You are on page 1of 28

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, KOTA PUTRA, KG.RAJA, 22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN.

KERJA KURSUS PENDEK PN3311D1 PENGANTAR PENDIDIKAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN CABARAN PENDIDIKAN GLOBALISASI MASA KINI

NAME NOMBOR I/C UNIT MATA PELAJARAN NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR

: AHMAD IZZUL IRFAN BIN HASHIM : 920123-11-5281 : PPISMP TESL 1 SEM 3 : PENGANTAR PENDIDIKAN : EN MOHAMMAD SABRI BIN AWANG HITAM : 19 SEPTEMBER 2011

Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: . : .. : .

Biografi

Nama Nombor K/p Alamat

: Ahmad Izzul Irfan bin Hashim : 920123-11-5281 : 1584, Kampung Merbau Patah, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu.

Unit Nombor Bilik Nombor Telefon E-mail Minat

: PPISMP SEM 1 TESL 1 : KIS-L-223_A : 013-5990986 : Irfanhashim92@gmail.com : Bola Sepak dan Muzik

Penghargaan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T saya panjatkan kesyukuran kerana dengan limpah kurnia dan hidayatNya dapatlah saya menyiapkan tugasan yang dipertanggungjawabkan ini dengan sebaik mungkin.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah Pengantar Pendidikan bagi PPISMP unit TESL semester 3 iaitu Encik Mohammad Sabri bin Awang Hitam kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat dan juga bimbingan yang terbaik kepada saya dan juga kawan-kawan sekelas dalam menyempurnakan tugasan ini.

Selain itu, terima kasih ini juga kami tujukan kepada kedua ibu bapa dan keluarga di kampung yang selama ini telah banyak memberikan semangat dan dorongan kepada saya supaya menyiapkan sebarang tugasan yang diberikan oleh para pensyarah.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang telah banyak berkongsi ilmu pengetahuan, sudi menghulurkan sebarang kerjasama, bantuan dan komitmen dengan seikhlas hati mereka dalam menyempurnakan tugasan yang diberi ini dengan jayanya.

Senarai Kandungan

Kandungan HALAMAN PENGAKUAN BIOGRAFI PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 BAHAN BACAAN DARI SUMBER BERLAINAN PENGENALAN KONSEP FPK MATLAMAT FPK ELEMEN-ELEMEN UTAMA FPK IMPLIKASI FPK TERHADAP PERKEMBANGAN PEDIDIKAN CABARAN GLOBALISASI DALAM DUNIA PENDIDIKAN REFLEKSI

Halaman 2 3 4 5 6

BIBLIOGRAFI BORANG KOLABORASI

Bahan Bacaan Dari Sumber Berlainan

Pengenalan Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.

Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitu falsafah, pendidikan dan kebangsaan. Leksikal falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu; philos dan Sophia. Philos bermakna mencintai manakala Sophia diertikan sebagai kebijaksanaan. Definisi falsafah dilihat daripada tiga penjuru, iaitu; etimologi (bahasa), terminologi (istilah) dan praktikal. Para ahli falsafah

mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan penjanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia.

E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984) mengujarkan falasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item. Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang penting. Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik, sistematik, dan diterima umum.

Asal usul leksikal pendidikan adalah daripada morfem bebas Latin, educare yang bermaksud memelihara atau mengasuh. Definisi pemajmukan leksikal Falsafah Pendidikan diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains (Russel, 1946).

Kebangsaan secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang universal, dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah, yakni metafizik/ontologi (teori kejadian), aksiologi (teori nilai), epistomologi (teori ilmu) dan logik.

Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan.

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan secara rasmi pada tahun 1988, maka Matlamat Pendidikan Kebangsaan adalah memperkembang insan seimbang serta membangunkan sumber manusia untuk kemajuan negara. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri yang berikut :

Percaya dan patuh kepada Tuhan Memupuk perpaduan dlm kalangan rakyat berbilang kaum

Berilmu pengetahuan

Ciri -ciri

Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara

Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

Berakhlak mulia

Percaya dan patuh kepada Tuhan Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi dengan sendiri tetapi ada Penciptanya, dan hokum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Oleh itu, manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah dan Tanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan alamnya.

