You are on page 1of 8

PELAN B

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Tarikh Masa Tahun(Kelas) Bilangan Murid Tunjang Pembelajaran Tajuk Sub-tajuk : : : : : : : 4 38 orang Pembelajaran Sukan Kesukanan Keselamatan Keselamatan semasa menggunakan peralatan 2010 ( )

Di akhir P&P ini murid-murid dapat 1. Psikomotor 1.1 Menyatakan peraturan-peraturan yang betul dan selamat semasa menggunakan alatan padang dan balapan. 1.2 Mengenalpasti alatan padang dan balapan yang selamat digunakan semasa aktiviti sukan dan permainan. 2. Kognitif 2.1 2.2 3. Afektif 3.1

Menyatakan rasa gembira semasa bermain di padang permainan. Memberi cadangan tentang peraturan semasa menggunakan tempat permainan.

Pelajar menunjukkan sikap bekerjasama dan berkeyakinan semasa sesi soal jawab. : : : : : Belajar cara belajar, Pembelajaran secara kontekstual. Pelajar pernah didedahkan dengan pengetahuan keselamatan asas pada tahap 1. Bertolak ansur, berfikiran positif, hormat-menghormati, keyakinan, mematuhi arahan dan gembira. Sains Buku teks, kertas majong dan pen marker

Kemahiran Berfikir Pengalaman sedia ada Penerapan nilai Penggabungjalinan BSPP

hd/pratikum/rph/pj/tahun 4/2010

Bahagian / masa

Aktiviti/ Isi pelajaran

Butiran mengajar

Alatan/ catatan

Permulaan Set induksi (3 minit)

1. Teori Kecerdasan Pelbagai - Kecerdasan Verbal Linguistik. 2. Guru menunjukkan persembahan slaid yang mengandungi gambar-gambar alatan sukan yang sering murid-murid gunakan dan pernah lihat. 3. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran Keselamatan Semasa Menggunakan Alatan.

Tajuk pengajaran dan pembelajaran - Keselamatan Semasa Menggunakan Alatan. 1. Guru menyoal murid tentang penglibatan mereka dalam aktiviti sukan dan permainan sambil menunjukkan gambar sukan yang berkaitan. 2. Guru bertanya jenis-jenis peralatan sukan dan yang murid-murid pernah gunakan untuk bersukan. 3. Guru mengaitkan jawapan murid-murid dengan tajuk pelajaran dan memperkenalkan tajuk pengajaran.

Persembahan slaid Buku teks.

Perkembangan Langkah 1 (5 minit)

Teori kecerdasan pelbagai : ( Kecerdasan Verbal Linguistik.) - Guru menerangkan kepentingan menjaga keselamatan ketika menggunakan peralatan sukan atau ketika memilih peralatan sukan. Sumbangsaran - Guru menyoal murid-murid.

1. Guru menerangkan tentang kepentingan menjaga keselamatan semasa menggunakan peralatan sukan samada di padang ataupun balapan. 2. Guru menerangkan aspek keselamatan seperti: Bola sepak: Pastikan bola yang digunakan tidak dipam terlalu keras. Kandungan angin yang berlebihan boleh menyebabkan kecederaan pada kaki.

Buku teks

hd/pratikum/rph/pj/tahun 4/2010

Hoki: Gunakan bola dan kayu hoki yang masih elok. Bola dan kayu hoki yang rosak boleh menyebabkan kecederaan kepada orang lain dan diri sendiri. Sepak takraw: Pastikan bola takraw yang digunakan masih elok dan permukaannya tidak kasar dan pecah. Bola takraw yang rosak boleh mendatangkan kecederaan pada bahagian dahi. Gimnastik: Pastikan permukaan kanvas peti lombol tidak koyak atau berlubang. Permukaan yang rosak boleh menganggu aktiviti melombol dan boleh mendatangkan kecederaan. Lontar peluru: Pastikan peluru dan blok penahan bersih dan selamat digunakan. Sektor lontaran ditanda dengan kon dan murid-murid tidak melintas di kawasan balingan. Lompat tinggi: Pastikan palang dan tiang kukuh dan selamat semasa digunakan. hd/pratikum/rph/pj/tahun 4/2010

