You are on page 1of 17

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 193

KEBERKESANAN PENDEKATAN BERASASKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA TERHADAP INTEGRASI NASIONAL DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH (The Effectiveness of Multicultural Based Approach on National Integration in History Subject) AHMAD ALI SEMAN ZAHARA AZIZ ABDUL RAZAQ AHMAD ABSTRAK KEMAJUAN: Kajian kuasi eksperimen ini dijalankan untuk menentukan kesan pembelajaran berasaskan kepelbagaian budaya yang merangkumi perspektif sejarah budaya, sejarah etnik dan sejarah kebangsaan ke arah meningkatkan integrasi nasional. Kajian ini juga untuk mengenal pasti hubungan konstruk pendekatan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi kaum dan identiti Malaysia dengan integrasi nasional di kalangan pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Bagi melaksanakan kajian ini, 81 pelajar terlibat dalam kumpulan rawatan dan 80 pelajar dalam kumpulan kawalan tingkatan dua dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya Ampang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashyor Batang Kali, Rawang di negeri Selangor. Hasil kajian rintis pendekatan kepelbagaian budaya bagi kontruk persefahaman budaya, toleransi kaum dan identiti Malaysia dan integrasi nasional berada di tahap kebolehpercayaan tinggi, iaitu diantara 0.80 hingga 0.96. Kaedah penggunan analisis data menggunakan analisis deskriptif (frekuensi, min dan sisihan piawai) dan inferensi (ujian t, Anova, MANOVA dan regersi berganda) berdasarkan Statistical Package Social Sains (SPSS-11.5). Hasil kajian menunjukkan tahap pendekatan bersasakan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi kaum dan identiti Malaysia dan integrasi nasional nasional kumpulan kawalan berada pada tahap sederhana dan kumpulan rawatan pula berada pada tahap yang tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dari semua aspek yang dikaji berdasarkan jantina dan kaum. Analisis data juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang tinggi antara pendekatan berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi kaum dan identiti Malaysia dengan integrasi nasional dalam kumpulan rawatan. Analisis regresi pula menunjukkan pendekatan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya menyumbang sebanyak 55 peratus, aspek identiti Malaysia menyumbang sebanyak 11 peratus dan toleransi antara kaum menyumbang sebanyak 2.5 peratus. Implikasi kajian menunjukkan pendekatan berasaskan kepelbagaian budaya dalam mata pelajaran sejarah diterima secara positif oleh pelajar dari pelbagai kaum dan ianya boleh dijadikan model pengajaran bagi mencapai matlamat perpaduan dikalangan kaum seterusnya mencapai visi satu Malaysia.

194

Ahmad Ali, Zahara & Abdul Razaq

ABSTRACT PROGRESS: This quasi experiment research was done to determine the effect of learning based on multicultural which inclusive of cultural history perspective, ethnic history and national history to enhance national integration. This study was also to identify the relationship among the constructs of multicultural based approach from the aspects of cultural understanding, racial tolerance and Malaysian identity with national integration among students in the History subject. Form two students of Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya Ampang and Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashyor Batang Kali, Rawang of Selangor were selected to be the respondents of this study. 81 students were selected to be in the treatment group and 80 students were put under the control group. The pilot study showed that the multicultural based approach for the constructs of cultural understanding, racial tolerance and Malaysian identity and national integration were at a high reliability level, with the score between 0.80 to 0.96. The data was analyzed using descriptive analysis ( frequency, mean and standard deviation) and inferential (t-test, ANOVA, MANOVA and mutltiple regression) techniques of the Statistical Package of Social Science (SPSS-16). The findings show that the level of multicultural based approach from the aspects of cultural understanding, racial tolerance and Malaysian identity and national integration for the control group were at the medium level, whereas the treatment group was at the high level. There is a significant difference (p<0.05) between the control and treatment groups for all the aspects studied in terms of gender and races. The data analysis shows that there is a high significant relationship between multicultural based approach from the aspects of cultural understanding, racial tolerance and Malaysian identity with national integration in the treatment group. The regression analysis shows that in term of multicultural based approach, the aspects of cultural understanding contributes 55 %, the aspects of Malaysian identity contributes 11% and racial tolerance contributes 2.5 %. The implication of the study reveals that multicultural based approach in the History subject are positively accepted by multiracial students and it can be adopted as a teaching model in order to achieve unity among the multiracial, and in the long run, to achieve the vision of One Malaysia. PENGENALAN Guru merupakan agen perpaduan dan transformasi budaya kepada pelajar, oleh sebab itu bidang pendidikan dapat menjadi saluran penting bagi mendokong citacita perpaduan dan integrasi nasional (Chai Hon Chai 1977). Aliran falsafah realism mengakui inisiatif untuk menjayakan matlamat Negara dan agenda perubahan adalah terletak ditangan para guru (Ahmad Rafaai 2000; 2009), dalam hal ini, kurikulum Sejarah yang memberikan gambaran jelas tentang pembentukan Negara bangsa dapat dianggap wadah yang paling baik untuk menerapkan usaha-usaha memupuk kesedaran dan kefahaman tentang unsur penyatuan bangsa dan perpaduan etnik (Lee 2002).