Antara yang termasuk dalam kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan diberi tumpuan adalah mengakui kewujudan penciptanya, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh pencipta, mengetahui hukum alam dan fonemenanya adlaah peraturan yang telah ditetapkan oleh pencipta, menyedari bahawa manusia sememangnya dijadikan untuk memajukan alam ciptaanNya, menyedari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan diri sendiri, melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan, mengikuti dan mengamalkan ajaran

agama dan yang terakhir adalah menigkatkan serta mengukuhkan kepercayaan beragama.

Semua aspek tersebut haruslah dipatuhi dan dijadikan satu kepercayaaan kepada seseorang pelajar dalam membina jati diri yang kukuh di samping berpegang teguh kepada nilai agama dan moral. Dengan mematuhi ciri-ciri ini, maka pelajar yang mempunyai jati diri yang kukuh akan berjaya dihasilkan.

Berilmu pengetahuan Rakyat yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan, gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan, sentiasa berusaha meningkatkan dan mnyebarkan ilmu pengetahuan, sentiasa memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri sendiri dan juga orang lain dan yang terakhir ialah berfikiran terbuka, luas dan mendalam. Ciri- ciri ini amat penting bagi setiap pelajar dalam membina jati diri yang kukuh melalui ilmu pengetahuan yang sentiasa berguna.

Berakhlak mulia Ciri yang ketiga ini merujuk kepada rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Rakyat yang berakhlak mulia ini mestilah mengetahui yang mana nilai baik dan yang mana nilai yang buruk. Selain itu, mereka haruslah menyedari kesan dan akibat daripada perbuatan baik dan buruk selain mempunyai keyakinan terhadap nilai murni dan mengamalkan sentiasa mengamalkan perbuatan yang baik serta sentiasa menghindari tingkah laku yang buruk dan negatif. Akhir sekali, nilai kerohanian kemanusiaan serta kewarganegaraan haruslah sentiasa dihayati sepanjang masa. Hal ini haruslah dihayati sebaik-baiknya oleh pelajar dalam menanam sifat dan nilai moral yang tinggi dalam diri mereka

Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu Manusia akan memiliki sahsiah yang seimbang sepadu apabila semua potensi dirinya dikembangkan secara selaras, menyeluruhdan harmonis. Ia haruslah menjadi insan yang sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup yang datang dengan ketabahan yang tinggi serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi dengan tenang. Oleh kerana itu ia akan dapat menikmati ketenteraman dan ketenangan jiwa. Keseimbangan dan kesejahteraan yang dimiliki bukan sahaja bermanfaat pada dirinya, malahan ia tercermin dalam hubunganya dengan orang lain, dengan alam sekitaran dan dengan Maha Pencipta. Perhubungan-perhubungan ini tidak dihadkan oleh batas sempadan negaranya sahaja, malah ia menjangkau ke peringkat dunia dan antarabangsa.

Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara Hal ini merujuk kepada rakyat yang mempunyai tanggungjawab sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan negara dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Mereka haruslah menyedari tugas dan tanggungjawab sendiri, menyedari bahawa tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna, sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara ke arah yang lebih baik pada masa hadapan. Sifat ini perlu dimiliki dan dipupuk semenjak di bangku sekolah lagi ke dalam diri setiap pelajar bagi mencapai matlamat pendidikan yang telag ditetapkan.

Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang

mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing.

Rakyat perlu sentiasa berusaha untuk memupuk perpaduan khususnya melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan lain-lain. Mereka juga akan berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasardasar yang telah ditetapkan. Selain itu, mereka akan dapat mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara dan mematuhi perlembagaan serta peraturan negara di samping mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.

Untuk mencapai semua ini, sifat yang harus dimiliki oleh mereka adalah sentiasa berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita dengan sepenuh jiwa, mengenali serta menghormati raja dan pemimpin kita, sentiasa menyanjung lambing-lambang kebesaran negara seperti Jalur Gemilang, lagu kebangsaan dan Jata Negara. Selain itu, mereka haruslah menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia mengorbankan apa sahaja demi mempertahankan maruah negara selain mengamalkan semangat kekitaan dan menanam sifat berdisiplin serta mematuhi undang-undang negara yang telah ditetapkan. Akhir sekali, rakyat juga harus berusaha dengan gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara.

