You are on page 1of 7

Syarat qabul amalan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Berwudu bersih pakaian, badan dan tempat. Menghadap kiblat.

Kalau boleh siapkan perasapan dengan kayu gharu atau kemenyan. Jangan memutuskan bacaan dengan sesuatu perkataan. Bacaan-bacaan betul, segala huruf dan makhrajnya. Tumpukan sebenar-benar iman kepada Tuhan dan berserah kepadanya. Membanyakkan permintaan dengan penuh harapan. Percaya bahawa Tuhan akan qabulkan.

FATIHAH SERIBU FAEDAH. Sesiapa2 yg mengekalkan membaca Al-fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardu sebanyak 41 kali, tidak ia: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Meminta pangkat melainkan is dapat. Ia miskin melainkan menjadi kaya. Ia berhutang melainkan di bayar Allah akan hutangnya Ia sakit melainkan disembuhkan Allah. Ia lemah melainkan dikuatkan oleh Allah. Ia berdagang dinegeri orang, melainkan dikasihi dan sampai cita-cita.

JAMPI FATIHAH Berkata beberapa ulamak termasuklah beberapa orang murid kepada Al Shiekh Al Tamimi menyatakan: Suatu masa penyakit taun dan wabak telah menyerang negeti Maltan dengan dasyatnya, kerana itu, beberapa banyak kematian telah berlaku di negeri itu pada tiap2 hari. Lalu Tuan Al Skeh Al Tamimi meminta sahabat dan murid-muridnya membacakan Fatihah keatas sesiapa2 yang dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak tersebut. Maka kamipun membaca dan meniupkan diatas orang-orang yang sakt itu. Seketika la,manya kami lihat orang sakit itu pun sembuh dan penyakit itu berkurangan. Begitulah sesiapa2 membaca 41 kali Fatihah diatas seorang sakjit setelah itu dihembuskan kepadanya, insyaAllah afiat.

FATIHAH MENGEMBALIKAN PANGKAT Eesiapa2 yang dipecat dari pekerjaannya. Atau jatuh pangkat yg disandangnyadan sukalah ia kembali kepada pangkatnya.

Hendaklah ia membaca Fatyihah sebanyak 41 kali di antara sunat subuh dan fardunya selama 40 hari. Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat2 yg dibaca. InsaAllah kembalilah pangkatnya semula, aytau dapat menyandang pangkat yg lebih tinggi, percayalah kepada kudrat Allah., FATIHAH MENDAPAT ZURIAT Sesiapa2 yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkhawin dan suka pula hendak mendapatkan zuriat atau anak. Hendaklah ia mengamalkan membaca surat Fatihah sebagaimana kaedah peraturan seperti ini atau: Hendaklah ia membaca Fatyihah sebanyak 41 kali di antara sunat subuh dan fardunya selama 40 hari.dengan tidak putus2 dan tidak kurang dari bilangannya. Masanay ialah diantara sunat subuh dan fardunya. InsaAllah ia akan mendapat zuriat yang salleh lagi baik. FATIHAH SAKIT MATA JIKA SESIAPA2 ADA MENGHIDAP SAKIT MATA SAMA ADA LAMA ATAU BARU DAN DIATAS APA SIFAT SEKALIPUN HENDAKLAH MEMBACA Fatihah dengan niat meminta: 1. Sembuh penyakit matanya. 2. Pulih pandangannya. 3. Menurut peraturan yang telah disebutkan diatas iaitu; Hendaklah membaca fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari, diantara sembahyang sunat subuh dan fardunya. InsayAllah akan sembuh penyakit matanya itu.

FATIHAH DI ATAS KAPAS Sesiapa2 membaca Fatihah sebanyak 7 kali, kemuduan diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa-apa sahaja penakit kudisatau apa2 sahaja penyakit kulit. Akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin Allah. WIRID FATIHAH Sesiapa yg membaca Al-Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap2 lepas solat sebanyak 20 kali. Akan: 1. Dimurahkan Allah rezekinya 2. Diperbaiki halehwal nya 3. Dibersihkan hatinya

4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Diangkat darjatnya Dimudahkan pekerjaanya Dilepeskan ia dari dukacita Dijauhkan dari mudahara Diberi ia kerajinan dan semangat. Tidak keciwa. Dijauhkan dari hasutan shaitan. Diilhamkan kepadanya kebajikan.