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 195

Oleh sebab itu jugalah Sejarah dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) kerana melalui kefahaman tentang Sejarah bangsa dan Negara, persefahaman budaya, toleransi antara kaum dan identiti Negara dapat diperkukuhkan dalam kalangan pelajar yang berbeza latar belakang lokasi, budaya dan etnik. Ahmad Ali Seman (2009), menganggap keupayaan membina integrasi nasional bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat toleransi antara kaum. Menanggapi persoalan ini, Abd. Rahim Abd. Rashid. (1997) sendiri mengakui kepentingan Sejarah sebagai kurikulum yang dapat menyedarkan setiap kaum tentang peranan mereka dalam sebuah negara yang berbilang etnik seperti Malaysia. Menjadikan landasan kurikulum sebagai asas penyatuan bangsa dan perpaduan antara etnik merupakan langkah yang paling berkesan, kerana penyampaian mesej sebegini perlu bermula dari peringkat awal iaitu melalui sistem pendidikan dan persekolahan, disebabkan sekolah adalah tapak sosialisasi dan wadah pembentukan jatidiri (Tajul Ariffin Noordin 1993). Konsep bersepadu yang dikemukakan melalui KBSM juga mewakili hasrat dan matlamat yang sama bagi menzahirkan generasi baru Malaysia yang dapat bekerjasama dalam keberagaman budaya dan kepelbagaian identiti etnik. Konsep bersepadu ini, dapatlah digambarkan sebagai berikut :

Pengetahuan Konsep Bersepadu Budaya

Pengalaman Pembelajaran

Nilai

RAJAH 1. Konsep Bersepadu Dalam Pendidikan Disiplin ilmu dan pengetahuan Sejarah yang meliputi tiga elemen utama iaitu (1) Sejarah Budaya, (2) Sejarah Etnik dan (3) Sejarah Kebangsaan dikukuhkan dengan pembentukan aktiviti belajar yang menarik minat, menyeronokkan, berupaya dilaksanakan dan menarik penglibatan pelajar tentu sekali akan memberi makna yang besar. Di samping itu, pengajaran Sejarah juga turut berfungsi memindahkan nilai-nilai sejagat dan budaya hidup manusia dan masyarakat kepada pelajar, agar pelajar mengenal asal usul, memahami proses pembentukannya dan sedia menerima realiti yang ada pada masa kini. Kesepaduan bagi kombinasi ketiga-tiga aspek di atas, dilaksana berlandaskan : (1) Falsafah Pendidikan Kebangsaan, (2) Teori-teori Pembelajaran dan (3) Pendekatan Kepelbagaian Budaya. Rumusannya beberapa intipati tentang teras pendidikan negara dapat dikenal pasti, iaitu :

196

Ahmad Ali, Zahara & Abdul Razaq

1. 2. 3. 4.

Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan Tujuan pendidikan adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu Kesepaduan merupakan kombinasi antara pengetahuan, keterampilan, tanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri Matlamatnya ialah memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

Untuk mencapai misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan berdasarkan intipati di atas, tentu sekali mengambilkira kedudukan pelajar daripada pelbagai latar belakang etnik dan budaya. Oleh sebab itu, kesepaduan bermaksud menerapkan nilai-nilai murni yang wujud dalam semua kepercayaan (Kepercayaan kepada Tuhan) dan unsur-unsur norma-norma masyarakat pelbagai etnik (kepelbagaian budaya). Dalam ertikata yang lain, kurikulum pendidikan kebangsaan mahu menyatukan segala unsur kepelbagaian menjadi satu kesatuan yang dapat membentuk : (1) Persefahaman budaya antara kaum (nilai-nilai kemasyarakatan), (2) Tolak ansur antara kaum (toleransi etnik) dan (3) Identiti kebangsaan yang bercirikan negara bangsa (Identiti Malaysia). Inilah visi dan misi yang hendak dikembangkan daripada pendidikan dan kegiatan pembelajaran (Tajul Ariffin Noordin dan Nor Aini Dan 1992).

Sejarah Etnik

Sejarah Budaya

Sejarah Kebang saan

INTEGRASI NASIONAL

RAJAH 2. Persepaduan Membentuk Integrasi Nasional Budaya Malaysia adalah budaya majmuk bukan lagi budaya tunggal oleh golongan majoriti, malahan sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi, konsep majmuk budaya telah difahami dan diterima. Setiap etnik telah memberi warna kepada pembentukan budaya kebangsaan di negara kita, kerana ciri-ciri setiap etnik (meskipun kecil bilangannya) menjadi aset negara, khazanah warisan negara dan tinggalan sejarah yang telah berakar umbi sekian lama.

