You are on page 1of 7

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

-Definisi dadah

-Pengelasan dadah

-Kaedah penggunaan

JENIS DADAH DARI TUMBUHAN

-Narkotik

-Ganja dan hashish

-Kokain

-Halusinogen

KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI

PENGENALAN

DADAH

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang sari segi jasmani (fizikal), rohani
(mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat
daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus
bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.

Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada hakikatnya
merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang
dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan
yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat.

Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi
oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi
sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Mengikut
penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam tahun 1993
sahaja, sebanyak 24 023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia.
Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih yang menagih semula manakala
sebanyak 10 216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dadah.
Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan
aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat.

PENGELASAN DADAH

Dadah boleh dikelaskan seperti berikut:

OPIAT : heroin, morfin,candu mentah, candu masak dan kodeina

KANABIS : ganja dan hasyis

PENEKAN : bahan sedatif - hipnotik (jenis


barbiturat dan bukan barbiturat) dan
trankuilizer

PERANGSANG: jenis amfetamin dan kokain

HALUSINOGEN: LSD, meskalina dan psilosibina

KAEDAH PENGGUNAAN

Dadah atau heroin disuntik secara intravena untuk mendapatkan kesan serta-
merta. Dalam bentuk asetil, heroin mudah diserap ke dalam sistem saraf
pusat. Cara lain termasuk menghidu, suntikan intravaskular dan
penghisapan. Kaedah penghisapan adalah kaedah biasa di kawasan Asia
Tenggara kerana bekalan heroin yang tinggi ketulenannya. Kesan heroin masih
boleh dirasai walaupun 80% daripada kesan tersebut musnah apabila
dipanaskan.

JENIS DADAH DARI TUMBUHAN

NARKOTIK

Papaver somniferum - pokok popi yang boleh menghasilkan opiat.

Istilah narkotik dalam perubatan merujuk kepada bahan candu dan terbitan
daripadanya atau bahan sintetik yang bertindak seperti candu. Bahan
narkotik boleh digunakan dalam bidang perubatan sebagai sejenis ubat
penahan sakit bagi kesakitan yang teruk. Misalnya akibat patah tulang
ataupun semasa pembedahan. Selain itu, ia juga pernah digunakan bagi
merawat mata, meredakan batuk dan menghilangkan cirit-birit.

Sumber bahan narkotik bahan semulajadi ialah dari pohon popi iaitu papaver
somniferum. Pohon ini ditanam di seluruh dunia termasuk negara-negara di
Eropah, Asia dan Amerika Latin. Buah popi muda yang telah ditoreh akan
mengeluarkan (getah sejenis alkaloid yang bernama opiat )dan kemudiannya
dikumpulkan dan dikeringkan sebagai candu mentah. Candu mentah boleh
didapati dalam bentuk cecair, pepejal ataupun serbuk yang kebanyakkannya
berwarna perang. Kini candu mentah boleh dihasilkan secara sintetik dengan
mengeluarkan alkaloid tersebut daripada pokok popi tua yang kering.

Candu mentah ini, boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan


alkaloid iaitu:

Kumpulan pertama : Morfin dan Kodeina

Kumpulan kedua : Papaverin dan Noskapin

Kumpulan kedua ini tidak banyak memberi kesan negatif berbanding dengan
narkotik kumpulan pertama khususnya morfin.

JENIS NARKOTIK

Jenis narkotik umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis morfin dan
kodeina. Morfin merupakan alkaloid utama dalam candu. Kandungannya
terdiri antara 4% hingga 21%. Ia didapati dalam bentuk serbuk berwarna
putih. Kegunaan morfin terhad sebagai ubat penahan sakit dalam perubatan.
Alkaloid candu lain ialah kodeina. Kandungannya agak rendah iaitu 0.7%
hingga 2.5%. Kebanyakan kodeina kini diperolehi daripada morfin dan
didapati dalam bentuk pil, kapsul dan cecair. Kegunaannya dalam perubatan
agak meluas berbanding morfin khususnya sebagai ubat batuk.

BAHAYA NARKOTIK

Penggunaan narkotik bagi tujuan perubatan harus mendapat pengesahan


pakar perubatan. Penyalahgunaan dadah terjadi apabila narkotik
disalahgunakan dengan pelbagai kaedah yang merbahayakan. Ini termasuklah
dengan menyuntik ke dalam vena (intravena), dipanggil saluran utama oleh
penagih. Ada juga yang menyedutnya melalui hidung dan dihisap seperti
rokok.

