Professional Documents
Culture Documents
Oleh
Nur Syakimah binti Rabaha &
Prof. Madya Dr. Hj Jaludin bin Hj Chuchu.
PENGENALAN
Sebelum melanjutkan mengenai dengan tajuk bagi penggunaan
kata sapaan ‘kau’ dulu dan sekarang yang dilihat dalam konteks
Melayu Kedayan. Ada baiknya disentuh sedikit mengenai dengan
tema bagi seminar ini, tema seminar tahun ini adalah
“Multibahasa pencerna dan pewahanaan ilmu pengetahuan”.
Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003;1830), Multi
ialah lebih daripada satu, banyak, berbilang dan pelbagai.
Manakala Multibahasa atau lebih dikenali sebagai Multilingual
(2003;1830-1831) ialah mengandungi beberapa atau banyak
bahasa ataupun kebolehan mengetahui atau menggunakan
beberapa bahasa dalam berkomunikasi. Manakala Wahana dalam
KBMN1 (2003;3011) ialah saluran atau perantaraan yang
memungkinkan sesuatu yang dilakukan (disampaikan atau
dicapai), alat atau sarana untuk mencapai sesuatu tujuan. Bagi
makna pencerna dalam KBMN (2003;486) ialah sesuatu yang
mencernakan (menyerapkan ke dalam fikiran, jiwa, hati dan lain-
lain).
Negara Brunei Darussalam mempunyai pelbagai
penduduk. Majoriti penduduk yang terdapat di negara ini adalah
berbangsa Melayu. Bangsa Melayu di negara ini terdiri daripada
tujuah etnik atau tujuh puak rakyat jati Brunei Darussalam.
Ketujuh-tujuh etnik tersebut ialah Melayu Brunei, Melayu
Kedayan, Dusun, Murut, Belait, Tutong dan Bisaya. Kedayan
adalah salah satu etnik jati di negara Brunei Darussalam yang
1
Kamus Bahasa Melayu Nusantara.
PROSIDING SETALING II
80
PROSIDING SETALING II
81
PROSIDING SETALING II
82
PROSIDING SETALING II
2
Pusaka. Bil 11. 2004. Puak Kedayan di Kampong Lamunin. Ms.45-54
3
Yusuf Hj Mohmad. 1993/1994. Sistem Panggilan Tradisional
Masyarakat Kedayan Temburong. Latihan Ilmiah. JBML, FASS:
Universiti Brunei Darussalam. Hlmn. 21. (selepas ini, Yusuf Hj
Mohmad. 1993/1994. Hlmn.)
4
Yusuf Hj Mohmad. 1993/1994. Hlmn. 21.
83
PROSIDING SETALING II
5
Sumalee Nimmanupap. 1994. Sistem Panggilan Dalam Bahasa
Melayu dan Bahasa Thai: Suatu Analisis Sosiolinguistik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn. 41. (Selepas ini,
Sumalee. 1994)
84
PROSIDING SETALING II
6
Sumalee. 1994. Hlmn. 42.
7
Selepas ini KGND II.
85
PROSIDING SETALING II
8
Dalam Sumalee Nimmanupap. 1994. Sistem Panggilan Dalam Bahasa
Melayu dan Bahasa Thai: Suatu Analisis Sosiolinguistik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn. 44. (Selepas ini,
Sumalee. 1994)
86
PROSIDING SETALING II
3) Bentuk Neutral
KGND II yang berbentuk neutral digunakan dalam
suasana dan keadaan formal, seperti anda, saudara,
saudari dan sebagainya. Menurut Noor Azlina
(1975)9, ‘anda’ dikenali sebagai bentuk yang
setanding dengan ‘you’ dalam bahasa Inggeris yang
dapat digunakan kepada seseorang yang lebih tinggi
atau rendah kedudukannya. Manakala ‘saudara atau
saudari’ digunakan oleh pensyarah bagi menyapa
pelajarnya tetapi tidak pula sebaliknya.
9
Sumalee. 1994. Hlmn. 44.
10
Sumalee. 1994. Hlmn. 45.
87
PROSIDING SETALING II
(vi) Gelaran
Gelaran adalah gelaran warisan atau gelaran turun temurun yang
merupakan gelaran yang dipusakai dari satu generasi ke satu
generasi. Rangkai kata yang digunakan oleh orang kebanyakan
apabila bertutur dengan raja.
