You are on page 1of 11

SOALAN 3

Huraikan sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyyah kepada


dunia Islam.

Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah


Kepada Dunia Islam

Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan salah satu kerajaan Islam yang telah
berjaya membentuk sebuah empayar yang luas dan ia merupakan sebuah kerajaan yang
menyatukan umat Islam global. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah banyak menyumbang
kepada dunia Islam dalam pelbagai aspek. Ia termasuk aspek perundangan, ekonomi,
sosial, pendidikan, dan seni bina.
Dalam aspek perundangan, Suleiman I telah memperkenalkan Kanun Suleiman
untuk mempertahankan dan membela nyawa, harta, srta kehormatan individu pelbagai
bangsa dan agama.Selain itu, jawatan Kadi dan Mufti dijadikan sebahagian daripada
organisasi dan pentadbiran perundangan Islam. Jawatan Sheikh-ul-Islam ( ketua ulama’ )
telah diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa dan fatwa-fatwa tersebut telah menjadi
aspek penting dalam perundangan Islam masa kini.
Dari segi aspek ekonomi, kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya membentuk Jalinan
Perdangan Dunia Islam yang besar berpusat di Istanbul. Hal ini demikian kerna,
kedudukan Istanbul yang strategik menjadikan bandar itu sbuah bandar perdagangan
antara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam. Jalinan perdagangan Kerajaan Turki
Uthmaniyah meliputi pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut
Hindi , dan Laut Mediterranean.
Tambahan juga, dalam aspek sosial, kerajaan Turki Uthmaniyah telah
memperkenalkan pembaharuan di kawasan Balkan di Eropah. Sebelum kedatangan
Islam, sistem bangsawan yang berasaskan keturunan dalam susun lapis masyarakat telah
diamalkan. Di eropah, kerajaan Turki Uthmaniyah telah memperkenalkan sistem yang
menggalakkan kecemerlangan individu dan kesannya, pembahagian masyarakat Eropah
bergantung kepada hasil usaha individu. Fenomena ini telah mewujudkan mobiliti sosial
yang lebih luas dalam masyarakat Eropah.
Di samping itu, dalam bidang pendidikan, Turki Uthmaniyah banyak memberi
sumbangan kepada Dunia Islam. Antaranya ialah pengenalan sistem madrasah. Sistem
pendidikan lain ialah seperti sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab
tentera, maktab teknik, dan kolej perubatan.
Kerajaan Turki Uthmaniyah juga banyak menyumbangkan kemajuan dalam
bidang seni bina Islam terutamanya dalam seni bina masjid. Antara tokoh seni bina
terkenal adalah Mimar Sinan. Beliau sememangnya terkenal dengan hasil beliau yang
paling terkenal iaitu Masjid Biru ataupun lebih dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmed
yang terletak di Istanbul.

Nyataka
Nyatakan factor-faktor pengaruh Islam ke Eropah

Faktor-faktor Pengaruh Islam ke Eropah


Agama Islam tersebar secara meluas ke benua Eropah apabila kerajaan Bani
Umaiyah yang disaskan oleh Abdul Rahman I yang berpusat di Cordova telah Berjaya
menyebarkan pengaruh Islam ke kawasan Selatan Sepanyol dan Sicily. Agama Islam
tersebar juga apabila Mehmed Fatih menakluki Constantinople pada tahun 1453.Banyak
faktor yang mempengaruhi penyebaran Islam lebih luas ke Eropah.

Antaranya ialah pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi dikalangan
orang Islam. Sebagai contoh, tentera Islam semasa zaman kerajaan Turki Uthmaniyah
mempunyai semangat ghazi ( semangat kepahlawanan ) yang tinggi yang Berjaya meniup
semangat mereka untuk berjuang berjuang dan berkorban untuk memperluas empayar
Islam.

Kekuatan bahagian ketenteraan kerajaan Islam juga menyebabkan Agama Islam


tersebar di Eropah. Kekuatan ini amat menonjol pada zaman kerajaan Turki Uthmaniyah
yang mempunyai ketenteraan yang tersusun dan peralatan senjata yang lebih maju dan
moden. Sebagai contoh, keupayaan tentera berkuda dan tentera infantry kerajaan ini agak
kuat. Selain itu, terbentuknya juga kumpulan Janissari yang merupakan kumpulan tentera
infantri elit dalam aspek peperangan khususnya taktik dan teknik peperangan yagn
digeruni. Tentera elit ini dipilih khas melalui sistem devshirme. iaitu kanak-kanak yang
berkebolehan dipilih untuk menjadi bakal pentadbir atau diserapkan ke dalam sistem
ketenteraan Uthmaniyah. Pada Zaman Murad III, kumpulan ini mempunyai kekuatan
seramai 54 000 ahli.

