You are on page 1of 35

Isi Kandungan

No. 1. 2 3. 4. 5. 6. Penghargaan Abstrak / Sinopsis Pendahuluan

Perkara

Muka Surat 2 3 4-7 8-9 10-12 13-21

Faktor Dalaman & Faktor Luaran Cara-cara mengembalikan ketamadunan Hubungan sejarah, social. Budaya, dan bahasa dalam mengembalikan kegemilangan tamadun Islam

8. 8. 9. 10. 11. 12.

Peranan kita dalam menangani masalah ini Kesan-Kesan Rumusan Kesimpulan Rujukan Lampiran

22-25 26-28 29-31 32 33 34-35

Page

Penghargaan Assalamualaikum

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan folio ini yang telah diusahakan yang bertajuk Peranan Generasi Umat Islam Masa Kini Untuk Mengembalikan Kegemilangan Tamadun Islam. Folio yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang saya menyiapkan projek folio kami ini. Pertama sekali kepada pensyarah kami Puan Wan Norina Bt Wan Hamat kerana kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa pensyarah subjekkerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio kami serta membantu kami dari semasa kami susah dan senang. Jasa beliau yang akan kami kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kerana memberikan kami bantuan dari segi kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan kami maklumat tidak akan kami lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek kami dijalankan dan dibentangkan.

Page

Peranan Generasi Umat Islam Masa Kini Untuk Mengembalikan Kegemilangan Tamadun Islam

Abstrak / Sinopsis

Umat islam masa kini hendaklah mengembalikan kegemilangan umat Islam , sebagaimana yang berlaku pada suatu waktu zaman dahulu semasa kerajaan Islam yang terdahulu seperti kerajaan Bani Umaiyyah , Bani Abbasiyyah dan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Generasi kini haruslah menjadi teladan yang baik kepada generasi yang akan datang supaya kegemilangan tamadun Islam dapat dikekalkan sehingga ke hari ini. Generasi muda

bertanggungjawab untuk menbenbalikan kegemilangan tamadun Islam. Terdapat banyak pencapaian yang telah dicapai dan diterokai dalam tamadun Islam. Tambahan pula, pengajaran dan pencapaian yang telah dicapai masih diguna pakai dan dipraktikkan sehingga ke hari ini.

Ilmu merupakan faktor yang paling penting dalam mengembalikan ketamadunan Islam. Pada masa dahulu banyak tokoh telah menyumbang ilmu ilmu seperti matematik, sains, perubatan dan sebagainya. Kita haruslah menuntut seberapa banyak ilmu pengetahuan agar menjadi pakar dalam sesuatu bidang demi meninggikan taraf umat islam .Kita patut berusaha menjadi seorang pengurus dan pentadbir yang cekap, baik, bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas dan sentiasa mencontohi kegemilangan ilmuan silam Islam yang terdahulu dalam menuntut dan menguasai pelbagai ilmu termasuklah ilmu duniawi atau ilmu akhirat.

Page

PENDAHULUAN

Kegemilangan umat Islam bermula pada era pemerintahan Islam di Madinah dan berkembang pesat pada zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah dan Bani Abasiyyah. Kemudian ia bertapak di benua Eropah yang menyumbang kepada kegemilangan tamadun Islam di Andalusia. Ketamadunan Islam yang berbentuk universal membawa manfaat dan rahmat kepada seluruh umat dan alam.

Selepas keruntuhan kerajaan Islam pada abad kedua belas, imej masyarakat Islam di kacamata dunia kini telah banyak dikaitkan dengan kelemahan dan kemunduran. Persepsi sebahagian besar umat Islam kini terhadap agamanya masih terbatas kepada aspek-aspek ibadah khusus semata-mata. Walaupun wujud kefahaman bahawa Islam sebagai suatu cara hidup, namun ia hanya ditampilkan dalam bentuk slogan dan retorik semata-mata. Majoriti masyarakat sukar untuk memasukkan agenda pembangunan ummah, peradaban bangsa, dan keutuhan negara sebagai sebahagian daripada ruang lingkup agama sepertimana yang dikehendaki oleh ajaran Islam.

Islam, sebagaimana yang difahami adalah al-Din, iaitu cara hidup dalam konteksnya yang sangat luas, bukan sekadar suatu kepercayaan, tetapi cara hidup yang lengkap, maju dan progresif serta mampu menyelesaikan permasalahan semasa kehidupan manusia sepanjang zaman. Suatu pendekatan dan penilaian semula pemikiran masyarakat Islam terhadap ajaran agamanya wajar dilakukan. Umat Islam perlu kembali mengamalkan Islam secara syumul pada peringkat individu, keluarga, masyarakat dan Negara.

sebagaimana yang berlaku pada suatu waktu zaman dahulu semasa kerajaan Islam yang

Page

Umat islam masa kini hendaklah mengembalikan kegemilangan umat Islam ,

terdahulu seperti kerajaan Bani Umaiyyah , Bani Abbasiyyah dan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Generasi kini haruslah menjadi teladan yang baik kepada generasi yang akan datang supaya kegemilangan tamadun Islam dapat dikekalkan sehingga ke hari ini. Generasi muda

bertanggungjawab untuk menbenbalikan kegemilangan tamadun Islam. Terdapat banyak pencapaian yang telah dicapai dan diterokai dalam tamadun Islam. Tambahan pula, pengajaran dan pencapaian yang telah dicapai masih diguna pakai dan dipraktikkan sehingga ke hari ini.

Generasi zaman sekarang hendaklah mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh dalam kehidupan seharian ataupun balam bidang bidang yang diceburi seperti perubatan, matematik,sains, geometri, astronomi dan sebagainya. Generasi kita berperanan untuk mempraktikkan ilmu-ilmu yang dicapai semasa zaman tamadun islam.Selain itu, generasi kita harus memperdalami lagi ilmu-ilmu yang disumbangankan supaya generasi yang akan datang dapat mewarisi semua ilmu yang dicapai untuk kesejahteraan hidup sejagat. Genarasi muda haruslah mengembangkan ilmu dalam bidang yang berasakan matematik, falsafah, kedoktoran, astronomi, farmasi dan lain-lain kerana bidang bidang ini merupakan asas kejayaan tamadun Islam.

Selain itu, generasi zaman sekarang hendaklah mengamalkan konsep syura dan permuafakatan dalam mengendalikan sesuatu masalah diri atau keluarga atau masyarakat mahupun negara dalam mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham . Konsep ini merupakan salah satu keunikan yang dicapai semasa zaman tamadun Islam. Konsep syura dan permuafakatan telah menilong rakyat digenerasi untuk mencapai kemajun Negara. Selain itu, konsep ini diguna pakai untuk mencapai kemerdekaan Negara kita. Asas pembangunan sesebuah Negara ialah sikap masyarakat. Oleh itu, permuafakatan masyarakat amat penting bagi mencapai pembangunan sesebuah Negara. Selain itu, bagi mengasaskan sesebuah kerajaan kita harus mempunyai pemimpin yang berdedikasi dan berkaliber. Oleh itu setiap pemimpin akan mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Oleh itu, konsep syura iaitu satu perjumpaan

Page

bagi menukar pendapat seseorang pemimpin harus dicontohi supaya Negara kita dapat maju ke

era globalisasi di bawah kepimpinan seorang pemimpin yand berdedikasi. Konsep syura sangat memainkan peranan yang penting dalam mengasaskan sesebuah kerajaan.

