Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
15Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Poligami Menurut Islam

Poligami Menurut Islam

Ratings:

1.0

(1)
|Views: 2,603 |Likes:
Published by Miery Zone

More info:

Published by: Miery Zone on Oct 15, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/04/2013

pdf

text

original

 
1.0 Pendahuluan
Fitrah untuk hidup secara berpasangan merupakan satu lumrah kehidupan manusia.Bagi memenuhi dorongan biologi ini umat Islam terikat dengan peraturan perkahwinan yangberteraskan syariat. Perkahwinan bahagia berteraskan kasih sayang dan kemesraan menjadimotivasi dan penggerak ke arah kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat. Sebaliknyaperkahwinan yang retak akan menghasilkan simpton-simpton ketidakteguhan peribadi yangmembawa kesan negatif bukan sahaja kepada diri bahkan juga masyarakat.Perkahwinan secara mudahnya boleh diklafikasikan kepada dua bentuk yang utamaiaitu monogami dan poligami. Monogami ialah perkahwinan di antara seorang lelaki danseorang perempuan, manakala poligami dari sudut bahasa ialah memiliki ramai isteri danmenurut istilah syarak dalam
Kitab Fikah Mazhab Shafie
terjemahan dalam bahasa Melayu,poligami ialah perkahwinan seorang lelaki dengan lebih dari seorang perempuan tetapi tidakmelebihi empat orang dalam satu masa.Penulisan ini akan memfokuskan kepada isu poligami kerana ia sering menimbulkan prodan kontra di dalam masyarakat termasuk dalam kalangan umat Islam. Kaum lelaki mendabikdada mendakwa poligami sebagai hak mereka, manakala kaum wanita pula berkeras enggandimadu dengan berbagai-bagai alasan. Walaupun pada peringkat awal, poligami hanyadiamalkan oleh para ulama’ dan cerdik pandai Islam sahaja, namun hari ini ia sudah banyakdiamalkan oleh rami orang yan tidak mempunyai latar belakang agama yang kuat, tetapimempunyai sumber kewangan yang kukuh.Lantaran itu topik ini cuba digarap dengan melihat konsep poligami mengikut hukumsyarak dan perlaksanaannya mengikut undang-undang syariah di Malaysia. Apa yang perlu kitafahami, poligami adalah satu syariat. Syariat Allah tidak mungkin menzalimi manusia sebaliknyaberlaku adil kepada manusia. Allah menegaskan perkara ini dalam surah Al-Maidah ayat 48 :

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 
 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 
 

 

 
Maksudnya :
“Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Denganmembawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci yang telah diturunkansebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antaramereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlahengkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telahdatang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan(tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau  Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepadakamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh).kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apayang kamu berselisihan padanya.
( Surah Al-Maidah : Ayat 48 )Mengikut sejarahnya amalan poligami telah berlaku secara meluas dari sebelumkedatangan Islam lagi. Contohnya dalam kalangan bangsa ‘Ibrani, Arab Jahiliyyah dan jugadalam agama Kristian, di mana dalam kitab Injil tiada tegahan amalan tersebut. Pendek kata,poligami wujud sejak dahulu kala tidak kira di mana, baik dalam kalangan raja mahupun rakyatbiasa. Setelah kedatangan Islam, amalan tersebut telah diubah supaya selari dengan tuntutansyariat dan demi kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat. Islam tidak menghapuskan terusamalan poligami yang pernah dilaksanakan sebelum Islam, namun Islam membataskannyakepada empat orang isteri sahaja dengan syarat mereka sanggup dan mampu berlaku adilterhadap isteri-isteri mereka. ( Hassan Saleh (1992),
 Asas Kekeluargaan Islam Bahasan Empat Mazhab
)Maka, dapat difahami bahawa Allah SWT tidak akan menurunkan ajaran yang tidakmendatangkan kemaslahatan kepada manusia. Antara ajaran itu adalah kebenaran berkahwinsecara poligami bagi orang yang mampu melakukannya. Poligami merupakan satu system yangsesuai dengam itrah manusia kerana ia apat meringankan beban masyarakat, khususnyadalam melindungi wanita yang tidak bersuami dan menempatkannya dalam kalangan isteriyang terpelihara dan terjaga kehormatannya. Keharusan berpoligami merupakan satu alanpenelesaian beberapa masalah dalam masyarakat tetapi poligami yang tidak terkawal akanmenimbulkan gejala-gejala tidak sihat dan penyakit sosial dalam masyarakat.
 
2.0 Poligami Menurut Islam
Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan kehendakmanusia dalam hidup berpasangan. Berasaskan kepada keadaan inilah Islam membenarkanpoligami yang merupakan amalan masyarakat turun temurun sejak sebelum kedatangan Islamlagi. Bagi memastikan amalan poligami secara yang lebih adil dan dapat menjaminkesejahteraan hidup ummah seluruhnya, Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu yangmenghadkan amalan yang bebas sebelum ini dan mengambil jalan pertengahan yang lebihwajar. Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin dengan lebih dariseorang perempuan tetapi tidak melebihi empat orang.Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami ialahfirman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3 :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

Maksudnya :
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) perempuan- perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja,atau memadailah dengan hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.
( Sura An-Nisa’ : Ayat 3 )Dalam surah An-Nisa’ ini tadi disebut bilangan jamak dahulu baharulah disebut satu. Inibukanlah bermakna Syariah Islam membolehkan seseorang itu cua berkahwin ramai dahulu,kemudian baharu diuji adakah dia sanggup berlaku adil ataupun tidak? Jika sanggup teruslah iaberpoligami. Dan jika tidak, bererti dia melakukan penganiayaan sedangkan penganiayaan ituharam menurut ijmak ulamak Islam. Oleh sebab itu, apabila ia tidak sanggup berlaku adilhendaklah dia menceraikan isteri-isterinya kecuali seorang sahaja yang tetap dikekalkanberkahwin denannya. Sebenarnya maksud ayat itu ialah menyuruh tiap-tiap orang supayaberhati-hati sebelum mengamalkan poligami agar mereka tidak melakuka perkara haram yang

Activity (15)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Rai Sulaiman liked this
Skeper Jull liked this
Hafiz Zakaria liked this
Li Hai Zah liked this
haneyz liked this
Ibnah FaQieroh liked this
azizi1234 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->