Bahasa adalah satu fenomena penting dalam hidup kita. Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan. Berbeza dengan kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur. Sekiranya ia diletakkan dalam satu masyarakat lain, ia akan terus berjalan dan seterusnya menuturkan bahasa masyarakatnya yang baru itu. Ini menunjukkan bahawa berjalan
Jika diteliti akan cara orang bertutur tentang bahasa, kita sering mendapati bahawa bahasa itu sering dianggap sebagai suatu alat yang boleh dipunyai, diperoleh malah dihalangi. Ahli- ahli linguistik pula sering memperkatakan mengenai bahasa sebagai sesuatu yang berlaku seolah-olah ia suatu objek seperti jam loceng yang mempunyai struktur dalaman yang boleh dikaji. Anggapan sebegini tidaklah tepat kerana bahasa itu seringkali dirujuk sebagai organisma yang hidup.
\u201cWe speak about the birth of the language, of its growth, development and decline. Lan- guage have periods of blossoming and flower- ing; they are related to each other in families, or descended from each other. They are living or dead. They also have physical and moral qualities; they are beautiful, ugly, vulgar, based or decadent\u201d.
Petikan di atas bermaksud, \u2018Bahasa itu dikatakan lahir, tumbuh, berkembang dan merosot. Ada masanya bahasa itu menguntum, dan berbunga, berkeluarga dan berketurunan serta mempunyai kualiti moral dan fizikal seperti ia cantik, buruk, kasar, rendah atau lapuk\u2019.
Di samping itu, bahasa juga dianggap unik kerana boleh digunakan untuk menulis, membaca dan berkomunikasi. Ini memberi pengertian bahawa bahasa dianggap sebagai satu kelakuan mahir (skilled behaviour) yang terpaksa dipelajari.