Selain itu, situasi politik yang tidak stabil di Eropah turut menyebabkan Islam
tersebar dengan mudah. Kerajaan-kerajaan kecil di Eropah ketika itu sering bertelingkah
dan berperang sesama sendiri. Hal ini telah menyebabkan ada di antara mereka meminta
bantuan kerajaan Uthmaniyah. Kerajaan Uthmaniyah telah mngambil peluang ini bagi
menyebarkan agama Islam. Contohnya, Maharaja John VI Cantacuzens dalam usaha
menuntut takhta kerajaan Byzantine telah memperolehi bantuan daripada kerajaan
Uthmaniyah melalui perjanjian dengan Orhan. Keadaan ini memudahkan kemasukan
tentera Uthmaniyah ke Eropah.

Faktor lain yang turut memepangaruhi kemaraan Islam ialah runtuhnya kerajaan
Byzantine. Akibatnya, Institusi Greek Ortodoks tidak lagi memperoleh perlindungan
daripada kerajaan Byzantine. Dengan itu, institusi tidak lagi mampu menjadi pelindung
kepada masyarakat di kawasan Balkan. Gereja Greek Ortodoks ketika itu juga dilanda
oleh pelbagai masalah seperti wujudnya penyalahgunaan kuasa, pergaduhan di kalangan
para pemimpin, dan kekurangan sumber kewangan. Dalam situasi ini, keistimewaan yang
terdapat dalam agama Islam telah berjaya menarik tumpuan ramai penganut agama
Kristian di kawasan Balkan untuk menganut Islam.

Di samping itu, dasar politik dan dasar hubungan keagamaan yang diamalkan
kerajaan Uthmaniyah yang berteraskan diplomasi dan toleransi telah berjaya
menyebarkan agama Islam dengan meluas di Eropah. Misalnya, masyarakat Balkan tidak
menerima sebarang paksaan untuk menerima agama Islam. Kedudukan, perundangan,
dan harta Gereja Ortodoks serta peranannya sebagai pelindung kepentingan masyarakat
Kristian di kawasan Balkan turut diakui, diiktiraf, dan dibenarkan oleh kerajaan
Uthmaniyah.

Akhirnya, dasar sosial orang Islam turut berjaya menarik minat orang Kristian
untuk memeluk Islam. Dasar sosial Islam yang berasaskan kecemerlangan dan bukannya
latar belakang keturunan seperti mana yang diamalkan oleh masyarakat Eropah sebelum
kedatangan Islam telah menjadi pendorong orang Kristian untuk memeluk Islam. Perkara
ini telah membolehkan individu memperoleh imbuhan melalui daya usahanya.

Bincangkan cara pertembungan tamadun Islam dengan


tamadun lain di dunia.
Cara Pertembungan Tamadun Islam dengan
Tamadun Lain di Dunia

