You are on page 1of 22

ISI KANDUNGAN Biodata / Riwayat Hidup Ibnu Sina Latar Belakang Ibnu Sina Sumbangan dalam bidang peryubatan

Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran Ensiklopedia Kedoktoran Pertama Teori-teori Anatomi Dan Fisiologi Pengaruh Ibnu Sina Terjemahan Dan Bahan Rujukan Al-Qanun Fit-Tibb Perintis Pengenalan Penyakit Saraf Penemuan-Penemuan Baru Bidang Geografi Bidang Geologi ,Kimia Dan Kosmologi Sumbangan Ibnu Sina Kewafatan Ibnu Sina Biodata / Riwayat Hidup Imam Al- Ghazali Pencapaian Sumbangan Peranan Masa akhir hidupnya Rujukan

BIODATA / RIWAYAT HIDUP Nama: Al- Huseyn bin Abdullah bin Al-Hassan Bin Ali bin Sina

Dikenali dibarat: Avicenna Tarikh Lahir : Tahun 370 Hijrah / 980 Masihi Tempat Lahir : Afshanah, Bukhara, Turkistan Bangsa: Parsi Tarikh wafat : 428 Hijrah / 1037 Masihi di Hamazan Usia ketika wafat: 57/58 tahun IBNU SINA SEMASA KECIL Ibnu Sina mula mempelajari al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika berumur 10 tahun. Kemudian beliau mempelajari ilmu fekah , tasawuf , ilmu hisab, geometri, falsafah, sains dan astronomi. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan. PERIBADI IBNU SINA Tekun mempelajari ilmu Ibnu Sina pernah membaca buku berkenaan metafizik yang dikarang oleh Aristotle sebanyak 40 kali. Taat beragama Beliau sering kali berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi sebarang kebuntuan dalam memhami sesuatu ilmu. Beliau akan pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah. Pintar Beliau berjaya menguasai pelbagai jenis ilmu sejak berusia 18 tahun. Berinovatif Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan.

IBNU SINA TOKOH PERUBATAN ISLAM. Latar Belakang Ibnu Sina IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybiah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina juga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi. SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN 1. Karya dalam Perubatan Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti al-Qanun fi al-Tib, al-Adwiyah al-Qalbiyyah, dan al-Alfiyyah al-Tibbiyyah. Karya beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin.Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.Buku al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa

Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku tersebut juga telah diulang cetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Di samping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali. Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di pelbagai universiti di Perancis seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin yang menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai Ensiklopedia Kedoktoran.Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai rujukan asas di universiti-universiti di Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, buku karangan Ibn Sina itu masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan. Ia dijadikan rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian termasuklah di Frankfurt University, Germany, University of Paris, dan Oxford University.Al- Qanun Fit-Tibb juga turut memuatkan perbincangan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Di dalam buku tersebut terdapat gambar-gambar dan rajahrajah yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang amat luas dan mendalam.Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit dan cara untuk mengubatinya.

2. Pencapaian Dalam Bidang Perubatan ** Penemuan penyakit baru dan puncanya pengaruh kuman dalam penyakit jangkitan virus seperti TB Penyakit Rubella, allergy (alahan), cacar (smallpox) dan sebagainya.

** Penemuan dalam bidang farmasi menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit menghasilkan ubat bius

**membangunkan teknologi perubatan mencipta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan mencipta picagari

** kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatan memperkenalkan metode pemerhatian (observation) dan analisis

Sumbangan Dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pada usia 21 tahun, ketika berada di Khawarizm, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul Al-Majmu yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau telah melanjutkan penulisannya dengan menulis buku-buku lain iaitu 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Karya-karya beliau telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Dalam pada itu, karya-karya beliau telah diterjemahkan ke bahasa Arab pada tahun 1950 oleh Liga Arab dan diberi tajuk Muallafat Ibnu Sina. Jasa Ibn Sina dalam bidang perubatan dan keilmuan

amat dihargai sehingga sebuah institusi pendidikan di Hungary dinamakan sebagai Avicenna College. Ensiklopedia Kedoktoran Pertama Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit Tibb. Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah pangeran-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah menteri-nya. Leher merupakan jendelanya sang badan, manakala kandung empedu sebagai markas pusat-nya. Limpa dan perut sebagai bumbung sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan. Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah

analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya. Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna) Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan. Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali. Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai Bapa Doktor kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.

