


CEMERLANG 21 30 markah Semasa perbincangan, idea-idea yang dilontarkan adalah bernas dan pelajar menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Pelajar juga bijak dalam mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikan kemahiran mendengar, memberi maklum balas serta berkongsi maklumat. Kualiti kerja berkumpulan juga adalah baik serta mempamerkan kemahiran pemikiran kritikal yang

tinggi. Semasa perbincangan, pelajar tidak selalu menyumbangkan idea yang bernas namun tetap berfungsi sebagai ahli kumpulan yang baik dalam menjalankan tugas yang diberikan. Walaupun begitu, kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit kemahiran berfikir secara kritikal di dalam hasil kerja. Semasa perbincangan, pelajar jarang menyumbangkan idea bernas dan lebih banyak mendiamkan diri serta kurang memberikan kerjasama dengan ahli yang lain. Kualiti kerja juga adalah rendah tanpa sebarang aplikasi kemahiran berfikir secara kritikal. Keputusan untuk menggunakan sesuatu jenis rubrik bukan sahaja ditentukan oleh bentuk sesuatu ujian, sama ada formatif atau sumatif. Sebagai guru terdapat faktor-faktor lain yang perlu ditimbangkan, seperti kekangan masa, jumlah kelas, jumlah pelajar, jenis maklumat yang ingin diperolehi juga masa yang ada untuk menjalankan sesuatu pengujian.

BAIK 11 20 markah

LEMAH 0 10 markah

Keputusan untuk menggunakan sesuatu jenis rubrik bukan sahajaditentukan oleh bentuk sesuatu ujian, sama ada formatif atau sumatif. Sebagai guru terdapat faktor-faktor lain yang perlu ditimbangkan, seperti kekangan masa, jumlah kelas, jumlah pelajar, jenis maklumat yang ingin diperolehi juga masa yang ada untuk menjalankan sesuatu pengujian.

Pengujian Tradisional dan Pengujian Alternatif


Satu lagi konsep yang perlu difahami oleh guru adalah jenis-jenis pengujian tradicional dan bezanya dengan pengujian alternatif. Pengujian tradisional merujuk kepada sebarang bentuk pengujian bertulis yang melibatkan penggunaan pen dan kertas. Ianya dinamakan pengujian tradisional kerana ianya merupakan jenis pengujian tertua. Namun, fokus pengujian telah lama berubah dan pengujian tradisional selalunya digunakan apabila ianya melibatkan pengujian skala besar seperti PMR dan SPM kerana ianya dapat dijalankan melibatkan calon yang ramai dan menjimatkan kos. Di dalam konteks pendidikan seni visual, kebanyakan pengujian yang dijalankan adalah berbentuk alternatif. Contoh-contoh pengujian alternatif di dalam bidang seni visual ialah portfolio, buku kerja kajian (research workbook) dan juga pengujian berasaskan prestasi (performance-based assessment) seperti kerja kumpulan, demonstrasi dan pembentangan pelajar. Kenapakah pengujian alternatif lebih relevan dengan bidang pendidikan seni visual?

KAEDAH-KAEDAH PENGUJIAN DI DALAM PEMBELAJARAN SENI VISUAL

Walaupun kadangkala ujian atau kuiz yang diadakan lebih bersifat tradisional (pen dan kertas), bentuk dan kandungan pendidikan seni visual itu sendiri memerlukan guru memberi tumpuan yang lebih kepada pengujian berbentuk alternatif. Pengujian alternatif memberikan ruang kepada guru untuk menguji kemahiran-kemahiran seni visual yang kompleks dan komplikated. Di dalam hal ini, Hurwitz dan Day (2001) menyenaraikan beberapa ciri-ciri pengujian alternatif. 1. Menilai pelajar berdasarkan tugasan yang berdasarkan keperluan disiplin bidang seni visual. 2. Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara holistik dan tidak melihat daripada fragmen-fragmen yang berbeza. 3. Menghargai pencapaian pelajar di dalam sesuatu pengujian, kerana pencapaian yang rendah sekalipun tetap menjadi indikator kepada sesuatu penguasaan. 4. Melihat kepada proses dan hasil pembelajaran. 5. Mendidik pelajar supaya menguji pencapaian sendiri. 6. Mengajar pelajar untuk memperkenal, membentang dan mempertahankan hasil karya mereka di hadapan umum. Ciri-ciri pengujian alternatif ini amat bertepatan dengan pengujian di dalam pendidikan seni visual. Tambahan pula, konsep penyediaan portfolio itu sendiri sekiranya diteliti mempunyai sejarah yang amat sinonim dengan kerja-kerja seni, dan kini turut digunakan di dalam disiplin-disiplin yang lain. Berikut adalah penerangan tentang beberapa jenis pengujian alternatif yang boleh dijalankan oleh guru seni visual di sekolah.

