High Quality
Open the downloaded document, and select print from the file menu (PDF reader required).
Nama yang telah diberikan kepadaku, Aayat. Aayat Al-Hussein. Baru tiga hari yang lalu umurku
sudahpun genap 16 tahun. Aku masih mempunyai ibu dan ayah. Aku bersyukur kerana Allah S.W.T.
masih mengizinkan semua ini kerana rakan-rakanku yang lain majoritinya sudah kehilangan insan yang
mereka kasihi. Ini semua menjadi lumrah bagi bangsaku yang sudah sekian lama ditindas oleh Yahudi
keparat yang sering melancarkan serangan demi serangan terhadap kami. Darah kami menjadi saksi.
Semua ini takkan pernah lenyap dari nostalgia kehidupan kami di sini.
Aku juga bertuah kerana aku cukup disayangi oleh ayahku, Muhammad Al-Hussein. Aku juga
mempunyai seorang ibu yang amat penyayang. Ibuku, Khadirah Qutub sentiasa sabar walaupun saban
hari dia terpaksa melayan karenah anak-anaknya yang sebelas orang ini. Aku mempunyai adik-beradik
perempuan yang ramai iaitu tujuh orang dan selebihnya adalah lelaki.
Kami menetap di Mukhayyam Ad-Dahisyah di Bait Laham. Kami adik-beradik bersekolah di sini. Sejak kecil ayahku amat menitikberatkan soal pendidikan. Katanya, ilmu sangat penting untuk melengkapkan diri kita sebagai muslim. Ayahku juga sering mengingatkan kami tentang tanggungjawab besar kami sebagai anak-anak Palestin. Palestin, tanah airku, tanah tumpah darahku juga jantung hatiku sedang merintih dan meraung menanti untuk dibebaskan dari cengkaman anjing-anjing Yahudi laknatullah. Itu tidak pernah aku lupa walau sesaatpun.
Sejak dilahirkan aku tidak pernah kenal apa itu kedamaian. Tidak pernah kenal apa itu keamanan dan
tidak pernah kenal apa itu kesenangan. Yang benar-benar aku kenal hanyalah erti kekejaman, kezaliman
dan kesengsaraan yang tiada pengakhiran. Ya, di sini aku benar-benar tahu. Tahu betapa peritnya hidup
ini. Betapa sengsaranya diriku, keluargaku dan seluruh bangsaku untuk mempertahankan tanah air kami
ini dari dirampas oleh tangan-tangan rakus rejim Zionis Yahudi laknatullah.
Saban hari, setiap kali kami adik-beradik terpaksa berpisah atas tujuan menuntut ilmu, ibulah yang
paling berat untuk melepaskan kami. Begitu juga ayahku, terpaksa keluar dari rumah untuk mencari
sesuap rezeki menyara kehidupan kami dengan bekerja di salah-sebuah syarikat milik Yahudi. Aku tahu
ada di antara penduduk mukhayyam ini memandang serong terhadap pekerjaan ayahku yang menjadi
buruh pembinaan rumah bagi kaum Yahudi tetapi apakan daya, aku tahu semua ini dilakukan atas
keterpaksaan untuk menyara kami adik-beradik yang ramai. Aku tidak mahu memikirkan hal ini dengan
lebih lanjut lagi, cuma aku dan keluarga sentiasa berdoa supaya ayah mendapat pekerjaan lain yang
lebih baik.
Kebimbangan dan ketakutan yang tidak berkesudahan sentiasa menyelubungi hati kami setiap kali kami
keluar dari rumah. Ini tidak bermaksud rumahku mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik atau
sebagainya, tetapi rumahku sangatlah dhaif. Terdapat lubang di sana-sini kerana ayahku hanya mampu
membinanya dengan simen yang rendah kualitinya. Begitu juga ibuku dan adik-adikku yang masih
belum bersekolah, tiada jaminan kami akan bertemu kembali dengan mereka di rumah dengan selamat.
Ini kerana mukhayyam ini adalah antara medan tempur utama antara remaja-remaja kami dengan tentera
Israel. Darah dan air mata tidak pernah lekang dalam diari hidup kami. Namun begitu kami diajar untuk
sentiasa meletakkan keyakinan kami hanya kepada Allah S.W.T., tidak pada yang lain. Hanya padaNya
jualah kami bertawakkal, dan kami yakin bahawa ajal dan maut hanya di tanganNya, bukan di tangan
makhluk!
Dengan semangat yang membuak-buak di segenap ruang hatiku, demi mencari redhaNya aku bercita- cita untuk melanjutkan pengajianku dalam bidang kewartawanan. Impianku tidak lain hanyalah ingin menghebahkan kepada dunia tentang kekejaman dan kezaliman Yahudi terhadap bangsaku. Inginku gegarkan dunia dengan suara-suara tangisan dan rintihan anak-anak bangsaku yang kehilangan ibu dan ayah. Inginku sedarkan saudara-saudaraku di luar sana betapa Masjid Al-Aqsa ini milik mereka juga. Malah inginku kejutkan umat yang seaqidah denganku agar mereka bangun dari lena yang panjang.