Perintis Pengenalan Penyakit Saraf Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas. Ibnu Sina- Sebagai Seorang Doktor. Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih. Penemuan-Penemuan Baru Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.

Bidang Geografi Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori

pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina " gunungganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungaisungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah." Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada :

1.Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge. 2.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional. 3.Bidang metafizika , "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)

4.Bidang psikologi , "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa. 5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de Mineralibus" yakni tentang pemilikan (mimeral). 6.Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf" ,risalah tentang sebabsebab terjadinya huruf. 7.Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa manusia. 8.Cerita-cerita roman fiktif , "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung. 9.Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) Buku tentang politik. Sumbangan Ibnu Sina Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi :

a. Kuat atau denyutan yang lemah. b. Masa antara denyutan. c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit. Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut: Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi. Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M. PENUTUP KEWAFATAN IBNU SINA

Pada tanggal 1 Ramadhan 428 Hijriah, Abu Ali Sina atau yang terkenal dengan nama Ibnu Sina, yang berasal daripada Iran, telah meninggal dunia. Ibnu Sina wafat pada usia ke 58 tahun di kota Hamedan, Iran Barat. Dalam rangka memperingati 1000 tahun hari kelahirannya di Tehran pada tahun 1955 M, beliau telah dinobatkan sebagai Father of Doctor untuk selamanya-selamanya. Sebuah monemun sejarah telah dibina di Tehran untuk itu. Makam beliau di Hamdan itu kemudiannya telah dikelilingi oleh makam-makam doktor Muslim lain yang disemadikan di kawasan tersebut. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah jika jasad mereka dapat dimakamkan di tanah perkuburan yang sama

BIODATA / RIWAYAT HIDUP IMAM AL-GHAZALI Nama: Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Tusi al-Ghazali

Tahun Lahir :450 Hijrah /1058M Tempat Lahir :Kota Gazalah dekat Tus, Khurasan, bahagian utara Iran Bangsa: Iran Asal: Keluarga yang miskin. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak. Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh. Tarikh wafat : Isnin tanggal 14 Jamadil Akhir tahun 505 H dan dikuburkan di pekuburan Ath Thabaran (Thabaqat Asy Syafiiyah 6/201). Tempat Wafat: Kota Thusi, Gelaran: "Al-Ghazali" bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena kampung kelahirannya, Ghazalah. Peribadi a.Imam Al-Ghazali mempunyai daya hafalan dan ingatan yang kuat dan bijak berhujah. b.Beliau menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. c.Imam Al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan. d.Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir demi untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan. e.Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama Islam di Eropah melalui hasil-hasil karyanya yang bermutu tinggi.

Pencapaian

a.Pada peringkat awalnya beliau mendapat pendidikan secara percuma kerana keluarganya miskin. Beliau mempelajari ilmu fikah pada waktu itu. b.Beliau seterusnya mempelajari tauhid, mantiq, usul fikah dan falsafah serta menyelidik dan mengkaji segala pendapat empat mazhab hingga mahir dalam bidang-bidang tersebut. c.Selepas itu beliau menyambung pelajarannya dengan seorang guru yang bernama Ahmad AlRazkani, kemudian berguru pula dengan Abu Nasr Al-Ismail di Jorjan. d.Oleh sebab Al-Imam Al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu beliau telah dilantik menjadi mahaguru di Madrasah Nizamiah di Baghdad. e.Beliau juga telah mengembara ke beberapa tempat seperti Makkah, Madinah, Mesir dan Jerusalem untuk mendalami ilmu falsafah yang dipelajarinya. f.Sewaktu dalam pengembaraan, beliau telah menulis kitab "Ihya Ulumiddin" yang memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dan pemikiran Islam dalam semua masalah yang mana masih menjadi rujukan pada masa kini.