Matlamat pendidikan ini amat penting untuk dijayakan demi melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Pelajar yang mempunyai jati diri yang kukuh amat penting dalam melahirkan rakyat dan pemimpin kepada masa depan negara kita kerana mereka adalah tonggak negara.

Perkara ini tidak seharusnya dipandang ringan serta remeh terutamanya dalam bidang pendidikan memandangkan pendidikan adalah salah satu sub-utama yang amat penting dalam membina rakyat yang mempunyai jati diri yang kukuh. Tanpa pendidikan, pelajar yang mempunyai sifat ini tidak akan dapat dihasilkan justeru akan mengundang bahaya kepada negara kita suatu hari nanti. Selain

daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti:

1. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara

2. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan

3. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsipprinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan

4. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta akan negara

5. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum

6. Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahankemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada

Sebagaimana yang diketahui umum, Matlamat Pendidikan Negara yang berlandaskan daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1998) dan Wawasan

2020 (1991), ialah menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau dalam Abad ke-21. Untuk mencapai Matlamat ini, selain daripada penubuhan institut pendidikan tinggi seperti Institut Aminuddin Baki (1985, IAB) dan Institute of Islamic Thought and Civilisation (1987-ISTAC), usaha-usaha lain yang dapat diambil ialah :

Wawasan Pendidikan dirancang dan dikemukakan pada tahun 1993 sebagai program reformasi pendidikan di peringkat sekolah

Menubuhkan Lembaga Akreditasi Negara (1996) bertujuan menjamin taraf dan mutu pendidikan di institut pendidikan tinggi supaya mencapai piawaian bertaraf dunia.

Wawasan Kementerian Pendidikan dilancarkan pada bulan Januari, 1994. Di samping Piagam Pelanggan yang berikrar memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti, 14 sasaran kerja utama diumumkan untuk melaksanakan program pendidikan dengan tujuan mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan di peringkat sekolah.

Mempercepatkan proses pengkoporatan dan penswastaan universitiuniversiti tempatan dengan tujuan meningkatkan kauliti dan mutu kursus yang ditawarkan.

Menggubal dan menguatkuasakan Akta Pendidikan 1995 untuk memperkemas dan melengkapkan perundangan pendidikan agar mencapai cita-cita Wawasan 2020.

Menggubal dan menguatkuasakan Rang undang-Undang Institusi Pendidikan Tinggi 1996 dengan tujuan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan pusat kecemerlangan pendidikan yang bertaraf dunia.

Menubuhkan Koridor Raya Multimedia, MSC (1999), untuk melaksanakan projek sekolahsekolah bestari dan memperuntukkan kemudahan-kemudahan teknologi bagi penyelidikan dan kursus sarjana yang diusahakan dalam kampus Univeriti Multimedia yang terletak dalam bandaraya MSC.

Menganjurkan Expo Pendidikan di negara-negara serantau, termasuk China dengan menarik lebih ramai pelajar luar negeri untuk mengikuti kursus pengajian di Malaysia.

Menubuhakan sekolah-sekolah bestari di dalam kawasan bandaraya MSC serta di tiap-tiap negeri di Malaysia menjelang tahun 2000.

Mempercepatkan proses pendaftaran universiti dan kolej universiti swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar bahasa utama.

Mengutamakan pelajaran bahasa Inggeris dengan menggubal Sukatan Pelajarannya setaraf dengan Kertas Ujian Bahasa Inggeris 1119 dalam peperiksaan SPM, dan mewajibkan calon STPM mengambil Kertas Ujian Bahasa Inggeris (MUET) sebagai syarat memohon masuk universiti tempatan.

