You are on page 1of 5

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA Penubuhan dan Pengendalian Perniagaan A. Bantuan Perniagaan 1.

Maksud Bantuan Perniagaan - Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan untuk menggerakkan aktiviti ekonomi khususnya perniagaan - Perkhidmatan yang diperluakan secara tidak langsung 2. Kepentingan Bantuan Perniagaan Membantu usahawan, peniaga dan pengeluar untuk memulakan perniagaan, menjalankan dan meluaskan perniagaan 3. Jenis Bantuan Perniagaan Bank A. Peranan - Membantu usahawan dan peniaga dalam aspek kewangan B. Jenis Perkhidmatan I. Memberi kemudahan simpanan wang II. Membayar dan menerima wang III. Memberi kemudahan pinjaman IV. Memberi nasihat kewangan V. Menyediakan peti simpanan keselamatan VI. Menjual cek kembara VII. Menyediakan kemudahan kad kredit VIII. Menyediakan perkhidmatan tele perbankkan IX. Menyediakan juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai dan cek X. Menyediakan perbankkan internet

C. Jenis-jenis Bank Bank Pusat Contoh : Bank Negara Malaysia Fungsinya : a. Mengeluar dan mengawal mata wang b. Menjadi jurubank kepada kerajaan c. Menjadi jurubank kepada bank perdagangan d. Melaksanakan dasar kewangan negara I. Bank Perdagangan Contoh : Public Bank, Bumiputra Commerce Bank bhd, May Bank Fungsinya : . Menyediakan kemudahan simpanan

a. Menyediakan kemudahan pinjaman b. Menyediakan kemudahan pembayaran cek c. Menyediakan khidmat nasihat kewangan II. Bank Islam Contoh : Bank Islam Malaysia dan Bank Muamalat Malaysia bhd. Fungsinya : Menyediakan kemudahan simpanan a. Menyediakan kemudahan pinjaman tanpa riba b. Menyediakan kemudahan - kemudahan seperti bank perdagangan lain berasaskan hukum syara' III. Bank Koperasi Contoh : Bank Rakyat, Bank Persatuan Fungsinya : Menerima simpanan a. Memberi pinjaman kepada ahli-ahlinya b. Membuat pelaburan dalam projek pembangunan IV. Bank Berkanun Contoh : Bank Simpanan Nasional (BSN) Fungsinya : Menerima simpanan daripada masyarakat golongan sederhana dan rendah V. Bank Saudagar Contoh : RHB Sakura Merchant Bank Berhad Fungsinya : Menyediakan perkhidmatan simpanan dan pinjaman kepada sektor korporat a. Menguruskan pelaburan dan menanggung jamin terbitan syer. Perbezaan

SISTEM PERBANKKAN ISLAM 1. Berlandaskan hukum Islam 2. Berasaskan pembahagian untung 3. Riba atau faedah adalah Haram Objek perniagaan adalah produk atau 4. perkhidmatan 5. Wang merupakan alat pertukaran

SISTEM PERBANKKAN KONVENSIONAL Berlandaskan undang-undang sivil Berasaskan kadar faedah atau bunga Faedah adalah amalan biasa Objek perniagaan adalah wang Wang adalah perkara utama

Insuran . Peranan - Insuran diperlukan untuk melindungi diri dan harta perniagaan daripada sebarang risiko. A. Jenis Insuran . Insuran kenderaan bermotor I. Insuran kebakaran II. Insuran jaminan amanah III. Insuran kecurian dan rompakan IV. Insuran pampasan pekerja V. Insuran liabiliti awam VI. Insuran nyawa VII. Insuran perkapalan