Sumbangan a.Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa, untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat,

seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas hanya kerana Allah S.W.T. b.Imam Al-Ghazali adalah seorang merupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yang dapat di nilai melalui hasil-hasil karyanya. c.Beberapa hasil karya Imam Al-Ghazali telah diterjemahkan ke dalam berbagaibagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan kepada penuntut-penuntut di pusat-pusat pengajian tinggi. d.Hasil karya beliau yang terkenal ialah Ihya Ulumiddin yang merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak dan tasawuf. e.Segala hasil-hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah. f.Kebanyakkan hasil-hasil karya Imam Al-Ghazali berbentuk falsafah. Oleh hal yang demikian pengkaji-pengkaji Barat menganggap, Imam Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah. Antara hasilhasil karya beliau yang lain termasuklah: i. Ihya Ulumiddin. ii. Al-Munqiz Min ad-Dalal iii. Mizanul-amal. iii.Tahafut al-Falasifah iv.Hidayah Al-Salikin v.Jawahir Al-Quran. vi. Minhaj al-Abidin vii. Asma Allah al-Husna viii. Ayyuha al-Walad ix. Kimia as-Saadah. Uye120301 Peranan Imam Al-Ghazali adalah antara tokoh ilmuan Islam yang paling berpengaruh, banyak memberi sumbangan terhadap masyarakat Islam dan

kurang kontroversi berbanding tokoh-tokoh lain. Ini kerana, Imam Al-Ghazali mempunyai beberapa sudut pemikiran dan manhaj yang sangat bersederhana dalam penilain dan sangat adil dalam membuat penilaian. Beliau tidak mudah menghukum dalam masa yang sama tidak sambil lewa dalam menilai sesuatu. Penilaian Pertama: Sudut Kesederhanaan Pemikiran Imam Al-Ghazali: Imam Al-Ghazali mempunyai sikap yang paling bersederhana dalam membuat kesimpulan perbahasan dan pendiriannya. Imam Al-Ghazali juga mempunyai cetusan pemikiran yang menyumbang kepada kesatuan sepertimana kesatuan antara golongan ahli fiqh dan ahli sufi dengan kitab beliau IHya' Ulumiddin di mana dikatakan sebelum itu, dua pihak tersebut mempunyai pertembungan. Inilah ciri-ciri mujaddid sepertimana yang pernah dilakukan oleh Imam As-Syafi'e yang mendamaikan antara golongan ahli ra'yi (di Baghdad dan kawasan sekitarnya) dan ahli hadith (di Hijaz dan sebagainya) dengan kitab beliau ArRisalah. Oleh kerana itulah, kitab Ihya' Ulumiddin dari sudut idea asasnya diterima oleh hampir keseluruhan ulama' sunnah Islam sehingga mencapai tahap at-talaqqi bil qabul (mendapat penerimaan dalam masyarakat Islam sehingga menjadi syiar keagungan intelektual Islam). Tiada siapa yang mengkritik isi kandungan dan idea asas kitab tersebut kecuali segelintir yang menilai penggunaan hadith-hadith di dalamnya samada secara adil atau secara berlebihlebihan. Imam Al-Ghazali justeru mencapai tahap At-Talaqqi bi Al-Qabul (diterima oleh masyarakat Islam kebanyakkan sebagai rujukan dalam memahami Islam). Beliau tidak berlebih-lebihan dalam mengkritik namun banyak memberi tulisan-tulisan yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat. Malah, kebanyakkan kritikan-kritikan beliau juga membawa kepada sumbangan penting dalam masyarakat Islam khususnya melalui buku beliau Al-Munqiz. Menurut bekas Sheikhul Azhar, Sheikh Dr. Abdul Halim Mahmud, kalau Imam Al-Ghazali sekadar menulis tiga buku (yg bakal disebutkan ini) sahaja, sudah cukup menunjukkan ketinggian beliau dalam keilmuan Islam. Buku-buku tersebut adalah: - Al-Munqiz min Ad-Dholal - Tahafut Al-Falasifah - Ihya' Ulumiddin Adapun, sikap ini tidak dilihat secara jelas oleh kedua-dua tokoh yang lain iaitulah Ibn Taimiyyah dan Ibn Rusyd. Mengenai Ibn Taimiyyah, sebahagian