Elemen-elemen Utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan Berikut merupakan elemen-elemen dalam FPK dan rujukan dalam cabang falsafah :

Jadual 1 : Jaduan elemen FPK dan rujukan cabang falsafah Bil. Cabang Falsafah 1 epistomologi pendidikan berterusan suatu usaha a. Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni; b. Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. 2 metafizik perkembangan individu potensi a. Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam dan perlu dicungkil; b. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka menerusi interaksi sosial dengan orang lain dan pragmatik. 3 metafizik perkembangan secara individu dan a. Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara Elemen-elemen Implikasi

menyeluruh

bersepadu

berasingan; sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain; b. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek; iaitu J-E-R-I.

epistomologi insan yang seimbang dan harmonis

a. Keimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain; b. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.

metafizik

unsur intelek

a. Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif dan senantiasa berusaha memperoleh dan mengembang ilmu yang betul, b. Sangup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu).

epistomologi unsur rohani

a. Menyedari dan percaya

kepada Tuhan dan sentiasa bersyukur; b. Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilainilai murni. 7 aksiologi unsur emosi a. Mempunyai emosi yang matang dan stabil; b. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan. 8 Logik unsur jasmani a. Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal; b. Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. 9 aksiologi kepercayaan dan a. Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan; b. Menyedari dan insaf bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya; c. Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. 10 epistomologi rakyat Malaysia yang a. b. Cintai ilmu pengetahuan; Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca; c. Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. 11 Logik rakyat Malaysia yang a. Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri;

kepatuhan kepada Tuhan

berilmu pengetahuan

berketerampilan

b.

Berpandangan jauh dan berinisiatif;

c.

Memupuk pembawaan diri yang baik.

12

aksiologi

rakyat

Malaysia

yang a.

Mempunyai perwatakan diri yang baik;

berakhlak mulia b.

Berpegang kepada nilainilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.

13

Logik

rakyat

Malaysia

yang a. b.

Boleh dipercayai; Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap;

bertanggungjawab

c.

Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

14

aksiologi

rakyat

Malaysia

yang a.

Berfikiran waras dan berjiwa tenang;

berkeupayaan kesejahteraan diri

mencapai b.

Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.

15

Logik

rakyat Malaysia yang dapat a. memberi sumbangan

Berusaha memupuk perpaduan rakyat bermediumkan sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormatmenghormati dan sebagainya;

terhadap keharmonian dan kemakmuran dan negara masyarakat

b.

Mempertahankan maruah diri, profesion agama, bangsa dan negara.

16

Logik

berkeupayaan kesejahteraan diri

mencapai a.

Berdaya tahan fizikal dan mental yang mantap;

b.

Berkebolehan mengharungi liku-liku hidup yang kian mencabar dari masa ke semasa.

17

Logik

sumbangan keharmonian kemakmuran

terhadap a. dan b. keluarga,

Bersemangat patriotik; Menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup.

masyarakat dan negara

Deduktifnya, sistem pembelajaran dan pendidikan di Malaysia adalah berpandukan keempat-empat cabang falsafah memandangkan kesemua aspek yang dipandang serius sewajarnya diberi penekanan.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Terhadap Perkembangan Pendidikan FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjalaskan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ini memerulan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya.

FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini; umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan aktiviti pendidikan

memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK.

Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.

Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan profesional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar).

Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang

mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.

Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang dihasratkan negara Malaysia.

Cabaran Globalisasi Dalam Dunia Pedidikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) merupakan satu dokumen perancangan pembangunan yang meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia. Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. 6 teras strategik telah dikenalpasti untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara seperti membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan, melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Teras yang pertama iaitu membina negara bangsa. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Peranan pendidikan penting untuk melahirkan semangat cintakan negara. KPM berhadapan dengan cabaran besar melahirkan pelajar dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia. Harapan KPM adalah memupuk jati diri melalui kurikulum, program kurikulum dan sukan. Sistem pendidikan perlu melahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak dengan bijak untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan leberalisasi.

Teras yang kedua pula ialah membangunkan modal insan. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia , berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Tugas KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang bagi memperkembangkan potensi diri, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, dan membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Manakala teras yang ketiga pula ialah memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK). Di dalam PPIP, SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. KPM telah memperkenalkan Dasar memperkasakan SK supaya SK kekal sebagai pilihan utama masyarakat Malaysia. Fokus memperkasakan SK pada peringkat sekolah rendah dan menengah adalah untuk menjadikan sekolah-sekolah ini lebih beraspirasi nasional, meningkatkan kecemerlangan pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana.