Oleh itu, kita harus jadikannya satu iktibar dalam kehidupan seharian. Selain itu, perkembangan dalam ilmu yang dicapai merupakan symbol penghayatan sumbangan tokoh tokoh Islam dahulu. .Kita hendaklah sentiasa beristiqamah dalam melakukan atau melaksanakan sesuatu tugasan dan berjihad dalam mencari dan menuntut ilmu pengetahuan .Generasi zaman sekarang hendaklah menuntut berbagai-bagai - bagai ilmu pengetahuan yang diredhai Allah S.W.T untuk meninggikan taraf kehidupan umat Islam masa kini dan juga pada masa hadapan .Ilmu yang dicapai telah membuka satu pencapaian dan lembaran kepada generasi muda untuk menghargai dan mencontohi seperti tokoh-tokoh kita supaya keadaan Negara kita dapat dimajukan ke arah pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kepentingan untuk menuntut ilmu amat penting bagi mengasaskan sesuatu kerajaan. Oleh itu, generasi muda haruslah mengambil lembaran ini sebagai satu iktibar untuk nerjaya dalam kehidupan.

Kita membuka lembaran sejarah tamadun Islam bukan untuk mengubat hati disebabkan kemunduran yang menimpa umat Islam sekarang, tetapi bagi memperbaiki dan membangun masa depan ke arah kejayaan serta kecemerlangan. Pengenalan kepada sistem ketenteraan merupakan satu kewajipan kepada negara kita sehingga ke hari ini supaya dapat memelihara kedaulatan Negara. Kelemahan dan kemunduran kerajaan - kerajaan seperti Bani Umaiyyah , Bani Abbasiyyah dan kerajaan Turki Uthmaniyyah dijadikan sebagai satu pengajaran untuk lebih mengukuhkan pentadbiran Negara kita. Selain itu, kelemahan kerajaan dalam Tamadun Islam dijadikan satu iktibar bagi mempertahankan kedaulatan Negara kita dengan lebih berkesan. Kita hendaklah mengambil iktibar daripada kejatuhan dan kemusnahan sesuatu umat atau kaum disebabkan tindakan kita sendiri. Oleh itu kita seharusnya belajar dari kesilapan dan memperbaiki kesilapan supaya tidak diulangi semula demi kesejateraan hidup manusia sejagat.

Page

Generasi zaman sekarang hendaklah melakukan perkara perkara yang disuruh dalam Islam dan meninggalkan perkara yang dilarang demi mewujudkan suasana yang harmoni , sejahtera dan damai didalam jiwa ahli masyarakat . Dalam pengajaran Islam kita tidak harus mengamalkan perkara perkara yang diharamkan seperti berjudi, berzina, pengamalan riba dan sebagainya. Sifat sifat buruk ini akan menjejaskan kehidupan generasi muda ini. Generasi muda kita merupakan bakal pemimpin Negara kita. Oleh itu, nilai nilai yang dicontohi dalam tamadun Islam haruslah dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian. Amalan yang dilarang dalam Islam haruslah disingkirkan demi kehidupan yang sejahtera. Amalan yang baik haruslah dijadikan asas kepada pembangunan diri dan Negara. Generasi muda merupakan bakal pemimpin yang akan memimpin Negara kita. Semua pengajaran dan ilmu yang dicapai dalam tamadun islam dapat mewujudkan generasi yang maju dari segi lahiriah dan rohaniah.

Page

Faktor Dalaman dan Faktor Luaran

Fikiran pemerintah berevolusi daripada pemikiran fuqaha hingga mereka memisahkan agama dari negara. Urusan negara di bawah khalifah manakala urusan agama di serahkan kepada ulama. Pemerintah inginkan perkembangan dan pembangunan semata-mata tanpa memikirkan soal agama.

Pepecahan akibat perbezaaan pendapat dalam masalah agama dan taasub kepada mazhab yang dianuti. Para mujtahid diserang oleh mereka yang tidak setuju dengannya dibantu pula oleh orang ramai dan pihak berkuasa yang takutkan kemerosotan pengaruh mereka.

Kelemahan Khalifah-khalifah Islam juga adalah punca kepada keruntuhan tamadun Islam dahulu. Terdapat khalifahyang dilantik secara warisan itu yang rendah moralnya dan lemah kepimpinannya. Mereka tidak cekap kerana kurang pengetahuan. Mereka lebih cintakan dunia daripada cintakan Allah SWT dan rasul-Nya. Seringkali berlaku perubatan harta di kalangan keluarga khalifah kerana inginkan takhta.

Berlaku pemberontakan dalam negeri, terutama di kawasan yang jauh dari pusat pentadbiran. Khalifah tidak dapat bertindak kerana kelemahan pada mereka sendiri, ditambah pula kesukaran alat perhubungan.

Kedatangan Penjajahan Barat Dari Abad Ke-16 hingga Abad ke-20. Menjajah negaranegara Islam telah meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap kemalapan tamadun Islam. Penjajah telah menghancurkan kota-kota, melakukan pembunuhan terhadap bijak pandai

Page

pengetahuan Islam. Ringkasannya mereka bukan sahaja mengekploitasi ekonomi negara Islam,

Islam, menyuburkan bibit perpecahan di kalangan umat Islam dan melemahkan ilmu

meruntuhkan tamadun Islam dari rohaniah dan jasmaniah di samping mengembangkan agama Kristian. Perang Salib ialah beberapa siri kempen perang yang dipengaruhi isu keagamaan dan politik sekitar kurun ke-11 hingga ke-13 Masihi . Perang yang berpanjangan itu, walaupun pada lahirnya memberi kemenangan di pihakIslam tetapi pada hakikatnya telah member dorongan kepada mereka untuk menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan dan pada akhirnya meraka bangkit sebagai negara maju. Berlaku searnag daripada pihak luar yang memeberi kesan yang sangat besar pada tamadun Islam. Antaranya, Kota Baghdad yang masyhur dengan perkembangan tamadun Islam telah jatuh ke tangan tentera Moghul pada abad ke 13 M apabila diserang.

Page

CARA CARA MENGEMBALIKAN KETAMADUNAN ISLAM

ISLAM menyatakan hakikat kejadian manusia dicipta dalam pelbagai bangsa yang bertebaran di seluruh muka bumi serta menggalakkan interaksi dan komunikasi di antara masyarakat yang pelbagai bangsa dan kerakyatan bagi mengeratkan silaturrahim sesama mereka.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra di antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukannya yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amal kamu). (al-Hujurat: 13)

Nabi Muhammad s.a.w juga sering mengingatkan kepada umat baginda akan peri penting ikatan silaturrahim dan interaksi yang baik sesama mereka. Baginda Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud, Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim. Dalam membangunkan ikatan silaturrahim, manusia bukan sahaja dapat saling kenal-mengenali dan mempelajari budaya dan peradaban sesuatu masyarakat tetapi juga menerusinya manusia akan memperoleh kebaikan dan keberuntungan terutamanya dari segi perkembangan ekonomi, suasana perpaduan yang jitu, kesejahteraan, dan keamanan selain pembangunan kendiri dan negara.

