You are on page 1of 23

BBM 3105

FALSAFAH
BAHASA MELAYU
OLEH
PROF. MADYA DR. AHMAD
MAHMOOD MUSANIF
DEFINISI FALSAFAH
• Perkataan “ falsafah” daripada bahasa
Yunani philosophia iaitu philo ertinya
cinta dan sophia ertinya hikmat.

• Orang yang mula-mula menggunakan


perkataan ini ialah ahli falsafah Yunani
bernama Pythagoras.

• Munculnya perkataan philosophia kerana


kegiatan fikiran yang begitu pesat
waktu itu, membahaskan rahsia-rahsia
alam, soal metafizik dan masalah
etika.
• Menurut Plato, philosophia bermaksud ilmu.

• Aristotle pula menambah, ilmu terbahagi kepada


dua, iaitu ilmu nazari (theoretical science) dan
ilmu amali (practicle science)

• Heraclitus menyatakan definisi tepat untuk


falsafah sebagai ilmu yang membahaskan
hakikat sesuatu.

• Ibnu Sina mengatakan tujuan falsafah untuk


mencari hakikat sesuatu dengan segala
kemampuan akal manusia.
• Albertus Magnos menyatakan falsafah
ialah menyelidik tiap-tiap yang
mungkin diketahui oleh akal manusia.

• Menurut Francis Bacon, skop


perbahasan ilmu falsafah ialah Tuhan,
manusia, dan alam tabiat.

• Falsafah menurut Descartes adalah


himpunan berbagai-bagai ilmu.
HAKIKAT BAHASA
• Bahasa sebagai sekumpulan bunyi yang
diucapkan.

• Bahasa sebagai alat atai kenderaan yang


mendukung dan menyampaikan maksud.

• Bahasa sebagai fenomena sosial yang


menghubungkan antara individu atau
kumpulan dalam masyarakat.
• Bahasa merupakan alat yang
merakam, menimbunkan dan
mewariskan khazanah kebudayaan.

• Bahasa sebagai satu urutan lakuan


pertuturan.
FALSAFAH BAHASA
• Falsafah bahasa merupakan bidang yang
menyelidiki kebenaran dalam bahasa atau
kajian bahasa (linguistik).

• Falsafah bahasa melibatkan dua bidang


kajian iaitu: - bidang falsafah.
- bidang kajian bahasa
(linguistik).
• Kebanyakan ahli falsafah berpendapat
bahawa perkara yang mula-mula dikaji
dalam falsafah bahasa ialah bidang
pemaknaan (semantik).

• Kemudian dikaji pula tentang hakikat


pengetahuan (epistemologi), persoalan nilai
(etika), aspek keindahan (estetika), budaya
dan sosial (antropologi dan sosiologi), alam
jagat raya atau kosmos manusia (kosmologi),
hakikat kewujudan (ontologi), dan tentang
alam zahir dan ghaib (metafizik).
FALSAFAH BAHASA DAN
FALSAFAH LINGUISTIK
• FB meneliti dan memeriksa secara
falsafah pengetahuan konsepsi yang
wujud dalam fikiran secara abstrak.

• FL membincangkan dasar falsafah yang


terkandung dalam konsep dan istilah
linguistik, iaitu meneliti kaedah dan
amalan ahli linguistik deskriptif dalam
disiplin mereka.
• FB merupakan percubaan atau pendirian
dalam menganalisis ciri-ciri bahasa.

• FL (kebahasaan) merupakan percubaan untuk


menjelaskan masalah-masalah falsafah.

• FB adalah nama untuk satu subject matter


dalam falsafah manakala FL adalah nama
untuk satu kaedah dalam falsafah.
HAKIKAT
PENGETAHUAN
Pengetahuan bermaksud keadaan tahu,iaitu
hasil pekerjaan mengenali, menyedari,
menginsafi, mengerti, dan menurani.

1.Pengetahuan indera yang diperoleh melalui


kerja anggota pancaindera iaitu melihat,
mengecapi, mendengar, membaui, dan
meraba atau merasa.