Pastikan ketebalan dan kedudukan tilam adalah sesuai dan betul

Lompat jauh: Pastikan papan lonjak kukuh, rata dan jelas kelihatan. Pastikan kawasan mendarat tidak terdapat objek tajam dan berbahaya. Lari berpagar: Pastikan besi dan papan adalah kukuh dan selamat. Pastikan blok permulaan dan spike mengikuti speksifikasi yang ditetapkan.

Langkah 2 (19 minit)

Teori Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan Interpersonal KBKK - Menjana idea Sumbangsaran 1. Guru membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan dan memberi tugasan untuk disiapkan. 2. Perbentangan kumpulan

1. Guru membahagikan murid-murid kepada 4 Kertas majong kumpulan dan diberikan sehelai kertas Pen marker majong. Murid-murid akan melakukan aktiviti berdasarkan arahan guru. 2. Setiap kumpulan: Soalan 1: Murid-murid dikehendaki menyenaraikan alatan yang digunakan dalam setiap aktiviti berkenaan. kumpulan 1: lukis rajah padang bola sepak dan futsal kumpulan 2: lukis rajah gelanggang sepak takraw dan bola jaring kumpulan 3: lukis rajah gelanggang bola tampar dan hoki

hd/pratikum/rph/pj/tahun 4/2010

kumpulan 4: lukis rajah gelanggang badminton dan bola baling.

Soalan 2: Berdasarkan acara yang dicadangkan, sediakan gambar dan maklumat keselamatan semasa menggunakan peralatan tersebut. kumpulan 1: lontar peluru kumpulan 2: lompat tinggi kumpulan 3: lompat jauh kumpulan 4: lari berpagar

3. Setiap kumpulan akan membuat perbentangan hasil tugasan. 4. Guru berbincang bersama murid-murid tentang keselamatan alatan yang digunakan dalam setiap aktiviti berdasarkan hasil yang disiapkan oleh setiap kumpulan.

hd/pratikum/rph/pj/tahun 4/2010

Penutup (3 minit)

Pengukuhan kognitif - Rumusan isi pelajaran Pengukuhan sosial - Nilai - Teguran Rumusan / Kesimpulan - Perbincangan kelas.

1. Pengukuhan kognitif: Semua murid-murid perlu memeriksa alatan sukan sebelum menggunakan peralatan sukan samada untuk sukan padang mahupun balapan. Kemudahan yang telah disediakan perlulah dijaga dengan baik dan digunakan dengan betul supaya alatan yang digunakan tidak rosak dan tidak mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri serta orang lain. 2. Pengukuhan sosial: Mengamalkan nilai tanggungjawab terhadap kemudahan yang telah disediakan supaya tidak rosak yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna yang lain. 3. Kesimpulan Kemalangan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Jadi, keselamatan merupakan aspek penting dan diberi keutamaan dalam semua aktiviti sukan. Kegagalan mematuhi arahan keselamatan boleh mendatangkan implikasi buruk kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

hd/pratikum/rph/pj/tahun 4/2010

CATATAN SEMAKAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BIL KOMEN/CATATAN SEMAKAN OLEH

( GuruPembimbing Tarikh:

( 2 Guru Besar Tarikh:

( 3 PensyarahPembimbing

Tarikh:

hd/pratikum/rph/pj/tahun 4/2010

BORANG CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


ISU / PERKARA YANG DIBERI BUKTI / ANALISIS / PENJELASAN CADANGAN TINDAKAN SUSULAN (PENCEGAHAN / PENAMBAHBAIKAN)

KEKUATAN / KELEBIHAN

KELEMAHAN / KEKURANGAN

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama : hd/pratikum/rph/pj/tahun 4/2010 Tarikh:

Tandatangan : Nama : Tarikh:

You might also like