You are on page 1of 23

Contoh Format Penulisan IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU TAHUN 2011

NAMA PELAJAR OPSYEN PROGRAM BIG SIRI TARIKH TEMPAT KUMPULAN AMBILAN OPSYEN TERLIBAT : Syahrine bin Md Asip___ : _PGSR-RBT KOHORT 2 PERKHEMAHAN II : 27-30 Oktober 2011_ Pulau Sibu, Mersing, Johor_ RBT November 2009- Disember 2013__ PGSR-RBT KOHORT 2_

: : : : :

LAPORAN REFLEKTIF: TAJUK : PERKHEMAHAN II Dan KHIDMAT MASYARAKAT (A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA (Sila sertakan gambar sebagai lampiran) Hari Pertama _Kami telah berkumpul di IPTI pada 27 hb Oktober 2011. Pada pukul 2.00 petang, kami semua telah membuat mesyuarat dan sessi perbincangan untuk memastikan kelancaran perjalanan perkhemahan kami nanti. Perbincangan banyak berkisar mengenai jenis aktiviti yang ingin dijalankan semasa berada di Pulau Sibu kelak dan juga masalah yang mungkin akan dihadapi. Kami telah membuat satu Ahli Jawatankuasa yang bertanggungjawab bagi mengelolakan bahagian-bahagian masing-masing seperti pembelian hadiah, penyediaan makanan dan minuman dll lagi. Setelah selesai bermesyuarat, kami telah berpecah kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan tugas yang telah di amanahkan kepada kami. Kumpulan saya telah pergi ke Plaza Angsana dan Mydin untuk membeli hadiah dan cenderamata untuk diberikan ketika di Pulau Sibu kelak. Kami telah membuat keputusan untuk membeli jam dinding sebagai cenderamata. Kami telah menginap di Blok C pada sebelah malamnya sementara menunggu untuk bertolak ke Pulau Sibu pada sebelah paginya.

Berkumpul di kafetaria IPTI bersama Encik Mohd Jasa.

Sessi taklimat dan brainstorming.

Hari Kedua Kami telah bangun awal dan bersiap sedia untuk bertolak ke Pulau Sibu dengan menaiki bas IPTI. Kami menikmati sarapan sebelum berkumpul. Ketua Opsyen, Encik Idris bin Wahab, telah memberikan sedikit sessi taklimat kepada kami. Beliau telah melantik Encik Ismadi bin Ismail sebagai Kem Komandan di sepanjang perkhemahan kami. Sebelum bertolak, Encik Sabri bin Sahir telah membacakan doa untuk mengiringi perjalanan kami ke sana kelak.

Sessi taklimat oleh Ketua Opsyen, Encik Idris Bin Wahab.

Bacaan doa oleh Encik Sabri bin Sahir.

Sepanjang perjalanan di dalam bas IPTI. Para peserta berasa tidak sabar dan sangat teruja. Setelah menyusun barangan keperluan kami di dalam bas, kami pun bertolak menuju ke jeti Tanjung Leman, Mersing yang menjadi pusat transit untuk menaiki bot ke Pulau Sibu kelak. Perjalanan kami tidak menempuh sebarang halangan dan kami telah selamat tiba di jeti Tanjung Leman setelah menempuh perjalanan selama 2 jam. Semasa menunggu kehadiran bot untuk membawa kami ke Pulau Sibu, kami merasa sangat teruja dan tidak sabar untuk ke sana. Bermacam-macam tanggapan dan persoalan bermain di fikiran para peserta. Kami telah di peringatkan sekali lagi agar mengambil ubat anti mabuk laut seandainya kami berkemungkinan akan menghadapi mabuk laut.

Menunggu bot tiba dengan penuh debaran

Setelah bot tiba, kami telah bekerjasama untuk memunggah barangan yang telah kami bawa kedalamnya. Walaupun barang-barang yang kami bawa agak banyak, namun berkat daripada kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli, maka kerja-kerja itu menjadi mudah dan pantas. Setelah selesai, bot pun memulakan perjalanan meninggalkan jeti Tanjung Leman. Kesemua peserta telah menggunakan jaket keselamatan sepanjang berada di dalam bot. Para pensyarah telah menaiki bot laju menuju ke Pulau Sibu. Perjalanan ke Pulau Sibu telah mengambil masa 45 minit. Tiada insiden yang tidak di ingini berlaku kerana cuaca dan ombak laut amat tenang dan tidak terlalu bergelora. Pemandangan indah di sepanjang laluan juga telah menjadi santapan yang indah dan menenangkan.

