You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN KEM PENGAWAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULAI BESAR OLEH PUAN HAJAH FOUZIAH BINTI

ABU HAMID Terima kasih kepada Pengacara Majlis. Yang Dihormati, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Masaud bin Baharom. Yang dihormati, Guru Bimbingan dan Kaunseling, En. Mohd Fadzeli bin Tumiran. Yang Dihormati, Ketua Kem Komanden, En. Rizal bin Anuar, Guru Pembimbing Pengawas dan peserta-peserta Kursus Kepimpinan Pengawas 2011. Kursus Kepimpinan Pengawas diadakan bertujuan meningkatkan jati diri dan keyakinan diri para pengawas terutama ketika menjalankan tugas. Seperti yang sedia maklum, pengawas Kami barisan PIBG SMK Kulai Besar sentiasa memberi sokongan penuh atas usaha yang dilakukan oleh guru-guru SMK Kulai Besar untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid dalam PMR dan SPM. Pengorbanan dan usaha guru-guru amat dihargai. Kepada murid-murid tingkatan tiga yang bakal menghadapi PMR pada 5 Oktober 2010, kami sentiasa mendoakan dan mengharapkan muridmurid mencapai keputusan yang cemerlang. Teruskan usaha tanpa jemu, kerana tiada istilah gagal sebelum berjuang. Hargai setiap saat yang ada dengan belajar bersungguh-sungguh. Usaha tanpa jemu pasti menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Selain itu, jangan lupa untuk berdoa supaya dipermudahkan segala urusan menjawab peperiksaan kelak. Akhir sekali, ucapan setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa Kem Akademik PMR yang berjaya melaksanakan program selama 3 hari ini. Semoga usaha guru-guru dan murid-murid

mampu menjadikan SMK Kulai Besar sebagai sebuah sekolah unggul pada masa depan. Saya dengan ini merasmikan perasmian penutupan Kem Akademik PMR 2010. Sekian Terima Kasih.

You might also like