Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
5Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
HOTD FitRah Dan pOtOng

HOTD FitRah Dan pOtOng

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 9,717|Likes:
Published by api-3725701
Hadist riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda: Fitrah itu ada lima, atau ada lima perkara yang termasuk fitrah; berkhitan; mencukur rambut kemaluan; memotong kuku; mencabut bulu ketiak dan menggunting kumis.
Hadist riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda: Fitrah itu ada lima, atau ada lima perkara yang termasuk fitrah; berkhitan; mencukur rambut kemaluan; memotong kuku; mencabut bulu ketiak dan menggunting kumis.

More info:

Published by: api-3725701 on Oct 15, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

03/18/2014

pdf

text

original

[HOTD] fitRah dan pOtOng
November 6th, 2006
Hadist riwayat Abu Hurairah ra.:

Dari Nabi saw., beliau bersabda: Fitrah itu ada lima, atau ada lima perkara yang termasuk fitrah; berkhitan; mencukur rambut kemaluan; memotong kuku; mencabut bulu ketiak dan menggunting kumis

Links:

[apakah hukumnya peRempuan menyimpan kuku panjang?]
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf/0/3896f60fe12146ea48256d13004224e6?OpenDoc
ument
[khatan]
http://ms.wikipedia.org/wiki/Khatan
[cukuR janggut: awas neO-muktazilah!]
http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab88.htm
[peRempuan : wajibkah beRkhatan ?]
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic29_2004.htm
[pRO-kOntRa khitan peRempuan]
http://www.pikiran-rakyat.com/cetak/0503/24/hikmah/lainnya01.htm
[memOtOng kuku fitRah Rasulullah]
http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogroups.com/msg04042.html
[hukum khitan bagi anak peRempuan]
http://rumah-ku.blogspot.com/2006/07/hukum-khitan-bagi-anak-perempuan.html
[pentingnya mandi - perkaRa sunat dilakukan haRi jumaat]
http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg07093.html

-perbanyakamalmenujusurga-
http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab88.htm
SOALJAWAB 85
(26/8/98)
Cukur Janggut: Awas Neo-Muktazilah!
Jawab
Oleh: zain y.s

Berdasarkan satu soalan dari saudara Fariz mengenai janggut:
1. Hukum memelihara janggut
2. Apakah benar Rasulullah s.a.w. memelihara janggut kerana tidak ada pisau cukur pada
zaman itu?

---------
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Sebelum kita melihat mengenai hukum janggut, adalah baik seandainya kita melihat serba
ringkas mengenai sunah/mandub.
Definasi
Iaitu sesuatu yang dituntut oleh syarak kepada mukallaf agar mengerjakannya dengan satu

tuntutan yang tidak tegas.
* Mukallaf \u2013 orang layak diberi bebanan hukum syarak.
Atau dengan maksud lain, sunah/mandub ialah sesuatu yang diberi pahala kepada jika

mengerjakannya dan tidak akan disiksa/dosa jika meninggalkannya.

Sunah ini terbahagi kepada tiga bahagian:
1. Sunnah mua\u2019kkadah
2. Sunnah ghairu mu\u2019akkadah
3. Sunnah za\u2019id

1. Sunnah mua\u2019kkadah
Iaitu perbuatan yang tidak akan disiksa/tidak berdosa jika meninggalkannya tetapi menerima
celaan dari syarak. Contohnya ialah segala perbuatan penyempurna kewajipan agama seperti
sembahyang berjamaah, azan dan iqamah. Begitu juga dengan segala perbuatan yang dilakukan
oleh Rasulullah s.a.w. secara berterusan. Baginda jarang sekali meninggalkannya seperti
berkumur-kumur ketika wudhuk, membaca surah selepas fatihah ketika sembahyang dll.
Baginda ada sekali-sekala meninggalkannya kerana menunjukkan bahawa amalan itu bukannya
wajib.

2. Sunnah ghairu mu\u2019akkadah
Iaitu perbuatan yang tidak akan disiksa/tidak berdosa jika meninggalkannya dan tidak akan
menerima celaan dari syarak.
Contohnya ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh nabi s.a.w. tidak secara berterusan.
Baginda ada mengerjakannya sekali ataupun lebih, kemudian tidak dilakukannya. Seperti
sembahyang sunah 4 rakaat sebelum Isyak dan segala perkara-perkara kebajikan seperti
bersedekah kepada fakir miskin, berpuasa Isnin dan khamis setiap minggu dll.