Sebagai akibat daripada perluasan kuasa kerajaan Islam, tamadun Islam telah
bertembung dengan banyak tamadun lain di dunia. Terdapat banyak cara yang
menyebabkan berlakunya pertembungan tersebut.
Antara caranya ialah aktiviti perdagangan dan perniagaan. Saudagar Islam sudah
lama menceburi bidang perdagangan, terutamanya dalam bidang perdagangan jarak jauh.
Apabila kerajaan Islam mula membina empayar yang luas, mereka berjaya menguasai
kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, dan timur Mediterranean. Ini membolehkannya
menguasai perdagangan jarak jauh melalui jalan laut dan memperluas pertembungan
antara tamadun Islam dengan tamadun lain.Sebagai contoh, sejak abad ke-7 Masihi lagi
orang Islam telah menetap dan berdagang di Canton, China. Perdagangan ini telah
menyebabkan pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun China.
Cara yang lain ialah melalui perjalinan hubungan diplomatik. Melalui hubungan
diplomatik dengan tamadun lain, orang Islam dapat mengetahui tentang cara hidup, cara
berfikir, pandangan politik, keagamaan, ekonomi, dan cara pentabiran kerajaan dan
tamadun-tamadun lain. Melalui saluran ini juga orang Islam dan orang bukan Islam dapat
menjalin hubungan baik dan aman serta wujud pemahaman antara mereka. Sebagai
contoh, kerajaan Bani Umaiyah pernah menghantar beberapa peneroka Islam ke utara
Selat Gibraltar ( selatan Sepanyol ) untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan
penduduk bukan Islam di Cordova, Valencia, dan Rhonda.
Cara yang ketiga ialah melalui proses penaklukan dan ketenteraan. Ini telahpun
dilakukan oleh kerajaan Khulafa’ al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Abbasiyah dan
Uthmaniyah. Contohnya pada zaman kerajaan Khulafa’ al-Rasyidin, Khalifah Umar telah
mengarahkan Amr ibn al-As untuk menakluki Mesir. Akibatnya, pertembungan tamadun
Mesir serta tamadun Yunani-Rom yang sudah bertapak di situ telah berlaku. Contoh yang
lain ialah perluasan kuasa Bani Uthmaniyah ke kawasan Balkan yang telah membawa
kepada pertembungan tamadun antara tamadun Islam dengan tamadun Rom.
Di sisi itu, aktiviti penyebaran agama Islam juga menyebabkan pertembungan
antara tamadun Islam dengan tamadun lain. Kemasukan Islam ke Sepanyol pada zaman
Uthmaniyah telah membawa kepada kelahiran kebudayaan baru di situ. Contohnya,
ketika Sepanyol dikuasai kerajaan Umaiyah yang berpusat di Cordova, bahasa Arab telah
menjadi bahasa utama di bandar itu. Ketika itu juga, golongan Morazab telah muncul,
iaitu orang tempatan Sepanyol yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan
Islam dan berbahasa Arab.
Cara yang terakhir ialah dengan pertembungan intelektual yang berlaku antara
ahli fikir Islam dengan ahli fikir bukan Islam. Melalui hubungan antara ahli fikir itu,
tamadun Eropah berjaya didalami ilmuwan Islam dan digunakan untuk memperkayakan
lagi ilmu dan pandangan intelektual Islam.
SOALAN 4
Berikan ciri-ciri Zaman Gelap di Eropah.
Ciri-ciri Zaman Gelap di Eropah

Pada Zaman Gelap, Eropah telah mengalami kemerosotan dari aspek politik,
ekonomi, dan sosial. Bidang ilmu pengetahuan, perdagangan, dan kehidupan di bandar
turut merosot. Pada zaman ini, banyak ciri-ciri yang boleh kita lihat dan dapat dijadikan
sebagai pengajaran.
Keruntuhan empayar Rom Barat telah membawa kepada keruntuhan politik di
Eropah. Apabila berlakunya keruntuhan itu,, kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayah-
wilayah telah musnah. Keadaan politik yang huru-hara ini telah membawa kepada
kemunculan tuan tanah yang dikenali sebagai baron.
Kehidupan masyarakat pada masa kini tidak selamat. Golongan petani terpaksa
mencari perlindungan daripada golongan tuan tanah. Untuk memperoleh perlindungan
tersebut,golongan petani terpaksa membayar cukai tanah yang tinggi kepada baron.
Disebabkan cukai yang amat tinggi, sebahagian besar petani tidak mampu membayar
cukai tersebut dan terpaksa menyerahkan tanah mereka kepada baron dan menjadi
hamba.
Golongan tuan tanah pula memperoleh perlindungan daripada raja dan sebagai
balasannya, mereka haruslah memberi perkhidmatan atau membayar cukai kepada raja.
Jalinan ikatan antara rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya tuan tanah dengan raja
telah menjadi asas pembentukan sistem feudal di Eropah pada zaman itu.
Selain itu, Gereja Katolik pada zaman ini adalah merupakan institusi yang amat
berkuasa dan berpengaruh di Eropah pada Zaman Pertengahan. Pihak Gereja Katolik
memiliki hartanah yang banyak. Kemunduran ekonomi dan ketidakstabilan politik
membolehkan agama Kristian meluaskan pengaruhnya dalam semua aspek kehidupan
masyarakat. Pada masa itu, agama Kristian lebih mengutamakan aspek kerohanian dan
persediaan untuk akhirat. Manakala, aspek duniawi kurang diberi tumpuan. Fenomena
mengakibatkan masyarakat terkongkong.
Pada Zaman Gelap, ekonomi Eropah mengalami kemunduran dan kegiatan
perdagangan dilakukan secara tidak meluas. Hal ini demikian kerana perdagangan sering
diganggu oleh serangan orang gasar seperti orang Viking dan Magyar di lautan. Selain
itu, perdagangan ke timur dan Laut Mediterranean tidak dapat dijalankan kerana dikuasai
oleh orang Islam.
Dalam keadaan yang sedemikian, masyarakat Eropah menjalankan aktiviti
pertanian dan seterusnya mengamalkan ekonomi sara diri. Sistem jual beli pada zaman
tersebut pula adalah menerusi sistem tukaran barang atau sistem barter. Ini adalah
disebabkan mata wang adalah amat terhad dalam pasaran ketika itu.