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 197

Perspektif Sejarah Budaya dan kebudayaan mempunyai hubungan yang erat dengan pemahaman terhadap Sejarah Etnik dan pengambilan unsur-unsur budaya bagi membentuk Sejarah Kebangsaan. Suatu hal yang nyata ialah apabila membincangkan kebudayaan setiap kaum dalam masyarakat, pembicaraan akan memberi fokus dan perhatian terhadap pentafsiran ciri-ciri budaya setiap kaum (Sutan Takdir Alisyahbana 1966) yang menyangkut perihal cara hidup, pergaulan dan hubungan sosial sehingga mewujudkan pertembungan dan percampuran unsur kebudayaan. Maharom Mahmood (2001) mengakui dalam usaha membentuk nilainilai patriotik dalam kalangan belia semua kaum, pemahaman tentang latar belakang dan sejarah budaya setiap etnik memainkan peranan penting, kerana pengalaman budaya membentuk pola kehidupan dan pola pemikiran. Dalam membahaskan perspektif Sejarah Budaya, aspek-aspek berkaitan : (1) Pertumbuhan dan perkembangan budaya, (2) Dinamika hubungan budaya, (3) Pola interaksi budaya dan (4) Unsur simbolisme dalam kebudayaan, diberikan perhatian bagi membangkitkan kesedaran dan penghayatan sebenar pelajar terhadap Sejarah Budaya masyarakat. Peraturan-peraturan dalam masyarakat yang dijelmakan melalui adat resam, organisasi sosial. Tradisi nilai budaya, kepercayaan dan peralatannya dapat menjadi intipati pengajaran untuk meningkatkan penerimaan, pengiktirafan dan penghormatan terhadap budaya antara etnik di Malaysia (Khoo Kay Kim 1975). Pemahaman tentang budaya perlulah merujuk kepada sumber yang autentik, oleh sebab itu, Falsafah Kebudayaan Kebangsaan bolehlah dihuraikan secara panjang lebar dalam menerapkan kefahaman tentang budaya bangsa. Tujuan mewujudkan Falsafah ini, ialah: 1. Memberi penekanan terhadap daya kreatif bebas dan pemupukan bakat dan pemikiran 2. Menengahkan ciri-ciri atau nilai-nilai terbaik daripada budaya setiap etnik 3. Memperkenalkan ciri-ciri identiti kebangsaan dan keperibadian nasional yang dapat diterima dan diamalkan. 4. Mengatasi kelemahan dan keburukan budaya massa sebaliknya menyebarkan unsur kebudayaan terbaik daripada setiap kaum. 5. Menghilangkan kecurigaan dan prasangka budaya yang boleh menghakis rasa saling percaya dan hormat menghormati antara kaum Kerajaan Malaysia telah menerima dan menetapkan bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah tonggak bagi mewujudkan identiti nasional, oleh sebab itu, pengajaran Sejarah Budaya turut menekankan kefahaman pelajar tentang DKK yang berlandaskan tiga prinsip, iaitu : 1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. 2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan dapat diterima 3. Nilai-nilai Islam yang membentuk DKK Kepelbagaian yang dibenarkan tumbuh itu, bukanlah pula mengizinkan wujudnya pemisahan dan ekslusiviti sehingga terus teras bernegara dan berbangsa. Walaupun kepelbagaian dibenarkan wujud, namun kerajaan berusaha mencari

198

Ahmad Ali, Zahara & Abdul Razaq

unsur persamaan yang boleh mewujudkan titik persamaan. Sekiranya tidak dibentuk, teras yang menyatukan , tidak akan wujud sebuah negara dan sebuah bangsa , justeru itu elemen kesatuan dan pembentukan identiti Malaysia yang diterima pelbagai kaum adalah langkah penting dalam mewujudkan Sejarah Nasional dan budaya kebangsaan, seperti: (1) bahasa, (2) sistem persekolahan, (3) kurikulum pengajaran, (4) peraturan-peraturan, (5) adat istiadat negara dan (6) upacara-upacara rasmi seperti majlis kongsi raya dan lain-lain (Cheah Boon Kheng 2002; Badriyah Salleh 1998). KERANGKA KONSEPTUAL
Pendekatan KEPELBAGAIAN BUDAYA

Persefahaman Budaya Perspektif Sejarah Budaya


(i) Menerima dan memahami perbezaan kebudayaan antara kaum, (ii) Persamaan kebudayaan antara kaum dan (iii) Menghargai keunikan budaya antara kaum

Toleransi Kaum
(i) Latar belakang demografi dan budaya, (ii) Unsur kepercayaan dan adat resam (iii) Penglibatan dan sumbangan tokohtokoh masyarakat setiap kaum (iv) Kontrak sosial yang telah dipersetujui antara kaum

Perspektif Sejarah Etnik

Unsur Demografi Jantina : L/P Etnik : M/C/I

Perspektif Sejarah Kebangsaan

Identiti Malaysia (i) Mewujudkan kesatuan kebangsaan, (ii) Pelaksanaan Kebudayaan Kebangsaan, (iii) Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan Undang-undang dan Perlembagaan.

Integrasi Nasional
RAJAH 4. Kerangka Konseptual Kajian Berdasarkan Rajah 4 kerangka konseptual kajian ini adalah membincangkan secara terperinci pendekatan kepelbagaian berasaskan budaya yang merangkumi perspektif sejarah budaya, sejarah etnik dan sejarah kebangsaan. Perspektif sejarah budaya adalah berdasarkan kontruk persefahaman budaya yang mengandungi; (i)

