Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
23Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
HOTD- shOlat-dhuha

HOTD- shOlat-dhuha

Ratings:

4.0

(1)
|Views: 2,381 |Likes:
Published by api-3725701
Hadist riwayat .Ahmad, Muslim dan Abu Daud,
\
Abu Dzar r.a., dia berkata, Rasulullah SAW., bersabda, "Setiap tulang dan persendian badan
\

\
dari kamu ada sedekahnya; setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap
\

\
tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap amar ma'ruf adalah...
Hadist riwayat .Ahmad, Muslim dan Abu Daud,
\
Abu Dzar r.a., dia berkata, Rasulullah SAW., bersabda, "Setiap tulang dan persendian badan
\

\
dari kamu ada sedekahnya; setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap
\

\
tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap amar ma'ruf adalah...

More info:

Published by: api-3725701 on Oct 15, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

[HOTD] shOlat dhuha
Februari 15th, 2007

Demi waktu matahari sepenggalahan naik, dan demi malam apabila telah sunyi (gelap),
Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu, Dan sesungguhnya hari
kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan), Dan kelak Tuhanmu pasti
memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.

(QS. Adh Dhuhaa, 93 : 1-5)
Hadist riwayat .Ahmad, Muslim dan Abu Daud,

Abu Dzar r.a., dia berkata, Rasulullah SAW., bersabda, \u201cSetiap tulang dan persendian badan
dari kamu ada sedekahnya; setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap
tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap amar ma\u2019ruf adalah sedekah dan
setiap nahi munkar adalah sedekah. maka, yang dapat mencukupi hal itu hanyalah dua raka\u2019at
yang dilakukannya dari shalat dua.\u201d

Links:

[sOlat dhuha hindaRi kepapaan]
http://nurjeehan.wordpress.com/2007/02/10/solat-dhuha-hindari-kepapaan/
[sembahyang dhuha]
http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/mac99/h_dhuha.htm
[dalil shOlat dluha]
http://syariahonline.com/new_index.php/id/2/cn/1472
[kala fajaR menyingsing]
http://www.republika.co.id/suplemen/cetak_detail.asp?mid=5&id=178622&kat_id=105&kat_id
1=147
[sahkah shalat dhuha apabila niatnya dadakan?]
http://syariahonline.com/new_index.php/id/2/cn/2862
[shalat-shalat sunnat yang ditunaikan sehaRi-haRi]
http://www.almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=1946&bagian=0
[shalat dhuha tiap haRi]
http://syariahonline.com/new_index.php/id/2/cn/1334
[Re: shalat dhuha tiap haRi]
http://www.mail-archive.com/keluarga-islam@yahoogroups.com/msg05799.html
[shalat sunnat di peRjalanan, menyambung shalat sunnat dengan shalat faRdhu]
http://www.almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=664&bagian=0
[waktu pelaksanaan shalat dhuha]
http://syariahonline.com/new_index.php/id/2/cn/180
[shalat dhuha yuk\u2026!!!]
http://murdikawati.blogspot.com/2007/02/shalat-dhuha-yuk.html
[sOlat sunat dhuha]
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=22571

-perbanyakamalmenujusurga-
Point rangkuman:
\u2022
Shalat Dhuha hukumnya sunnah muakkad (yang ditekankan)
\u2022

Shalat Dhuha dilakukan sekitar 20 menit selepas terbit matahari atau tinggi matahari
daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua
meter

\u2022
Waktu shalat Dhuha berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur
\u2022
jumlah rakaat adalah dua hingga delapan rakaat (dilakukan dua-dua rakat).
\u2022

Surat yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as- Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh- Dhuha

http://nurjeehan.wordpress.com/2007/02/10/solat-dhuha-hindari-kepapaan/
Solat Dhuha hindari kepapaan
February 10th, 2007 at 12:21 pm (Petua & Amalan, Ibadah & Koleksi Doa)
Oleh Zuarida Mohyin
\u201cTidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.\u201d (al-Dhariyat: 56)

Allah s.w.t. Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Dia tidak menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia dan tiada manfaatnya. Malah Allah yang Maha Bijaksana tidak membiarkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai tanpa pedoman dan panduan, terbiar tanpa pengisian dan amalan.

Bahkan dengan rahmat dan kurniaan nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada manusia, Allah
s.w.t. dan Rasul-Nya menunjukkan jalan-jalan ibadat dan ketaatan, begitu juga pintu-pintu
kebaikan dan kebajikan untuk diamalkan sesuai dengan falsafah sebenar penciptaan jin dan
manusia seperti ayat di atas. Salah satu ibadat sunat yang dianjurkan ialah solat sunat Dhuha.

Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM),
Nilai, Negeri Sembilan, Nidzamuddin Zakaria menjelaskan, solat Dhuha bermaksud solat sunat
yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi
sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih)
hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

\u201cMenurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya
sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya
memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.

\u201cJusteru, sunah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah ini eloklah dijadikan amalan bertepatan dengan hadis yang bermaksud: Junjunganku tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan (13, 14 dan 15 haribulan daripada bulan Qamariah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan juga supaya aku mengerjakan solat Witir sebelum aku tidur,\u201d kata Nidzamuddin dalam temu bual

baru-baru ini.
Kelebihan

Menjelaskan kelebihan mereka yang mengamalkan solat ini, kata Nidzamuddin, setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.

Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Cuma
usah pula hikmah dan fadilat ini yang diutamakan. Dibimbangi ia menjadi suatu tabiat di mana
kita beramal lantaran hikmat semata-mata bukan lahir daripada rasa keinsafan diri.

Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.

Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: \u201cSetiap orang

menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha,\u201d kata Nidzamuddin.

Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap
sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi
yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih
seorang hamba kepada Penciptanya.

Persoalan yang sering timbul berkaitan solat ini adalah dari segi keutamaannya kerana ia
berada dalam waktu bekerja. Akui Nidzamuddin, kedua-dua perkara tersebut memang ada
kedudukan dan kepentingannya masing-masing. Pokoknya cara seseorang itu mengendalikannya
mestilah seimbang dan saksama antara tanggungjawab duniawi dan tuntutan ukhrawi.

Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini. Pertama, sebaik-baiknya, ia
dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja,
lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.

Kedua, sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.

Ketiga, pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya
dalam bentuk yang konsisten. Hal ini diterangkan oleh Aishah: \u201cAku tidak pernah melihat

Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan
sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda
suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang
ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka.\u201d (Riwayat Muslim).

Oleh itu lakukan solat ini di rumah atau di tempat kerja selagi mana ia tidak memberatkan atau
menghalang tugas-tugas lain yang lebih utama dan penting.
Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong
hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan:\u201cSolat
Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.\u201d Imam Nawawi
menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu
pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu\u2019 karangan Imam Nawawi).

Activity (23)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Semut Kecil liked this
Achmad Rasyidi liked this
heritphpi liked this
Yaigon Ghoni liked this
Yaigon Ghoni liked this
Abu Hasan Ashari liked this
abuhasanas liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->