You are on page 1of 7

AKHLAK )(

Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang. Akhlak berasal dari bahasa Arab iaitu Khuluqun yang bererti budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat. Definisi ilmu akhlak menurut Prof. Omar Al Toumy Al Syaibani pula, ilmu yang mengkaji tentang hakikat perbuatan berakhlak, sifat kebaikan, kejahatan, kebenaran, kewajipan, kebahagiaan, hukum dan tanggungjawab akhlak, motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak. Menurut Prof. Dr. Ahmad Amin dalam bukunya Al- Akhlaq merumuskan pengertian akhlak sebagai : Akhlak ialah suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh setengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat . Islam telah membahagikan akhlak kepada dua iaitu:

AKHLAK )(

akhlak yang buruk atau akhlak tercela (Al-Akhlak Mazmumah).

akhlak yang mulia atau akhlak terpuji (Al-Akhlak Mahmudah)

Menurut Imam Ghazali, akhlak yang mulia mempunyai empat perkara iaitu bijaksana, memelihara diri dari sesuatu yang tidak baik, keberanian (menundukkan hawa nafsu) dan bersifat adil. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya". (Hadith Riwayat Ahmad). Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa akhlak adalah sains yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan serta cara untuk mempraktikkan kebaikan dan menolak keburukan. Akhlak juga berkait rapat dengan kejiwaan. Oleh itu ada yang mentafsirkan akhlak sebagai ilmu yang menyarankan cara-cara membersihkan jiwa dengan tumpuan kepada apakah itu kebaikan dan keburukan, apakah kriteria yang dapat menilai sesuatu itu sebagai baik dan buruk, dan apakah motif dan nilai di sebalik sesuatu perlakuan tersebut.

ETIKA
Etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan,hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Etika merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkahlaku manusia.Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral,prinsip moral,kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Etika berasal daripada perkataan ethics yang diambil daripada perkataan ethos yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan. Etika boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Normatik yang merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat, manakala Metaethic pula dibahagikan kepada dua iaitu Analitik yang berkaitan dengan menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkahlaku baik dan jahat, dan Kritikal yang berkaitan dengan mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Dalam sebutan lain, etika dapat didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Etika menurut French dan Granrose (1995) adalah : "A set of normative guidelines directed towards resolving conflicts of interest, so as to enhance societal well-being". Untuk membentuk etika yang baik, tingkahlaku seseorang itu adalah penting dan seseorang itu perlu ada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan. Dengan berasaskan kepada etika yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang itu. Buchnolz (1989) pula mendefinisikan etika sebagai: " is a systematical attempt, through the use of reason, to make sense of our individual and social moral experience in such a way as to determine the rules that ought to governed human conduct and the values worth pursuing in life". Bagi memberi makna kepada perjalanan moral sosial dan individu, perlu ada satu sistem yang boleh menggunakan alasan-alasan dan bertindak sebagai satu panduan yang boleh memberi kebaikan kepada tingkahlaku manusia dan seterusnya menjadi kehidupan itu lebih bermakna. White (1993) pula mengatakan etika adalah cabang falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral (virtue moral) dan menilai tindakan manusia. Falsafah etika adalah berbeza daripada undang-undang, keagamaan, budaya dan pendekatan secara peribadi kepada etika adalah menerusi kajian tingkahlaku tentang moraliti melalui rasional yang dilihat kepada kehidupan manusia.

Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan tumpuan kepada kebaikan moral. Socrates (469-399B.C.) menggunakan pendekatan yang mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan (virtue) dan kesihatan roh (health of the soul). Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan orang agar menjadi berakhlak mulia (virtuous). Socrates mengatakan bahawa kebahagian adalah mustahil diperolehi tanpa memiliki moral kebaikan dan tindakan yang tidak beretika akan menggangu orang lain malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai orang yang lemah dan mempunyai psikologi yang tidak sihat. Hubungan etika dan personaliti manusia dilanjutkan oleh anak muridnya iaitu Plato(428-348B.C.) yang mengatakan bahawa moral kebaikan adalah suatu imbangan dan harmoni di kalangan perbezaan yang wujud dalam roh (soul) dan alasan (reason) akan mengambil alih keperluan fizikal dengan dibantu oleh emosi. Sepertimana Socrates, Plato melihat moral kebaikan sebagai suatu keperluan terhadap kesihatan roh tetapi kebaikan yang sejati adalah sukar dicapai dan bergantung sepenuhnya kepada peringkat pembelajaran falsafah yang tinggi dan kebenaran metafizik yang memerlukan kajian yang lama. Oleh itu,mengikut Plato kebaikan moral adalah berada di bahagian dalaman intelektual. Sekiranya etika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya, etika moden banyak menfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan dan telah membentuk 2 persaingan iaitu tindakan yang mempunyai sifat etika dalaman dan memerlukan status moral daripada akibat (consequences) yang dibuat dan tindakan itu samada betul atau salah.Dahulunya ia dikenali sebagai Teologikal dan sekarang dikenali dengan Deontological iaitu pendekatan kepada etika.

KAIZEN ()
Kaizen adalah konsep yang diketengahkan oleh orang Jepun yang bermaksud: perubahan kearah kebaikan sikit demi sedikit. Orang Jepun berpegang teguh kepada konsep ini sejak tamatnya Perang Dunia ke II lagi dan sehingga kini, Jepun merupakan negara yang amat maju di Asia dan juga di mata dunia.

Pembentukan 1Malaysia dengan mengaplikasikan tiga (3) perkara di atas. Masyarakat atau penduduk yang mempunyai akhlak dan etika yang baik dapat membentuk sebuah negara yang harmoni aman dan damai. Ketiga-tiga perkara yang telah dihuraikan di atas wajar menjadi pegangan setiap individu di dunia ini amnya dan menjadi pegangan penduduk di Malaysia khasnya. Seperti yang diketahui, negara Malaysia mempunyai penduduk berbilang agama, bangsa dan kaum. Oleh yang demikian, kita haruslah saling menghormati dan bertolak ansur antara satu dengan yang lain bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni selaras dengan slogan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 iaitu 1Malaysia. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia dan ianya merupakan pelengkap kepada pendekatanpendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat.

Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut: Aspek Pertama Penerapan Teras-Teras Perpaduan Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.

Aspek Kedua Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. Bagi menjayakan 1Malaysia nilai-nilai utama iaitu akhlak dan etika perlu dititikberatkan. Konsep 1Malaysia dapat dilaksanakan sekiranya setiap individu mempunyai nilai-nilai yang murni, ini kerana perpaduan hanya dapat dicapai sekiranya masyarakat mempunyai akhlak yang tinggi serta etika yang baik disamping terus memperbaiki kelemahan diri selaras dengan perkataan kaizen dimana menjadikan diri lebih baik dari sebelumnya.

RUJUKAN

1. http://www.ftsm.ukm.my/mas/nota%20tm3923/mm%201%20akhlak%20moral%20eti ka.pdf 2. http://en.wikipedia.org/wiki/Kaizen 3. http://www.scribd.com/doc/21947730/KONSEP-1MALAYSIA

You might also like