Telah berabad lamanya kami menderita, namun seolah tiada siapa yang peduli. Di manakah saudara-
saudara seIslamku di seluruh dunia…? Di manakah doa-doa kalian? Di manakah pembela keadilan dan
pejuang kebenaran? Di manakah Solahuddin Al-Ayyubi generasi baru? Kering sudah air mata kami
menangisi nasib yang menimpa tanah air kami yang kami cintai ini. Namun kupasti, kupasti bahawa
yang menjadi punca semua ini adalah jauhnya umat ini dari manhaj Islam yang sebenar. Jauhnya mereka
dari Al-Quran dan As-Sunnah, yang sepatutnya menjadi pegangan hidup mereka. Yang semakin dikejar
mereka adalah kenikmatan duniawi yang sementara. Natijahnya jiwa-jiwa mereka menjadi mati, lalu
lenyaplah perasaan ambil-peduli mereka terhadap apa yang berlaku kepada saudara-saudara seaqidah
dengan mereka di seluruh dunia.
Namun semua ini tidak akan mematahkan semangatku untuk terus berjuang. Cintaku terhadap Masjid Al-
Aqsa tak pernah pudar. Lebih-lebih lagi menjelang tibanya Ramadhan, tidak akanku lepaskan peluang
untuk mendirikan solat di situ bersama ibuku. Kemanisan dapat bersolat di masjid ini dapat dirasai
biarpun nyawa terpaksa dipertaruhkan. Hal ini amat kami sedari bahawa Masjid Al-Aqsa merupakan
masjid suci ketiga umat Islam selepas Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabawi. Biarpun sukar, walau
dihalang dengan apa cara sekalipun oleh tentera-tentera Israel kami takkan mengalah. Batuan menjadi
senjataku malah kami semua, untuk berhadapan dengan si pengecut-pengecut itu. Jangan. Jangan sekali
diperlekehkan batu-batu itu. Batu-batu itu cukup meggerunkan hati-hati mereka, ibarat bom nuklear
yang tepat sasarannya.
Rentetan daripada pelancaran intifadhah pada tahun 1987, Mukhayyam Ad-Dahisyah tempat tinggalku
kerap-kali menjadi sasaran peluru-peluru dan bom-bom kafir-kafir itu. Batu-batulah yang menjadi
senjata kami untuk berhadapan dengan senjata moden mereka. Batu-batu ini jugalah yang menyebabkan
mereka lari lintang-pukang menyelamatkan diri. Demi sesungguhnya, batu-batu itu tidak akan
dilontarkan kecuali bersama dengan semangat jihad yang tersemat di hati-hati kami. ‘Allahu akbar!’,
itulah laungan keramat yang sentiasa basah di bibir-bibir kami dalam setiap lontaran yang kami
sasarkan. Kami yakin dengan kekuasaan Allah S.W.T. yang memecah-belahkan hati-hati musuh-musuh
kami. Kami yakin ya, Allah bahawa Engkau takkan sia-siakan perjuangan kami ini. Perjuangan suci
untuk mempertahankan tanah air kami dari penjajahan rejim haram Israel…!
Setiap kali serangan dilancarkan, setiap kali itulah pasti ada sahaja di kalangan kami yang ditangkap
dengan kejam lalu dipenjarakan oleh mereka. Ini tidak terkecuali berlaku terhadap abangku sendiri,
Samir Al-Hussein. Sehingga saat ini telah dua kali dia ditangkap dan dipenjara. Semua ini menjadi
mimpi ngeri bagi kami sekeluarga, tidak kurang juga keluarga rakan-rakanku yang menerima nasib yang
sama. Masih segar dalam ingatanku ketika abangku bersama-sama rakan-rakanku yang lain melontar
batu ke arah kereta kebal mereka, pada ketika itu jugalah gas pemedih mata mereka dilepaskan. Di
dalam kekecohan itu, salah-seorang daripada tentera mereka memukul kepala abangku lalu
menangkapnya. Dalam pada itu abangku tetap berusaha meloloskan dirinya, namun sepak-terajang
mereka menyebabkan abang akhirnya terpaksa menyerah kalah. Dengan kepalanya yang telah berdarah,
dia tetap tersenyum kepadaku dan dengan lantang dia berkata, “Teruskan berjuang!”. Tiada apa yang
mampu aku lakukan walaupun hatiku pedih melihatkan kejadian itu di depan mataku sendiri.
Wallahu a’lam, mungkin Allah telah memilihnya kerana dia merupakan salah-seorang yang berani dan
terkehadapan di kalangan remaja-remaja kami. Inilah kali pertama abangku tertangkap. Sehingga lewat
tiga bulan tanpa sebarang berita, abangku dibebaskan semula selepas disoal-siasat di kem tahanan
tentera Israel. Entah apa yang telah diperlakukan kepada abangku aku tidak tahu kerana dia tidak pernah
menceritakannya kepada kami sekeluarga. Aku cuma mendapat tahu dari rakanku yang abangnya juga
pernah ditahan bahawa mereka yang di dalam tahanan kebiasaannya akan diseksa bukan sahaja
fizikalnya malahan mentalnya juga akan ditekan. Tidak mustahillah sebaik keluar dari tahanan,tubuh
badan abangku begitu susut, matanya cengkung, rambut dan jambangnya pula terbiar panjang.
Add a Comment