tulisan-tulisan beliau sendiri sememangnya mengundang kontroversi lalu dikritik oleh sebahagian ulama'-ulama' yang hidup sezaman dengannya mahupun sesudah zaman beliau sehingga hari ini. Tidak dapat dinafikan bagi mereka yang menilai karangan-karangan beliau secara adil, ianya mengandungi beberapa sudut kekerasan pemikiran yang melibatkan masalah-masalah furu' seperti mengharamkan bermusafir dengan niat menziarah kubur, mengharamkan tawassul dengan si mati dan sebagainya. Adapun masalah berkaitan aqidah, maka tidak dapat dinafikan adanya beberapa masalah di mana Ibn Taimiyyah menyalahi majoriti umat Islam. Malah, sebahagian para ulama' semasa dan setelah zaman beliau terus mengkritik beberapa isu yang dianggap menyalahi aqidah Islam. Antara mereka adalah seperti Imam As-Subki, Imam Al-Hishni, Imam Ibn Hajar Al-Haitami dan sebagainya. Malah, beliau kerap dipanggil oleh persidangan beberapa ulama' untuk menilai aqidah beliau semasa hidup beliau. Maka, "idea asas" bagi sesetengah tulisan Ibn Taimiyyah yang merujuk kepada sudut keras dalam pemikiran beliau tidak mencapai penerimaan yang meluas sehinggalah kemunculan Muhammad Abdul Wahab dan para pengikutnya. Begitu juga perihalnya dengan Ibn Rusyd (Averroes). Beliau berbeza dengan Ibn Taimiyyah yang dinilai mempunyai sudut tasyaddud, kerana Ibn Rusyd pula mempunyai sifat terlalu mempertahankan falsafah-falsafah Yunani (Aristotle khususnya) sehingga sanggup mengarang buku Tahafut at-Tahafut (yg menolak buku Tahafut Al-Falasifah karangan Imam Al-Ghazali) utk membela ahli falsafah Islam yang memperjuangkan sebahagian falsafah Aristotle. Sikap Ibn Rusyd yang berlebih-lebihan dalam falsafah turut dinilai dan dikritik oleh sebahagian ulama'. Beliau juga bersifat mengkritik sesetengah pendapat Al-Asya'irah (para ulama' yang mengikut manhaj Imam Al-Asy'ari dalam aqidah) dalam masalah aqidah. Sikap ini (banyak mengkritik Al-Asya'irah) dikongsi bersama antara Ibn Taimiyyah dengan Ibn Rusyd walaupun kedua-duanya mengkritik dari dua sudut yang berbeza. Antara buku yang membongkar kekeliruan kedua-dua tokoh ini adalah sebagaimana karangan tokoh terkemuka semasa ini iaitulah Sheikh Sa'id Abdul Latif Fudah. Beliau mengarang satu buku bertajuk , suatu buku ini mengkritik beberapa kesalahan Ibn Rusyd