KATA SAPAAN
Kata sapaan atau bentuk sapaan yang terdapat dalam sistem
panggilan bahasa Melayu akan menjadi tumpuan dalam kertas
kerja ini. Kata sapaan seringkali dipanggil atau lebih dikenali
sebagai kata panggilan. Kata sapaan ialah sebagai kata yang
digunakan bagi menyapa seseorang. Selain itu kata sapaan ini
juga digunakan ketika berkomunikasi dan dijadikan sebagai salah
satu cara bagi menghormati seseorang yang diajak berbicara dan
selain itu juga ianya dianggap bagi mengeratkan tali
kekeluargaan dan persahabatan diantara mereka. Jika diteliti
sebenarnya kata sapaan dan kata ganti nama mempunyai
hubungan dan juga fungsi yang seakan-akan sama.
Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992; 42), bahawa
bahasa Melayu mempunyai satu kelas kata yang lebih dikenali
sebagai kata panggilan yang mempunyai fungsi yang sama
dengan kata ganti nama, tetapi yang membezakannya hanyalah
penggunaannya yang terhad. Beliau juga berpendapat bahawa
kata panggilan itu juga sama maknanya dengan kata sapa yang
digunakan kepada seseorang yang dipanggil sama ada dalam
situasi formal ataupun tidak formal. Menurut Amat Juhari Moain
(1989;10), bahawa kata sapaan dan bentuk sapaan dapat
memanifestasikan status atau taraf dan kedudukan seseorang
individu dalam hierarki sosial masyarakat yang dianggotainya.
Beliau juga berpendapat bahawa masyarakat Melayu mempunyai
suatu sistem sapaan dan panggilan yang tertentu. Sistem sapaan
dan panggilan itu terdapat dalam hubungan antara anggota-
anggota lingkungan keluarga, kaum kerabat, persanakan dan
seterusnya dalam hubungan dengan masyarakat yang lebih
88
PROSIDING SETALING II
11
Amat Juhari Moain. 1989. Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu:
Suatu Analisis Sosiolinguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur. Hlmn:1
89
PROSIDING SETALING II
90
PROSIDING SETALING II
91
PROSIDING SETALING II
92
PROSIDING SETALING II
kata sapaan ‘kau’ ini akan tetapi hanya pada lingkungan keluarga
sahaja. Apabila mereka berkomunikasi dengan orang yang tidak
dikenali, mereka akan menggunakan kata sapaan yang lebih
hormat mengikut status orang yang diajak berbicara itu. Oleh itu,
di zaman yang menuju kepada era kemodenan ini, telah
menunjukkan bahawa sesebuah bangsa itu cepat terpengaruh
dengan kebudayaan pada bangsa yang mempunyai kuasa yang
besar seperti di Barat. Disebabkan keadaan inilah pengguna
bahasa sering terpengaruh dengan bahasa asing. Dengan yang
demikian, tidak terkecuali dalam penggunaan kata sapaan ‘kau’
yang semakin pudar digunakan oleh generasi muda bagi merujuk
kepada orang yang lebih tua daripada mereka.
Penggunaan kata sapaan ‘kau’ pada masa ini lebih
tertumpu kepada penggunaan sebagai kata sapaan kepada kawan-
kawan dan orang yang lebih muda dengan si penutur.
Penggunaan kata sapaan ‘kau’ lebih terhad digunakan atau tidak
digunakan kepada orang yang lebih tua, berkedudukan,
berpendidikan dan sebagainya. Jika ingin merujuk kepada orang
yang lebih tua kata sapaan seperti ‘biskita’, ‘kita’, ‘awda’, ‘anda’
dan sebagainya akan digunakan. Penggunaan kata sapaan ‘kau’
tidak lagi begitu meluas digunakan bagi merujuk kepada orang
yang lebih tua. Penggunaan kata ‘kau’ ini hanya dijadikan
sebagai kata yang merujuk kepada orang yang sebaya dengan
orang yang menegur, kawan-kawan, adik beradik, orang yang
lebih muda dan sebagainya.
Jika sekiranya seseorang (si Penyapa/ si A) itu baru
mengenali seseorang (orang yang disapa/ si B), pada mula
perbicaraan itu kata sapaan yang seringkali digunakan oleh si A
ialah ‘biskita’ (budaya masyarakat Brunei) dan ‘kita’. Ini adalah
bagi melihatkan rasa hormat kepada si B kerana belum mengenali
antara satu sama lain. Berbanding jika seseorang itu sudah lama
mengenali antara satu sama lain, barulah kata ‘kau’ akan
digunakan.
