You are on page 1of 2

Refleksi Kerja kursus Bahasa Melayu 1 Ahli kumpulan: 1.)KOH HOW EARN 2.)KAN YING HUI 3.

)CHEW SOOK WEI 4.)FATIN AMIRAH BT. ISMAIL Pensyarah: EN. MOHD. HASBI HARON Kumpulan kami berasa bangga dan bersyukur kerana kerja kursus Bahasa Melayu yang diedarkan oleh pensyarah kami, Encik Mohd Hasbi Haron telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Dari soalan yang kami perolehi, kami telah membahagikannya kepada 2 bahagian iaitu asal usul Bahasa Melayu dan alat-alat Artikulasi.Terdapat empat ahli kumpulan dalam kumpulan kami iaitu Koh How Earn, Kan Ying Hui, Chew Sook Wei dan Fatin Amirah Bt. Ismail. Ketika kami baru mendapat tugasan ini, bagi kami ia adalah satu bebanan. Tambahan pula kami tidak mempunyai pengalaman dalam menjalankan kerja kursus sebelum ini. Walau bagaimanapun, bebanan ini tidak menghalang kami untuk menjalankan tugasan ini sebaliknya ia menjadi satu momentum bagi kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Pertama sekali, Encik Mohd Hasbi Haron telah menjelaskan bagaimana caracara untuk menjalankan kerja kursus ini. Contohnya, cara untuk mendapatkan sumber-sumber maklumat tentang asal-usul Bahasa Melayu, format-format persembahan dan lain-lain. Seterusnya, kami telah membahagikan tugas kepada semua ahli kumpulan. Ada yang mencari maklumat bahagian artikulasi, ada yang membuat tugasan tentang asal-usul Bahasa Melayu dan ada juga yang bertugas untuk menaip semula semua maklumat. Dari segi untuk mendapatkan maklumat, kami telah membuat rujukan dengan tiga cara iaitu mencari maklumat di perpustakaan, membuat rujukan dari buku teks Bahasa Melayu STPM dan mencari maklumat menerusi internet. Berdasarkan salah satu ahli kumpulan yang mencari maklumat di perpustakaan, beliau menyatakan bahawa sumber-sumber dalam perpustakaan Institut Perguruan Kota Bharu(IPKB) adalah banyak dan dapat dimanfaatkan sebaikbaiknya. Tidak sukar untuk mendapatkan bahan tetapi agak sukar untuk kami memilih bahan dan sumber yang paling tepat dan bagus untuk menyelesaikan tugasan ini. Kami percaya bahawa semakin banyak rujukan yang kami lakukan, semakin bertambah ilmu pengetahuan yang kami dapat. Contohnya, kami diminta untuk membuat rujukan fungsi-fungsi artikulasi, selepas membuat semua rujukan kami akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang fungsi-fungsi setiap artikulasi. Secara umumnya, teknologi maklumat adalah sangat penting dalam abad ke-21 ini dan ia telah memudahkan kami untuk mencari maklumat. Kami menggunakannya untuk mencari gambarajah artikulasi dan fungsi-fungsinya. Kami berasa keadaan ini adalah paling senang kerana hanya 'copy' gambarajah

dan 'paste' ke dokumen dan seterusnya 'print'. Kami mendapat gambarajah ini menerusi taip 'gambarajah artikulasi' dalam laman web www.google.com dan seterusnya laman web berkenaan yang dipaparkan. Menerusi cara ini, kami juga dapat menambah pengetahuan dengan lebih luas dalam bidang tersebut seperti kaedah-kaedah menggunakan setiap bahagian artikulasi. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada salah satu ahli kumpulan kami yang bertugas menaipkan semua sumber yang kami dapat.Dalam proses ini, selepas dia menaip, kami akan membuat pemeriksaan kedua(double checking) supaya tidak terdapat perkataan yang salah dan ia ditaip dengan betul. Ini adalah satu cara yang efektif dalam memastikan kerja yang dibuat tidak terdapat kesalahan. Salah satu tujuan menjalankan kerja kursus adalah untuk menjalankan kolaborasi dengan pensyarah dan guru-guru pelatih.Kami telahpun berjumpa dengan pensyarah kami untuk berbincang. Pensyarah adalah seorang yang peramah dan rela untuk mengajar kami. Selain itu, kami juga menjalankan kolaborasi dengan guru-guru pelatih lain. Kami dapat bertukar idea antara satu sama lain. Cara ini telah dipanggil sebagai Kaedah sumbangsaran. Setelah menyiapkan semua prosedur kerja kursus, kami pun menghantar kerja kursus kami kepada pensyarah. Selepas ia dihantar, perasaan kami adalah sangat gembira dan bangga atas kesempurnaan yang kami telah jalankan. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah mendapat banyak pengajaran. Contohnya nilai bekerjasama adalah penting dan kami patut mengamalkannya. Ini kerana ia adalah satu langkah yang membolehkan ahli kumpulan menyiapkan sesuatu tugas dengan baik dan sempurna. Kesimpulannya, setelah menyiapkan kerja kursus ini, kami telah mendapat manfaat 2 hala iaitu dari segi ilmu pengetahuan dan skel komunikasi dengan ahli kumpulan.

You might also like