dan falsafah beliau. Buku kedua dikarang oleh Sheikh Sa'id Fudah juga bernama iaitu suatu buku ini mengkritik beberapa pemikiran Ibn Taimiyyah. Kedua-dua buku tersebut berkongsi nama yang sama iaitu "Al-Kasyif As-Shoghir". [ Buku boleh rujuk di sini http://www.al-razi.n...te/pages/d1.htm ] Penilaian Kedua: Sudut Penelitian Adil Imam Al-Ghazali Imam Al-Ghazali juga bersifat mendahulukan prinsip-prinsip ajaran Islam yang qat'ie (putus) khususnya ketika menilai sesuatu pemikiran yang syubat. Beliau menilai dengan adil dan penuh teliti. Contohnya, ketika beliau mengkritik sesetengah falsafah yang menyalahi aqidah Islam (sebagaimana yg dijelaskan oleh suadara al-amin) dalam buku beliau Tahafut al-Falasifah, beliau mengkritik beberapa falsafah tersebut (yang berkait rapat dengan pemikiran Ibn Sina dan Al-Farabi) setelahmana benar-benar faham apa yang dikatakan oleh golongan falsafah dengan kefahaman mereka sendiri. Buktinya, sebelum Imam Al-Ghazali menulis kitab Tahafut al-Falasifah, beliau terlebih dahulu menulis kitab Maqasid alFalasifah yang menjelaskan tentang pemikiran-pemikiran golongan ahli falsafah Islam yang menghidupkan falsafah2 Aristotle dan Plato. Buku ini menunjukkan bahawa Imam Al-Ghazali faham betul tentang falsafah lalu baru mengkritik sesetengah falsafah yang dinilai olehnya sebagai bercanggah dengan Islam dalam bukunya tahafut al-Falasifah. Ketika Imam Al-Ghazali cuba mengkritik golongan BAthiniyyah juga, beliau cuba memahami perkataan-perkataan mereka dengan cara kefahaman mereka, bukan mengkritik mereka dengan kefahaman sendiri. Hal ini dijelaskan sendiri dalam kitab Al-Munqiz. Beliau sangat berhatihati dalam membuat penilaian dan kritikan. Hal ini berbeza dengan Ibn Rusyd dan Ibn Taimiyyah. Ibn Taimiyyah sangat mengkritik beberapa tokoh Al-Asya'irah dan tokoh Sufi dengan kefahamannya sendiri terhadap apa yang dikatakan oleh ulama'2 yang dikritiknya. Padahal, apabila kita mendalami penulisan para tokoh yang beliau kritik dengan kefahaman yang sebenar, ianya tidak salah sebagaimana yang didakwa oleh Ibn Taimiyyah. Apa yang salah adalah kefahaman Ibn Taimiyyah terhadap maksud sebenar perkataan2 para ulama' yang beliau kritik. Hal ini sangat jelas jika kita baca tulisan2 beliau ketika mengkritik sebahagian ulama' Al-Asya'irah dan ulama' Sufi. Ibn Rusyd juga

menghadapi masalah yang sama dalam mengkritik Al-Asya'irah. Oleh kerana itu beliau kelihatan berlebih-lebihan dalam membela falsafah dan mengkritik AlAsya'irah. Penilaian Ketiga: Sikap Mereka Terhadap Falsafah Antara tokohtokoh, Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai tokoh yang pertengahan dalam masalah falsafah. Beliau tidak menolak falsafah secara mutlak namun tidak menerimanya secara keseluruhan. Beliau menapis falsafah-falsafah yang hadir dari luar Islam sehinggamana apa yang tidak bertentangan dengan Islam maka beliau terima, sedangkan apa yang bertentangan, maka beliau tolak. Beliau mengulas ketika membuat ilustrasi tentang segolongan ahli falsafah Islam yang terlalu mengagungkan falsafah dengan berkata: "Akal Manusia sememangnya mencari kebenaran dan ingin sampai kepadanya sebagaimana lalat (atau kelkatu) yang mencari cahaya siang hari. Namun apabila ia melihat nyalaan api, lalu menyangka ia adalah cahaya hakiki siang, maka dia pun menuju ke arah api tersebut lalu binasalah ia di dalamnya. Tetapi, ia (akal manusia) salah dalam membuat penilaian kerana tertipu dengan perbandingan akal yang salah lalu binasa sebagaimana binasanya lalat (atau kelkatu) di dalam api" [muqoddimmah Ahmad Syamsuddin dalam buku Tahafut Al-Falasifah Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah] Ibn Rusyd juga mempunyai sikap menilai falsafah secara kritis seperti AlGhazali. Namun, beliau sedikit longgar dalam menilai falsafah dan terlalu mengkagumi falsafah Aristotle sebagaimana hal Ibn Sina dan Al-Farabi. Ib Rusyd cuba mengaitkan keserasian antara falsafah dengan agama kerana sayangkan falsafah sedangkan Imam Al-Ghazali menilai secara adil falsafahfalsafah yang hadir dari luar Islam kerana sayangkan agama Islam itu sendiri. Adapun Ibn Taimiyyah pula, beliau sangat menolak falsafah. Malah, dikatakan, beliau turut mengharamkan ilmu mantik secara mutlak. Oleh yang demikian, sudah semestinya Imam Al-Ghazali paling berpengaruh dalam dunia keilmuan Islam kerana beliau dianggap sebagai tokoh utama yang mewakili sebahagian besar ulama' Islam iaitulah golongan ahli fiqh, golongan ahli falsafah Islam, golongan Al-Asya'irah dan golongan sufi. Tidak salah jika para ulama' menggelarkannya sebagai Hujjatul Islam. Beliau mungkin juga dilihat antara ulama' terawal melaksanakan agenda Islamisasi Ilmu (Islamization of