Page

10

Manusia sebagai makhluk sosial sangat memerlukan hubungan interaktif dalam kehidupan sehariannya. Ikatan silaturrahim yang tercetus ini bukan sahaja akan mengeratkan ukhwah di antara sesama manusia malah ikatan ini juga mampu memberikan kekuatan kepada manusia dalam menghadapi permasalahan dan kebejatan umat. Hubungan ini tidak terbatas hanya di antara sesama Muslim tetapi juga merangkumi keseluruhan umat manusia tanpa mengira agama dan keturunan kerana jalinan ukhwah ini berada di atas landasan yang luas dengan berpandukan etika dan moral kemanusiaan yang luhur serta hormat-menghormati. Hubungan silaturrahim dengan jiran tetangga tidak kira dalam konteks kecil (masyarakat sekitar) ataupun besar (antarabangsa) adalah salah satu cara hidup yang digalakkan Islam. Dalam konteks kejiranan ini, kita berkewajipan menjalinkan hubungan yang baik dengan menerapkan semangat kerjasama.yang.jitu.

Kejiranan mempunyai ikatan dengan keimanan. Salah satu tanda orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat ialah dengan adanya di kalangan manusia yang memulia dan menjaga hak jiran tetangganya. Sesiapa yang mengabaikannya maka ia sebenarnya bukanlah dikalangan orang yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia menghormati (berbuat baik) kepada jiran tetangganya. (Riwayat Bukhari dan Muslim )

Hubungan ukhwah atau silaturrahim berskala besar atau antarabangsa dilihat sebagai suatu kerangka hubungan antara sebuah negara atau suatu bangsa dengan sebuah negara atau bangsa lain. Sejarah peradaban zaman kegemilangan Islam di bawah naungan baginda Rasulullah s.a.w. bermula ketika Rasulullah dan sahabat berhijrah meninggalkan tanah Mekah ke Madinah. Pada masa itu, hubungan antarabangsa meliputi bukan sahaja dari aspek ekonomi malah juga aspek diplomatik yang menguntungkan. Kerajaan Islam yang berpusat di Timur Tengah misalannya mempunyai kedudukan geografi yang strategik telah menjadi laluan utama perdagangan.
Page

11

Meneliti senario hubungan antarabangsa kini memperlihatkan jurang perbezaan yang begitu besar. Jika dahulu dunia Islam menjadi angkatan teragung dalam segenap hal, tetapi kini dunia Islam dilihat sentiasa mendambakan serta sering juga mencari-cari perlindungan dan bimbingan yang kadang-kadang nyata daripada musuhnya sendiri (Muhammad Afifi Abdul Razak dan Azman Md Zain, 2003). Menurut Fred Von Der Mehden (1980), kebanyakkan negara Islam masa kini adalah tergolong dalam kelompok negara-negara Dunia Ketiga, iaitu negara yang mempunyai taraf pembangunan ekonomi, sosial dan politik yang rendah dan kurang stabil.

Melihat kepada kegemilangan dunia Islam dan peri pentingnya hubungan silaturrahim sesama negara Islam bagi mengembalikan kegemilangan terdahulu, negara-negara Islam kini sudah menyedari dan mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w itu. Peristiwa bersejarah tersebut diadaptasikan bukan sahaja suatu pengkisahan tentang pengembaraan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya tetapi dilihat dalam konteks yang lebih meluas. Antaranya hijrah memberi teladan atau pengajaran kepada umat Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. Mengambil daripada peristiwa hijrah tersebut, pelbagai agenda telah diperhalusi dan dirangka antaranya wujudnya badan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Kumpulan Lapan Negara-negara Membangun (D8).

Ditubuhkan pada tahun 1969, Pertubuhan OIC adalah organisasi induk dengan objektif utamanya mengadakan kerjasama dalam pelbagai lapangan dengan komitmen utama pada masa ini ialah mengadakan kerjasama ekonomi di kalangan 57 negara anggotanya. Perkara II Piagam OIC menyatakan salah satu matlamat OIC ialah mengadakan kerjasama di kalangan negaranegara ahli di bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, saintifik dan kegiatan-kegiatan di bidang lain yang penting, dan mengadakan perbincangan di kalangan negara anggota dalam organisasiorganisasi antarabangsa yang lain.Di antara faktor-faktor yang menggalakkan pembentukan kerjasama.
Page

12

HUBUNGAN SEJARAH, SOSIAL, BUDAYA, DAN BAHASA DALAM MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM.

Islam merangkumi semua, dan meletakkan haluan dalam hubungan sosial dan budaya, ikatan sejarah yang disebabkan oleh penyebaran Islam ke serata bahagian di dunia ini. Ia juga disebabkan oleh kelaziman umat Islam menggunakan bahasa Arab, bahasa asal al-Quran ketika ia diwahyukan. Oleh itu, tidak ada umat Islam yang tidak mendapat tempat di negara Islam lain. Maka seseorang boleh mengatakan negara anggota OIC adalah komuniti sosial, yang menjadi asas kepada kerjasama ekonomi dalam kalangan mereka.

HUBUNGAN.GEOGRAFI

Ketika Islam tersebar dari Semenanjung Arab, ia mula memasuki negara-negara jiran dan kemudian lebih jauh lagi. Negara-negara anggota OIC adalah secara geografinya terikat, walaupun mereka merentang dari bahagian paling barat di Afrika ke bahagian paling timur di Asia. Memang benar bahawa kemajuan teknologi telah mengubah cara pengangkutan dan perhubungan, tetapi hubungan geografi di kalangan negara OIC juga menjadi faktor penyumbang ke arah pembentukan kerjasama ekonomi dan sosial di kalangan mereka.

SAIZ.PASARAN

Sejumlah 20 negara anggota OIC berada dalam kategori Negara-Negara Paling Mundur menurut pengkelasan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kenyataan ini jelas menunjukkan kebanyakan negara anggota OIC terlalu kecil untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan secara bersendirian. Peruntukan modal dan tenaga buruh yang besar diperlukan untuk program penyelidikan dan pembangunan sesuatu industri.

Kebanyakan negara anggota OIC terpaksa bekerjasama di kalangan mereka, dengan saiz pasaran dan ekonomi yang kecil, untuk mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pembangunan.
Page

13

ANUGERAH.SUMBER.ALAM

Jika dilihat secara individu, saiz ekonomi kebanyakan negara anggota adalah tidak mencukupi untuk ia membangun sendiri, tetapi keadaannya berbeza apabila sumber-sumber kekayaan mereka dilihat secara kolektif. Dari segi sumber-sumber ekonomi, OIC merangkumi negara-negara pengeksport minyak, beberapa negara yang maju di bidang teknologi dengan tenaga mahir, beberapa negara yang mempunyai tenaga kerja terlatih dan murah, dan banyak negara yang mempunyai sumber pertanian, perikanan, dan galian yang belum lagi diusahakan. Apa yang perlu ditekankan di sini ialah, sumber-number alam yang mereka miliki adalah pelengkap di antara satu sama lain dan setiap negara mempunyai sumbernya sendiri untuk disumbangkan. Dengan menggabungkan sumber- sumber alam ini, ia sepatutnya memberikan keuntungan. Ini sepatutnya menjadi insentif yang kuat ke arah pembentukan kerjasama ekonomi dan pasaran bersama di kalangan negara anggota OIC.

Persidangan Menteri-Menteri Luar OIC yang diadakan di Kuala Lumpur pada 27 Jun 2000 telah mengukuhkan lagi kesinambungan kerjasama antara negara-negara OIC. Dari segi ekonomi, terdapat gesaan agar negara-negara Islam memulakan usaha membentuk kesatuan ekonomi bagi OIC bagi membolehkan barangan, modal dan modal insan bergerak secara bebas dirantau ini. Ini berdasarkan bahawa 87 peratus eksport dan import dunia pada masa kini berkisar sekitar tiga blok ekonomi yang membabitkan 33 negara iaitu Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), Kesatuan Eropah (EU) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Kumpulan Lapan Negara-negara Membangun (D8) pula secara umumnya adalah projek kerjasama di antara lapan negara membangun yang terdiri daripada Turki, Iran, Pakistan, Bangladesh, Mesir, Indonesia, Nigeria dan Malaysia. D8 ditubuhkan antara lain adalah untuk menggemblengkan tenaga negara-negara Islam dan mengambil daya usaha dari negara-negara D8 ini untuk menumpukan program-program pembangunan yang tepat dengan strategi-strategi

Page

kerajaan dan pihak swasta negara-negara anggota.

