You are on page 1of 8

EB0 SITI N0R AISYAB BT. RABNAN- u..

()

1

PendahuIuan
Malaysia kini mempunyai sistem pendidikan Negara yang telah mengalami
reformasi ekoran daripada Wawasan 2020 yang bermatlamat untuk menjadikan negara
maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri tanpa terikat dengan cara dan corak negara
maju yang ada sekarang. Pendidikan amatlah penting bagi merealisasikan impian
semua rakyat dan negara dalam Wawasan 2020 kerana ia merupakan suatu proses
yang membawa perubahan kepada individu mengikut norma dan nilai sesuatu
masyarakat.
Pendidikan bermaksud usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh
sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran
kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang
berlaku dalam diri manusia. Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang seimbang
perkembangannya iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
KepeIbagaian Sosio Budaya
Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum pastinya akan mewujudkan
corak sosio budaya yang berbeza. Kepelbagaian sosio budaya ini boleh dilihat dari
aspek bangsa, struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam
dan jantina. Rakyat di Negara kita ini terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik dan etnik
terbesar adalah melayu, cina dan india dan lain-lain lagi.
Aspek pertama dalam kepelbagaian sosio budaya adalah bangsa dimana
bangsa menurut Kamus Dewan (1999) merupakan sekumpulan orang yang mempunyai
ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Amnya, bangsa merupakan suatu
kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu
wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut. Sebagai contoh Negara
Malaysia kita yang memiliki kaum melayu, cina dan india telah membentuk identiti
Malaysia kini.
EB0 SITI N0R AISYAB BT. RABNAN- u.. ()

2

Menurut John Stuart Mill, bangsa merupakan rumpun manusia yang terikat oleh
rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan
rumpun bangsa yang lain.
Pada kefahaman saya pula, bangsa ini bermaksud satu golongan manusia yang
ramai, yang hidup dalam satu Negara dan mengamalkan identiti, undang-undang serta
cara hidup Negara tersebut.
Apabila kita bercakap tentang bangsa, sebenarnya ia meliputi kepelbagaian
etnik, kepelbagaian kaum, kepelbagaian ras, kepelbagaian budaya, kepelbagaian
kelompok, kepelbagaian agama dan lain-lain. Meski kita akan terfikir tentang
perpaduan, sensitiviti masyarakat, isu-isu perkauman dan lain-lain bukan? Negara kita
yang berbilang kaum ini dahulu juga bukan bersatu dengan mudah. Pelbagai konflik
etnik telah timbul. Sebagai contoh peristiwa 13 Mei 1969 dimana berlaku rusuhan kaum
dan kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah
mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda yang merupakan satu titik hitam
dalam sejarah Negara Malaysia. Oleh itu, pemimpin kita sentiasa memikirkan
penyelesaian bagi menyatupadukan rakyat Malaysia bagi mengekalkan keamanan
Negara. Disebabkan itulah terciptanya konsep 1 Malaysia yang dikemukakan oleh
mantan Perdana Menteri kita kini, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, dimana ianya
adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, berteraskan nilai-nilai penting, ke arah mencapai kemajuan dan
pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan Negara Malaysia.
Aspek kedua pula adalah struktur masyarakat atau kelas sosial. Masyarakat
merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan
bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat
yang sama.
Menurut Roucek & Warren (1979) masyarakat diklasifikasikan sebagai satu
kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan
aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka hidup bersama.
EB0 SITI N0R AISYAB BT. RABNAN- u.. ()