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 199

Menerima dan memahami perbezaan kebudayaan antara kaum, (ii) Persamaan kebudayaan antara kaum dan (iii) Menghargai keunikan budaya antara kaum. Perspektif Sejarah etnik yang mengandungi; (i) Latar belakang demografi dan budaya, (ii) Unsur kepercayaan dan adat resam dan (iii) Penglibatan dan sumbangan tokoh-tokoh masyarakat setiap kaum dan (iv) Kontrak sosial yang telah dipersetujui antara kaum. Perspektif Sejarah kebangsaan pula mengandungi; (i) Mewujudkan kesatuan kebangsaan, (ii) Pelaksanaan Kebudayaan Kebangsaan, (iii) Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan Undang-undang dan Perlembagaan. Pendekatan kepelbagaian budaya adalah berasaskan teori multikultural yang dikemukakan oleh Kymlicka (2002) dan Dworkin (2001) tetapi diubahsuai untuk konteks pengembangan budaya di Malaysia. Pendekatan ini lebih sesuai kerana kepelbagaian budaya dalam konteks Malaysia adalah merujuk unsur penerimaan dan merapatkan jurang hubungan antara kaum yang melibatkan kaum yang dominan dalam situasi sosial iaitu : (1) Melayu, (2) Cina dan (3) India. Melalui pemahaman tentang budaya pelbagai kaum ini, penghayatan pelajar tentang hubungan antara kaum akan semakin baik, rapat dan tidak mewujudkan prasangka. Untuk tujuan itu, pelajar perlu diberikan kefahaman yang jelas tentang sejarah budaya yang menerangkan tentang kewujudan budaya pelbagai kaum di Malaysia serta elemen-elemen penting dan keunikan setiap budaya yang terbentuk. Yusuf Harun (1991) menjelaskan dalam konteks Malaysia, sejarah budaya adalah berkait dengan sejarah etnik iaitu latar belakang kedatangan dan kewujudan pelbagai kaum di Malaysia serta unsur budaya yang berasimilasi dalam kehidupan masyarakat. Setiap rakyat Malaysia berhadapan dengan realiti hubungan etnik, kerana di Malaysia terdapat lebih 200 suku kaum, biarpun yang kelihatan nyata adalah tiga komuniti etnik yang utama iaitu : (1) Melayu, (2) Cina dan (3) India. Oleh kerana itu, isu-isu yang melibatkan hubungan antara etnik perlu difahami dan dihayati. Dalam konteks pengajaran Sejarah, peranan guru bagi membangkitkan kesedaran tersebut dalam kalangan pelajar amatlah penting, kerana pelajar merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat dan akan membentuk komuniti mereka sendiri pada masa akan datang. Dalam masyarakat heterogen seperti di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya, pendidikan dan pengajaran di sekolah seharusnya berupaya menekankan nilai-nilai persefahaman budaya dan toleransi antara kaum serta mengelakkan wujudnya prasangka. Perwujudan kebudayaan berasaskan persamaan, kesedaran budaya dan perasaan kekitaan akan menjadi kriteria penting bagi mewujudkan identiti yang dapat dikongsi bersama dan dalam masa yang sama memudahkan usaha untuk membentuk integrasi nasional. PERSOALAN KAJIAN Kajian ini dilaksanakan bagi menjawab persoalan-persoalan berikut: 1. Apakah tahap pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi antara kaum, identiti Malaysia dan integrasi nasional antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan?

200

Ahmad Ali, Zahara & Abdul Razaq

2.

3.

4.

5.

Adakah terdapat perbezaan tahap pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi antara kaum, identiti Malaysia dan integrasi nasional berdasarkan jantina? Adakah terdapat perbezaan tahap pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi antara kaum, identiti Malaysia dan integrasi nasional berdasarkan kaum? Adakah terdapat hubungan antara pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi antara kaum dan identiti Malaysia dengan integrasi nasional? Sejauh manakah sumbangan pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi antara kaum dan identiti Malaysia terhadap integrasi nasional? HIPOTESIS KAJIAN

Ho1

Ho2

Ho3

Ho4

Ho5

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi antara kaum, identiti Malaysia dan integrasi nasional antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi antara kaum, identiti Malaysia dan integrasi nasional antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan berdasarkan jantina. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi antara kaum, identiti Malaysia dan integrasi nasional antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan berdasarkan kaum Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi antara kaum dan identiti Malaysia dengan integrasi nasional Tidak terdapat sumbangan yang signifikan antara pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi antara kaum dan identiti Malaysia terhadap integrasi nasional METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian Pelaksanaan pengajaran berasaskan pendekatan kepelbagaian budaya (perspektif sejarah budaya, sejarah etnik dan sejarah kebangsaan) menggunakan reka bentuk kumpulan rawatan serupa (equivalent control group design). Reka bentuk kuasi rawatan dengan menggunakan kaedah ujian pra dan pos. Sampel yang dipilih dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 2 dalam kelas Sejarah. Ujian pra digunakan untuk mengenalpasti kesamaan di antara dua kumpulan dan

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 201

melihat sama ada adakah ianya terdapat perubahan selepas rawatan dilakukan. Perkara ini boleh dilihat dalam Rajah 3.1. JADUAL 1. Reka bentuk kumpulan rawatan dan kawalan
Kumpulan Kumpulan rawatan Kumpulan Kawalan Ujian pra O1 O1 Pendekatan Pengajaran X1 X2 Ujian Pos O2 O2