2.Pengetahuan ilmu hasil penyelidikan,


pengamatan dan penganalisisan terhadap
pengetahuan pancaindera, untuk lebih
mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di
sebalik yang nyata secara zahiriah.
3. Pengetahuan falsafah terhasil sebagai
persambungan daripada pengetahuan
ilmu/sains dengan cara merumuskan
sesuatu secara sejagat dan
hakikat,daripada asal permulaan kepada
pengakhiran, daripada serpihan kepada
keseluruhan dan daripada zahir kepada
batin.
PROSES BERFIKIR DAN
BAHASA
Fikiran merupakan kandungan bahasa
(content of language) dan bahasa sebagai
wahana fikiran (vehicle of thought).Ini
bermaksud bahasa sebagai alat untuk
menyampaikan buah fikiran. Oleh itu,
dalam proses berfikir, mungkin banyak
menggunakan bahasa, mungkin sedikit
menggunakan bahasa atau langsung tidak
menggunakan bahasa.
• Berfikir secara autistik.

• Berfikir secara mengingat kembali.

• Berfikir secara imaginasi.

• Berfikir secara memberi perhatian.

• Berfikir sebagai satu kepercayaan.

• Berfikir secara mendalam.


BAHASA DAN
PENGELIHATAN DUNIA
PENUTUR
Pengelihatan dunia bermaksud kemampuan
manusia melakukan persepsi terhadap alam
nyata dan di samping itu menimbulkan apa yang
dipersepsikan dalam konsep-konsep yang
diwujudkan oleh bahasa.

Unsur-unsur bahasa yang menjadi teropong


pengelihatan dunia penutur tidak terbatas
kepada perbendaharaan kata tetapi juga
meliputi unsur-unsur nahu.
• Kategori genus.

• Tindak balas terhadap penggunaan


kata, ungkapan atau ayat.

• Sifat interaksi dalam permintaan.


SIFAT KESEJAGATAN
BAHASA
Benjamin L. Whorf mengatakan bahawa
ada sesuatu kesejagatan dalam bahasa-
bahasa asli manusia. Sifat kesejagatan
dilihat melalui ciri persamaan antara
bahasa.

Dari segi binaan perkataan, semua


bahasa mempunyai unsur asas perkataan,
iaitu morfem.
• Semua bahasa juga mempunyai golongan
kata asas, kata nama, kata kerja, kata
sifat dan sebagainya.

• Semua bahasa manusia mempunyai tiga bunyi


yang umum,iaitu vokal, konsonan, dan
diftong.

• Semua bahasa mempunyai unsur perkataan


dalam ayat dan dikategorikan kepada
subjek, predikat, dan objek ayat.
SIFAT KHUSUS
(PARTIKULAR) BAHASA
Ciri-ciri perbezaan mewujudkan sifat
khusus atau partikular antara bahasa.

Dalam sistem bunyi, julat atau range


bunyi-bunyi vokal, konsonan, dan diftong
berbeza. Urutan bunyi-bunyi dan ciri-
ciri koartikulasinya juga berbeza.
Dari segi pembentukan kata, ada bahasa
yang bersifat isolatif (kata akar
sahaja), aglutinatif (menggunakan
penambahan) dan infleksi (menggunakan
penambahan dan perubahan dalaman).

Dari segi sintaksis ada bahasa dalam


tipologi SVO (subject-verb-object),
SOV, dan VSO.
SIFAT TRANSENDENTAL
BAHASA
Sifat transendental adalah sifat bahasa untuk
tujuan perhubungan dengan alam ghaib atau
“tinggi” yang merentasi alam nyata.

Terdapat perhubungan antara Allah yang ghaib


dengan manusia yang zahir. Yang ghaib tidak
diliputi oleh ruang dan masa sedangkan bahasa
manusia ada ruang (gelombang bunyi dan tulisan)
dan masa (waktu pengujarannya).
• Allah mengajar Adam a.s realiti
kewujudannya (Surah al-Baqarah,31).

• Allah berkata-kata dengan Nabi Musa (Al-


A’raf,143).

• Allah menurunkan Al-Quran dalam bahasa


Arab (Surah Yusuf,2).

• Allah mengutuskan rasul dalam bahasa


kaumnya (Surah Ibrahim,4).

You might also like