You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA PSV KALI KE 1 SEKOLAH KEBANGSAAN KEM KABOTA 2011 Tempat : Bilik Gerakan Masa : 12.

00 tengah hari Hari : Khamis Tarikh :

Kehadiran : 1) Pn Lia Bt Sambea (GPK Kurikulum) 2) En Mohamad Amin Bin Sunari (Ketua Panitia PSV) 3) Pn Irnawati Bt Isiran (Setiausaha) 4) En Ariffin B. Edin (AJK) 5) Pn Surihan Bt Ismail (AJK) 6) Pn Sh.Norazua Bt S.Non Chek (AJK) 7) Pn Suryati Bt Bungkin(AJK) 8)Pn Azleena Bt Abd Jalil (AJK)

Agenda Mesyuarat

1) Ucapan Pengerusi Ucapan dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, seterusnya pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Mata pelajaran PSV kerana sudi hadir pada mesyuarat panitia kali yang pertama. Juga berharap para guru semua dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Tindakan : Pn Irnawati Bt Isiran (Setiausaha)

2) Aluan Penasihat

Aluan penasihat disampaikan oleh Pn Lia Bt Sambea, dalam ucapan beliau menegaskan kepada guru-guru agar sentiasa memberi penekanan kepada proses P&P di dalam bilik darjah dan hendaklah sentiasa bersedia kerana pelawat-pelawat sering kali datang ke sekolah untuk membuat pemantauan. Pn Lia juga mengingatkan guru-guru dalam membuat kerja kena cerdik dan guru bukannya robot.

Tindakan : Pn Lia Bt Sambea (Penasihat)

3) Membentang dan mengesahkan minit mesyurat yang lalu

Minit mesyuarat yang dibentang oleh Pn Suryati Bt Bungkin telah mendapat cadangan pengesahan oleh En Ariffin B. Edin dan disokong oleh Pn Surihan Bt Ismail

Tindakan : Guru-guru PSV

4) Perkara-perkara Berbangkit - Tiada -

5) Perancangan Panitia Tahun 2011

Pn Irnawati Bt Isiran mengedarkan perancangan aktiviti panitia PSV tahun 2011. Dalam perancangan yang diedarkan itu terdapat carta organisasi panitia PSV Sk Kem Kabota tahun 2011, rancangan / aktiviti panitia PSV tahun 2011 Minggu PSV Bersama Pusat Sumber, pembelian & penyediaan bahan bantu mengajar dan Program Mural Dan Keceriaan Sekolah.

Tindakan : Guru-guru PSV

6) Rancangan Mengajar Tahunan dan Huraian Sukatan

Pengerusi memberitahu bahawa rancangan mengajar tahunan dan huraian sukatan boleh didapati melalui internet ataupun boleh dapatkannya daripada En Mohamad Amin Bt Sunari. Setiap guru mesti mempunyai rancangan mengajar dan huraian sukatan yang lengkap supaya senang untuk penyemakan.

Tindakan : Guru-guru PSV

7) Peruntukan Kewangan

Peruntukkan kewangan bagi tahun ini belum diperolehi lagi dan kepada guru-guru yang berhajat untuk membelanjakan duit itu bagi tujuan P&P hendaklah mendapat kebenaran dari Guru Besar terlebih dahulu.

Tindakan : Pentadbir Sekolah & Guru-guru PSV

8) Hal-hal Lain

i)

En Ariffin B. Edin memberi cadangan supaya bilik khas untuk kegiatan PSV diwujudkan untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran PSV.

ii)

Pn Azleena Bt Abd Jalil mencadangkan rancangan mengajar hendaklah diselaraskan.

Tindakan : Guru-guru PSV

10) Penangguhan Mesyuarat

Sebelum mesyuarat ditangguhkan semua guru membaca surah Al-Ikhlas dan mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 1.30 petang.

Tindakan : Guru-guru PSV

Disediakan Oleh :

Disemak Oleh :

............................................. (IRNAWATI BT ISIRAN) S/U Panitia PSV 2011

................................................. (MOHAMAD AMIN SUNARI) Ketua Panitia Sains

You might also like