14

yang teratur. Kerjasama di antara negara anggota D8 adalah secara umumnya adalah di antara

Antara projek yang sedang diusahakan adalah usaha memulih dan memantapkan sistem ekonomi Islam. Di dalam perlaksanaan kerjasama ini, Turki misalnya, ditumpukan untuk pembangunan industri pertanian dan industri mekanisme pertanian. Iran pula ditumpukan kepada bidang teknologi, manakala Malaysia ditumpukan kepada memberikan teknologi dari segi kewangan, perbankan dan penswastaan. Indonesia ditumpukan kepada hal ehwal pembangunan sumber manusia. Bangladesh pula diberikan penumpuan untuk pembangunan luar bandar. Mesir ditumpukan kepada aspek perdagangan dengan mengadakan program seperti trade fair dan sebagainya, eksposisi untuk negara D8 dan untuk ekonomi Islam. Manakala negara Nigeria membangunkan.bidang.tenaga.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) membongkar kenyataan bahawa kira-kira 50 peratus penduduk negaranegara Islam hidup dengan pendapatan sebanyak tidak sampai AS$2 sehari, satu jumlah yang jelas tidak mencukupi untuk menyara hidup. Pendapatan per kapita purata mereka yang tinggal di negara-negara Islam sekarang hanyalah AS$1,100, berbanding negara-negara lain yang purata pendapatan per kapitanya sebanyak AS$5,133.

Justeru beliau melihat Forum Ekonomi Islam Sedunia menerusi yayasannya (Yayasan WIEF) berpotensi untuk menjadi platform bagi interaksi antara pemimpin-pemimpin kerajaan, masyarakat awam dan peserta-peserta perniagaan Islam selain meneroka dan mengenal pasti cara-cara baru dan inovatif untuk memperkukuhkan kerjasama antara negara-negara Islam. Bukan sahaja menjadi medan bagi mengenal pasti serta menggalakkan peluang perniagaan dan pelaburan, ia juga harus mengambil peranan peneraju untuk mengubah diri dalam persekitaran globalisasi yang semakin sengit persaingannya ini.

telah meningkatkan prestasi pungutan zakat. Sebagai contoh, Pusat Pungutan Zakat Wilayah

Page

urusan pungutan zakat dengan pembentukan syarikat-syarikat mengurus zakat di beberapa negeri

15

Di Malaysia, urusan zakat telah diuruskan secara profesional. Langkah mengkorporatkan

Persekutuan telah berjaya mengutip zakat berjumlah RM 127 juta bagi tahun 2005. Begitu juga dengan Lembaga Zakat Selangor dengan kutipan hampir mencecah RM 130 juta bagi tahun 2005. Peningkatan pungutan zakat bagi seluruh negara juga meningkat dari setahun ke setahun. Sebagai contoh, tahun 2001 sebanyak RM 320.3 juta, tahun 2002 RM 373.9, tahun 2003 RM408.4, tahun 2004 sebanyak RM 473.6 dan tahun 2005 sebanyak RM 573 juta.

Justeru, melihat kepada kejayaan ini, Malaysia telah mengambil inisiatif menganjurkan Persidangan Zakat Antarabangsa dengan harapan agar melalui persidangan tersebut, dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim dan kerjasama antara negara-negara Islam dalam membangunkan ekonomi ummah melalui kekuatan ekonomi umat di dunia. Suatu inisiatif kerjasama di kalangan negara-negara OIC, bagi mewujudkan satu mekanisma zakat di kalangan negara-negara anggota dengan satu niat untuk bertolong-tolongan di antara negara-negara anggota selaras dengan semangat persaudaraan Islam turut diperkenalkan dengan harapan agar kerjasama ini akan membolehkan penyaluran bantuan daripada negara OIC yang maju kepada negara anggota yang memerlukan bantuan yang akhirnya dapat membantu ummat Islam sejagat keluar daripada belenggu kemiskinan dan kejahilan. Dana zakat ini juga diharap akan dapat membantu ummat Islam dan umumnya negara-negara Islam yang kurang. maju, untuk membangunkan sosio ekonomi mereka.

Selain daripada kerjasama dalam bidang ekonomi, negara-negara Islam juga menjalankan kerjasama dari segi teknikal termasuk perpindahan, bantuan dan pertukaran kepakaran dikalangan negara Islam terutama dari segi penyelidikan, termasuklah bidang teknologi, telekomunikasi, pembangunan, ketenteraan dan persenjataan serta kesihatan. Inisiatif pembiayaan bagi meningkatkan kualiti kesihatan negara-negara Islam yang dibiayai Bank Pembangunan Islam (IDB) misalannya telah mendapat perhatian Malaysia dengan mencadangkan agar ditingkatkan lagi kerjasama dalam penghasilan dan pengeluaran vaksin. Sejajar dengan usaha ini, Malaysia telah menubuhkan Institut Kebangsaan Produk Asli, Vaksin dan Biologikal (9BIO) sebagai agensi yang menggalakkan kemampuan diri dalam pengeluaran vaksin halal.
Page

16

Kerjasama berbentuk rohaniah termasuk penyebaran dan penyaluran dakwah Islamiah secara berkesan di negara Islam melalui pendekatan baru turut diperhebatkan. Ini pandang secara bersungguh-sungguh kerana kesedaran kerohanian dan memupuk kekuatan kerohanian merupakan senjata ampuh untuk menghadapi cabaran dunia kebendaan sebagai contoh, penganjuran Multaqa Ulama Sedunia yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada tahun 2003 dilihat sebagai suatu platform yang berkesan dalam dalam menangani permasalahan umat Islam seantero dunia. Perhimpunan 85 ulama dan cendikiawan Islam dunia itu antara lain membincangkan perkaraperkara yang menyentuh kepentingan umat Islam sedunia dengan tujuan meletakkan ulama dan cendikiawan Islam ditempatnya yang sebenar seperti zaman keagungan Islam terdahulu dalam hal-hal pembangunan umat berlandaskan ajaran Islam itu sendiri.

Sebagai sebuah badan dakwah bukan kerajaan (NGO) yang senantiasa mendokong hasrat kerajaan, YADIM juga telah mengadakan kerjasama yang erat di antara negara-negara jiran antaranya Indonesia, Rusia, Australia dan Brunei dalam pelbagai bidang ekonomi dan pendidikan. Antara kerjasama yang diadakan adalah penganjuran bersama Tajdid Pemikiran Islam dengan negara Indonesia dengan hasrat mendirikan sebuah sekolah agama antarabangsa dengan menggunakan silibus yang dipersetujui bersama selain kerajasama-kerjasama seminar dan perbincangan lain yang bertujuan membincangkan kebaikan kerjasama dua hala selain mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu dan permasalahan yang membelenggu dunia, khasnya dunia Islam.