3

M.H. Biesanz dan J.Biesanz (1969) menjelaskan bahawa masyarakat
merupakan suatu sistem perhubungan yang kompleks dalam kalangan individu dan
kelompok yang didasarkan kepada nilai-nilai simbolik, kepercayaan, norma biasa yang
merupakan sebahagian daripada kebudayaan tersebut. Nilai tersebut seterusnya
menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat berkenaan.
Menurut kefahaman saya pula, masyarakat ini sebenarnya lebih kepada
sekumpulan manusia di dalam sesuatu kawasan yang berkait rapat, saling
bergantungan dan mesra antara satu sama lain. Kehidupan bermasyarakat
memerlukan perpaduan yang erat bagi memastikan keamanan di sesuatu tempat. Jika
berlakunya percanggahan pendapat dalam ahli masyarakat samada orang atas
mahupun orang bawah, berlaku kepincangan mahupun kurang berkomunikasi, maka
masyarakat tersebut tidak mencapai keamanan. Sesungguhnya, peranan masyarakat
sangat besar terutama guru dan ibu bapa. Sebagai contoh dalam konteks perhubungan
sosial, andai kata ibu bapa melayu tidak membenarkan anaknya berkawan dengan
kaum cina ataupun anti kaum lain maka sikap atau semangat perpaduan tidak akan
terhasil, maka kemana akan perginya objektif Negara kita untuk menyatupadukan
semua rakyat berbilang kaum? Oleh itu, di dalam masyarakat perlulah memupuk
hubungan yang baik, memahami nilai persahabatan, kerjasama dan bertoleransi untuk
merealisasikan konsep 1 Malaysia.
Aspek ketiga adalah kepercayaan dimana bermaksud akuan benarnya terhadap
sesuatu perkara. Kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran
berlakunya sesuatu, Kamus Dewan (1994).
Mengikut kefahahaman saya, kepercayaan ini adalah sesuatu asas keyakinan
dalam diri untuk meneruskan sesuatu kebenaran yang akan menjadi nilai dan amalan
dalam kehidupan seharian. anya dipercayai dan diamalkan secara turun-temurun.
Khasnya orang melayu paling mempercayai pantang larang, contohnya anak dara tidak
boleh menyanyi di dapur, akhirnya akan berkahwin dengan orang tua. Sebenarnya
pantang larang ini adalah salah satu cara penyegahan oleh orang tua agar orang-orang
muda sentiasa mengikut adat kesopanan orang melayu. Namun begitu, bukan orang
melayu sahaja yang mempunyai kepercayaan. Orang cina dan india juga sebegitu.
EB0 SITI N0R AISYAB BT. RABNAN- u.. ()

4

Sebagai contoh orang cina mempercayai semangat luar biasa iaitu yin dan yang, jade
ataupun feng-sui. Orang india pula mempercayai dewa-dewi dan pantang larang lain
sebagai contoh tidak boleh bersiul di dalam rumah dibimbangi akan dimasuki ular.
Kesimpulannya, setiap kaum mempunyai kepercayaan masing-masing yang diamalkan
sehingga sekarang dan ianya menjadi identiti setiap kaum.
Aspek keempat dalam kepelbagaian sosio budaya pula adalah bahasa dimana
bahasa merupakan satu sistem komunikasi atau alat menyalurkan idea. Menurut Cole
(1998), bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun
bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang
kompleks.
Seperti yang kita ketahui, setiap kaum mempunyai bahasa tersendiri. Kaum
melayu menuturkan bahasa melayu tetapi dengan dialek negeri masing-masing,kaum
cina dengan bahasa cinanya dengan bahasa hokkien, kantonis, mandarin, mahupun
hakka dan kaum india dengan bahasa tamil nadunya. Bahasa ini sebenarnya adalah
instrument pengenalan diri bagi sesuatu kaum. Pernahkan anda terfikir apabila
mendengar dialek Kelantan, anda mengatakan penutur itu adalah orang Johor?
Mustahil bukan? Maka disini kita dapat faham bahawa bahasa menunjukkan identiti
sesuatu masyarakat terutamanya keturunan. Namun begitu, bahasa juga mengikut arus
perubahan zaman. Dahulu kala, bahasa penutur melayu kita sangat berpuitis dan
panjang lebar. Kini, pelbagai bahasa kita dapat dengar, malah orang kita kini lebih
selesa bertutur dalam bahasa English, selaras dengan kemajuan dunia.
Aspek kelima pula adalah adat resam dimana kita tahu adat resam adalah
sesuatu cara yang diikuti atau diakui oleh masyarakat. Adat resam juga adalah satu
perkara yang diwarisi turun-temurun. Sebagai contoh, adat resam kaum melayu yang
selalu kita tengok adalah adat melenggang perut, meminang dan bertunang, bersunat
dan sebagainya. Contoh adat resam kaum cina pula adalah pemberian nama tiga
perkataan dimulakan dengan nama keluarga, nama generasi barulah nama diri sendiri.
Manakala adat resam kaum india pula sebagai contoh adat valaikaappu iaitu
memakaikan gelang tangan kepada ibu mengandung bagi tujuan perlindungan.
EB0 SITI N0R AISYAB BT. RABNAN- u.. ()