Pemerhatian
Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru untuk pengujian formal (bermarkah) ataupun pengujian tidak formal (untuk meningkatkan proses pembelajaran). Untuk pengujian formal, guru haruslah memberi tugasan tertentu kepada pelajar berserta tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan tersebut; dan pemerhatian hendaklah dilakukan berserta rubrik yang disediakan. Antara aktiviti yang sesuai dengan bentuk pengujian seperti ini termasuklah aktiviti melibatkan tanah liat, pembuatan kolaj, dan tugasantugasan lain yang melibatkan proses.

Temuramah
Seperti juga pemerhatian, temuramah boleh diadakan oleh guru di dalam persekitaran formal mahupun tidak formal. Temuramah dapat membantu

guru dalam memahami masalah yang mungkin dialami oleh pelajar di dalam kelas, melihat tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu dan boleh digunakan sebagai satu cara untuk mendekati diri pelajar. Di dalam konteks ini, temuramah diaplikasikan sebagai medium pengujian tidak formal. Dalam bentuk yang lebih formal, temuramah boleh digunakan sebagai medium untuk mendapat penjelasan atau huraian yang lebih komprehensif daripada pelajar. Ujian bertulis mungkin membataskan jawapan pelajar dan sekiranya bersesuaian, ujian bertulis ini boleh digantikan dengan sesi temuramah. Namun, sesi temuramah memakan masa jika dibandingkan dengan ujian bertulis.

Perbincangan
Boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat pelajar mengenai sesuatu perkara. Kadangkala, perbincangan memberikan suasana yang lebih menarik daripada temuramah kerana gayanya yang lebih santai. Perbincangan boleh melibatkan sekumpulan pelajar dan ini mengelakkan pelajar daripada merasa gemuruh ketika diuji. Antara aktiviti yang sesuai untuk perbincangan diadakan adalah apabila guru berminat untuk mengetahui maklum balas serta interpretasi pelajar terhadap seni dan sesuatu karya seni.

Pengujian Berasaskan Persembahan (Performance-based Assessment)


Terdapat pelbagai bentuk pengujian yang dapat diklasifikasikan sebagai pengujian berasaskan persembahan. Secara amnya, ia merujuk kepada pengujian yang memerlukan pelajar melakukan sesuatu sama ada demonstrasi, pembentangan dan lain-lain.

Maklum Balas
Borang maklum balas atau questionnaire boleh diaplikasikan untuk menggantikan ujian bertulis, dan bentuk soalan yang ditanya adalah soalan tertutup (close-ended) yang memudahkan proses pelajar dalam memberi maklum balas. Antara contoh penggunaan maklum balas termasuklah melihat pemahaman pelajar terhadap ciri-ciri seni bina mengikut budaya dan faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan mengikut budaya ini.

Portfolio
Kesemua hasil kerja pelajar karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota, dan sebagainya dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail. Penyediaan portfolio memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru daripada segi masa, konsistensi dan juga perancangan yang teliti, kerana portfolio kesemua pelajar perlu diperiksa dari semasa ke semasa, disusuli

dengan maklum balas untuk penambahbaikan. Pelajar juga perlu jelas dengan objektif penyediaan portfolio dan dimaklumkan terlebih dahulu akan bahan yang perlu dimasukkan di dalam portfolio dan bagaimana cara himpunan verja mereka akan dinilai.

PENGUJIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN SENI


Pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Seperti juga mata pelajaran yang lain, banyak faktor yang boleh mempengaruhi pelajar di dalam menguasai pengetahuan dan sesuatu kemahiran di dalam bidang seni. Pengujian yang berkesan bukan sahaja menjadi indikator kepada pencapaian dan penguasaan pelajar, malah boleh merungkai dan menjawab banyak persoalan yang seterusnya dapat membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran mereka. Berikut adalah beberapa persoalan yang boleh dijawab sekiranya guru berjaya menjalankan pengujian secara berkesan. 1. Adakah kanak-kanak gembira dengan pengalaman pembelajaran positif di dalam kelas? Adakah suasana pembelajaran selari dengan matlamat belajar kanak-kanak? 2. Perlukah sebarang perubahan dibuat di dalam proses pembelajaran kanak-kanak? Adakah strategi pengajaran juga perlu diubah? Adakah meletakkan kanak-kanak di dalam gerak kerja kumpulan memberi lebih manfaat daripada bekerja secara individu? Bagaimanakah kanak-kanak belajar? Bagaimanakah cara kanak-kanak belajar dapat dikaitkan dengan harapan guru untuk pelajar? Bagaimanakah ini dapat dikaitkan dengan harapan pelajar? Dan apakah pula harapan kanak-kanak terhadap diri mereka sendiri? Bagaimanakah guru boleh menjadi lebih berkesan? Bagaimanakah keputusan yang tepat dapat dilakukan untuk memperbaiki kemajuan kanak-kanak? Bagaimanakah guru dapat berkomunikasi dengan berkesan tentang kekuatan dan kelemahan pelajar dalam seni? Bagaimanakah guru dapat menghebahkan dengan relevan pencapaian pelajar kepada guru lain, pentadbiran sekolah dan juga ibu bapa?

3.

4.

5.

PENGUJIAN HASIL KREATIVITI KANAK-KANAK


Sebarang bentuk pengujian di dalam bidang pendidikan seni visual perlu dirancang dan diteliti dengan rapi sebelum ianya dijalankan. Kreativiti itu sendiri mempunyai takrifan yang sangat subjektif dan guru perlu jelas akan elemen atau kriteria yang ingin dilihat semasa pengujian. Hurwitz dan Day (2001) telah menggariskan beberapa prinsip yang boleh menjadi panduan kepada guru seni visual di dalam penyediaan untuk sebarang bentuk pengujian di dalam kelas. 1. Pengujian perlu melengkapkan pengajaran, seperti juga di dalam subjek yang lain. Soalan atau tugasan yang disediakan dalam pengujian mestilah telah diterangkan terlebih dahulu oleh guru di dalam pengajaran hari ke hari. Ini menepati konsep validiti (validity) yang ada di dalam pengujian. Oleh itu, pengujian lebih merupakan pengukur kepada kemampuan guru menfasilitasi pembelajaran, lebih daripada ukuran kemajuan dan pencapaian pelajar. Kreativiti pelajar jarang diukur dalam pengujian. Pengujian sering memfokus kepada apa yang telah pelajar pelajari. Walaupun melihat kemajuan pelajar adalah penting, luahan kreativiti juga sama penting untuk dinilai di dalam pendidikan seni visual. Lantaran itu, luahan kreatif pelajar mestilah sentiasa digalakkan walaupun ianya mungkin agak sukar untuk dinilai. Walaupun seseorang pelajar itu mungkin tidak menunjukkan kemampuan semula jadi yang boleh dikagumi di dalam bidang seni, pengujian seharusnya memberi ruang kepada pelajar sebegini untuk berkarya dengan kemampuan yang mereka ada. Dalam erti kata lain, walaupun pengujian di dalam bidang seni haruslah mengambil kira aspek kreativiti, namun tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru bukanlah di standard yang sangat tinggi, dan biarlah bersesuaian dengan pelajarpelajar di dalam kelas. Pelajar yang menunjukkan kemampuan kreativiti yang mengagumkan pula seharusnya diberi ganjaran di atas usaha mereka tetapi mereka juga perlu memperlihatkan kemajuan di dalam bidang pembelajaran seni yang lain. Sebahagian daripada pengajaran di dalam penghasilan karya melibatkan kemahiran khusus seperti pengetahuan di dalam teori warna yang mempengaruhi kemampuan pelajar di dalam mencampur warna, menghasilkan warna berlainan daripada warnawarna lain, intensiti warna dan lain-lain lagi. Kemahiran sebegini juga sepatutnya diuji, dan pelajar juga seharusnya ditunjukkan cara mengaplikasikan kemahiran teknikal dan prinsip-prinsip seni pada sebarang medium seni.

2.

3.

4.