Selain daripada itu, kerjasama kerohanian yang terbesar iaitu rukun Islam kelima - ibadah haji juga dilihat sebagai suatu jalinan kerjasama yang paling lama terjalin dan sangat besar pengaruhnya dalam hubungan kerjasama di antara negara Islam. Saban tahun, negara Malaysia senantiasa memastikan perjalanan proses haji dan kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan
Page

17

Arab Saudi senantiasa berada di dalam situasi hormat-menghormati dan bertoleransi kerana Malaysia melihat ibadah tersebut sebagai salah satu bidang yang boleh dikongsi secara bersama kerana ia melibatkan setiap umat Islam dari seluruh dunia dengan meletakkan Mekah AlMukarramah sebagai model dan simbol kesatuan ummah. Inilah di antara rahsia yang tersirat di sebalik kefarduan ibadat haji. Islam mahukan supaya umatnya berinteraksi dan berkomunikasi dengan semua tanpa mengira bangsa, budaya atau warna kulit. Ibadat ini membuka peluang kepada umat Islam untuk berbuat demikian secara langsung.

Ibadah Haji juga memainkan peranan sebagai agen terpenting hubungan kerjasama pengglobalisasian peradaban Islam. Gelombang globalisasi dicetus dan digerakkan dalam pelbagai bidang termasuklah globalisasi maklumat dan ilmu serta globalisasi politik. Hari ini, ketika dunia Islam menyaksikan ketidakmayaannya menghadapi cabaran globalisasi kontemporari, institusi hajilah satu-satunya institusi yang dapat menjamin semangat globalisme terus dihayati oleh dunia Islam.

Sebagai sebuah negara yang melihat ilmu sebagai suatu keperluan, Malaysia memegang matlamat untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan diperingkat antarabangsa. Bagi mencapai matlamat ini, Malaysia telah meningkatkan usaha dan memperuntukkan sejumlah besar modal bagi meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia. Pendidikan di Malaysia juga lebih terbuka kepada dunia luar sama ada unutk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti mereka di sini selaras dengan keinginan negara menjadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dunia.

Gelombang globalisasi yang sedang melanda sememangnya tidak dapat dielakkan. Gelombang ini mewujudkan suatu keadaan di mana segala sempadan dihapuskan sama sekali

bertapak sejak sekian lama di kalangan masyarakat Barat khasnya terhadap Islam dengan

Page

tidak dapat menerima usaha pihak Barat ini seringkali dihentam oleh Barat. Rasa tidak senang

18

dalam usaha mewujudkan suatu identiti sekata kepada dunia. Dunia Islam yang sememangnya

mengatakan bahawa Islam adalah agama yang menindas kaum wanita, agama mundur dan sebagainya. Semenjak azali lagi, umat Islam terus dihujani dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan yang mencemar agama Islam dan ajarannya, serta pelbagai rencam propaganda yang melampaui batasan keamanan oleh Barat khususnya melalui penguasaan media mereka.Tanggal 11 September 2001 dilihat sebagai suatu keadaan yang menambahkan pandangan serong masyarakat bukan Islam kepada Islam dengan tuduhan demi tuduhan tanpa bukti kukuh berterusan dilemparkan kepada umat Islam yang dikatakan menjadi dalangnya.

Terrorism merupakan satu istilah yang agak asing dalam adat dan budaya masyarakat Islam sebagaimana asingnya tamaduan dan budaya masyarakat yang melahirkan perkataan ini kepada masyarakat Islam. Bagaimanapun ia mempunyai implikasi yang amat besar dalam kehidupan seseorang individu dan kesinambungan sesebuah negara. Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memberi makna ia sebagai satu perbuatan berbentuk keganasan. Pada dasarnya Barat melihat perbuatan keganasan ini sebagai satu tindakan pelampau yang dilakukan secara sengaja dan biasanya bermotif politik dan melibatkan kemusnahan kepada kemanusiaan dan harta benda. Terrorism mula menjadi perhatian seluruh dunia selepas peristiwa serangan dahsyat ke atas Amerika Syarikat, iaitu di Washington dan New York pada tanggal 11 September 2001 itu.

Pelbagai serangan dilakukan media Barat secara berleluasa dan membabi buta (membuta tuli). Serangan musuh Islam ke atas mereka bukan sahaja dengan menuduh mereka sebagai umat yang melatih pangganas, tetapi juga terhadap ajaran Islam. Menurut mereka, jihad dalam Islam adalah satu bentuk latihan dan persiapan ketenteraan yang dilakukan untuk melatih pengganas dan pengebom berani mati. Mereka tidak memahami secara jelas konsep jihad dalam Islam sebenarnya. Jihad dalam Islam bukannya mencari kematian semata-mata dan Islam juga tidak menganggap umatnya yang membunuh diri sehingga mengorbankan nyawa manusia, wanita, kanak-kanak dan orang tua yang tidak berdosa sebagai mati dalam perjungan jihad yang suci. Begitu juga, cara berpakaian dalam Islam turut menjadi bahan serangan dan propaganda musuh Islam. Mereka menganggap bahawa ciri-ciri pakaian dalam Islam akan menjejaskan integrasi kaum yang lantaran itu menjadi punca berlakunya perpecahan dan perpaduan kaum.
Page

19

Islam agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. menganjurkan nilai-nilai murni dan luhur. Ia digambarkan melalui keperibadian Rasulullah yang memiliki akhlak yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk. Ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah ini telah menyumbangkan keamanan dan memberi rahmat kepada alam sejagat seperti yang digambarkan dalam firman Allah S.W.T.yang bermaksud: Tidaklah Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam. Bagi memastikan Islam tetap unggul dan dipandang mulia keseluruhan manusia, Malaysia telah memperkenalkan suatu pendekatan yang dipanggil pendekatan Islam Hadhari sebagai suatu untuk menyerlahkan keindahan dan kesempurnaan agama Islam dengan mengembalikan kegemilangan tamadun Islam. Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, masyarakat Islam keseluruhan bertanggungjawab memastikan agar budaya ekstremisme dan tindakan ganas menggunakan nama dan lambang Islam sama sekali tidak berlaku di negara ini khasnya dan dunia amnya.

Pendekatan Islam Hadhari, memerlukan perlaksanaan jangka panjang kerajaan, untuk memastikan masyarakat Islam kembali mengamalkan Islam secara syumul, dalam konteks lebih luas dan pelbagai, meliputi segenap aspek kehidupan. Islam Hadhari diperkenalkan, agar umat Islam di Malaysia bangun, menjadi pelopor tamadun baru yang dapat memimpin masyarakat dan membawa perubahan progresif lagi menyeluruh. Penerangan tentang Islam Hadhari turut dilakukan di peringkat antarabangsa. Ia telah mendapat perhatian utama dalam lawatan-lawatan rasmi Perdana Menteri ke India, ke Pakistan, ke New Zealand, ke Australia dan ke Jerman. Malah hujah berhubung Islam Hadhari telah diterima baik.

Islam Hadhari memberi penekanan kepada pembangunan - pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban. Peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan (Kehidupan Berkualiti). Mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan,

(islamhadhari.net). Sepuluh Prinsip Utama Islam Hadhari ialah keimanan dan ketaqwaan kepada

Page

mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik

20

pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Mempertingkatkan mutu kehidupan dengan

Ilahi, kerajaan adil dan beramanah, rakyat berjiwa merdeka, penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif, kehidupan berkualiti, pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya dan moral, pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi dan kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.

Pendekatan Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan jangka panjang yang juga memerlukan masa yang panjang untuk mencapai matlamatnya iaitu untuk memastikan masyarakat Islam kembali mengamalkan Islam secara syumul, dalam konteks lebih luas dan pelbagai, meliputi segenap aspek kehidupan.