Berbanding penggunaan kata sapaan ‘kau’ pada masa
sekarang, penggunaan kata sapaan ‘kau’ dilihat dari segi
maknanya yang melihatkan ketidak sopanan dalam merujuk
kepada orang yang lebih tua atau yang baru dikenali. Jika
seseorang itu seringkali menggunakan kata ‘you’ bagi merujuk
kepada seseorang, apabila mereka mencuba berbahasa Melayu
93
PROSIDING SETALING II
94
PROSIDING SETALING II
95
PROSIDING SETALING II
96
PROSIDING SETALING II
dan malu hendak mengakui bahawa dia adalah dari puak Melayu
Kedayan, maka dialek asli itu akan tersisih begitu sahaja.
Faktor keempat ialah disebabkan dengan pengaruh
sekeliling. Maksudnya adalah disebabkan dengan keadaan
sekeliling yang dikelilingi oleh puak-puak lain seperti puak
Melayu Brunei, Tutong dan sebagainya berada di satu tempat
yang menjadikan kepada pengaruh pada penggunaan kata sapaan
‘kau’ oleh puak Melayu Kedayan semakin berubah atau
terpengaruh dengan dialek yang lebih besar (majoriti atau
superstatum). Dengan kedatangan puak Melayu Brunei pindah ke
darat dan bersatu disatu tempat akan menyebarkan pengaruh
yang kuat pada masyarakat Kedayan yang semakin berkurangan
pada masa ini. Sebagai contoh, satu tempat di Negara Brunei
Darussalam ini ialah Rumah Perpindahan Lambak kanan, tempat
tersebut majoritinya dihuni atau diduduki oleh puak Melayu
Brunei yang berpindah ke darat disebabkan suatu bencana dan
sebagainya. Dengan yang demikian, apabila masyarakat Kedayan
bergaul dengan puak-puak yang terdapat di tempat tersebut, lama
kelamaan mereka akan terpengaruh dengan pergaulan seharian
yang mereka dengar. Jadi tidak hairanlah, jika ketika ini
penggunaan kata sapaan ‘kau’ telah berubah kepada ‘kita’.
Faktor yang kelima ialah mempunyai pendidikan yang
tinggi. Ada sesetengah masyarakat cuba menyembunyikan
identiti sebenarnya semata-matu malu mengakui bahawa dirinya
adalah dari puak Melayu Kedayan. Mereka akan cuba
menggunakan dialek lain ataupun bahasa Melayu Baku
(Standard) apabila berkomunikasi dengan orang lain. Ini adalah
bagi menjaga status mereka yang mempunyai kedudukan yang
tinggi ataupun berpelajaran tinggi. Mereka merasa malu untuk
mengakui dialek Melayu Kedayan itu adalah dialek mereka.
KESIMPULAN
Masyarakat Kedayan adalah salah satu penduduk atau rakyat jati
Negara Brunei Darussalam. Puak Melayu Kedayan dianggap
sebagai salah satu etnik melayu yang terdapat di negara ini.
Dialek Melayu Kedayan adalah dialek yang digunakan oleh puak
Kedayan, walaupun ada sebilangan puak Melayu Kedayan
apabila berkahwin dengan puak lain akan menggunakan bahasa
97
PROSIDING SETALING II
98
PROSIDING SETALING II
RUJUKAN
Amat Juhari Moain. 1989. Sistem Panggilan Dalam Bahasa
Melayu: Suatu Analisis Sosiolinguistik. Dewan Bahasa
dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Bantong Antaran. Puak Kedayan dan Masalah Terminologinya.
Berita Muzium. Muzium Brunei: Bandar Seri Begawan.
Jilid 7. Bil. 1. Jan-Jun 1985. Hlmn 42-46.
Kamus Bahasa Melayu Nusantara. 2003. Bandar Seri Begawan:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim. 1981. Beberapa Persoalan Sosiolinguistik
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nik Safiah Karim. 1988. Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan
Pengajaran. Petaling Jaya: FajarBakti.
Nik Safiah Karim dan Rakan. 1989. Tatabahasa Dewan Jilid 2:
Perkataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nor Hashimah Jalaluddin. 1992. Semantik dan Pragmatik: Satu
Pengenalan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur.
Sumalee Nimmanupap. 1994. Sistem Panggilan Dalam Bahasa
Melayu dan Bahasa Thai: Suatu Analisis
Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
99