You are on page 1of 8

Kata Penguat

1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. 2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Contoh Paling Agak Sungguh Amat Terlalu Nian Benar Paling 3. Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif. 4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif. 5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif. Contoh 1. Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah. 2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah. 3. Suhu di kawasan kutup amat sejuk. 4. Kereta api itu sangat laju. 5. Kereta itu laju sangat. Kata Penegas Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat. Contoh -kah -lah -tah jua Juga Sahaja Hanya Memang Lagi pun Contoh 1. Itulah rumah saya. 2. Pernahkah awak makan sup daging arnab. 3. Apatah dayaku untuk menolongnya. 4. Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya. 5. Hanya Kamal yang belum membayar yuran. 6. Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu. Kata Nafi 1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan. 2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak. 3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. Contoh a) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya. b) Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya. 4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh a) Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah. b) Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat. 5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara. Contoh a) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar. b) Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja. Kata Pemeri 1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket. 2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. 3. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama. 4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh a) Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya. b) Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu. c) Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

Kata Penguat dan Kata Penegas Kata Penguat 1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. 2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Contoh Paling Agak Sungguh Amat Terlalu Nian Benar 3. Kata penguat seperti agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif (kata Penguat hadapan). 4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif (Kata penguat belakang). 5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh boleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif ( kata penguat hadapan dan belakang) . Contoh 1. Murid yang paling pintar di sekolah rendah itu ialah Latipah. 2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah. 3. Suhu di kawasan kutub amat sejuk. 4. Kereta api itu sangat laju. 5. Rumah itu besar sangat untuk saya dan ibu. Kata Penegas Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat. Contoh -kah Juga Lagi Contoh 1. Itulah rumah kakak saya. 2. Apatah dayaku untuk menolongnya. 3. Barang-barang itu dibawa juga ke rumah neneknya. 4. Hanya dia yang belum membayar yuran. 5. Ayah seorang sahaja yang berbaju Melayu. Kata Sendi Nama 1. MAKSUD Perkataan yang digunakan untuk menyambungkan sesuatu perkataan dengan kata nama. -lah Sahaja Pun -tah hanya jua memang

2. CONTOH SENDI NAMA Kata sendi Fungsi atau kegunaan Di [tempat / arah] Ke [tempat / arah / masa] Dari [tempat / arah / masa] Daripada [manusia / asal kejadian / sumber / ahli] Pada [tempat / masa / benda / perkara] Kepada [manusia / binatang / naik atau turun / pembahagian] Demi [tujuan] Untuk [tujuan / kepada / bahagian] Bagi [tujuan] 3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA 1. di mesti dijarakkan jika diikuti dengan tempat, benda atau arah. (di yang dirapatkan bermaksud imbuhan di. dan bukan kata sendi) Salah: -Dia tinggal dibelakang rumah saya. (arah) -Pos itu terletak diantara tol dengan pejabat. (tempat) -Anda sentiasa dihati saya. (benda) Betul: -Dia tinggal di belakang rumah saya. -Pos itu terletak di antara tol dengan pejabat. -Anda sentiasa di hati saya. 2. ke mesti dijarakkan jika diikuti dengan tempat, benda, arah atau masa. (ke yang dirapatkan bermaksud imbuhan ke. dan bukan kata sendi)

Salah: -Dia pergi kebandar itu semalam. (tempat) -Kami berlari kepokok itu. (benda) -Dia merantau ketimur Semenanjung. (arah) -Ahmad belajar dari pagi kemalam hari. (masa) Betul: -Dia pergi ke bandar itu semalam. -Kami berlari ke pokok itu. -Dia merantau ke timur Semenanjung. -Ahmad belajar dari pagi ke malam hari. 3. di tidak boleh diikuti dengan masa/ waktu/ zaman/ tahun. (gunakan pada)

