You are on page 1of 2

MESYUARAT KALI KE 2 PANITIA BAHASA INGGERIS SK TAMAN UNIVERSITI 4 Tarikh: Masa: Tempat: Kehadiran: 27 Jun 2011 (Jumaat) 12.

00 1.00 petang Makmal Komputer Pn Ponnisah Daud Pn Noraini Hashim Pn Retena a/p K. Adam Cik Shufianah Puteri Yusof 1. Ucapan Pengerusi 1.1 Pn Chan mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahasa Inggeris yang menghadirkan diri. Mengesahkan minit mesyuarat pertama. Disahkan oleh Pn Noraini Hashim dan disokong oleh Pn Kavitha a/p Soorya Prakam. Pn Chan Choo Lee Pn Azura Yahya Pn Zurina Mohamad

1.2

2.

Ucapan GPK Kurikulum 2.1 Pn Ponnisah mengucapkan terima kasih kepada semua Panitia Bahasa Inggeris kerana dapat hadir ke Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris kali ke-2 dan memberi peluang kepada beliau untuk menyampaikan beberapa perkara seperti berikut: 2.1.1 Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 Pn Ponnisah mengambil berat akan prestasi murid tahun 4 yang setiap tahun menunjukkan sedikit kemerosotan. Beliau berharap agar semua guru Bahasa Inggeris bersama-sama mengkaji semula punca kemerosotan tersebut. Analisa peperiksaan pertengahan tahun bagi murid tahun 1, 2, 3, 5 dan 6 adalah agak memberansangkan. Pn Ponnisah mengucapkan tahniah kepada semua guru dan berharap prestasi ini sentiasa berterusan. Tindakan: Semua guru 2.1.2 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran mengikut kelas Pn Ponnisah meminta agar guru Panitia Bahasa Inggeris bersama-sama membincangkan masalah pengajaran dan pembelajaran kelas masing-masing dan berkongsi idea untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa. Tindakan: Semua guru

3.

Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 3.1 Pengerusi membincangkan peperiksaan pertengahan tahun 2011 mengikut kelas. Perbincangan merangkumi perkara-perkara seperti berikut: 3.1.1 Soalan peperiksaan yang menunjukkan jumlah murid yang memjawab salah tinggi dikaji semula. Pn Retena memdapati ramai murid yang cuai semasa menjawab soalan objektif Bahasa Inggeris. Beliau mencadangkan agar semua guru sentiasa menasihat dan mengingatkan murid supaya membaca soalan dengan teliti. Murid haruslah membaca semua jawapan yang telah disediakan kemudian jawab. Tindakan: Semua guru 3.2 Pengerusi meminta agar guru tahun 4 untuk menyediakan murid dengan contoh soalan format UPSR agar mereka dapat bersedia lebih awal dan biasa dengan format soalan UPSR. Latihan penulisan amat penting untuk murid. Guru haruslah banyak memberi latihan penulisan mengikut tahap yang kerap agar murid bersedia untuk menghadapi UPSR dari awal lagi. Tindakan: Guru tahun 4

4.

Perkara Berbangkit 4.1 Dengan perubahan jadual waktu rehat murid yang telah dipendekkan dan masa perhimpunan dipanjangkan, pengerusi meminta agar guru meneruskan aktiviti EW20 setiap hari Rabu dari 7.10 pagi hingga 7.30 pagi. Jadual bertugas telah diedarkan. Tindakan: Semua guru 4.2 Pengerusi mengingatkan guru agar mengisi data SBOA bagi setiap kelas. Tindakan: Semua guru 4.3 Cik Shufianah masih lagi tidak pasti dengan sistem fail PBS KSSR Tahun 1. Pengerusi mencadangkan supaya guru tahun 1 yang terlibat dengan KSSR untuk bertanya dengan sekolah lain yang telah melaksanakan PBS KSSR tentang sistem fail PBS KSSR Tahun 1. Tindakan: Ketua Panitia dan guru tahun 1

5.

Hal-hal Lain 5.1 Bulan Panitia Bahasa Inggeris dicadangkan untuk diadakan pada bulan September. Perbincangan secara lanjut akan dilakukan pada mesyuarat yang seterusnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada 1.00 petang. Disediakan oleh: Disahkan oleh:

____________________________ SHUFIANAH PUTERI YUSOF Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris

____________________________

You might also like