Seseorang penagih itu boleh dijangkiti pelbagai penyakit khususnya akibat


perkongsian jarum suntikan yang kotor dan berulang-ulang. AIDS, Hepatitis
serta keracunan darah merupakan penyakit yang sering berlaku. Apabila
narkotik digunakan berulang kali ia menyebabkan seseorang itu bergantung
kepadanya dan memerlukannya setiap hari. Lama-kelamaan seseorang itu
akan merasa terikat kepada narkotik tersebut dan seterusnya menjadi ketagih.

GANJA DAN HASHISH


Ganja ialah sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh liar di banyak tempat.
Nama santifik tumbuhan ini ialah Canabis sativa, dan ada juga yang terdiri
daripada jenis canabis indica. Ia juga dikenali sebagai marijuana dan
marihuana. Marijuana berasal daripada perkataan Portugis iaitu mariguango
yang bermaksud bahan memabukkan.

Pokok cannabis banyak ditanam di kawasan negara Asia, mexico, Afrika dan
Timur tengah. Cannabis adalah bahan kompleks yang mengandungi 421 jenis
bahan kimia yang tergolong dalam 18 kelas berbeza. Antaranya ialah
kanabinol, kanabidiol, asid kanabinolodik dan sebagainya. Bahan yang
memberi kesan penagihan ialah tetrahidrokanabinol ataupun THC.

Pada suatu ketika dahulu, dadah jenis ganja ini pernah digunakan sebagai
ubat dan diakui sebagai ubat yang berkesan. Ganja pernah dikelaskan sebagai
ubat penahan sakit (analgesik) ataupun ubat yang merawat sawan
(antigelugut), bila keadaan mula berubah, lebih banyak ubat sintetik atau
tiruan diperkenalkan dan sekali gus menggantikan penggunaan ganja dalam
perubatan. Pada masa inilah, ganja mula dikenalpasti sebagai sejenis dadah
yang boleh membawa kepada ketagihan.

Hashish pula ialah nama dadah kanabis yang digunakan di negara-negara


Asia Barat. Kandungan THC adalah tingg. Hashish diperbuat daripada bunga
ganja dan diedarkan dalam pelbagai bentuk termasuk bebola, ‘kek’ dan
kepingan yang berbentuk cecair likat yang terhasil daripada pengekstrakan
kanabis.

BAHAYA KANABIS

Kanabis selalunya dihisap seperti ganja, daunnya dihancurkan dan digulang


seperti rokok. Apabila dihisap, asap ganja yang disedut itu akan turut
mempengaruhi paru-paru seperti juga asap rokok. Kesan awal pada penagih
ganja, ialah mata menjadi merah, rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit dan
mulut serta tekak akan berasa kering. Ini diikuti oleh rasa sejuk di hidung,
kaki dan tangan.

Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih merasa khayal dan
mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan. Seterusnya mereka
akan mengalami toxis psychosis atau tidak siuman.

KOKAIN

Kokain adalah berasal daripada pokok Erythroxylon coca yang tumbuh 1000
kaki di atas lereng kawasan barat gunung Andes.

Pada zaman dahulu daun coca ini dimakan oleh masyarakat Peru, Bolivia,
chile dan Columbia untuk menyegarkan badan serta menghilangkan keletihan.
Pes yang diperolehi daripada daun coca ini dijadikan bahan asas yang
kemudiannya diproses menjadi kokain hidroklorida. Bentuk kokain yang
terhasil ialah daun koka, pes koka dan kokain.

Dalam bidang perubatan kokain digunakan sebagai ubat bius serta untuk
mengecutkan saluran darah bagi mengurangkan pendarahan pada kecederaan
serta pembedahan kecil. Kes penyalahgunaan kokain kebanyakkannya berlaku
di Amerika Syarikat. Kokain yang dijual secara haram merupakan sejenis
serbuk putih yang telah dicampurkan dengan bahan lain seperti lactosa.
Biasanya dadah ini diambil dengan cara menghidu atau melalui suntikan.

BAHAYA KOKAIN

Lazimnya dadah yang dihisap ini akan mendatangkan perasaan khayal yang
kuat dan akut. Di kalangan penagih, kokain dianggap sebagai dadah reaksi
kerana ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan orang lain tanpa
perasaan malu. Ilusi seperti wujudnya bahan atau benda yang ingin merayap
ke badan turut terjadi. Ini menjadikan penagih sanggup mencederakan diri
untuk menghapuskan bayangan tersebut. Jika jumlah diambil berlebihan,
penyakit sawan mungkin berlaku dan pesakit akhirnya mati akibat keracunan
dan sesak nafas.

HALUSINOGEN

Dadah Halusinogen adalah sejenis dadah asli atau sintetik yang mengubah
pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ‘ilusi’
hingga amat sukar untuk membezakan antara yang benar dan khayalan.
Dadah ini, terdiri daripada beberapa jenis dadah yang boleh diperolehi
daripada sumber semulajadi atau daripada tindakbalas kimia. Di antara
dadah ini termasuklah ganja, dadah dari cendawan Amantina dan Psilocybes,
biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacea), kulat Claviceps purpurea,
biji buah pala (Myristica frangrans) Atropa belladona dan pokok kecumbung
(Datura stramomium).