Nyatakan kesan-kesan Zaman Renaissance.


Kesan-kesan Zaman Renaissance

Semangat inkuiri yang banyak mendorong masyarakat Eropah pada Zaman


Renaissance telah membawa kepada kemajuan masyarakat dalam bidang seperti bidang
seni lukis, seni ukir, persuratan, politik, ekonomi, dan sosial.
Kemunculan monarki baru merupakan perkembangan politik yang paling ketara
pada Zaman Renaissance. Dalam keadaan yang kacau bilau, segolongan pemerintah iaitu
monarki baru muncul dan berjaya memperkenalkan peraturan baru. Mereka mempunyai
sumber yang cukup untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik di situ.
Seterusnya, mereka telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa. Kekuatan dan
kekuasaan monarki baru dibahagi kepada dua, iaitu kewujudan kerajaan pusat dan
kesatuan kebangsaan. Yang kedua ialah amalan penyebaran cukai secara langsung kepada
kerajaan pusat.
Dari segi aspek ekonomi, kegiatan ekonomi sara diri semakin pupus dan
perdagangan tempatan dan antarabangsa berkembang maju di Eropah. Perkembangan
dalam ilmu pengetahuan seperti perkembangan serta kemajuan yang mendadak dalam
bidang matematik, geografi, kartografi ataupun teknik melukis peta, dan astronomi
membantu kemajuan dalam kegiatan penjelajahan, penerokaan, dan mendorong
munculnya kuasa-kuasa Eropah yang besar. Selain itu, semangat Renaissance yang
memberi perhatian kepada ciri-ciri inkuiri, keobjektifan, dan empirikal telah membantu
kepada perkembangan pelbagai ilmu sains seperti kimia, fizik, biologi, dan perubatan.
Di samping itu, dari sudut sosial, Zaman Renaissance lebih mementingkan aktiviti
sekular iaitu aktiviti yang tidak bersifat keagamaan. Pemujaan keindahan alam serta
pencapaian manusia lebih dipentingkan dalam aktiviti sekular. Sebagai akibat, pemikiran
dan gaya hidup manusia mula berubah ke arah kemajuan. Manusia Zaman Renaissance
lebih bersedia menzahirkan emosi mereka dan ini telah dicerminkan dalam muzik,
lukisan, dan ukiran.
Manusia Zaman Renaissance juga menggunakan keupayaan minda mereka dalam
pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia melalui
pemikiran logik, saintifik, falsafah, dan metafizik. Antara tokoh pada zaman Renaissance
ialah Francesco Petrach. Beliau adalah seorang ahli fikir humanisme yang juga dikenali
sebagai Bapa Humanisme dan menulis karya seperti Swan Book.
Akhir sekali, dari segi psikologi, kesan Zaman Renaissance yang penting ialah
kejayaannya dalam melahirkan budaya percaya dan yakin kepada kemampuan diri dalam
kalangan masyarakat Eropah.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa Zaman Renaissance telah membawa banyak
kesan yang positif kepada penduduk di Eropah secara keseluruhan.

Berikan kesan dan akibat daripada revolusi pertanian dan


perindustrian di Eropah.
Kesan dan Akibat daripada Revolusi Pertanian
dan Perindustrian di Eropah