Menyusun barang di dalam bot.

Sempat lagi berposing di hadapan kamera.

Terlena akibat keletihan?

Menunggu giliran untuk menaiki bot.

Nampak gembira, sebab ada yang

namun gayat pertama kali

Tidak sabar untuk menuju ke Pulau Sibu.

Saat di dalam bot dihabiskan dengan menikmati pemandangan. Ternyata negeri Johor kaya dengan pulau-pulau yang indah dah

Sessi bergambar sambil menyengih menampakkan gigi.

Apo kono eh Jang? Setelah tiba di Pulau Sibu, kami telah di tempatkan di tapak perkhemahan yang berupa chalet penginapan. Kami telah disambut oleh tuan punya tapak perkhemahan dan telah disajikan dengan makan tengahari. Disebabkan oleh perut

yang agak lapar, kami amat berselera menghabiskan makanan yang telah disediakan. Ikan segar yang dimasak telah membuka selera kami. Setelah selesai, kami telah bersiap untuk solat dan mandi. Pada pukul 3 petang, kami telah berkumpul dan bergerak ke Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu untuk sessi gotong-royong untuk membersihkan pantai di Pulau Sibu itu.

Kami telah diberikan taklimat dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami telah memulakan sessi pembersihan pantai bermula daripada jeti Pulau Sibu hingga kehadapan Sekolah Pulau Sibu. Banyak kayu-kayu dan sampah sarap telah berjaya kami kumpul daripada tepi pantai. Kami telah mengumpulkannya di suatu tempat dan membakar sampah sarap itu. Sessi gotong-royong itu telah mengambil masa selama 2 jam. Namun saya rasa sedih kerana tiadanya penglibatan daripada penduduk kampong yang ketika itu sedang sibuk dengan pekerjaan mereka. Malahan penghulu Pulau Sibu juga tidak dapat bersama kami. Ini amat mengecewakan kami kerana kami berharap sangat agar dapat bersama dengan penduduk kampong dan dapat bergaul dengan mereka.

Pada pukul 5.00 petang, kami telah mengadakan sukaneka. Perancangan awal untuk melibatkan penduduk kampong terpaksa dibatalkan dan kami telah mengadakan permainan sukaneka ini dikalangan kami sahaja. Walaupun tidak berapa meriah, namun kami merasa sangat gembira kerana telah dapat bersamasama rakan bersuka ria dengan aktiviti yang telah dirancang. Tidak disangka, kumpulan saya telah menjadi juara keseluruhan walaupun kumpulan kami bukan merupakan kumpulan pilihan para peserta lain.

Hari Ketiga Hari ketiga bermula seawal jam 6.00 pagi. Setelah selesai solat Subuh dan mandi, kami telah melakukan aktiviti senaman ringan aerobic dengan di iringi oleh muzik. Setelah selesai, kami terus bersarapan sebelum kami bersiap sedia untuk melakukan aktiviti yang seterusnya iaitu aktiviti snorkeling di sekitar Pulau Sibu. Peralatan untuk snorkeling telah kami bawa bersama daripada IPTI. Antaranya ialah goggle dan juga life jacket. Ini telah menjimatkan perbelanjaan kami sepanjang tempoh perkhemahan kerana kami tidak perlu untuk menyewa peralatan tersebut disana. Sesungguhnya pemandangan di dalam laut amatlah indah sekali. Ciptaan Allah yang maha Esa dapat di lihat dengan jelas oleh kami berdasarkan kepada banyaknya kehidupan di dalam laut yang berbeza saiz dan bentuk, namun saling hidup bergantungan antara satu sama yang lain. Encik Mohamad Jasa telah memberikan penerangan dan panduan kepada kami bagaimana cara yang betul dan selamat untuk menggunakan peralatan snorkeling yang telah kami bawa. Banyak perkara baru yang telah dapat saya pelajari daripada beliau walaupun sebelum ini saya pernah mengikuti aktiviti snorkeling. Tunjuk ajar beliau telah sedikit sebanyak memberikan pengetahuan baru kepada saya. Berbekalkan dengan kamera kalis air yang saya bawa, saya pun mula mengambil gambar-gambar yang menarik ketika berada di dalam air. Dengan bekalan roti yang kami bawa, kami telah berpeluang untuk memberikan ikan-ikan di situ makan. Ikan-ikan disana telah menyerbu dan berkumpul di tempat kami. Berbagai ikan dapat di lihat dengan pelbagai warna yang indah sekali. Sesungguhnya Pulau Sibu masih tidak tercemar dengan pencemaran dan ianya menyedarkan saya betapa pentingnya agar khazanah ala mini dapat dipelihara untuk tatapan generasi yang akan dating kelak. Semasa berehat pada waktu tengahari, kami telah mengambil kesempatan untuk membersihkan kawasan pantai daripada sampah sarap yang hanyut ke pulau itu. Setelah dikumpulkan, kami mengambil keputusan untuk membakar sampah sarap tersebut, memandangkan kami tidak membawa peralatan yang boleh membenarkan kami menanam kesemua sampah sarap tersebut.