Islam Hadhari diperkenalkan bertunjangkan matlamat agar umat Islam di Malaysia khasnya dan dunia amnya sama-sama bangun membawa perubahan progresif lagi menyeluruh dalam usaha mengembalikan tamadun Islam yang agung. Dengan usaha ini, umat Islam akan lebih perkasa untuk mempertingkatkan daya usaha, mengukir kejayaan lebih besar mencipta kecemerlangan lebih agung, komited kepada usaha melahirkan umat terbilang. Umat Islam tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada dunia Barat dalam segenap segi. Dengan kelebihan sumber semulajadi dan bentuk geografi yang dimiliki, umat Islam memiliki kelebihan. Memetik kata-kata Perdana Menteri pada majlis pelancaran rasmi Yayasan WIEF: Lingkaran ganas ini perlu dipecahkan. Kita tidak boleh mengharapkan orang lain mengambil daya utama. Adalah menjadi tugas negara-negara Islam membantu satu sama lain, supaya mereka dapat berkongsi kemakmuran, bukan kemiskinan.

Page

21

PERANAN KITA DALAM MENANGANI MASALAH INI

Pada mulanya pemimpin kreatif dan dinamik dalam menangani pelbagai isu, kemudian terkapai kapai dalam menghadapi dalam menghadapi cabaran dan arus deras perubahan pada abad ke-12 dan ke-13 sehingga akhir zaman pemerintahan Abbasiyyah. Walaupun terdapat usaha pemulihan semasa zaman pemerintahan Uthmaniyah, disebabkan kemerosotan berterusan berterusan sehingga membawa kepada kejatuhan. Rujuklah al-Quran dan hadis dalam melakukan sebarang urusan kerana kedua-duanya merupakkan panduan manusia hari ini. Maka pemimpinpemimpin haruslah memahami dan mendalami al-Quran dan hadis disamping mengambil pengalaman dan tauladan dari zaman-zaman yang dahulunya gemilang.

Oleh itu setiap umat Islam yang ada di dunia ini memainkan peranan penting dalam memajukan dan menaikkan kembali zaman kegemilangan itu sendiri. Disebabkan diri manusia itu sendiri dan sikap yang mengejar keduniaan sahaja mengakibatkan kejatuhan demi kejatuhan zaman ketamadunan Islam akhirnya mengahancurkan sedikit demi sedikit nilai-nilai tersebut dalam masyarakat kini meskipun beragama Islam. Dapat kita lihat ramai yang mengaku dirinya Islam tetapi cuba tanya apa makna Islam? Adakah anda mengamalkan cara hidup Islam? Sesetengahnya tidak perlu ditanya, hanya perlu lihat cara berpakaian, pergaulan, dan perbuatan sahaja dapat kita gambarkan bagaimana umat Islam hari ini. Coraklah pemangkin masa hadapan dengan ilmu dunia dan akhirat. Supaya apabila dia memajukan kehidupan manusia pada masa hadapan, dia masih lagi menjaga hubungannya dengan Allah dan masih lagi menjaga hubungannya.dengan.alam.

Page

22

Diri Sendiri. Sebagai pelajar kita mempunyai banyak pendedahan terhadap sejarah pada zaman dahulu samada sejarah pembanggunan Malaysia mahupun sejarah pembanggunan negera-negara lain di dunia. Namun ia terletak pada diri sendiri untuk belajar. Terdapat banyak buku-buku di pasaran mengenai kegemilangan tamadun Islam. Tetapi penduduk Malaysia merupakan masyarakat yang kurang membaca. Dengan membaca kita boleh kenal dunia. Tidak cukup dengan membaca sahaja. Kita haruslah mengamalkan apa yang dipelajari seperti kata pepatah arab ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Diri kita sendiri memainkan peranan yang amat besar dalam mengembalikan kegemilangan tamadun Islam. Kita perlu ada inisiatif untuk berubah kerana Allah tidak akan membantu orang yang tidak membantu dirinya sendiri. Kita yang perlu pastikan dan paksa diri kita sendiri untuk maju kehadapan dengan berlandaskan Islam. Dalam sesetengah amalan kita perlu paksa barulah akan menjadi amalan harian. Kadang-kadang benda atau perbuatan yang kita suka bukanlah yang tebaik untuk diri kita sendiri.

Masyarakat. Masyarakat juga memainkan peranan dalam sesebuah kawasan penempatan untuk hidup berlandaskan Islam. Sesebuah masyarakat itu sendiri boleh membanteras gajala-gejala maksiat yang berlaku di kompaun penempatan mereka. Sesetengah masyarakat yang tidak hidup secara harmonilah yang akan menyebabkan berlaku banyak gejala-gejala social dan perpecahan. Apabila berlaku perpecahan secara berpuak-puak maka tidak adalah permuafakatan didalam masyarakat tersebut seterusnya akan menyebabkan kerajaan Islam goyah.

Untuk mengelakkan berlakunya gejala-gejala social, bolehlah diadakan majlis-majlis ilmu di masjid ataupun surau pada setiap minggu. Mengadakan kem-kem motivasi kepada

kekeluargaan semakin kuat diantara masyarakat itu sendiri.

Page

23

pelajar-pelajar. Membuat aktiviti riadah secara berkeluarga juga boleh menyebabkan ikatan

Pemimpin. Pada hari ini pemimpin yang kita taati dan merekalah yang membangunkan negara secara supaya menjadi Negara yang maju dalam pelbagai bidang. Merekalah yang member pelbagai kemudahan untuk digunakan oleh penduduk. Namun kita boleh lihat bagaimana sesebuah negara itu maju dalam pembangunan dan ia juga maju dalam penambahan gejala-gejala social. Tumbuhnya maksiat di negara-negara maju seperti tumbuhnya kulat di pohon-pohon pada musim hujan.

Oleh itu, pemimpin perlu inisiatif untuk mengkaji tamadun-tamadun terdahulu dan mengembil iktibar serta mengamalkan mengikut keadaan semasa. Namun Islam itu universal maka tidak ada masalah untuk pemimpin mengamalkan dan menbangunkan kerajaan pada hari ini mengikut corak dan bentuk kerajaan-kerajaan Islam yang gemilang pada era sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Pemimpin juga berperanan untuk menyatukan kesemua negara Islam tidak kira mazhab atau golongan syiah sekali pun. Yang penting negara itu mestilah negara Islam. Perlulah bersatu padu untuk mengelakkan berlakunya perpecahan.

Kerajaan/Bukan Kerajaan. Kerajaan dan bukan kerajaan boleh bergabung dalam membantu pemimpin untuk melaksanakan sistem pemerintahan berlandaskan Islam. Dimasa yang sama, mereka ini bolehlah menghidupkan majlis-majlis ilmu daripada mengadakan konsert-konsert yang tidak membawa sebarang kebaikkan melain hanya kehancuran pada masa akan datang.