Banyak kesan yang dapat kita lihat daripada Revolusi Pertanian dan perindustrian
di Eropah.
Kesan yang pertama yang dapat dilihat ialah revolusi pertanian dan perindustrian
yang menjadikan dua sektor itu menjadi punca ekonomi utama. Akibat daripada Revolusi
Pertanian, kegiatan pertanian telah dikomersialkan dan menjadi punca ekonomi yang
penting. Lebihan hasil daripada aktiviti penanaman bijirin membolehkannya dieksport
untuk pasaran luar. Peladang-peladang besar telah berkembang menjadi pedagang
antarabangsa. Sektor pertanian ketika itu juga dapat menyediakan makanan yang
mencukupi kepada pekerja kilang. Sebagai akibat daripada Revolusi Perindustrian pula,
kegiatan pembuatan dan pengilangan mula menggantikan kegiatan pertanian sebagai
bidang ekonomi yang utama. Bilangan pekerja dalam sektor industri melebihi jumlah
buruh dalam sektor pertanian. Kedudukan tuan tanah sebagai tokoh utama dalam
masyarakat kini telah diambil alih oleh para pengusaha dan pemilik kilang industri.
Kesan yang lain pula ialah peningkatan perdagangan antarabangsa. Revolusi
Pertanian dan Perindustrian telah berjaya meningkatkan hasil sektor pertanian dan
perindustrian negara. Lebihan hasil ini tidak dapat dipasarkan kesemuanya di dalam
negara. Produk tersebut telah dipasarkan secara meluas untuk memperoleh keuntungan
yang maksimum. Pada masa yang sama, industri Britain yang berkembang maju
memerlukan bahan mentah yang banyak dan berterusan. Akibatnya perdagangan
antarabangsa yang melibatkan eksport dan import bahan mentah diambil perhatian.
Britain mula mengeksport modal ke seberang laut untuk kegiatan ekonomi. Untuk
meningkatkan aktiviti perdagangan import-eksport, sistem pengangkutan dalam negara
dan antarabangsa juga perlu dimajukan.
Kesan yang ketiga ialah kemajuan bidang pengangkutan. Pada peringkat awal,
pengangkutan dalam negara atau domestik di Britain banyak bargantung kepada kereta
kuda dan pengangkutan sungai yang kurang maju. Kemajuan dan perubahan besar dalam
sistem pengangkutan domestik berlaku apabila kereta api direka dan digunakan dengan
lebih meluas. Dengan terciptanya enjin berkuasa wap, gerabak kereta api dapat dipacu
dengan lebih laju dan lebih banyak gerabak dapat ditarik untuk memunggah barangan
dan pekerja kilang. Sistem pengangkutan laut kemudiannya direvolusikan dengan
penghasilan kapal laut yang berenjin kuasa wap. Penggunaannya telah mempergiatkan
lagi perdagangan antarabangsa Eropah.
Kesan yang terakhir ialah munculnya golongan buruh dan majikan. Golongan
rakyat yang bekerja sendiri semakin berkurangan dengan munculnya sistem ekonomi
berskala besar atau komersil. Sebahagian besar rakyat bekerja sebagai buruh ladang atau
buruh kilang. Pada zaman Revolusi Perindustrian, penggunaan mesin menyebabkan lebih
banyak kilang perlu dibina. Akibatnya, sistem perkilangan telah diperkenalkan dan pada
peringkat awal Revolusi Perindustrian, kebanyakannya adalah kilang tekstil. Pada zaman
ini, golongan buruh tidak mendapat hak yang sewajarnya. Sebagai contoh, apabila mesin
membuat stoking, renda, dan pakaian dicipta, kemahiran para penenun dan tukang jahit
tidak lagi diperlukan. Sebahagian daripada mereka telah membantah penggunaan mesin
sebegitu dan memusnahkan mesin-mesin pemidang yang digunakan dalam pembuatan
stoking dan renda. Kegiatan memprotes ini dikenali sebagai Pergerakan Luddite pada
awal abad ke- 19.
Selepas itu, Akta Anti penggabungan telah diluluskan oleh Parlimen British untuk
mengawal dan memantau golongan buruh. Larangan yang dikenakan oleh Akta
Antipenggabungan sememangnya menyulitkan para pekerja kerana tidak semua majikan
bertimbang rasa terhadap pekerja mereka. Akhirnya, keadaan buruh kian bertambah baik
apabila kesedaran mengenai keadaan pekerja di kalangan pelbagai lapisan masyarakat
meningkat. Akta-akta mula diperkenalkan untuk melindungi golongan pekerja dan
seterusnya mula diluluskan di Parlimen.
NAMA : RAJA MUHAMMAD HASIF BIN RAJA
HASSAN

KELAS : 4 SAINS HAYAT 1

GURU MATA PELAJARAN: EN. MOHD. ARIFFIN


TAJUK MUKA SURAT
Sumbangan Kerajaan Turki 1
Uthmaniyah
Kepada Dunia Islam
Faktor-faktor Pengaruh Islam ke 2-3
Eropah
Cara Pertembungan Tamadun 4
Islam dengan Tamadun Lain di
Dunia
Ciri-ciri Zaman Gelap di Eropah 5
Kesan-kesan Zaman Renaissance 6
Kesan dan Akibat Revolusi 7 -8
Pertanian dan Perindustrian di
Eropah

You might also like