You are on page 1of 7

Kamu semua wahai pemuda perlu mengetahui ( bahawa aset orang beriman ( ) yang dipusatkan di rumah al-Arqam bagi

gi merealisasikan kemenangan Islam adalah para pemuda. Rasulullah s.a.w. ketika itu umurnya adalah 40 tahun ketika dibangkitkan (sebagai rasul), Abu Bakar r.a. lebih muda tiga tahun (37tahun), Umar r.a. berumur 27 ketika itu, Uthman r.a. lebih muda dari Rasulullah, manakala Ali r.a. lebih muda berbanding kesemuanya... begitu juga Abdullah bin Masud, Abdur Rahman bin `Auf, al-Arqam bin Abi alHALAQAHMAYA | 07 OKTOBER 2011

Arqam, Sa`id bin Zaid, Mush`ab bin `Umair, Bilal bin Rabbah, `Ammar bin Yassir, dan berpuluh-puluh yang lain, bahkan beratus-ratus... semua mereka itu adalah para pemuda) (1). Mereka itu adalah para pemuda yang menanggung beban-beban dakwah di bahu-bahu mereka. Mereka itulah golongan yang merasai setinggi-tinggi tanda kesabaran, keperitan dan pengorbanan di jalan dakwah Mereka itu jugalah yang menghubungkan waktu malam mereka dengan api (lampu) sehingga tercapailah penyebaran dan penjelmaan agama Islam ini, dan atas nama agama Islam ini jugalah ia dibantu dan diperteguhkan.. Di antara gelapnya malam dan terangnya siang umat Islam membangkitkan sistem negara dan pemerintahan, mereka diberi asas kerajaan dan kepimpinan.. Dengan kebijaksanaan mereka, mereka mampu menakluk dua kerajaan besar: Parsi dan Rom. Naungan mereka meluas sehinga ke negara as-Sind Timur, negara alKhazr, Armania, dan negara ar-Russ Utara. Kepimpinan adil mereka juga telah memasuki negara Syam, Mesir, Barqah, Tarablus, dan sebahagian banua Afrika.. Semua itu berlaku dalam tempoh 35 tahun. Dalam Dinasti Umayyah kerajaan semakin meluas dan pemerintahan semakin berkembang sehingga memasuki (keseluruhan) negara asSind, kebanyakkan negeri-negeri di India dan negara Turkistan. Mereka sampai ke sempadan China Timur dan memasuki negara Andalus di Eropah Barat. Bahkan, salah seorang dari Khalifah (Harun Ar-Rasyid) mampu memberi gambaran mudah kepada dunia tentang Dunia Islami. Tiada seorangpun yang bercakap kepada awan yang bergerak tetapi tidak hujan, namun khalifah berkata:

Dinukilkan dari buku: ((as-Sirah an-Nabawiyyah)) oleh al-Marhum Dr. Mushthafa as-Siba`i m/s: 82.
(1)

HALAQAHMAYA | 07 OKTOBER 2011

Wahai awan! Keluarkanlah air hujan di mana sahaja yang kamu mahu, sesungguhnya kerja kamu hanya menurunkannya, kemudian air itu akan dibawakan kepada kami. Inilah dia `Uqbah bin Nafi` yang berhenti dipersisiran pantai Laut Atlantik (laut kedua terbesar di dunia pent) lalu dia masuk ke dalam air dengan menunggang kudanya lantas berkata: Ya Allah! Tuhan Muhammad! Seandainya tidak kerana lautan ini, nescaya aku akan terus membuka (al-Fath) dunia bagi meninggikan kalimah (Agama)Mu.. Wahai Tuhanku! Saksikanlah!!.. Demikian juga Qutaibah al-Bahily yang terus merentasi pengujung timur, dan membantah (untuk berhenti) melainkan setelah masuk ke Negara China. Lalu salah seorang rakannya berkata kepada dia, sebagai memberi peringatan (nasihat) lantaran rasa kasihan: Kamu telah merentasi Negara Turkistan wahai Qutaibah, dan keadaan-keadaan disetiap masa sering maju (menang) dan mundur (kalah). Lantas Qutaibah menjawab dalam keadaan iman yang mengalir dari setiap pelusuk dirinya: Menurut kepercayaanku, aku merentasi dengan pertolongan Allah. Walaupun tempoh masa telah berlalu ia tidak akan memberi sebarang kebaikan sedikit pun Setelah sahabatnya tadi melihat kesungguhan azam dan ketetapan tekad Qutaibah untuk meninggikan agama Allah, dia berkata kepada Qutaibah: Ikutlah jalan yang kamu mahu wahai Qutaibah, tiada yang akan menggoyahkan azam kamu ini melainkan hanya Allah!
HALAQAHMAYA | 07 OKTOBER 2011

