PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN
Oleh:Ahmad Fuad Muhammad
Perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan masakiniterutamanya bidang disiplin pengajaran-pembelajaran amat menakjubkansekali hasil daripada penyelidikan dan kemajuan dalam teknologi pendidikan.Sebagai ahli akademik/tenaga pengajar universiti kita harus peka terhadapperubahan-perubahan tersebut supaya sentiasa pro-aktif dalam usahamempertingkatkan tahap profesyenalisme untuk mencapai kecemerlanganakademik.Sesi ketiga ini akan memperkenalkan secara ringkas kepada para pesertalatihan beberapa pandangan atau
Pendekatan Pengajaran
yang lebihbersifat “learner-centered” melalui
psikologi pembelajaran
. Ianya merangkumipenjelasan akan prinsip-prinsip asas latihan, prinsip-prinsip pembelajaran danimplikasinya kepada pengajaran/latihan, teori-teori penting dalam pendidikandan latihan (Teori Pembelajaran Tingkahlaku, Teori Pembelajaran Kognitif, dan Teori Pembelajaran Sosial) yang menjadi asas pendekatan tersebut.Sesi ini juga akan membicarakan beberapa contoh
Strategi Pengajaran
sama ada
“teacher/trainer-centered”
berpusatkan pengajar atau
“learner-centered”
berpusatkan pelajar seperti syarahan/kuliah (lectures),perbincangan kumpulan (group discussions), kajian kes (case studies), danlain-lain.
Objektif Pencapaian Peserta (Participant PerformanceObjectives)
Setelah tamat sesi ini, anda akan:1.Memahami serta menerangkan beberapa prinsip asas latihan,2.Memahami serta menerangkan beberapa prinsip utama pembelajarandan implikasinya kepada pengajaran,3.Boleh membezakan teori-teori pembelajaran yang berlainan, dan4.Mengetahui implikasi-implikasi pengajaran dari teori-teori pembelajarantersebut,5.Boleh membezakan kaedah-kaedah pengajaran yang berlainan, dan6.Mengubal suatu pendekatan pengajaran yang bersepadu denganmenggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai.
1
Kertas Kerja Bengkel Pendidikan & Multimedia Ke-3 Fasa I (31Mac – 9April, 2002)
2
Pensyarah Jabatan Pengajian Am, FPE, KUSTEM
afm
2