Dadah Halisinogen yang utama ialah Lysergic acid diet hylamide (LSD). LSD
adalah bahan kimia sintetik yang terhasil melalui pencirian kimia ke atas
alkaloid ergot. Ergot adalah sejenis kulat Claviceps purpurea yang tumbuh di
atas tumbuhan Rye.

Kesan Halusinogen oleh alkaloid ergot terhasil melalui penghalangan dadah


semulajadi ini ke atas sistem serotonin.

Kesan buruk utama yang dikenalpasti pada ibu mengandung ialah boleh
menyebabkan keguguran kandungan. Ini disebabkan oleh pengucupan yang
kuat terhadap otot licin terutamanya di dalam rahim.
Dadah dari cendawan Amanita muscaria dan Psilocybes mexicana telah
digunakan sejak berzaman sebagai halusinogen. Dua jenis dadah yang
dikenalpasti terdapat dalam A. Muskaria iaitu moskimul dan asid ibotenik Ia
juga mengandungi sejumlah kecil muskarin. Antara kesan toksik muskarin
termasuk rasa mual, muntah-muntah, pengecilan anak mata, penurunan
tekanan darah dan denyutan jantung.

Cendawan dari kumpulan Psilocybes mexicana mengandungi bahan


halusinogen yang dikenali sebagai psilosen dan psilosibin. Psilosin dilaporkan
mempunyai kesan yang lebih kuat berbanding psilosibin. Kesannya adalah
rasa mual, mengantuk, penglihatan kabur serta kesan halusinasi.

Atropa belladonna dan hyoscyanusniger mengandungi kandungan dadah


atropina dan scopolamin yang tinggi. Manakala pokok Kecubung (Datura
stramonium) yang tumbuh liar di seluruh dunia juga mengandungi dadah yang
sama pada kesemua bahagian pokok tersebut. Mereka yang mengambil dadah
jenis ini akan mengalami amnesia iaitu hilang daya ingatan serta berfikiran
keliru. Kesan halusinasi yang terhasil adalah akibat daripada tindakan
terhadap sistem saraf pusat.

Selaput dan biji buah pala (Myristica fragrans) boleh menghasilkan kesan
halusinasi yang sederhana dan melalui bahan kimia yang dikenali sebagai
miristisin dan elemisin. Dos toksik buah pala dianggarkan sebanyak 5-15
gram (1-3 biji0) dan kesannya boleh dilihat 3-6 jam selepas dimakan.
Kesannya termasuk rasa mual, muntah dan ganguan terhadap sistem saraf
pusat. Pengambilannya yang berlebihan boleh menyebabkan penurunan suhu
badan yang banyak. Dalam masa 24jam seseorang akan menghadapi kesan
halusinasi yang tinggi.

Biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacee) mengandungi ergine, iso-
ergine dan beberapa sebatian yang berkaitan. Kesan halusinogennya
menyamai kesan dari penggunaan LSD. Antara kesan-kesannya ialah
penurunan tekanan, midiriasis dan peningkatan degupan jantung.

Kaktus Peyote (lophophorawilliamsii) pula mempunyai bahan kimia yang


dikenali sebagai meskalin. Ianya digunakan dalam bentuk segar ataupun yang
telah digunakan dan terdapat 6% meskalin di dalamnya. Penggunaannya akan
mengalami halusinasi pendengaran dan penglibatan. Taburan kaktus ini
hanya terdapat di benua Amerika dan Mexico.

Walaupun bahan halusinogen bukan merupakan dadah utama namun


demikian kesan yang dihasilkan ke atas sistem otak penagih adalah hebat
sehinggakan penagih boleh menghadapi risiko gila akibat penagihan dadah ini.

KESIMPULAN
Secara kesimpulan dadah ternyata lebih banyak membawa kesan padah
berbanding kesan positif kerana penyalahgunaan dadah semakin berleluasa
dan amat sukar dibendung. Keadaan ini perlu diatasi segera agar kemajuan
serta pembangunan yang dicapai dan dikecapi selama ini akan berkekalan
selamanya.

BIBILIOGRAFI

1. Drugs Behavior and Modern Society - Charles F. Levinthal


2. Crack -The broken Promise - David F. Allen dan James F. Jakel
3. Dewan Kosmik keluaran Februari 1995
4. Dewan Kosmik keluaran Mac 1995
5. Dewan Kosmik keluaran April 1995
6. Dewan Kosmik keluaran Ogos 1995

You might also like