Dalam reka bentuk ini, O1 mewakili ujian pra kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan, manakala O2 mewakili ujian pos untuk kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. X1 dan X2 mewakili pendekatan pengajaran yang diberikan ke atas kumpulan-kumpulan rawatan dan kawalan iaitu X1 untuk kumpulan rawatan menggunakan pendekatan bersepadu kepelbagaian budaya (perspektif sejarah budaya, Sejarah etnik dan sejarah kebangsaan) dan X2 untuk kumpulan kawalan dengan pendekatan pengajaran tradisional. Kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra yang sama sebelum kajian dijalankan. Selepas tamat pendedahan pengajaran, kedua-dua kumpulan diberi ujian pos. Ujian pra digunakan untuk melihat kesetaraan antara kumpulan. Ujian pos dianalisis untuk melihat perbezaan antara kumpulan. Kumpulan rawatan yang terdiri daripada dua kelas akan diajar selama 15 minggu (3 waktu dalam tempoh seminggu). Kedua-dua kumpulan ini akan mempelajari kandungan sejarah yang sama mengikut sukatan yang telah ditetapkan dalam mata pelajaran Sejarah di Tingkatan 2 Sampel Kajian Sampel bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan diperoleh di dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan. Lihat rajah berikut :
SAMPEL KAJIAN

SMK Taman Seraya, Ampang, Selangor

SMK Syed Mashor, Batang Kali, Hulu Selangor

RAJAH 5. Sampel Kajian Sampel kajian terdiri daripada dua kelas Tingkatan 2 (kumpulan rawatan) dan dua kelas Tingkatan 2 (kumpulan kawalan). Pengajaran bagi kumpulan rawatan berpandukan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dirancang untuk sesi pengajaran sebanyak 30 kali pertemuan dengan 2 sesi pengajaran seminggu ( 1 waktu = 1 period dan 1 waktu = double period).

202

Ahmad Ali, Zahara & Abdul Razaq

Pengajaran akan bermula pada akhir Julai sehingga bulan Oktober. Oleh kerana kelas diambil pada bulan-bulan akhir, sillabusnya juga adalah bab-bab akhir buku teks. Jumlah sebenar waktu eksperimen yang diambil ialah : 40 minit x 3 waktu x 15 minggu = 1800 minit ( 30 jam). Instrumen Kajian Kajian ini memfokuskan untuk melihat pengaruh pembelajaran Sejarah berasaskan pendekatan kepelbagaian budaya, perspektif sejarah etnik dan perspektif sejarah kebangsaan terhadap integrasi nasional. Selain daripada itu, perspektif pelajarpelajar Melayu, Cina dan India turut dikenalpasti. Pengkaji menggunakan dua pendekatan kaedah untuk mendapatkan data bagi memperkukuhkan lagi kesahan dalaman. Mohd Majid Konting (1990) menyatakan teknik yang ditentukan oleh pengkaji harus bersesuaian dengan isu, sampel dan situasi yang ingin dikaji. Oleh itu untuk mencapai objektif kajian, dua cara digunakan iaitu soal selidik dan temu bual. Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik telah dilaksanakan melalui kajian rintis. Setiap item soalan mengukur apa yang sepatutnya diukur (Guliford & Fruchter 1981). Soal selidik telah diedarkan kepada pakar dalam bidang yang berkaitan untuk mendapatkan ulasan tentang kandungan, skop dan format. Guru pakar Sejarah dan pensyarah mata pelajaran Sejarah juga telah dipilih untuk meneliti soal selidik. Cadangan dan ulasan pakar diambil kira disamping menganalisis jawaan pelajar sewaktu kajian rintis bagi menentukan bahasanya mudah dan difahami. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini bagi menilai perspektif pelajar tentang penerapan tiga pendekatan pengajaran, iaitu Inventori Penerapan Tiga Pendekatan Mengajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Soal selidik ini mengandungi lima bahagian. Bahagian A adalah berkaitan dengan latar belakang pelajar manakala Bahagian B pula item-item soal selidik tiga pendekatan yang berkaitan : (1) Persefahaman Budaya, (2) dan Bahagian C tentang Integrasi Nasional. Berikut ialah Jadual Spesifikasi Item Soal Selidik yang memperincikan setiap elemen dan item soal selidik. Temu bual adalah suatu keadaan di mana pengkaji bersemuka dengan sampel bagi mengajukan pertanyaanpertanyaan yang berkaitan untuk memperoleh jawapan-jawapan yang relevan dengan masalah kajian. Hasil Kajian Rintis Cronbach alpha digunakan untuk menentukan indeks kebolehpercayaan soal selidik. Nilai indeks kebolehpercayaan perspektif sejarah budaya (persefahaman budaya) adalah tinggi iaitu 0.9634. Nilai indeks kebolehpercayaan perspektif sejarah etnik (toleransi antar kaum) adalah tinggi iaitu 0.8037. Nilai indeks kebolehpercayaan perspektif sejarah kebangsaan (identiti Malaysia) adalah tinggi iaitu 0.8037. nilai indeks kebolehpercayaan perspektif integrasi nasionanl adalah tinggi iaitu 0.9226.

