You are on page 1of 2

APAM GULA HANGUS

Bahan : 150 gm gula dan 100 ml air - dibuat gula hangus 70 gm butter - cairkan 75 gm susu cair - Mas guna susu segar 1 biji telur dipukul 150 gm tepung gandum 1 sudu teh baking soda secubit garam 75 gm gula - Mas letak 60 gm gula halus sebab tengok kat Myresepi Kak Jun kata apam ni manis sikit. Cara membuatnya : 1. Masukkan butter yang dicairkan, susu cair dan telur ke dalam gula hangus. 2. Dalam mangkuk lain, ayak tepung dan soda. Masukkan garam dan gula. Masukkan campuran gula hangus tadi. Kacau sebati. 3. Acuan lompang tak payah disapu minyak sebab dah ada butter dalam adunan apam gula hangus tu, terus jerk masukkan adunan apam tadi ke dalam acuan lompang, dan picitkan sedikit cream cheese dengan menggunakan paip. 4. Biarkan air kukusan betul2 mendidih baru kukus adunan apam tadi.. Kukus selama 20 min dan balut tudung pengukus dengan kain untuk mengelak air menitik atas apam.

2 biji telur 1 cawan gula pasir 1 cawan air 1/2 cawan minyak masak 2 sudu besar marjerin 2 sudu susu pekat 1 sudu teh soda bikarbonat. 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Panaskan kukusan. Cairkan 150g gula castor dengan api perlahan. Jangan sampai hangus nanti pahit. Setelah gula cair, tuangkan air panas perlahan-lahan. ~berhati-hati ye~ Kacau rata di atas api sehingga mendidih dan menjadik sirap gula. Tutup api dan biarkan sejuk. Setelah sejuk, masukkan mentega cair, susu cair dan telur.. Kacau rata. Campurkan bersama tepung, soda bikarbonat, garam dan 75g gula. Buatkan lubang ditengah adunan dan curahkan sirap gula perlahan-lahan. Kacau rata. Kukus.

You might also like