Salah: -Dia sampai ke Melaka di waktu malam. -Di zaman dahulu ada raja yang zalim. Betul: -Dia sampai ke Melaka pada waktu malam. -Pada zaman dahulu ada raja yang zalim. 4. ke untuk perkara belum berlaku. di untuk perkara sudah berlaku. Salah: -Saya akan sampai di sana sebentar lagi. (belum berlaku) -Dia telah sampai ke sana pada petang tadi. (sudah berlaku) Betul: -Saya akan sampai ke sana sebentar lagi. -Dia telah sampai di sana pada petang tadi. 5. . dari hanya untuk masa, arah dan tempat. (selain itu gunakan daripada) Salah: -Saya sampai di sini sejak daripada petang tadi lagi. (masa) -Pemandu itu datang daripada selatan tanah air. (arah) -Pemuda bermisai tebal itu berasal daripada Melaka . (tempat) -Kucing itu berlari daripada pokok kelapa itu. (benda) Betul: -Saya sampai di sini sejak dari petang tadi lagi. (masa) -Pemandu itu datang dari selatan tanah air. (arah) -Pemuda bermisai tebal itu berasal dari Melaka . (tempat) -Kucing itu berlari dari pokok kelapa itu. (benda)

6. daripada hanya untuk manusia, asal kejadian, sumber dan ahli. Salah: -Hadiah itu dari ibu saya di Johor Baharu. (manusia) -Tayar kereta itu diperbuat dari getah asli. (asal kejadian) -Syair ini saya ambil dari buku Sejarah Melayu Lama. (sumber) -Peserta itu adalah dari Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli) Betul: -Hadiah itu daripada ibu saya di Johor Baharu. (manusia) -Tayar kereta itu diperbuat daripada getah asli. (asal kejadian) -Syair ini saya ambil daripada buku Sejarah Melayu Lama. (sumber) -Peserta itu adalah daripada Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli) 7 . pada untuk masa, benda, tampat, dan perkara. Salah: -Saya berlatih badminton di pukul lima petang. (masa) -Dia mengikat kambingnya di pokok besar itu. (benda) -Di mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)

Betul: -Saya berlatih badminton pada pukul lima petang. (masa) -Dia mengikat kambingnya pada pokok besar itu. (benda) -Pada/ Dalam mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara) 8. Jika ayat mempunyai perkataan ada hanya pada boleh digunakan walaupun untuk manusia. Salah: -Buku itu ada kepada Cikgu Saleha. Betul: -Buku itu ada pada Cikgu Saleha. 9. kepada digunakan untuk manusia, binatang, naik/ turun dan pembahagian. Salah: -Beri surat ini pada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia) -Chong Seng memberikan susu pada anak kucingnya . (binatang) -Harga minyak telah meningkat pada USD50 setong. (naik/ turun) -Cikgu Samad membahagikan pelajar itu pada tiga kumpulan . (pembahagian) Betul: -Beri surat ini kepada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia) -Chong Seng memberikan susu kepada anak kucingnya . (binatang) -Harga minyak telah meningkat kepada USD50 setong. (naik/ turun) -Cikgu Samad membahagikan pelajar itu kepada tiga kumpulan . (pembahagian) 10. demi dan untuk tidak boleh digabungkan. (gunakan salah satu sahaja) Salah: -Saya pergi ke sekolah demi untuk menuntut ilmu pengetahuan. Betul: -Saya pergi ke sekolah demi menuntut ilmu pengetahuan. -Saya pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu pengetahuan. 11. Pengulangan dari untuk masa perlu sama pada bahagian awal dan akhir. Salah: - Dari masa ke semasa dia sedar juga. - Dari sehari ke hari dia membesar. - daripada masa ke semasa dia terus tekun berusaha. Betul: - Dari semasa ke semasa dia sedar juga. - Dari sehari ke sehari dia membesar. - dari semasa ke semasa dia terus tekun berusaha. - dari masa ke masa dia terus tekun berusaha. - dari hari ke hari dia membesar. 12 . di antara' mesti diikuti perkataan dengan.