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 203

DAPATAN KAJIAN Tahap Aspek Persefahaman Budaya, Toleransi antara Kaum, Identiti Malaysia dan Integrasi Nasional antara Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan Kumpulan Kawalan Min ujian pos pembolehubah aspek persefahaman budaya bagi kumpulan kawalan mempunyai min 3.13 dan sisihan piawai 0.351 berada pada tahap sederhana. Konstruk toleransi antara kaum bagi kumpulan kawalan mempunyai min 3.09 dan sisihan piawai 0.272 berada pada tahap sederhana. Seterusnya aspek Identiti Malaysia bagi kumpulan kawalan mempunyai min 3.29 dan sisihan piawai 0.292 pada tahap sederhana dan integrasi nasional pula bagi kumpulan kawalan mempunyai min 3.23 dan sisihan piawai 0.323 berada pada tahap sederhana. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa aspek persefahaman budaya, toleransi kaum, identiti Malaysia dan integrasi nasional dalam kumpulan kawalan berada pada tahap yang sederhana. Kumpulan Rawatan Min ujian pos aspek persefahaman budaya bagi kumpulan rawatan mempunyai min 4.28 dan sisihan piawai 0.270 berada pada tahap yang tingggi. Aspek toleransi antara kaum bagi kumpulan rawatan mempunyai min 4.32 dan sisihan piawai 0.280 pada tahap tinggi. Seterusnya aspek Identiti Malaysia bagi kumpulan rawatan mempunyai min 4.27 dan sisihan piawai 0.298 berada pada tahap tinggi dan integrasi nasional pula bagi kumpulan rawatan mempunyai min 4.26 dan sisihan piawai 0.296 berada pada tahap tinggi. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa perspektif persefahaman budaya, toleransi antara kaum, identiti Malaysia dan integrasi nasional dalam kumpulan rawatan berada pada tahap tinggi. Perbezaan Aspek Persefahaman Budaya, Toleransi antara Kaum, Identiti Malaysia dan Integrasi Nasional antara Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan Terdapat perbezaan min yang signifikan untuk setiap domain iaitu aspek persefahaman budaya, toleransi antara kaum, identiti Malaysia dan integrasi nasional antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Bagi aspek persefahaman budaya dengan nilai F = 541.623 dan Sig= 0.000<0.05, aspek toleransi antara kaum dengan nilai F = 795.618 dan Sig = 0.000<0.05, aspek identiti Malaysia dengan nilai F = 436.209 dan Sig = 0.000<0.05 dan bagi Integrasi Nasional dengan nilai F = 447.138 dan Sig= 0.000<0.05. Perbezaan yang Signifikan Aspek Persefahaman Budaya, Toleransi antara Kaum, Identiti Malaysia dan Integrasi Nasional dalam Kumpulan Kawalan dan Rawatan Berdasarkan Jantina Perbandingan skor min aspek persefahaman budaya berdasarkan jantina, nilai F = 53.985 dan Sig = 0.000 <0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan persefahaman budaya antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Selanjutnya, perbandingan skor min toleransi antar

204

Ahmad Ali, Zahara & Abdul Razaq

kaum berdasarkan jantina, nilai F = 45.521 dan Sig = 0.000< 0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan toleransi antar kaum antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Seterusnya perbandingan identiti Malaysia berdasarkan jantina, nilai F = 55.711 dan Sig = 0.000<0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan Identiti Malaysia antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dan perbandingan integrasi nasional pula berdasarkan jantina, nilai F = 23.844 dan Sig = 0.000<0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan Integrasi Nasional antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Kumpulan Kawalan Terdapat perbezaan aspek persefahaman budaya, toleransi antara kaum, identiti Malaysia dan integrasi nasional berdasarkan jantina dalam kumpulan kawalan. Bagi persefahaman budaya dengan nilai F = 42.009 dan Sig = 0.000<0.05, Toleransi antar kaum dengan nilai F = 13.424 dan sig = 0.000<0.05, Identiti Malaysia dengan nilai F = 29.483 dan sig = 0.000<0.05 dan integrasi nasioanal dengan nilai F = 5.316 dan sig = 0.024<0.05. Kumpulan Rawatan terdapat perbezaan yang signifikan aspek persefahaman budaya, identiti Malaysia dan integrasi nasional berdasarkan jantina dalam kumpulan rawatan. Bagi persefahaman budaya dengan nilai F = 13.671 dan Sig = 0.000<0.05, toleransi antar kaum pula terdapat perbezaan yang signifikan dengan nilai F = 36.079 dan sig = 0.000<0.05, Identiti Malaysia dengan nilai F = 26.365 dan sig = 0.000<0.05 dan integrasi nasional dengan nilai F = 23.988 dan sig = 0.000<0.05. Perbezaan yang Signifikan Aspek Persefahaman Budaya, Toleransi antara Kaum, Identiti Malaysia dan Integrasi Nasional dalam Kumpulan Kawalan dan Rawatan Berdasarkan Kaum Perbandingan skor min aspek persefahaman budaya berdasarkan kaum, nilai F = 11.607 dan Sig = 0.000 <0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan persefahaman budaya antara pelajar Melayu, China dan India. Selanjutnya, perbandingan skor min aspek toleransi antar kaum berdasarkan kaum, nilai F = 8.900 dan Sig = 0.000< 0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan aspek toleransi antar kaum antara pelajar Melayu, China dan India. Seterusnya perbandingan identiti Malaysia berdasarkan kaum, nilai F = 10.998 dan Sig = 0.000<0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan Identiti Malaysia antara pelajar Melayu, China dan India dan perbandingan integrasi nasional pula berdasarkan kaum, nilai F 17.224 dan Sig = 0.000<0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan Integrasi Nasional antara pelajar Melayu, China dan India.