Teras yang keempat pula ialah merapatkan jurang pendidikan. Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

Teras yang kelima pula ialah memartabatkan profesion keguruan. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar kepada guru sebagai pemudah cara dalam P&P, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian P&P menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Guru juga perlu memberi bimbingan, motivasi dan menggerakkan murid-murid dalam kelasnya agar menjalankan serta mengikuti aktiviti pembelajaran. Guru hendaklah memastikan penggunaan strategi pengajaran berpusatkan murid dan berpusatkan bahan belajar. Kaedah dan teknik pemudahcara bermaksud memudahkan sesuatu tindakan dalam pengajaran. Dalam pendidikan, pemudahcara ialah proses menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat dijalankan dengan lancar. Pemudahcara merupakan kecekapan guru yang berjaya memotivasikan pelajar-pelajar bersedia belajar. Melalui teknik pemudahcara, guruguru dapat membimbing para pelajar menjalani aktiviti pembelajaran dengan lancar.

Sementara itu, guru-guru perlu memberi galakan kepada pelajar-pelajar supaya mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Guru yang menguasai kemahiran pemudahcara ialah guru yang cekap menggunakan kemhiran lisan dan bukan lisan, teknik menyoal serta mempunyai bakat memimpin. Di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, kemahiran pemudahcara merupakan kemahiran yang sangat penting dan sesuai untuk aktiviti perbincangan, sama ada secara kelas atau kumpulan. Ciri-ciri pemudahcara ialah seperti penyoalan, percontohan, scaffolding, pengarahan, dan pengstrukturan kognitif. Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.

Teras yang terakhir pula ialah melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Pendidikan berkualiti untuk semua merupakan agenda utama KPM. KPM berhasrat untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan tujuan melahirkan modal insan yang berupaya untuk bersaing dalam era yang sangat mencabar. Dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada. Matlamat KPM adalah untuk membangunkan institusiinstitusi model yang dapat dicontohi oleh institusi-institusi di dalam kelompok yang sama. Institusi-institusi ini diharapkan menjadi showcase pada peringkat antarabangsa dan seterusnya membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.

Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan kepada Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang mana kedua-dua laporan ini menekankan aspek perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat.

Penyata Razak dengan jelasnya mengutamakan perpaduan negara sebagai satu matlamat yang perlu dicapai. Ini bermakna bahawa unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan dijadikan teras pendidikan kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat di Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum. Oleh kerana masyarakat Malaysia berupa masyarakat majmuk, maka konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahami sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan rakyat berbilang kaum selaras dengan prinsip-prinsip Rukun negara. Perpaduan yang diwujudkan mesti berupaya menangkis gejala-gejala yang boleh memecah belahkan rakyat seperti gejala perkauman, keturunan, agama, bahasa, perasaan kedaerahan dan lain-lain lagi.

Untuk mencapai matlamat perpaduan negara ini melalui sistem pendidikan, Penyata Razak telah menggariskan dua aspek utama, iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua dan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan bercorak kebangsaan. Oleh itu, bagi tujuan untuk menjamin pencapaian matlamat perpaduan melalui bidang pendidikan, maka kedua-dua aspek tadi perlulah diteliti secara lebih terperinci dengan memberi tumpuan kepada aspek seperti sistem persekolahan, kurikulum, struktur masa persekolahan dan penjurusan, peperiksaan yang sama, pengurusan dan pentadbiran secara berpusat, pengelolaan sekolahsekolah swasta, sukatan pelajaran dan peperiksaan yang sama, buku-buku teks, pendidikan agama, sivik, moral dan etika, pembentukan disiplin, disiplin dan masyarakat, disiplin dan perpaduan negara, disiplin di sekolah, kegiatan kokurikulum, unit beruniform, kelab dan persatuan dan sukan dan permainan.

Selain itu, guru-guru perlu mempunyai beberapa ciri dalam menangani cabaran globalisasi pendidikan. Antaranya ialah guru-guru seharusnya merupakan seorang guru yang beriltizam. Guru sewajarnya melibatkan diri secara bersungguhsungguh serta penuh dengan tanggungjawab dalam perlaksanaan tugas sebagai pendidik. Seterusnya guru-guru perlulah berorientasikan maklumat dalam cabaran globalisasi pendidikan. Guru-guru perlu bersungguh-sungguh mengajar maklumat baru yang berkaitan pendidikan melalui sebarang media terutama Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (ICT). Justeru itu, guru-guru perlu mahir dan mampu menguasi bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan baik agar pengetahuan tersebut dapat diserapkan di sekolah.