Kami telah pulang ke kawasan perkhemahan pada pukul 2 petang. Setelah selesai solat dan makan tengahari, kami pun bersiap sedia untuk aktiviti selanjutnya. Namun, tanpa diduga, hujan telah turun dengan lebatnya dan ianya telah membantutkan rancangan yang telah kami rancang. Namun begitu, untuk mengisi masa lapang, kami telah mengadakan sessi perbincangan untuk membincangkan aktiviti yang bakal di lakukan pada hari esok di sekolah. Sessi ini telah dikendalikan oleh Encik Idris bin Wahab. Beliau telah meminta kami supaya

memberikan cadangan kepada apakah aktiviti yang sesuai untuk di lakukan yang menarik serta mencabar minda pelajar SK Pulau Sibu.

Hari Ke empat. Ini merupakan hari terakhir kami di Pulau Sibu. Setelah selesai bersarapan, kami telah bergerak ke Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu, Kampung Duku, Pulau

Sibu, Mersing, Johor. Kami telah merancang untuk melakukan aktiviti bersama dengan para pelajar SK Pulau Sibu. Jumlah murid di sini hanyalah seramai 22 orang murid dan 8 orang guru.

Sessi telah dimulakan dengan perhimpunan di tapak perhimpunan dan bacaan doa oleh adik Safuan bin Ali (darjah3) yang dengan lancar dapat membaca doa ketika perhimpunan itu.

Kemudian kami telah dibawa ke bilik J-Qaf untuk bacaan yassin yang telah dijadikan kebiasaan di Pulau Sibu ini yang telah membudayakan pembacaan AlQuran dikalangan para pelajarnya.

Setelah selesai bacaan Yassin itu, kami pun memulakan sessi ice-breaking di kantin lama SK Pulau Sibu yang telah dikendalikan oleh kami semua dan diketuai oleh Puan Rahmah dan juga Encik Abdul Rahim. Sambutan daripada para pelajar sangat baik dan mereka amat gembira dapat mengikuti segala aktiviti yang di sediakan kepada mereka. Sesungguhnya pelajar di SK Pulau Sibu ini sangat berdisplin.

Kemudian, dibawah pimpinan Encik Abdul Malek bin Kasdi dengan dibantu oleh kami semua, para pelajar ini telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Sessi sukaneka pun bermula. Berdasarkan kepada setiap stesen yang berlainan, para pelajar haruslah menghabiskan permainan yang telah dirancang seperti sepak bola, gelek gelung rotan dll. Dari riak wajah para pelajar, ternyata mereka berasa amat seronok sekali dalam menyertai aktiviti yang telah dirancang untuk mereka.

Setelah selesai, kami pun mengadakan sesi penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para pelajar dan pihak pengurusan sekolah yang telah banyak memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi.

Penyampaian cenderahati.

Bergambar kenangan bersama para pelajar SK PULAU SIBU.


Kemudian kami pun pulang ke tempat penginapan kami. Kami telah mengadakan majlis penutup yang serba sederhana di sana. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada tuan tempat kami menginap, Encik Yazit bin Ali, para pensyarah pengiring , guru-guru SK Pulau Sibu, para pelajar SK Pulau Sibu dan seluruh penduduk di Pulau Sibu.