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 205

Berdasarkan analisis Ujian Pos Hoc Turkey pula, dengan menggunakan analisis ANOVA mengikut kaum menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.2689, sig 0.000<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China dari segi perbezaan aspek persefahaman budaya. Demikian juga terdapat perbezaan antara pelajar China dengan India dari segi perbezaan persefahaman budaya dengan mencatat perbezaan min = -0.1535, sig 0.045<0.05. Nilai min kaum India lebih tinggi berbanding kaum China. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar persefahaman budaya (p>.05). Bagi aspek toleransi antara kaum menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan India iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.1591, sig 0.005<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum India dari segi toleransi antara kaum. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar toleransi antara kaum (p>.05). Seterusnya bagi aspek Identiti Malaysia menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.1966 , sig 0.001<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China dari segi perbezaan Identiti Malaysia. Demikian juga terdapat perbezaan antara pelajar Melayu dengan India dari segi perbezaan Identiti Malaysia dengan mencatat perbezaan min = 0.1804, sig 0.002<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum India. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar Identiti Malaysia (p>.05). Bagi aspek integrasi nasional pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.2433, sig 0.00<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China dari segi perbezaan integrasi nasional. Demikian juga terdapat perbezaan antara pelajar Melayu dengan India dari segi perbezaan integrasi nasional dengan mencatat perbezaan min = 0.2411, sig 0.000<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum India. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar integrasi nasional (p>.05). Kumpulan Kawalan Perbandingan skor min persefahaman budaya berdasarkan kaum, nilai F = 6.262 dan Sig = 0.003 <0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan persefahaman budaya antara pelajar Melayu, China dan India dalam kumpulan kawalan. Selanjutnya, perbandingan skor min toleransi antar kaum berdasarkan kaum, nilai F = 4.684 dan Sig = 0.012< 0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan toleransi antar kaum antara pelajar Melayu, China dan India. Seterusnya perbandingan identiti Malaysia berdasarkan kaum, nilai F = 4.288 dan Sig = 0.017<0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan Identiti Malaysia antara pelajar Melayu, China dan India dan perbandingan integrasi nasional pula berdasarkan kaum, nilai F = 4.824 dan Sig

206

Ahmad Ali, Zahara & Abdul Razaq

= 0.011<0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan Integrasi Nasional antara pelajar Melayu, China dan India. Berdasarkan analisis Ujian Pos Hoc Turkey pula terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.3051, sig 0.003<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China dari segi perbezaan persefahaman budaya. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar persefahaman budaya (p>.05). Bagi aspek toleransi antara kaum menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan India iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.1974, sig 0.020<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum India dari segi perbezaan toleransi antar kaum. Seterusnya terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum China dengan India iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.2172, sig 0.023<0.05. Nilai min kaum China lebih tinggi berbanding kaum India dari segi perbezaan toleransi antar kaum. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar toleransi antar kaum (p>.05). Seterusnya bagi aspek Identiti Malaysia menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.2173, sig 0.014<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China dari segi perbezaan Identiti Malaysia. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar Identiti Malaysia(p>.05). Bagi aspek integrasi nasional pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.2389, sig 0.014<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China dari segi perbezaan Integrasi Nasional. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar integrasi nasional (p>.05). Kumpulan Rawatan Perbandingan skor min aspek persefahaman budaya berdasarkan kaum, nilai F = 5.491 dan Sig = 0.006 <0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan persefahaman budaya antara pelajar Melayu, China dan India dalam kumpulan kawalan. Selanjutnya, perbandingan skor min aspek toleransi antar kaum berdasarkan kaum, nilai F = 6.022 dan Sig = 0.004< 0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan toleransi antar kaum antara pelajar Melayu, China dan India. Seterusnya perbandingan aspek identiti Malaysia berdasarkan kaum, nilai F = 10.053 dan Sig = 0.000<0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan aspek identiti Malaysia antara pelajar Melayu, China dan India dan perbandingan integrasi nasional pula berdasarkan kaum, nilai F = 17.457 dan Sig = 0.000<0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan Integrasi Nasional antara pelajar Melayu, China dan India.

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 207

Berdasarkan analisis Ujian Pos Hoc Turkey pula dalam Jadual 4.50, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.2196, sig 0.007<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China dari segi perbezaan aspek persefahaman budaya. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar persefahaman budaya (p>.05). Bagi aspek toleransi antara kaum menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan India iaitu dengan catatan perbezaan min = 0.2262, sig 0.005<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum India dari segi perbezaan toleransi antar kaum. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar toleransi antar kaum (p>.05). Seterusnya bagi aspek Identiti Malaysia menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan India iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.3179, sig 0.000<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum India dari segi perbezaan Identiti Malaysia. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar Identiti Malaysia(p>.05). Bagi aspek integrasi nasional pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.2369, sig 0.002<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China dari segi perbezaan Integrasi Nasional. Selanjutnya terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan India iaitu dengan catatan perbezaan min = 0.3797, sig = 0.000<0.05. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar integrasi nasional (p>.05). Hubungan antara Aspek Persefahaman Budaya, Toleransi antara Kaum dan Identiti Malaysia terhadap Integrasi Nasional Terdapat hubungan yang signifikan antara persefahaman budaya, toleransi antara kaum dan identiti Malaysia terhadap integrasi nasional. Hubungan persefahaman budaya dengan integrasi nasional iaitu dengan r = 0.744, sig = 0.000, hubungan toleransi antara kaum dengan integrasi nasional iaitu dengan r = 0.725, sig = 0000 dan hubunga antara identiti Malaysia dengan integrasi nasional iaitu dengan r = 0.740 dan sig = 0000. Secara keseuluruhan dapat disimpulkan bahawa teradapat hubungan yang tinggi antara persefahaman budaya, toleransi antara kaum dan identiti Malaysia terhadap integrasi nasional. Sumbangan Aspek Persefahaman Budaya, Toleransi antara Kaum dan Identiti Malaysia terhadap Integrasi Nasional Analisis regresi stepwise yang dijalankan didapati aspek persefahaman budaya merupakan varian yang signifikan memberikan peramal terhadap aspek integrasi nasional dengan nilai F = 98.183, sig = 0.000 (p<0.05). Aspek Identiti Malaysia merupakan varian yang signifikan yang memberikan peramal terhadap integrasi nasional, iaitu F =73.326, Sig = 0.000 (p<0.05). Selain itu, toleransi antara kaum juga