3

Aspek terakhir dalam kepelbagaian sosio budaya pula adalah jantina. Seperti
yang kita sedia maklum, terdapat jantina lelaki dan perempuan dan kita sebagai guru
harus menyedarkan tentang jantina murid serta melakukan aktiviti yang sesuai bagi
menyedarkan tentang perbezaan diri mereka.
Pengurusan Persekitaran BiIik Darjah Mesra Budaya
Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan
campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak
kerja termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.
Bilik darjah pula adalah tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran
dimana interaksi antara guru dan murid sebagai tempat memberi dan menerima ilmu
pengetahuan. Apabila menyebut tentang bilik darjah ramai yang berfikir tentang
berdinding, beratap, mempunyai kerusi, meja dan papan tulis. Sebenarnya, bilik darjah
meliputi skop yang sangat luas iaitu dari segi aspek persekitaran fizikal, sosioemosi dan
perhubungan antara kelompok etnik.
Pengurusan Persekitaran FizikaI
Pengurusan persekitaran fizikal darjah yang berkesan mampu melahirkan murid
yang lengkap dari segi pembinaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Untuk
melahirkan murid sebegini, guru harus memiliki strategi, teknik, kemahiran dan
kepimpinan yang cekap.
Aspek fizikal yang paling penting disini adalah bilik darjah, dimana memerlukan
peralatan asas yang cukup, seperti meja dan kerusi murid, meja dan kerusi guru, papan
hitam, papan kenyataan, ruang, almari, rak buku dan sebagainya bagi pelengkap asas
sesuatu bilik darjah serta dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, bahan
bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan
kebersihan.
Bilik darjah juga seharusnya memiliki peraturan bagi menghasilkan murid yang
berdisiplin dan mengikut peraturan. anya sekaligus dapat menerapkan nilai menepati
masa, amanah, rasa tanggungjawab, menjaga kebersihan, bertolak-ansur serta
EB0 SITI N0R AISYAB BT. RABNAN- u.. ()

6

bekerjasama. Seandainya ada pelanggaran peraturan disitu, guru seharusnya
mengambil tindakan yang sewajarnya. Harus diingat bahawa tindakan tersebut
seharusnya berunsur nasihat ataupun positif (mendidik), bukannya menghukum atau
memalukan murid di hadapan kawan-kawannya.
Suasana bilik darjah yang kondusif dapat melahirkan murid yang berkualiti. ni
kerana murid selesa untuk belajar, lebih berdislin, mendengar cakap, mematuhi
peraturan lalu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan
lancar sekaligus mencapai objektif pengajaran pada hari tersebut.
Bercakap mengenai susun atur perabot seperti meja dan kerusi, haruslah menitik
beratkan ruang dan pergerakan. ni kerana murid dapat bergerak dan melakukan aktiviti
dengan selesa. anya penting bagi mengelakkan kemalangan berlaku.
Harus diingatkan juga bahawa setiap murid adalah unik dan berbeza. Ada yang
cemerlang, sederhana, dan lemah. Oleh itu, guru seharusnya meletakkan kedudukan
murid yang lemah ini bersebelahan atau berkumpulan dengan yang cemerlang agar
mereka tidak terus-terusan lemah dan gagal. Dalam hal ini, guru juga boleh
mengumpulkan murid yang berbilang kaum dalam satu kumpulan. ni penting bagi
merapatkan silaturahim serta mengeratkan rasa perpaduan antara kaum. Apabila murid
yang lemah bercampur dengan cemerlang, murid kaum melayu bercampur kaum cina,
maka kesefahaman tentang status dan keupayaan setiap insan lebih mendalam. ni
penting supaya murid faham tentang konsep hidup bersama dalam satu masyarakat,
bukan sahaja bergaul di dalam kelas, malah di luar kelas juga.
Selain itu, guru juga harus menitikberatkan tentang pencahayaan, pengudaraan,
kebersihan dan keindahan kerana faktor-faktor ini membantu murid lebih memberikan
tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sesungguhnya, tumpuan murid sangat
penting bagi melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran dan mencapai objektif.
Sekiranya berlaku kepincangan seperti bekalan elektrik terputus, guru haruslah
bijak mencari strategi dan alternatif lain seperti menukar bahan kepada alat bahan
bantu mengajar yang tidak menggunakan elektrik. Oleh itu, alat bahan bantu mengajar
ini sesuai digantung atau diletakkan di dalam almari kelas bagi mengelakkan sebarang
EB0 SITI N0R AISYAB BT. RABNAN- u.. ()

