You are on page 1of 8

ABSTRAK

Dewasa kini pembangunan terhadap komponen merupakan titk asas yang amat
penting bagi meningkatkan prestasi keseluruhan sesuatu motosikal di samping menjamin
keselamatan dan ketahanan pada sesebuah komponen pada motosikal itu. Secara
umumnya pelbagai rekabentuk camshaft telah direka. Setiap rekabentuk mempunyai
kelebihan dan kekurangan. Namun begitu matlamat rekabentuk ini adalah sama iaitu
mencapai tahap kestabilan dan prestasi sebuah enjin yang tinggi. Didalam kes ini
perbandingan telah dijalankan antara komponen asal dengan komponen yang telah
diubahsuai. Dengan itu perbandingan dapat dilihat antara kedua-dua komponen yang
akhirnya akan memberikan satu keputusan samada komponen yang asal dan komponen
yang telah diubahsuai yang manakah akan memberikan keputusan yang lebih baik.
1.0 TAJUK
Mengubahsuai camshaft untuk meningkatkan prestasi enjin semasa beroperasi.

2.0 SKOP
Membina satu camshaft berdasarkan reka bentuk yang telah diubahsuai untuk
meningkatkan prestasi enjin menerusi pengubahsuaian pada ’lope’ di intake dan
ekzos.

3.0 METODOLOGI
3.1 MASALAH

a. Mengenalpasti bahagian pada camshaft yang perlu diubah.


b. Mengukur dimensi pada bahagian camshaft.
c. Melukis semula camshaft dengan menggunakan perisian lukisan kejuruteraan
iaitu Solid Work dan AUTOCAD 2002.

3.2 SKOP

a. Mengkaji setiap komponen pada camshaft.


b. Membuat pengubahsuaian dan analisa keatas camshaft untuk tujuan
peningkatan prestasi.

3.3 KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian, kami telah membuat penilaian awal terhadap kaedah
kajian yang akan di jalankan. Antara kaedah kajian yang akan dilakukan adalah
seperti berikut:

a. Mengukur camshaft.
b. Membuat lukisan 3D dengan menggunakan perisian lukisan kejuruteraan.
c. Membina model menggunakan Prototaip Deras.
d. Membuat perbandingan dengan camshaft asal.
e. Mengubahsuai camshaft.
f. Membina model Prototaip Deras berdasarkan pengubahsuaian yang telah di
lakukan ke atas camshaft.
g. Membina camshaft dengan menggunakan mesin CNC.
3.4 PERISIAN

Dalam menghasilkan lukisan kejuruteraan, dua perisian telah digunakan seperti


berikut:

a. AUTOCAD 2002.
b. Solid Work.

3.5 HASIL KEPUTUSAN

a. Camshaft yang telah di ubahsuai dipasang pada motosikal untuk mengetahui


bahawa ia berjaya atau tidak.

b. Jika camshaft yang telah di ubahsuai itu berjaya, maka camshaft yang di
ubahsuai itu akan digunakan dalam perlumbaan cubprix.

4.0 LATARBELAKANG MASALAH


Camshaft mengambil masa yang lama untuk proses intake dan ekzos. Dalam
situasi seperti perlumbaan, hal ini menyebabkan masa yang di perlukan untuk
memecut bertambah seterusnya melambatkan pecutan motosikal. Apa yang ingin
diubah adalah untuk membolehkan masa bagi proses intake dan ekzos
dikurangkan ke paras paling minimum.

5.0 LITERATURE REVIEW

5.1 FUNGSI CAMSHAFT

a. Funsi utama camshaft adalah untuk mengenalpasti barisan injap, bentuk cam
atau contour adalah faktor utama dalam menentukan ciri-ciri operasi bagi
enjin. ’Lopes’ pada canshaft adalah untuk membukan injap bagi melawan
tekanan pada injap. Lopes camshaft mengubah pergerakan rotary ( camshaft )
kepada pergerakan linear (injap).

b. Camshaft juga menjalankan seperti berikut:

• Pam minyak mekanikal


• Pam minyak
• Pengagih
5.2 KEDUDUKAN CAMSHAFT

Camshaft terletak di dalam blok enjin. Camshaft disokong di dalam blok oleh
bearing camshaft dan dipandu oleh crankshaft dengan gear atau sproket dan
panduan rantai.

5.3 REKABENTUK CAMSHAFT

Camshaft adalah satu produk casting lobes, journal bearing, dure flanges dan
eksesori gear blank. Aksesori gear pandu di akhiri dengan pemotong gear. Lobes
dan journal di bentuk kepada bentuk yang sepatutnya. Bahagian permukaan
camshaft yang tidak dinyatakan di atas biasanya tidak di mesin.