DINDING DIMASA TIDUR. Siapa2 yg membaca fatihah sekali tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca Qulhuallah hula had. 3 kali, surah falaq sekali dan surah an-nas sekali Terselamatlah ia dari segala kejahatan dan mudarat. Serte menjadi dinding dari hantu syathan dan segala makhluk yang akanmerasuk dalam masa ia tidur. AIR FATIHAH IBNU Abas RadziAllahuanhuma menyatakan, adalah Saidina Hasan bin Ali Radziallahuanha cucu kepada Rasul-Allah telah saki. Maka dukacitalah Rasul_allah melihat cucunya skit. Ia mengambil air dan membacakan fatihah sebanyak 40 kali dalam satu bijana kemudian air itu disapukan ke muka kepala dfan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana2 anggota yang nyata. Dengan berkat fatihahitu, sembuhlah penyakitnya. Fdemikanlah sesiapa sahaja yang menghidapi satu2 penyakit bacakanlah fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakanlah sera[pah ini iaitu: Ya Allah sembuhkanlah kerana engakau maha peyembuh YaAllah lindungkan kerana engakaulah yang maha pelindungYA Allah pulihkanlah kerana engkaulah yang maha pemulih. Diberi minum air Fatihah itu kepada orang2 yang menghidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta keserata tubuh badannya InsaAllah dengan pertolongan Allah akan afiat. FATIHAH KERANMA MINTA HAJAT. Skeh Mahayuddin bin Al Arabi Khadas Allah Serah, berkata: Sesiapa2 ada hajat, hendaklah ia membaca fatihaha sebanyak 41 kali selepas solat maghrib jangan ia bergerak dari tempat duduknya sehingga ia selesai membaca menurut bilanan yang tersebut. Setelah itau bermohonlah oia kpada Tuhan akan hajatnya InsaAllah dikabulkan Amalan ini telah dibuat dengan mujarabnya. FATIHAH PENERANG HATI

Jika dibaca Fatihah: 1. 2. 3. 4. 70 kali sehari. Selama 7 hari. Pada satu bijana yang berisi air. Kemudian dihembuskan kedalam air itu dan diberi minum kepada sesiapa2 yanvg kurang baik otaknya sama ada ia bebal, bodoh, atau gelap hati.

INSAAllah dibuklakan Allah pintu hatinya dan diberikan kepadanya faham serta pengetahuan dan menjadi seorang pengingat. FATIHAH DALAM PELAYARAN. Jika dibaca sebanyak 41 kali dibelakang orang yang hendak belayar insaallah diselamatkan ia didalam pelayarannya dan dikembalikan semula ke tanah air di dalam keadaan sihat afiat. FATIHAH JIKA TERPASONG. Apabila seseorang terikata atu terbelenggu, hendaklah dibacakan fatihah 121 kali kemudian dihembuskan dia tas atau belenggu itu, InsaAllah terhurai ikatannya dan dengan izin Allah akan mendapat kelepasan. Ini telah diamalkan dan mujarab. FATIHAH HENDAK JIKA MEMBERESKAN Sesiapa yang hendak membuat suatu pekerjaan dan hendak selesai pekerjaan itu dengan baik, bacalah fatihah tengah2 malam sebanyak 41 kali. InsaAllah, dimudahkan Allah pekerjaannya dan tidfak mendapat suatu gangguan dan apa sahaja pekerjaannya dengan izin Allah semuanya beres. FATIHAH JIKA BERASA DAHAGA. Siapa berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat, maka takut ia dahagaatau lapar, Hendaklah ia membaca fatihah sekali diatas tapak tangannya, kemudian ditiupkan di atas tapak tangannya itu dan di sapukan ke muka dan perutnya. QinsaAllah tidak terasa lapar atau dahaga pada hari itu. FATIHAH JIKA BERSA BERDEBAR-DEBAR Jika seseorang menghidap penyakit dada atau selalu hatai dan dadanya berdebar2. Seakan2 ada satu2 kejadian atau kecemasan. Hendaklah ia tuliskan fatihah didalam satu bijana (pinggan atau mangkuk besar) kemudian dihapuskan tulisan itu di dengan air yang bersih lalu diberi minum kepadanya, insaAllah, akan tetap hatina dan baik dadanya.

FATIHAH MENNGUBAT TELINGA. Jika menghidap sakit telinga baru atau lama hendaklah ditulis Fatihah dalam satu bijana, klemudian hapuskan tulisan itu, denganminyak mawar dan titiskan ke dalam telinga InsaAllah.afiat. MINYAK FATIHAH Jika dibaca 70 kali fatihah ke dalam minyak (apa sahaja jenis minyak itu) dan disimpan untuk persediaan bagi sakit2 angin,reh-al-hamar (angina mematikan anggota) dan bagi menyegarkan tenaga tulang urat, juga bagi penyakit belakang dan pingganag. InsaAllah afiat ap*abila digosokkan. FATIHAH MENJADI PENAWAR Jika disengat binatang bias, lipan, kala, atau ikan2 yang bersengat, hendaklah diambil segelas air taruhkan sebutir garam jantan(garam besar) dalam air itu dan dibacakan fatihah sekali. Kemudian diberi minum, insaAllah hilang bisanya. FATIHAH BUAT ISIM PENDAMAI . WAKAF FATIHAH RAMPAIAN AL-FATIHAH GUNANYA SELAMATKAN DIRI Jika ditulis pada kertas ayat Bismilahir rahmanir Rahim dan juga (bawahnya) ayat Alhamdulilah (dalam jawi) dan di ikat pada lengan kanan, InsaAllah tiadaa terbunuh orang akan dia. Dan jika sekiranya sakit gigi tuliskan ayat ini pada sekeping kertas, lalu direndam ke dalam minyak yang baru dan disapu pada gigi. InsaAllah afiat. RABBILALAMIN (dalam tulisan jawi) (Gunanya bagi pengasih) Jika ditulis pada mangkuk atau pinggan putih akan ayat RabbilAlamin kemudian dihapuskan dengan minyak wangi, lalu disapukan pada mukanya, insaAllah siapa melihat wajahna jatuh kasih. Terutama sekali jika berkehendak kepada [perempuan tuliskan ayat itu pada sehelai daun sirih yang bertemu urat, dengan air ludaah kemudian diberi makan kepada perempuan itu, insaAllah akan dicintai oleh perempuan itu. Arrahman (dalam tulisan jawi) (gunanya pada tanam-tanaman) Jika hendak bertanam pokok atau bertanam padi dan banyak musuh tanaman itu sama ada penyakit atau lain2 yang merusakkan tanaman. Maka tulis ayat Arrahman pada mangkuk tau