7

kesulitan. anya juga membolehkan murid membaca atau menggunakan alat bahan
bantu mengajar tersebut apabila kelapangan jika ianya berada di dalam kelas.
Pengurusan Persekitaran Sosio-Emosi
Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit,
mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh itu, setiap guru haruslah
memahami perubahan emosi murid bagi menarik minat serta melancarkan sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Guru seharusnya sentiasa memberikan motivasi serta tidak perlu lokek dengan
pujian dan galakan kerana ini akan menaikkan semangat murid untuk lebih fokus dan
bersungguh-sungguh dalam sesuatu tugasan. Sekali-sekala apabila murid mencapai
tahap yang tinggi atau memuaskan, seeloknya guru memberikan ganjaran bagi
meneruskan peneguhan positif. Bagi murid yang bermasalah pula, guru tidak harus
menghukum sebaliknya hanya menarik keselesaannya. Apabila guru menghukum atau
mengaibkan murid, maka murid akan menjauhi guru, membenci, tidak mahu
berinteraksi lagi dan ianya menjadi semakin rumit. Oleh itu, guru harus bijak
menguruskan emosi murid.
Seorang guru juga harus mengamalkan kepimpinan demokrasi bukannya
autokratik. anya penting bagi memberi keselesaan pada murid untuk berinteraksi
dengan guru lalu membentuk komunikasi berkesan. Apabila mencapai komunikasi
berkesan, murid akan sentiasa mendengar kata guru dan seorang guru haruslah
menjadi pendengar yang aktif dan bersifat empati. Apabila murid bercakap dengan
guru, elakkan daripada memotong percakapan murid, terburu-buru memberi pendapat,
nasihat ataupun mengkritik murid tanpa mendengar sehabisnya cerita murid. ni
membuatkan murid tersinggung, mengelak daripada berbincang masalah dan
melakukan masalah tingkah laku di dalam kelas.



EB0 SITI N0R AISYAB BT. RABNAN- u.. ()

8

Perhubungan Antara KeIompok Etnik
Di Malaysia, usaha-usaha memupuk perpaduan yang harmoni antara pelbagai
etnik sentiasa dilaksanakan dalam setiap lapisan masyarakat, terutamanya di kalangan
murid melalui sistem pendidikan sedia ada.
Memandangkan pada hari ini, di sekolah kita memiliki pelbagai kaum dan etnik,
maka objektif bagi mengeratkan lagi perhubungan antara kelompok etnik ini mudah
dilaksanakan. Sebagai seorang guru, kita seharusnya menerapkan unsur saling
hormat-menghormati dalam diri setiap murid terhadap pegangan hidup serta agama
kaum atau etnik lain. Selain itu, guru seharusnya cuba merapatkan perhubungan murid-
murid berbilang etnik ini dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, guru boleh meletakkan
murid berbilang etnik dalam satu kumpulan atau berpasangan. Selain itu, guru boleh
membuka topik mengenai kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia kita sebagai
contoh perayaan ataupun perkahwinan. Oleh itu, setiap murid yang berbilang etnik
ataupun kaum ini sudah tentu gembira untuk berkongsi cerita tentang budaya,amalan
dan nilai etnik masing-masing. Sudah tentu murid lain berminat untuk mendengar malah
ingin turut bercerita sama tentang budaya masing-masing. ni penting bagi memberi
kesedaran kepada murid bahawa mereka hidup dalam satu masyarakat yang berbilang
kaum dan perlu memahami serta menghormati antara satu sama lain.
Jesteru itu, membina kesepaduan daripada kepelbagaian adalah satu kemestian
untuk memastikan kelangsungan masyarakat. Hubungan etnik tidak wajar dilihat dari
sudut lauaran sahaja tetapi lebih pentingnya ialah dari sudut spiritual. Konsep-konsep
seperti prejudis, stereotaip, rasisme dan diskriminasi wajar dielakkan kerana ia boleh
menghalang perpaduan di kalangan etnik. Sebaliknya konsep-konsep seperti
akomodasi wajar dijadikan panduan dalam menjalinkan hubungan etnik di Malaysia.
Kesimpulannya, untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan, guru haruslah bijak dan kreatif dalam mewujudkan suasana persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya agar murid-murid mencapai objektif pengajaran seterusnya
memahami apa itu budaya dan perpaduan 1 Malaysia.
2142 p.p

You might also like