208

Ahmad Ali, Zahara & Abdul Razaq

merupakan varians yang signifikan memberikan peramal terhadap integrasi nasional dengan nilai F = 57.920, sig = 0.000(p<0.05) Berdasarkan kepada nilai Beta, didapati aspek persefahaman budaya menyumbang sebanyak 55 peratus (Beta = 0.399, t = 4.639, Sig = 0.000 dan R = 0.744). bagi aspek identiti Malaysia menyumbang sebanyak 11 peratus (Beta = 0.282, t = 2.689 dan R = 0.817) dan toleransi antara kaum menyumbang sebanyak 2.5 peratus (Beta = 0.258, t = 2.521 dan R = 0.832). Konteks ini, terdapat kemungkinan baki peratusan yang lain iaitu lebih kurang 31.5 peratus lagi disumbangkan oleh lain-lain faktor yang tidak diambil kira dalam kajian ini (Pallant 2005; Hair et al. 2006). Daripada dapatan regresi tersebut dapat dibuat persamaan regresi seperti berikut: Y = 0.007+0.399X1+ 0.282X2+0.258X3+0.326 Dimana; Y Integrasi Nasional X1 Persefahaman Budaya X2 Identiti Malaysia X3 Toleransi Antar Kaum Pemalar (Constant) 0.007 Ralat Terpiawai (Standard Error) 0.326 RUJUKAN Ahmad Ali Seman, (2009). Pendekatan Kepelbagaian Budaya dan Sejarah Etnik Ke Arah Pemupukan Integrasi Nasional. Dlm. Isjoni & Abdul Razaq Ahmad (pnyt.), Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, hlm 97 - 112, Pekan Baru : Cendekia Insani & FKIP, UNRI. Ahmad Rafaai Ayudin, (2000). Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru. Ampang : Penerbitan Salafi Ahmad Rafaai Ayudin, (2009). Kompetensi Profesional Guru-guru Sejarah : Transisi Pembudayaan Ilmu dan Pengajaran Efektif. Dlm. Isjoni & Abdul Razaq Ahmad (pnyt.), Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, hlm 37 56, Pekan Baru : Cendekia Insani & FKIP, UNRI Abdul Rahim Abdul Rashid, (1997). Penerapan Patriotisme dan Wawasan Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah. Kursus Penataran Sejarah KBSM Untuk Guru Sumber Sejarah. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Air Keroh, Melaka. 10 14 Mac. Badriyah Salleh, (1998). Dari Komuniti Etnik Kepada Satu Bangsa. Jurnal Ilmu Kemanusiaan, 5:1-21 Chai Hon Chai, (1977). Education and Nation Building in Plural Societies: The West Malaysian Experience. Canberra: The Australian National University. Cheah Boon Kheng, (2002). Malaysia : The Making of a Nation. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. Dworkin, Ronald. (2001). Menganggap Serius Masalah Hak. Dlm Larry May dan Shari Colins-Chobanian, Etika Terapan: Sebuah Pendekatan Multikultura,

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 209

Terjemahan: Sinta Carolina dan Dadang Rusbiantoro, Yogyakarta: Tiara Wacana. Guilford J.P. (1989). The Nature of Human Intelligence. New York : McGraw Hill Khoo Kay Kim, (1975). Persejarahan Malaysia. Syarahan Tun Seri Lanang. Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Kymlicka , W. (1999). Education for citizenship. Dlm. Halstead dan T.H. McLaughlin, (pnyt.) Education and Morality, London:Routledge. Lee, M.N.N. (2002). Teacher Education in Malaysia: Current Issues & Future Prospects. In Teacher Education (ed) London, USA: Kogan Page Ltd Maharom Mahmood, (2001). Pendidikan Sejarah ke arah pembentukan warganegara patriotic. Kertas Kerja 2 : Kurikulum Sejarah ke arah memperkukuh usaha pemupukan semangat patriotik dalam kalangan murid. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum dan Persatuan Sejarah Malaysia. Tajul Ariffin Noordin, (1993). Pendidikan Bersepadu : Konsep dan Falsafahnya dalam KBSM. Dlm. Adnan Kamis (pnyt.), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah : Pandangan dan Maklumbalas, hlm. 19-34, Bangi : Penerbit UKM. Tajul Ariffin Noordin & Nor Aini Dan, (1992). Membentuk Identiti Kebangsaan. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pembentukan Integrasi Bangsa. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Sutan Takdir Alisyahbana, (1966). Indonesia : Social and Cultural Revolution. Kuala Lumpur : OUP.

You might also like