Salah: -Sungai itu terletak di antara Melaka dan Johor . -Bandingkanlah di antara anda dan saya . -Di antara makan dan minum , dia lebih suka minum. Betul: -Sungai itu terletak di antara Melaka dengan Johor . -Bandingkanlah di antara anda dengan saya . -Di antara makan dengan minum , dia lebih suka minum KATA HUBUNG 1. MAKSUD: Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat. 2. JENIS KATA HUBUNG: a. Kata hubung gabungan: Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, maka b. Kata hubung pancangan: Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila c. Kata hubungan berpasangan : Contoh : oleh sebab maka, walaupun namun, biarpun tetapi, meskipun namun, baik mahupun, sama ada mahupun, bukan sahaja - malah 3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG a. Jangan gunakan dua kali perkataan dan untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan berselang dengan serta) Salah: -Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam. Betul: -Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam. b. Gunakan atau jika bermaksud membuat pilihan Salah: -Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti. -Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan. Betul: -Anda boleh makan atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti. -Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan. c. Jika atau digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis. Salah: -Awak datang dari Melaka atau Johor.

-Kamu boleh membawa buku sejarah atau matematik. -Pelajar itu menghisap rokok atau dadah. Betul: -Awak datang dari Melaka atau dari Johor. -Kamu boleh membawa buku sejarah atau buku matematik. -Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah. d. hingga/ sehingga (pilih salah satu sahaja) tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ke.

Salah: -Dia belajar dari pagi hingga ke petang hari. -Ibu menghantar saya dari rumah sehingga ke tepi jalan. Betul: -Dia belajar dari pagi hingga petang hari. -Dia belajar dari pagi ke petang hari. -Ibu menghantar saya dari rumah sehingga tepi jalan. -Ibu menghantar saya dari rumah ke tepi jalan. e. antara perlu diletak imbuhan 'di' jika menunjukkan pilihan atau menunjukkan had serta bergabung perkataan 'dengan'. (Jika umum, gunakan antara : Antara faktor tersebut ialah .) Salah: -Antara membaca dan menulis, saya lebih suka menulis. -Rumahnya terletak antara kedai dengan pejabat pos. Betul: -Di antara membaca dengan menulis, saya lebih suka menulis. -Rumahnya terletak di antara kedai dengan pejabat pos. f. Jika di antara digunakan untuk pilihan atau had, gunakan dengan sahaja. (Jangan gunakan dan ) Salah: -Di antara makan dan minum, adik saya lebih suka makan. -Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dan kedai. Betul: -Di antara makan dengan minum, adik saya lebih suka makan. -Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dengan kedai. g. Tidak ada kata hubung oleh kerana dalam bahasa Malaysia. Salah: -Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu. Betul: -Oleh sebab sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu. h. Jika dua perkara bersifat bertentangan, gunakan tetapi.

Salah: -Dia kaya dan dia kedekut. -Dia malas membuat ulang kaji dan lulus dengan cemerlang. Betul: -Dia kaya tetapi dia kedekut. -Dia malas membuat ulang kaji tetapi lulus dengan cemerlang. i. Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua, gunakan maka. Salah: -Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan. -Dia terjatuh dari atas pokok dan kaki kanannya patah. Betul: -Dia malas membuat -Dia terjatuh dari

ulang atas

kaji maka dia pokok maka

gagal kaki

dalam peperiksaan. kanannya patah.

j. kerana tidak boleh diletak di depan ayat. Sebab tidak boleh diletak di tengah ayat. oleh sebab tidak boleh diletak di tengah ayat. Salah: -Kerana terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus. -Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan. -Kami terpaksa membatalkan lawatan itu oleh sebab hari hujan. Betul: -Oleh sebab terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus. -Dia tidak hadir ke sekolah kerana terlibat dengan ujian memandu kenderaan. -Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan

You might also like