pinggan putih dan dihapuskan dengan air mawar serta dicampur dengan air lain, kemudian disiram pada padi dan tanaman tersebut. InsAllah terpelihara dari seranghga, tikus daan segala musuh. Arrohim ( dalam tulisan jawi) (gunanya kepada binatang buas) Jika ada buaya yang ganas dimana2 anak sungai tulis ayat Arohim pada sekeping timah kemudian dihumbankan ke dalam sungai itu, insAllah aman. Demikian juga jika ada harimau mengganas, tuliskan pada timah dan tanam tempat persinggahannya atau tempat lalu lintasnya, insAllah aman. Malikiaumaid din (dalam tulisan jawi) Gunanya pada mendirikan rumah. Jika hendak mendirikan rumah baru, tulis Malikiumid din pada perak atau emas dan dipahat ke dalam empat penjuru tiang rumah itu, isaAllah terpelihara dari penyakit dan dimurahkan rezekinya oleh Allah dan dihampiri oleh malaikat rumah tersebut. Demikian juga diperbuat perahu, kapal atau apa2 sahaja kenderaan laut, dipahatkan pada haliuannya. InsAllah selamat. I eya-ka-nak-budu (dalam tulisan jawi) Jika hendak menanam padi atau berbendang maka tuliskan ayat tersebut pada sekeping kertas dan dimasukkan ke daklam buluh atau botol dan ditutup baik2 supaya tidak masuk air,. Kemudian ditanamkan di tengah2 bendang atau kebun tersebut. InsaAllah subur dan terpelihara. Waieyaka-nas-tain (gunanya membungkam binatang) Jika bertemu dengan binatang garang atau berhadapan dengan anjing gila, takaut kalau anjing itu menggigit, bacakan ayat tersebut 3 kali senafas dan hembuskan dihadapannya. InsaAllah, melainkan lemah hatinya. Qayat ini juga boleh digunakan kepada orang yang garanhg yang suka memnmuat gaduh atau memukul orang. InsaAllah lemah hatinya dan terpesung hatuinya dari kejahatannya. Ihdinassiratalmustakim ( dalam tulisan jawi) (gunanya menhjauhkan akejahatan) Jika ada orang yang hendak membuar zalim, bacakan ayat tersebut dengan tekad yang benar dan berani lalu dihembuskan ke mukannya. Bacaan itu 3 kali dengan senaafas, insaAllah berubah ia.

Siratallazina ( dalam tulisan jawi) Gunanya jika sesat jalan Jika masuk ke dalam hutan maka sesat ia dalam perjalanan atau tidak dapat jalan keluar, bacakan sahaja ayat tersebut 3 kali dengan senafas. Kemudian tutup mata kadar satu saat, setelah itu buka mata dan berjalanlah. InsaAllah dapat jalan yang betul. Anantaalaihim (gunanya jika keputusan bekal) Jiak masuk ke dalam hutan, atau pergi ke mana2 sahaja. Tiba2 kehabisan air dan bekalan makanan. Dan tiada suatu yang bleh dimakan daria benda2 yang boleh mengenyanggkan. Maka ambillah daun kayu yang boleh dimamah dan bacakan aayt tersebut 7 kali di atas daun kayu itu, kemudian daun kayu itu dikunyah sehingga lumat, diperah airnya dan disapukan pada leher. InsaAllah terpelihara dari lapar dahaga. Ghairilmaghdubialaihim Gunannya jika terkepung Jika terkepung dalam satu kawasan musuh ambil tanah liat segenggam dan bacakan ayat tersebut, kemudian hamburkan tanah itu dihadapan stru2 itu. InsaAllah digelapkan Allah matanya tidak Nampak dan tidak mendengar melainkan tergamam sementara dan dapat melepaskan diri. Walad-daalin ( gunannya bagi menjinakkan orang) Jika ada orang yang sangat marah, bacakan ayat berikut 7 kali dan dihembuskan dihadapannya insaAllah hilang kemarahannya dan jadilah ia dari orang yang jinak dan berbaik2 dengan engkau.

You might also like