Kebanyakkan camshaft automotif digunakan dengan pengangkat bermuka leper


atau rata yang diperbuat daripada besi tuang iaitu aloi yang diperkuat. Ia dapat
menyingkir kelusuhan dan menyediakan kekuatan yang dikehendaki. Faktor ini
juga menyebabkan ia dipengaruhi ’chipping’ sebagai hasil pembebanan sistem
atau kecuaian dalam pengendalian.

Besi tuang camshaft mempunyai kekuatan yang sama secara keseluruhannnya.


Jika di ubah, ianya di salut dengan salutan fosfat.

Camshaft keluli biasanya menggunakan SAE 4160 atau keluli 4180 dan selalunya
dikeraskan secara induksi iaitu melibatkan pemanasan camshaft kepada warna
merah dalam ruang elektrik. Kemudian camshaft yang panas di masukkan
kedalam minyak. Penyejukan cepat ini akan mengeraskan permukaannnya.

Gambarajah 1 : Penamaan cam bagi camshaft.


Gambarajah 2 : Camshaft yang telah haus dengan dua lobes yang haus yang
menghampiri bentuk bulat sepenuhnya.

Gambarajah 3 : Camshaft yang haus diperbaiki dengan mengimpal lobes dan


mencanai kepada bentuk contour seperti yang asal.

Gambarajah 4 : Lubang menerusi bearing journal camshaft yang membawa


minyak kepada rocker shaft apabila ia bertemu dengan laluan minyak dalam
bearing cam.
Gambarajah 5 : Sokongan bearing yang telah rosak. Ia disebabkan oleh camshaft
yang terlampau panas kerana kegagalan kipas penyejuk elektrik.

(a) (b)

Lifter bersentuh pada lobe cam.


a) lobe cam pada permulaan untuk
mengangkat lifter.
b) Lifter di angkat sepenuhnya.
c) lifter semakin menurun.
(c)

6.0 OBJEKTIF
Dengan melaksanakan projek pengubahsuaian camshaft ini, kami berhasrat untuk
mencapai beberapa objektif utama iaitu;
a. Memantapkan diri dalam bidang pengukuran iaitu dengan melakuka kerja-
kerja pengukuran yang melibatkan aspek ketepatan dalam proses yang
melibatkan pengukuran, toleransi yang perlu bagi sesebuah komponen dan
menjalankan pengukuran dengan mengikut prosedur yang betul di smping
belajar menggunakan msin-mesin pengukuran yang terdapat di dalam
makmal.

b. Menambah pengetahuan dalam bidang kejuruteraan bahan dan kajian tentang


komponen yang ingin di ubahsuai. Dalam kes ini, kajian menyeluruh telah
dijalankan mengenai fungsi camshaft, bahan yang digunakan untuk
menghasilkan camshaft dan cara untuk meningkatkan prestasi.

c. Selain itu juga, dapat menimba ilmu dalam bidang lukisan kejuruteraan iaitu
dengan menggunakan perisian Solid Work dan AutoCad untuk melukis
komponen tersebut dengan memanipulasikan segala data yang diperoleh untuk
membina lukisan yang tepat mengikut spesifikasi berdasarkan camshaft yang
asal.

d. Mengubahsuai camshaft berdasarkan bentuk yang terbaik dan menggunakan


bahan yang terbaik untuk menggantikan bahan asal camshaft berdasarkan
kajian yang telah dilakukan. Seterusnya membuat simulasi ujian awal dengan
menggunakan perisian Anite Element seperti Solid Work, Cosmos Express
dan Nastran.

e. Ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dalam pengguanaan mesin seperti


mesin CNC Milling dalam menghasilkan camshaft yang telah diubahsuai dan
memahirkan dalam penggunaan mesin Prototaip Deras dalam menghasilkan
camshaft untuk buat perbandingan dengan yang asal.

7.0 PENJADUALAN DAN PERANCANGAN PROJEK

Bil Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
Perkara
1 Pembahagian Kumpulan
2 Pemilihan tajuk tugasan
3 Pengambilan buku Log
4 Definisi Masalah
5 Mengkaji Permasalahan
6 Pemilihan bahan
7 Membuat rekabentuk
8 Melakukan Pemesinan
9 Pengujian
10 Membuat Laporan Projek
11 Pembentangan Projek
12 Menghantar Tugasan

You might also like