Professional Documents
Culture Documents
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
selaras dengan falsafah kerja yang diilhamkan oleh Guru Besar, iaitu "Work Samrt, Masa Jimat. Act Fast, Hati Puas". 4. Berusaha memupuk minat belajar yang berterusan di kalangan anak murid, selain menyalurkan semangat mencintai diri, mencintai keluarga, mencintai sekolah dan mencintai negara di sanubari setiap anak murid. 5. Membimbing anak murid supaya menjadi golongan yang berinisiatif serta berfikiran lebih kreatif dan inovatif. 6. Membimbing anak murid agar berjaya meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum agar dapat melengkapkan diri sebagai bakal pemimpin yang sihat, yang berilmu, yang bermoral, yang bermaklumat terkini dan yang berkemahiran atau berkepakaran. 7. Melatih anak murid agar peka terhadap perubahan dan perkembangan semasa, khususnya dalam bidang sains dan teknologi baru. 8. Memupuk minat anak murid dalam bidang kebangsaan seperti muzik, senilukis & kraf tangan, tarian & nyanyian, senaman dan sebagainya. 9. Memastikan semua anak murid berupaya menguasai kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira dengan sempurna, di samping menguasai kemahiran berkomputer sepanjang 6 tahun belajar di sekolah ini. 10. Mendidik anak murid supaya dapat membantu merealisasikan matlamat dan cita-cita Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020 negara kita.