Penyair Islam, Muhammad Iqbal pernah berkata: (2) Kami maju untuk pedang berada di dada-dada kami, Kami tidak takut kepada hari penipuan yang besar, Seolahnya teduhan pedang adalah teduhan taman yang menghijau, Yang ditumbuhi bunga-bungaan disekelilingnya. Marilah bersamaku wahai para pemuda untuk kita menuntut rumah-rumah Syam, kelompok-kelompok Iraq, taman-taman Andalusia, oasis-oasis Mesir, padang pasir lembut Algiria, Sungai-sungai Afrika, Seperempat bukan Arab, negara-negara India, penangguhan China, dan keseluruhan dunia Bagi penerusan dari (kerja-kerja yang telah dijalankan oleh ) datuk-datuk kita yang terpuji itu, yang mereka itu sentiasa mengembangkan iman dan Islam. Mereka keluar dari masjidmasjid Madinah, Makkah, Aqsa, Cordoba, al-Azhar, dan Umawi Sesungguhnya kesemua mereka itu dikuatkan dengan kebanggaankebanggan dan kemuliaan-kemuliaan, Ilmu-ilmu dan ketamadunan, nilai-nilai dan asas-asas, serta keberanian dan pengorbanan Mereka itu semua mengorbankan diri masing-masing, menyerahkan jantung (hati), menyebarkan ilmu, memberikan kefahaman, memuliakan manusia, mencantas pengetahuan para penyembah berhala, menerangi seluruh alam dengan cahaya kebenaran serta hidayah dan pengetahuan. Mereka juga memakmurkan bumi dengan kebaikan, denganmadu serta susu, juga mereka mencetak sandaran masa dengan asas-asas Tauhid, Keadilan, Persaudaraan, dan Kesamarataan.. (Tidakkah kamu mengetahui bahawa dunia telah memuliakan mereka dengan semulia-mulianya, atau sangat menghormati mereka, atau lebih
(2)

Rangkap pertama tidak diterjemahkan kerana tidak difahami pent

HALAQAHMAYA | 07 OKTOBER 2011

dari itu, ataulebih agung dari itu, atau lebih jauh dari itu, atau mengiktiraf mereka sebagai yang lebih mengetahui)? Mereka mengumumkan kebebasan pada hari yang mana umatumat lain terikat dengan ikatan-ikatan penghambaan. Mereka menyebarkan Tauhid pada hari akal-akal fikiran digari dengan belenggu Jahiliah. Mereka menegakkan keadilan pada hari Parsi dan Rom memperalatkan rakyat-rakyat bagi merealisasikan impian peperangan mereka Mereka mengeluarkan harta kearah yang amat mulia, ketika orang lain mengumpulkan harta dengan penuh kezaliman. Mereka mempertahankan maruah dan kehormatan ketika orang lain menjual ibu-ibu dan saudara-saudara. Mereka merasa rendah diri dihadapan Allah dalam keadaan orang lain merasa tinggi. Jantung (hati) mereka dititiskan dengan kecantikan, dan dijauhi dari segala sifat buruk. Akal mereka teguh mempercayai kebenaran, dan menolak segala kebatilan. Tangan-tangan mereka bersama tangan Allah dalam keadaan orang lain bersama manusia. Mereka teguh mempercayai agama (Islam) bagi mengangkatnya di dunia, mereka bekerja di dunia supaya pekerjaan itu dapat berkhidmat untuk agama. Mereka menyatukan antara agama dan dunia bagi menjadikan kehidupan yang mulia.. dan di akhirat nanti bersama orang yang berjaya Mereka menghakimi dunia lantas memenuhkannya dengan keamanan dan keselamatan. Mereka ditimpa malapetaka lalu menerimanya dengan kesabaran dan tersenyum. Siapa yang menentang mereka akan kalah.

HALAQAHMAYA | 07 OKTOBER 2011

Darah-darah syuhada` disisi mereka umpama wangian para pemuda dan perajurit, anak panah musuh yang menikam dada-dada mereka adalah anak-anak panah yang penuh mulia dan penuh kesempurnaan (perfectibility). Busur kematian dijalan agama mereka umpama nyanyian wanita dan kanak-kanak. Konvoi syuhada` disisi mereka sangat disukai. Gemercing pedang ditelinga mereka seumpama muzik dan nyanyian. Peperangan berdarah memberi pendidikan kepada isteri-isteri mereka dalam (pembinaan) keluarga dan buaian (anak-anak).. (3) Mereka semua itu secara hakikatnya adalah generasi yang unik bukan seperti generasi-generasi yang lain. Lelaki-lelaki mereka berbeza tidak seumpama lelaki-lelaki lain. Mereka adalah umat yang menjelajah (explorer) tidak seperti umat-umat lain. Benarlah Firman Allah yang menceritakan tentang mereka:

Maksudnya:


[Ali Imraan: 110]

Kamu semua adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan buat manusia..

Mereka itu adalah nenek moyangku, maka jadikanlah kami seperti mereka Apabila kami dikumpulkan kelak, wahai Yang Mengumpulkan. ****************************************************
Dinukilkan dari Dr. Syeikh Musthafa as-Sibaie dengan tajuk: (Kami adalah umat yang kekal). Disiarkan dalam surat khabar Al-Mannar.
(3)

HALAQAHMAYA | 07 OKTOBER 2011

Tamat terjemahan: Masa: 12.32 Tgh Malam, Tarikh: 6/10/2011, 8 Dzulkaedah. Lokasi: Hayyu Ula, Dumyat Jadidah, Mesir.

Karangan: Dr. Abdullah Nasih Ulwan [Wafat-1408H]

HALAQAHMAYA | 07 OKTOBER 2011

You might also like