Di samping itu, seorang guru seharusnya merupakan seorang guru yang berwawasan. Justeru, guru sewajarnya mempunyai bersifat mempunyai pandangan yang jauh dan mempunyai visi terutama berkaitan pendidikan. Sementara itu, guru juga hendaklah berpandangan global iaitu dengan melihat perspektif pendidikan secara global agar dapat menghadapi cabaran pendidikan dalam proses globalisasi. Seorang guru perlulah befikiran positif iaitu peka kepada perubahan, sedar tentang keperluan negara, positif terhadap pembelajaran dan mempunyai inovasi dalam tugas.

Seterusnya guru-guru perlulah berpengetahuan, fleksibel, dan mudah menyesuaikan diri. Oleh itu, guru-guru hendaklah mempunyai inovasi dalam perhubungan sosial, berpekerti mulia, mudah suai, berdaya kepimpinan, mempunyai kesedaran terhadap persekitaran, dan mengamalkan sikap toleransi. Selain itu, guru-guru perlu mahir dalam teknologi pendidikan terutama guru di sekolah Bestari, yang berperanan melahirkan tenokrat-tenokrat bertaraf dunia serta bermoral.

Guru-guru juga perlu membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan kerana ia dapat menggunakan teori pelajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pegajaran serta pembelajaran pelajar. Sementara itu, guru-guru juga perlu merebuat peluang pendidikan terbuka (Open Education). Pendidikan terbuka ialah pendidikan masyarakat atau aktiviti pendidikan di luar sekolah. Contohnya Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Seterusnya guru-guru perlulah mewujudkan hubungan interpersonal secara sarwajagat. Ia dapat melahirkan warganegara yang bukan sahaja berupaya berkhidmat kepada negara malah dapat berjasa ke arah kemajuan, keamanan dan kestabilan antarabangsa.

Refleksi Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur terhadap Ilahi, iaitu dengan limpah kurniaNya, dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa dan keluarga saya yang telah membantu saya dari segi kewangan dan maklumat-maklumat yang saya perlukan tentang apa yang saya kaji seterusnya melengkapkan tugasan ini tidak kiralah secara langsung atau tidak langsung.

Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, saya banyak mempelajari tentang bagaimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal disamping apakah tujuan ia dibentuk. Selain itu juga, saya juga dapat menajamkan lagi pemikiran saya tentang dasar-dasar pendidikan di negara ini dan bagaimanakah ia berfungsi untuk membangunkan bidang pendidikan di negara ini.

Kolektifnya,

pelaksanaan

dan

hasrat

yang

dilampirkan

oleh

pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah bermediumkan sekolah. Maka, perealisasian hasrat sedemikian perlu ditekan dan diketengahkan ke dalam seantro aktiviti yang dipertanggungjawabkan ke sekolah tersebut. FPK merupakan dokumen rasmi dan menjadi rujukan variasi pihak khususnya sekelompok insan yang terlibat dalam bidang pendidikan. Pelaksanaan FPK di sekolah kajian adalah di tahap optimum dan boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En. Muhammad Sabri bin Awang Hitam kerana dengan tunjuk ajar dan bimbingannya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Beliaulah yang telah bertungkus-lumus membimbing, membantu dan mengajar saya sehingga terhasilnya tugasan ini.

Bibliografi 1. Abang Chor. (2011, Mac 29). Guru Lama Dakwa Susah Naik Pangkat. Berita Harian. 2. (2008, Januari 20). Pembelajaran Sepanjang Hayat Ditekan. Utusan. 3. Martabatkan Pendidikan Vokasional. (2010, September 19). Diambil daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0919&pub=Utusan_M alaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm 4. Sekolah Berasrama Penuh Perlu Selaras Hukuman Pelajar. (2011, Mac 3) Diambil daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekolahBerasramaPenuhperlusel arashukumanpelajar/Article 5. Mok Soon Sang. (2004). Pengantar Pendidikan Teras Untuk Kursus Persediaan Program Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur, Percetakan Sentosa (K.L) Sdn. Bhd. 6. Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like