Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih yang menagih semula manakalasebanyak 10 216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dadah.Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkanaktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat.
PENGELASAN DADAH
Dadah boleh dikelaskan seperti berikut:
OPIAT
: heroin, morfin,candu mentah, candu masak dan kodeina
KANABIS
: ganja dan hasyis
PENEKAN
: bahan sedatif - hipnotik (jenisbarbiturat dan bukan barbiturat) dantrankuilizer
PERANGSANG
: jenis amfetamin dan kokain
HALUSINOGEN
: LSD, meskalina dan psilosibina
KAEDAH PENGGUNAAN
Dadah atau heroin disuntik secara intravena untuk mendapatkan kesan serta-merta. Dalam bentuk asetil, heroin mudah diserap ke dalam sistem saraf pusat. Cara lain termasuk menghidu, suntikan intravaskular danpenghisapan. Kaedah penghisapan adalah kaedah biasa di kawasan Asia Tenggara kerana bekalan heroin yang tinggi ketulenannya. Kesan heroin masihboleh dirasai walaupun 80% daripada kesan tersebut musnah apabiladipanaskan.
JENIS DADAH DARI TUMBUHANNARKOTIK
Papaver somniferum - pokok popi yang boleh menghasilkan opiat.
Istilah narkotik dalam perubatan merujuk kepada bahan candu dan terbitandaripadanya atau bahan sintetik yang bertindak seperti candu. Bahannarkotik boleh digunakan dalam bidang perubatan sebagai sejenis ubatpenahan sakit bagi kesakitan yang teruk. Misalnya akibat patah tulangataupun semasa pembedahan. Selain itu, ia juga pernah digunakan bagimerawat mata, meredakan batuk dan menghilangkan cirit-birit.Sumber bahan narkotik bahan semulajadi ialah dari pohon popi iaitu
papaver somniferum.
Pohon ini ditanam di seluruh dunia termasuk negara-negara di