You are on page 1of 2

Kesan penamatan kontrak

i. Terhadap kontraktor

a) Kerajaan berhak memiliki semula tapak bina yang telah diberi amanah kepada kontraktor untuk menyiapkan sesuatu projek tetapi kontraktor tidak dapat menyiapakan atas sebab kemungkiran dan ketidakupayaan. b) Kontraktor hendaklah memberhentikan segala jenis pekerjaan, memindahkan kakitangan dan menyerahkan semula pemilikan tapak binadengan meninggalkan bangunan sementara, loji, perkakas dansebagainya kepunyaan di tapak bina kecuali kontraktor dapat arahan bertulis untuk dialihkan. c) Kontraktor juga mestilah memberikan apa-apa perjanjian membekal bahan. Kerajaan juga mempunyai hak untuk membayar tetapi tidak wajib jika kontraktor gagal membuat sebarang bayaran. d) Kontraktor juga hendaklah membuat bayaran amaun kerugian atau kerosakan kepada kerajaan akibat penamatan.

ii.

Terhadap majikan

a) Majiakan hendaklah membayar kontraktor dengan jumlah kerja yang siap pada tarikh penamatan kontraktor tersebut. b) Majikan boleh membuka tender semula untuk mengupah kontraktor lain bagi menyiapkan kerja denngan menggunakan bangunan sementara, loji, pekakas dab bahan-bahan yang terdapat di tapak bina. c) Jika majikan berkehendaki menyerahkan segala hak atau faedah perjanjian bekalan dan subkontrak berkenaan berkerja dengan mana-mana pembekal, bayaran yang dikenanakan boleh dipotong daripada wang yang akan diberikan kepada kontraktor. d) Majikan tidak mempunyai sebarang ikatan untuk membuat apa-apa bayaran kepada kontraktor sehingga selepas dan tamat penyiapan kerja

Langkah-langkah untuk meneruskan kontrak Kontraktor perlu meneruskan kerja dengan lebih tekun dan teratur. Kontraktor hendaklah sentiasa mematuhi arahan-arahan kerja yang diberikan oleh arkitej dan penyelia tapak bina. Pihak majikan juga hendaklah tidak menggantungkan bayaran kemajuan bulanan terlalu lama terhadap kontraktor ini akan menyebabkan kontraktaor gagal menyiapkan projek. Majikan juga, seharusnya tidak mencampuri sebarang urusan hal pengeluaran perakuan kontraktor. Jika berlaku sebarang pertikaian antara kedua belah pihak antara kontraktor dan majikan hendaklah dirujuk melalui timbang tara.

You might also like