Institusi Pendidikan.

yang dibina. Perlu ada ilmu untuk menjadi baja dalam menyuburkan pokok yang ditanam. Dalam hal ini, institusi pendidikan memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan seseorang

Page

24

Untuk membentuk muslim dan muslimat sejati perlulah ada yang menyokong tiang-tiang

pelajar yang menguasai dalam bidang dunia dan akhirat supaya boleh mengukuhkan teras negara dan Islam di dunia. Menjadi tentera yang berani untuk bergempur dalam menegakkan agama. Menjadi seperti cendiakawan pada zaman dahulu kala yang mengusai ilmu dunia namun tidak pernah lupa untuk memperkukuhkan ilmu agama didalam dada seperti ibnu sina, al-faribi ,ibnu haitham dan ramai lagi. Institusi memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai islam di dalam pembelajaran. Contohnya Negara arab lebih menekankan nilai nilai Islam dalam kehidupan iaitu Universiti Al-Azhar ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Pada masa dahulu, majid merupakan pusat pembelajaran.

Page

25

KESAN-KESAN

Seperti yang kita lihat tadi,banyak faktor-faktor yang telah menjadi punca kejatuhan tamadun islam di zaman sekarang.Sekarang ini kita akan melihat kesan-kesan yang berlaku terhadap hal ini.Pertama sekali adalah penjajah telah meniggalkan kesan yang negatif terhadap tamadun islam.Antaranya ialah terhadap pendidikan.Penjajah telah membawa pendidikan dari barat dan terus digunakan pendidikan itu sehingga sekarang.Seperti yang kita lihat,orang barat telah memilih kasih dalam segi pendidikan.Orang barat tidak memandang mereka yang mengambil kursus keagamaan kerana mereka menganggap kursus ini tidak akan maju.

Selain itu,kesan yang mendalam adalah umat islam kebanyakannya hanyut dengan arus tamadun barat dan menganggap itulah kemajuan yang sebenarnya perlu diikuti dan diamalkan . Ini akan menyebabkan umat islam akan mundur dan terpengaruh dengan janji-janji masa orang barat.Peredaraan masa juga akan menyebabkan umat islam terus hanyut dengan hiburan-hiburan yang semakin berleluasa di dunia islam.Pergaulan harian juga akan menyebabkan remaja islam sekarang lupa akan suruhan Allah S.W.T.Mereka tidak sedar yang hidup di dunia hanya sementara.

Adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin untuk mendidik rakyatnya menghidupkan budaya ilmu dan menyekat budaya hedonisme dan konsumerisme yang menjalar dalam kalangan masyarakat.Kebebasan intelektual adalah elemen yang sangat penting.Justeru,pemimpin umat islam tidak perlu gusar dan marah jika dikritik dan di tegur oleh para ilmuan keran aapa yang mereka lalukan adalah untuk kebaikan masyarakt bersama.Para pemimpin perlu faham bahawa para ilmuan mempunyai tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan,kerana jika tidak mereka akan dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan kelak.

Page

26

Tujuan pendidikan seprti yang dijelaskan oleh syeikh Muhammad Naquib Al-Attas adalah mencipta generasi yang beradab.Moraliti yang tinggi juga akan menghalang tamadun itu dari mengalami kejatuhan.Jika hari ini,kita melihat bahawa ramai masyarakat yang terdididk ternyata tidak memiliki morality yang tinggi,maka ini bermakana terdapat kekeliruan dan kepincangan dalam falsafah dan perlaksanaan system pendidikan yang dilaksanakan selama ini.Pendidkan sewajarnya menyebabkan manusia semakin berakhlak dan beretika kerana memahami matlamat asal menuntut ilmu.

Universiti-universiti perlu memberikan penghargaan yang tinggi kepada para ilmuan berdasarkan kepada pencapaian mereka.Penghargaan tidak seharusnya diberikan berdasarkan kepada kuantiti atau populariti karya mereka tetapi di nilai kepada kepentingan dan keperluan hasil karya mereka.

Usaha untuk membangunkan tradisi keilmuan yang unggul perlu di sokong oleh infrastuktur dan bahan yang berkesan.Contohnya pembinaan perpustakaan umum yang nyaman dan selesa.Merancak aktiviti-aktiviti ilmiah (ceramah, seminar, bengkel, wancana dan sebagainya) dan menyekat budaya hedonisme. Peruntukkan untuk membina institusi-institusi pendidikan yang lengkap dan serba moden hendaklah diberi keutamaan agar usaha menyubur minat kepada ilmu dapat menangkis tarikan hedonisme. Penjajahan Barat telah membawa berbagai kesan terhadap umat Islam. Terutamanya berkenaan kehilangan kuasa politik dan pemerintahan daripada pimpinan orang-orang Islam sendiri kepada pimpinan kuasa Barat yang beragama Kristian. Penguasaan penjajah ini adakalanya secara langsung ( direct rule ) ataupun tidak langsung ( indirect rule ) apabila mereka memerintah melalui penguasa-penguasa tradisional yang hanya dijadikan sebagai boneka sahaja. Sebelum kedatangan British, agama Islam tidak dipisahkan dari sistem politik Melayu. Dalam Undangundang Melayu Lama atau Hukum Kanun masih terdapat hukum-hukum Islam yang masih

Page

untuk mereka yang berzina. Hakikat ini diakui sendiri oleh Hakim-hakim Lord Action dan

27

digunakan seperti hukum potong tangan untuk kesalahan mencuri dan hukuman sebat atau rotan

Thomas dalam kes Ramah lawan Laton ( 1927 ) yang mana dikatakan bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang asal negeri ini bukan undang-undang asing.

Bagaimanapun dengan kedatangan British, mulalah diperkenalkan dengan sistem pentadbiran sekular, bahawa antara agama dengan politik terdapat jarak yang tidak mungkin diketemukan. Pemisahan ini lebih bererti dalam Perjanjian Pangkor 1874 yang menegaskan semua urusan pentadbiran diserahkan kepada Residen British kecuali soal-soal agama ( disempitkan maknanya ) dan adat istiadat Melayu. Seterusnya kepada pembentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British telah mula menentukan corak pemerintahan, pentadbiran dan keputusan dasar yang penting berhubung dengan sesebuah negeri Melayu bahkan dapat menantukan kedudukan seseorang raja yang dilantik memerintah negeri. Ini telah menunjukkan bagaimana British telah berjaya mengubah wajah Islam di Malaysia dalam pentadbiran dengan perkenalkan pentadbiran serta undang-undang sekular. Dimana lebih pentingkan keduniaan tidak berkaitan dengan agama4 dan ia juga telah mengenepikan sebahagian besar undang-undang Islam. Kita dapat lihat dalam kes dimana Residen-residen yang memberi nasihat-nasihat di Majlismajlis Negeri telah campurtangan kerja-kerja para kadi. Kerana bagi mereka urusan nikah dan cerai libatkan hal keselamatan dalam negeri. Disebabkan itu British telah tentukan perlantikan, pendapatan, pengantungan dan pemecataan kadi-kadi. Tindak tanduk kadi juga telah diawasi dan kadang-kadang penyelesaian masalah dipindahkan kepada Majistret-majistret. Ini menunjukkan pentadbiran undang-unddang Islam yang tadinya bebas tidak bererti lagi. Walaupun begitu hakikatnya undang-undang British yang diperkenalkan tidaklah diambil sepenuhnya kerana undang-undang Islam masih kukuh dijiwa rakyat Malaysia.

Page

28

RUMUSAN

Usaha membangunkan sesebuah tamadun manusia sememangnya bukan suatu usaha yang mudah. Ianya memerlukan beberapa gabungan kekuatan dan kemahiran dalam rangka untuk menjayakannya samada ianya berbentuk sumber pembentukan tamadun, pedoman dalam membentuk sesebuah ketamadunan, individu-individu yang terlibat dalam pembangunan sesebuah tamadun, kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam membina tamadun dan sebagainya. Apabila membicarakan soal pembangunan ketamadunan, maka apa yang paling penting adalah soal membangunkan sesebuah tamadun yang sempurna, bukan sekadar membangunkan sesebuah tamadun secara sambil-lewa. Misalnya, pembinaan sesebuah rumah yang sempurna adalah tujuan utama sesebuah pembinaan, bukan semata-mata membina sebuah rumah kerana, membina sebuah rumah yang tidak kualiti itu ibarat menyediakan kemusnahan bagi penghuninya.