B. Jenis risiko perniagaan Risiko kehilangan nyawa I. Risiko kemalangan II. Risiko kerosakan harta benda III. Risiko kehilangan harta benda C. Risiko perniagaan yang tidak boleh diinsurankan . Kegagalan meneruskan perniagaan I. Pengurusan perniagaan yang tidak cekap II. Perubahan fesyen dan cita rasa III. Kenaikan harga barang modal dan kenaikan upah IV. Perubahan ekonomi negara dan ekonomi dunia V. Hutang lapuk VI. Bencana alam VII. Peperangan , rusuhan dan mogok Pergudangan . Maksud gudang - Tempat untuk menyimpan barang sehingga ada permintaan daripada pengguna A. Jenis-jenis gudang . Gudang Peruncit - Dimiliki oleh peruncit besar-besaran I. Gudang Pemborong - Untuk menyimpan barang yang dibeli daripada pengeluar II. Gudang Pengilang - untuk menyimpan bahan mentah - untuk menyimpan barangan siap menunggu untuk dijual III. Gudang kerajaan - untuk menyimpan barangan keluaran agensi kerajaan - ada juga disewakan kepada peniaga IV. Gudang berbon - untuk menyimpan barangan yang dikenakan cukai, tetapi cukainya belum dibayar - cukai akan dikenakan setelah barangan dukeluarkan B. Peranan pergudangan . Membolehkan pengeluaran dijalankan berterusan I. Menjamin bekalan barang berterusan II. Membantu perniagaan import dan eksport III. Menstabilkan harga IV. Menjamin keselamatan barang V. Mengelakkan pembaziran dan kerosakan barang VI. Membolehkan kerja-kerja akhir dan pemecahan pukal dijalankan Pengangkutan . Maksud pengangkutan - Pengagihan barang-barang daripada satu tempat ke tempat yang lain A. Jenis pengangkutan . Pengangkutan darat I. Pengangkutan udara II. Pengangkutan laut .

Lori

Kargo Udara

Kapal Kontena

B. Peranan pengangkutan Memudahkan pemindahan barang I. Meluaskan pasaran II. Mempelbagaikan pilihan pengguna III. Menggalakkan pengeluaran dan perniagaan secara besar-besaran IV. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara V. Memudahkan mobiliti tenaga buruh VI. Mengurangkan kos menyimpan stok VII. Menggalakkan perniagaan antarabangsa Promosi . A. Jenis promosi Pengiklanan

Maksud promosi .

Kaedah memberitahu dan mempengaruhi pengguna Cara memujuk, memberitahu dan mengingatkan pengguna Media : TV, akhbar, majalah , papan iklan, banting, risalah dan katalog Melibatkan hubungan bersemuka Jurujual akan diberikan gaji dan bonus serta tawaran komisyen Contoh : Amway, Cosway, Avon, Leno Penggunaan pelbagai tawaran kepada pengguna seperti diskaun, peraduan dan kupon berlangsung dalam tempoh masa tertentu dan tempat yang ditetapkan

ualan terus

romosi jualan

ublisiti

Maklumat yang disampaikan oleh orang pakar dan diakui dalam media cetak ata media elektronik Ruang yang diberikan oleh media untuk seseorang pakar memberikan pandangan atau satu topik yang menjemput beberapa pakar memberikan pandangannya

aktor pemilihan jenis promosi . Kos I. Jenis barangan II. Tujuan promosi III. Saiz perniagaan IV. Sasaran pengguna V. Luas pasaran VI. Dasar kerajaan C. Kepentingan promosi . Memperkenalkan barangan atau perkhidmatan baru I. Mewujudkan permintaan terhadap barangan atau perkhidmatan II. Meningkatkan jumlah jualan dan keuntungan

III. Menyaingi pesaing di pasaran IV. Meningkatkan imej sesuatu jenama V. Mengekalkan pasaran sedia ada Komunikasi Kepentingan komunikasi . Urusan perniagaan dapat dijalankan dengan cepat dan berkesan. I. Memperluaskan pasaan keseluruh dunia II. Menyebarkan maklumat. III. Mengelakkan sesuatu bencana berlaku IV. Memudahkan kawalan dan pentadbiran perniagaan V. Memudahkan promosi A. Faktor pemilihan jenis komunikasi . Kos I. Kesegeraan II. Kemudahan III. Jarak IV. Jenis maklumat B. Jenis Komunikasi . Radio dan Televisyen I. Perkhidmatan Pos II. Perkhidmatan telekomunikasi III. Perkhidmatan kurier Hak Cipta Muhammad Khairi.2007 SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting

Masih dalam pembinaan .........


Get a free website at Webs.com

You might also like