PENGUJIAN DI DALAM KRITIKAN SENI


Pelajar di dalam program seni yang komprehensif dan seimbang bukan sahaja mempelajari seni dengan mendalam, malah akan berinteraksi dengan pelbagai hasil seni dan seterusnya bereaksi melalui perbincangan ataupun penulisan berkenaan hasil seni tersebut. Pelajar juga akan mempelajari berbagai-bagai pendekatan kepada kritikan seni termasuk empat fasa utama di dalam kritikan seni iaitu fasa deskripsi, analisa, interpretasi dan kecenderungan. Pelbagai aspek boleh diuji di dalam melihat kemahiran pemikiran kritikal pelajar di dalam kritikan seni. Contohnya, melihat kritikan pelajar tentang bagaimana artis mengawal dan memanipulasi media untuk mencapai hasil dan makna yang diingini, melihat bagaimana pelajar mengaplikasikan konsep keseimbangan visual dan penegasan di dalam deskripsi dan analisa hasil karya. Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru untuk menguji aktivitiaktiviti pengajaran dengan mengintegrasikan kandungan dan disiplin seni.

PENGUJIAN DI DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SENI


Kebanyakan teknik pengajaran sejarah seni boleh dilakukan dengan berkesan melalui mode visual daripada verbal, dengan memaparkan imej kerja seni dan bentuk-bentuk seni dalam pelbagai era dan budaya. Topik-topik di dalam sejarah seni boleh dikaitkan secara langsung dengan minat kanak-kanak, kerana kebanyakan tema pengalaman manusia boleh didapati dalam bentuk visual. Gambar, slaid, video, majalah dan buku banyak menyediakan bahan dan visual tentang seni. Oleh itu sebarang bentuk pengujian perlu menepati aspirasi guru di dalam pengajaran. Sekiranya pengajaran bertujuan untuk membantu pelajar mengenali ciri-ciri seni Cina, pengujian pelajar juga perlulah menjurus ke arah itu. Sebagai contoh, pelajar boleh didedahkan kepada satu siri slaid yang berkaitan dengan hasil karya daripada pelbagai budaya dan mereka dikehendaki meneka secara spesifik hasil karya dari China. Sekiranya pelajar gagal meneka dengan tepat, guru perlu mengkaji semula pengajarannya. Sekiranya pengajaran seseorang guru itu jelas tentang maklumat spesifik yang ingin ditonjolkan, oleh itu pengujian boleh dilakukan dengan hanya ujian objektif. Namun, sekiranya sejarah seni diajar untuk membantu kanakkanak memahami dan menghargai sumbangan budaya lain dan seni mengikut peredaran masa, pengujian yang dijalankan perlulah memenuhi objektif tadi.

PENGUJIAN ESTETIKA DALAM SENI


Seni mempunyai kaitan yang amat rapat dengan aspek kreativiti dan nilainilai estetika. Seperti seni, aspek estetika juga bersifat subjektif dan sukar untuk ditafsirkan secara khusus. Namun ahli-ahli estetika mengkaji konsep-

konsep asas di dalam pembentukan seni, kecantikan, kualiti seni serta takrifan seni yang dapat diklasifikasikan sebagai aspekaspek estetika. Pertanyaan estetika selalunya diintegrasikan di dalam aktiviti pembelajaran dan melibatkan disiplin seni yang lain. Pengujian pencapaian pelajar di dalam aspek esttica selalunya bergantung kepada objektif dan strategi pengajaran. Sesetengah strategi pengujian mungkin memberi fokus kepada bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak semasa mereka membaca, berbincang, dan menulis tentang soalan asas yang mempunyai hubung kait dengan nilai estetika.

RUMUSAN
Adalah penting kepada guru untuk dapat membezakan pengertian pengujian dan penilaian untuk mengelakkan salah faham. Guru juga didedahkan dengan konsep-konsep asas pengujian di sekolah yang perlu ada di dalam apa jua pengujian yang dijalankan. Pengetahuan tentang konsep-konsep ini membantu guru dalam menimbangkan ciri-ciri pengujian yang bersesuaian yang bakal dijalankan di sekolah kelak. Selain daripada itu, pemahaman tentang pengujian diperluaskan melalui jenis-jenis pengujian alternatif yang ada yang begitu sinonim dengan bidang pendidikan seni visual. Guru juga diberikan gambaran ringkas tentang pengujian kanak-kanak dalam aspek kemajuan, kreativiti, kritikan seni, sejarah seni serta aspek estetika dalam seni.

You might also like