Maka, fahamlah kita bahawasanya, membangunkan tamadun yang tidak sempurna sudah tentu akan membawa kepada penghuninya terdedah kepada risiko kemusnahan. Oleh yang demikian, manusia sememangnya memerlukan pedoman dalam membangunkan sesebuah tamadun yang sempurna, di samping kemahiran yang dimiliki untuk membangunkannya. Memperkatakan Islam sebagai cara hidup mestilah memenuhi tuntutan sebagaiman yang terdapat di dalam ajaran Islam itu sendiri. Jadi Islam ditakrifkan sebagai;Islam adalah Agama yang diturunkan Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan Khaliq-nya, dengan dirinya dan dengan manusia sesamanya. Hubungan manusia dengan Khaliq-nya mencakup peraturan-peraturan yang berkaitan dengan akidah dan ibadah. Hubungan manusia dengan dirinya mencakup peraturan-peraturan yang berkaitan dengan akhlak, makanan, dan pakaian. Hubungan manusia dengan sesama manusia mencakupi peraturanperaturan yang berkaitan dengan muamalah dan uqubat. Al-Quran sebagai pedoman yang sempurna dalam pembentukan sesebuah tamadun yang sempurna, pasti menjelaskan tentang antara teras pembangunan tamadun adalah dengan

Page

29

perkembangan budaya keilmuan dalam sesebuah masyarakat. Al-Quran banyak menekankan kepentingan menuntut ilmu.

Budaya ilmu sangat penting dalam kesempurnaan sesebuah tamadun. Manusia mampu terus maju dalam segenap bidang, samada bidang agama mahupun keduniaan, bidang kerohanian mahupun kebendaan, dengan perkembangan ilmu dalam diri mereka. Oleh yang demikianlah, Islam menuntut manusia menuntut ilmu sebanyak mungkin dalam rangka membentuk keperibadian muslim yang sempurna. Maka, generasi muda ini, cabaran dalam menghadapi nilai ilmu yang bersifat sekular iaitu terpisah antara urusan keagamaan dengan urusan keduniaan ini sangat perlu ditangani dengan sebarang usaha pemurnian minda masyarakat Islam daripada penyakit Sekularisme mahupun memperbaiki semula kerangka falsafah ilmu dengan agenda Islamisasi Ilmu dan sebagainya. Islam juga menyeru ke arah mengkaji alam ini dan segala yang mampu dikaji daripada alam ini dalam banyak ayat-ayat Al-Quran. Ini kerana, pada kejadian alam ini ada petanda bagi kekuasaan Allah s.w.t.. Maka, ramai ahli ilmuwan Islam menjumpai perkaitan antara ayat-ayat Al-Quran dengan ilmu sains moden lalu usaha ini dikenali sebagai tafsir Ilmiy.

Pembagunan dari sudut ilmu semata-mata tanpa disertai dengan amal soleh dan pembentukan akhlak mulia dalam diri, tidak membawa kepada sesebuah individu yang sempurna, apatah lagi kepada sesebuah tamadun yang sempurna. Malah, dalam dunia yang serba moden ini, kita dapati, mereka yang melakukan kerosakan kebanyakkannya adalah mereka yang berilmu tetapi tidak berakhlak dan tidak bertaqwa. Maka, dengan ilmu yang mereka miliki, mereka gunakannya ke arah kejahatan. Oleh yang demikian, krisis sebenar dalam masyarakat moden hari ini adalah krisis akhlak, bukan krisis ilmu pengetahuan. Ramai orang berilmu tetapi tidak beragama, tidak berakhlak dan tidak bertaqwa, yang akhirnya menyebabkan mereka menggunakan ilmu mereka ke arah kejahatan untuk kepentingan diri sendiri.

Page

30

Al-Quran mengajarkan bahawa manusia merupakan suatu makhluk yang mampu terus menyempurnakan diri ke arah kesempurnaan akhlak, menerusi konteks kehambaan dirinya kepada Allah s.w.t.. Oleh yang demikian, pembinaan peribadi yang memiliki akhlak mulia sangat ditekankan oleh Allah s.w.t.

Page

31

KESIMPULAN

Islam kiri, Islam kultural, Islam modernis, Islam tradisional atau Islam liberal. Islam fundamentalis atau Islam politik semuanya nama yang diberikan oleh Barat untuk menyerang Islam. Malangnya, umat Islam mengambil tempat sebagai pihak tertuduh, sehingga membela Islam dengan cara yang tidak betul, dengan memberi label baru sesuai dengan kehendak barat. Tidakkah kita ini umat terbaik yang tidak memerlukan sikap defensif terhadap dakyah Barat, yang memang mencari-cari ruang untuk memesongkan ajaran Islam?

Umat Islam zaman silam terpaksa menghadapi pelbagai bentuk halangan dan rintangan bagi mempertahankan dan membela nasib orang Islam. Kita hari ini cuma dikehendaki mempelajari ilmu dan kecekapan serta sanggup berusaha. Bagi mengembalikan maruah Islam serta mendaulatkan semula kegemilangan Islam, umat Islam bertanggungjawab membuktikan ajaran Islam sebagai ajaran yang syumul. Generasi umat islam bertanggungjawab untuk mengembalikan semula kemajuan dan kegemilangan islam yang pernah dicapai pada masa dahulu Generasi zaman sekarang hendaklah sentiasa mengamalkan akhlak yang baik dan mulia dalam pergaulan harian ataupun ketika menjalankan aktiviti yang diceburi sama ada dengan sesama Islam ataupun sesama bukan Islam.

Page

32

RUJUKAN

a) Tamadun Islam (Unit Agama dan Moral Jabatan Pengajian Am Politeknik Ungku Omar) Edisi Kemaskini Julai 2011 b) http://hafez.wordpress.com/2008/ c) http://en.wikipedia.org/wiki/Mu%E1%B8%A5ammad_ibn_M%C5%ABs%C4%8 1_al-Khw%C4%81rizm%C4%AB d) Majalah Solusi Isu No 32 Telaga Biru Sdn Bhd e) http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Salib f) http://www.scribd.com/doc/17454054/contoh-penghargaan-folio g) http://www.scribd.com/doc/11533743/Tamadun-Islam h) http://www.pdf-txt.com/ppt/tamadun-islam-masa-kini.html i) http://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Kegemilangan_Islam j) http://www.alhikmahsj.com/sunnah/cabaran-pemuda-islam-di-masa-kini

Page

33

Lampiran

Anak muda perlulah menjadi pelapis mempunyai iman, akidah, rohani dan fizikal yang kuat untuk menjadikan Islam gemilang di mata dunia seperti zaman yang lalu.

Al-Quran perlulah menjadi panduan hidup kita kerana ia sangat bersesuaian dengan semua

Page

34

zaman.

Ilmu sangat penting dalam membentuk diri sebagai pelapis generasi yang bakal memimpin Islam di zaman moden ini.

Ilmu boleh di tuntut di mana sahaja secara pemerhatian,naluri, kepintaran, pancaindera dan melalui ilham.

Page

35

You might also like