You are on page 1of 2

DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ,

Allahumma Antal Azizul Jalil, Ya Allah. Sesungguhnya pada pagi ini, kami ingin merafakan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai, kami merafakan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkumpul selama 5 hari dalam Kursus Pengurusan Kokurikulum, Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami sehingga kami dapat menyelesaikan kursus ini dengan jayanya . Allahumma Ya Hakim Ya Azim, Sesungguhnya kami berhimpun di sini, bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan iltizam kami, dengan roh dan semangat untuk membangun, membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa kami supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Justeru berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami,

idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Allahumma Ya Aliim, Wa Ya Khabiir, Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia mau pun di akhirat.

, , .

You might also like