Ucapan perasmian dan penutupan oleh Encik Mohd Jasa bin Hj Siraj. Setelah selesai majlis, kami pun menjamah jamuan makan tengahari sebelum kami berangkat pulang semula ke pangkuan keluarga masing-masing. Walaupun hati ini keberatan untuk meninggalkan pulau tersebut, tapi kami terpaksa juga pulang. Pengalaman yang ditimba di sini sewaktu pelaksanaan Bina Insan Guru ini telah banyak mematangkan saya dari segi memberikan kerjasama bersama-sama rakan sekelas dalam menyelesaikan segala tugasan yang telah diberikan kepada kami. Ini kerana, dengan kerjasama yang telah diberikan, ianya memudahkan dan melancarkan segala tugasan sepanjang tempoh BIG ini berlangsung. ISU / MASALAH (Jika ada) Masalah yang di tempoh sepanjang kami disana ialah tiadanya kerjasama daripada penduduk kampong yang kebanyakkan daripada mereka sedang sibuk bekerja di kawasan pelancongan yang ada di Pulau Sibu dan kawasan pulau yang berhampiran dengannya. Ini telah mengakibatkan terbantutnya rancangan yang telah dirancang oleh pihak kami walaupun kami telah mendapat persetujuan daripada ketua kampong 5 minggu sebelum kami datang ke pulau ini. (B)Analisis SWOT (i) KEKUATAN 1. Kerjasama yang erat yang telah diberikan oleh para peserta dan pensyarah. 2. Aktiviti dapat juga dijalankan walaupun terdapat kengkangan yang tidak dapat dielakkan.

3. Jadual aktiviti telah di sediakan terlebih dahulu dan memudahkan para peserta untuk menyusun atur jadual dan masa mereka sepanjang tempoh Bina Insan Guru ini berlangsung. 4. Walaupun dihalang oleh factor cuaca, ini tidak menghalang para peserta untuk memikirkan aktiviti yang lain sebagai penggantinya yang boleh memberikan manfaat kepada para peserta. 5. Para pensyarah tidak kedekut dalam memberikan ilmu dan pandangan mereka untuk memastikan bahawa BIG ini dapat berjalan dengan sempurna dan lancar. (i) KELEMAHAN

1. Aktiviti yang dirancang bersama dengan penduduk kampong tidak menjadi kerana kekangan dan kesibukan mereka bekerja, maka kami terpaksa membuat aktiviti kami sendiri. 2. Time- frame atau jarak masa yang terlalu rapat telah menyebabkan para peserta dalam keadaan kelam kabut untuk mengikuti setiap aktiviti yang telah dirancang. 3. Jarak perjalanan yang jauh antara tempat penginapan dan juga sekolah. (i) PELUANG

1. Kami berpeluang untuk mengelolakan sendiri perkhemahan ini dan dapat mempelajari selok belok dan suka duka dalam merancang sesuatu perkhemahan. 2. ______________________________________________________________________________ 3. ______________________________________________________________________________ 4. ______________________________________________________________________________ (i) ANCAMAN 1. Tiada kerjasama diberikan oleh penduduk kampong. 2. Factor cuaca yang tidak menentu. 3. ______________________________________________________________________________ (1) REFLEKSI KENDIRI: (i) MANFAAT PROGRAM BIG

1. Memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai kehidupan penduduk di sesuatu kawasan. 2. Dapat mengalami sendiri pengalaman berada di tempat orang lain dan melakukan aktiviti yang sering dilakukan oleh mereka. 3. Para guru pelatih dapat mempelajari cara-cara untuk mengendalikan dan mengelolakan sesuatu perkhemahan dan aktiviti. 4. ______________________________________________________________________________ 5. ______________________________________________________________________________ (i) PENAMBAHBAIKAN

1. Memastikan bahawa masa yang telah dirancang tidak bertembung dengan masa para penduduk. 2. Memastikan dengan sejelas-jelasnya bahawa para penduduk dapat memberikan kerjasama dengan para guru pelatih

3. Memastikan bahawa jarak dan tempoh masa yang sesuai untuk para peserta agar tidak terlalu padat dan sendat 4. ___________________________________________________________________________ ___ 5. ___________________________________________________________________________ ___ Tandatangan Pelapor: oleh penilai: Disahkan

(NAMA: SYAHRINE BIN MD ASI ) DAN NAMA)


ala2011

(TANDATANGAN

You might also like