Knowladge) dengan ertikata yang sebenar. Pemikiran beliau umpama jambatan yang menghubungkan masyarakat Barat (Kristian dengan masyarakat Timur (umat Islam).

Masa Akhir Kehidupannya Akhir kehidupan beliau dihabiskan dengan kembali mempelajari hadits dan berkumpul dengan ahlinya. Berkata Imam Adz Dzahabi, Pada akhir kehidupannya, beliau tekun menuntut ilmu hadits dan berkumpul dengan ahlinya serta menelaah shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim). Seandainya beliau berumur panjang, niscaya dapat menguasai semuanya dalam waktu singkat. Beliau belum sempat meriwayatkan hadits dan tidak memiliki keturunan kecuali beberapa orang putri. Abul Faraj Ibnul Jauzi menyampaikan kisah meninggalnya beliau dalam kitab Ats Tsabat Indal Mamat, menukil cerita Ahmad (saudaranya); Pada subuh hari Isnin, saudaraku Abu Hamid berwudhu dan solat, lalu berkata, Bawa kemari kain kafan saya. Lalu beliau mengambil dan menciumnya serta meletakkannya di kedua matanya, dan berkata, Saya patuh dan taat untuk menemui Malaikat Maut. Kemudian beliau meluruskan kakinya dan menghadap kiblat. Beliau meninggal sebelum langit menguning (menjelang pagi hari). (Dinukil oleh Adz Dzahabi dalam Siyar Alam Nubala 6/34). Beliau wafat di kota Thusi, pada hari Senin tanggal 14 Jumada Akhir tahun 505 H dan dikuburkan di pekuburan Ath Thabaran (Thabaqat Asy Syafiiyah 6/201).

RUJUKAN 1. Al-Ahwani, Ahmad Fuad. Ibn Sina. Dar al-Maarif, al-Qahirah 2. Qumary, Yuhanna. Ibn Sina. Dar al-Sharq, Beirut 1968 3. Nasr, S.H. Islamic Science. London: World of Islamic Festival Publishing Company. 1976. Hlmn. 54 4. Nasr, S.H.(1976) TheIslamic Science. Part IV, Hlmn 199 5. Nasr, S.H.(1976) TheIslamic Science. Part IV, Hlmn 200 6. Nasr, S.H.(1976) Islamic Science. World of Islam Festival Publishing Company Limited. Part IV, Hlmn177 & 178 7. Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Sains Menurut Perspektif Islam: Pusat pengajian umum UKM, Bangi. 8. Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Islam Al-Quran dan Ideologi Masa Kini: Pusat Pengajian Umum UKM, Bangi 9. H. Zainal Abidin Ahmad. 1974. Ibnu Sina . Bulan Bintang Jakarta. 10. Al-Mankhul min Ta`liqat al-Usul, ed., Muhammad Hasan Hitu (Damascus: Dar Al-Fikr, 1970) 11. Mi`yar al-`Ilm fi al-Mantiq, ed., Ahmad Shams al-Din (Beirut: Dar alKutub al-`Ilmiyyah, 1990)

INTERNET http://www.erols.com/gmqm/euromed1.html http://www.erols.com/gmqm/euromed2.html http://www.erols.com/gmqm/euromed3.html http://www.erols.com/gmqm/places1.html http://www.erols.com/zenithco/razi.html http://www.erols.com/zenithco/sina.html http://www.erols.com/zenithco/zahravi.html http://www.muslimsonline.com/~azahoor/index.html#b iosc http://www.evans.carson.amedd.army.mil/PHARM/clf ps/thom/hist13.html

You might also like