3. Sunnah za\u2019id
Iaitu sebahagian dari kesempurnaan mukallaf, iaitu perkara-perkara kebiasaan yang dilakukan
oleh Rasulullah s.a.w. berdasarkan kepada adat sebagai manusia biasa.

Contohnya seperti mengikut cara Rasulullah s.a.w. makan, minum, berpakaian, tidur, gaya berjalan dsbnya. Semuanya itu dianggap sebagai perkara kesempurnaan dan kebaikan dari mukallaf. Kerana ia menunjukkan kasih, sayang dan kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w.

Namun kepada mereka yang tidak mengerjakannya tidak akan mendapat dosa dan tidak akan menerima celaan dari syarak. Bagi yang melakukannya akan memperoleh pahala jika diniatkan mahu mengikut cara Rasulullah s.a.w.

---------------------------------
Janggut

Memelihara janggut pada sunnah yang mana?
Para ulamak berselisih pendapat mengenainya:
1. Sebahagian ulamak termasuk Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa memelihara
janggut adalah wajib.
Dalilnya: Sabda Rasulullah s.a.w.:

\u201cBerbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai.\u201d(HR
al-Bukhari)
Golongan ini berpendapat bahawa perintah Rasulullah s.a.w. di atas membawa maksud wajib.
Ini dikuatkan dengan perintah Nabi s.a.w. agar umat Islam hendaklah berbeza dengan orang-
orang musyrik.
Juga terdapat sebuah hadis:
\u201cBarangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum
berkenaan.\u201d (HR Abu Daud).
2. Segolongan ulamak berpendapat (termasuk mazhab Syafi\u2019I) bahawa memelihara janggut
adalah sunat. Makruh mencukurnya. Dalilnya, hadis:

\u201cSepuluh perkara fitrah, iaitu memotong (merapikan) misai, memelihara janggut, bersugi,
memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh ruas jari, mencabut bulu ketiak,
mencukur bulu ari-ari, beristinjak.\u201d Kata Mus\u2019ab: Aku lupa yang kesepuluh, melinkan ia
adalah berkumur-kumur.\u201d (HR Muslim)

Golongan ini berpendapat hadis ini menunjukkan bahawa memelihara janggut adalah sunat.
Kerana apa yang disebutkan pada hadis di atas tidak semuanya wajib. Contohnya seperti
bersugi, memasukkan air ke hidung dan memotong kuku \u2013 Ini adalah sunat sahaja.

Golongan ini menjawab hujah yang dikemukakan oleh golongan yang mengatakan bahawa
janggut adalah wajib, kata mereka:
Sabda Rasulullah s.a.w.: \u201cBerbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut
dan cukurlah misai.\u201d (HR al-Bukhari)
Perintah dalam hadis ini tidak menunjukkan atas hukum wajib, tetapi sunat. Kenyataan hukum
sunat ini diberi dalam arahan agar kita ini perlu berbeza dengan orang musyrik.

Bagaimana? Hadis di atas meminta kita memelihara janggut agar kelihatan berbeda dengan
orang musyrik. Jika arahan ini membawa maksud wajib, maka sudah tentu mewarnakan rambut
juga adalah wajib hukumnya. Kerana terdapat di dalam sebuah hadis:

\u201cSesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mencelup (mewarna) rambutnya, maka berbezalah
dengan mereka.\u201d (HR jamaah)

Hadis ini sama nadanya dengan hadis janggut. Hadis mencelup rambut telah dipersetujui oleh para ulamak salaf sebagai sunat sahaja. Jadi, jika kita menganggap bahawa hadis janggut itu mengandungi arahan wajib, maka ini bermakna kita juga menganggap bahawa hadis mencelup rambut itu juga mengandungi arahan wajib.

Golongan ini berkata lagi, dari itu jelaslah bahawa mereka yang mengatakan janggut itu wajib
tidak dapat diterima samasekali.
-------------
Mengenai hadis:
\u201cBarangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum
berkenaan.\u201d (HR Abu Daud).
Hadis ini melarang umatnya meniru orang-orang kafir dalam masalah akidah dan syariah.

-------------------
3. Segolongan ulamak dari kalangan ulamak hari ini mengatakan bahawa memelihara janggut
adalah harus sahaja, tidak sunat dan tidak wajib. Tidak sunat di sini bermaksud ia tergolong di
bawah sunah za\u2019idah. Mereka beranggapan bahawa memelihara janggut adalah berkaitan
dengan adat dan tradisi sahaja.

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Iqah Usagi liked this
Ayin X-crume liked this
Asmet Ismail liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->