You are on page 1of 96

ABUYA HAJI

ASHAARI MUHAMMAD
adalah
PUTERA BANI TAMIM
Susunan
Mohd. Nizamuddin Haji Asaari
Laila Ahmad

© Perniagaan Mata Angin (001618055-V)

Cetakan Pertama: Ogos 2007

ISBN 983 43129 0 4

Semua bahan dalam buku ini adalah bebas untuk


diterbitkan semula atau diedarkan dalam apa bentuk
sekalipun tetapi tidak boleh mengubah fakta yang
terkandung di dalamnya, dengan izin daripada
Perniagaan Mata Angin (001618055-V)

Terbitan:
Perniagaan Mata Angin (001618055-V)
No. 9A, Bangunan Seri Pantai, Jalan Pantai Baru,
Bangsar, 59200 Kuala Lumpur

Dicetak oleh:
Seng Fatt Enterprise
Kandungan

Sepatah Kata iii


1. Petunjuk Allah Di Setiap Zaman 1
2. Jadual Tuhan Untuk Umat Islam Akhir Zaman 9
3. Ciri-Ciri Mujaddid 22
4. Tugas dan Tanggungjawab Putera Bani Tamim 39
5. Abuya Ashaari Muhammad Menepati
Ciri-Ciri Mujaddid 50
6. Abuya Ashaari Muhammad Adalah
Putera Bani Tamim 68
7. Kesimpulan 76
Lampiran 1 81
Lampiran 2 86
Lampiran 3 91

ii
Sepatah Kata

UMAT ISLAM ada agenda tersendiri yang telah dijadualkan


oleh Allah SWT. Jadual dari yang Maha Mengetahui dan Maha
Sempurna. Namun, agenda dan jadual Allah SWT ini diping-
girkan. Sebaliknya umat Islam membuat jadual sendiri atau
mengikut jadual ciptaan Barat. Ini sangat bercanggah dengan
sikap Rasulullah SAW. Ketika itu Rom dan Farsi merupakan dua
empayar besar. Rasulullah tidak mengikut mereka tetapi mengi-
kut agenda dan jadual Allah SWT. Sejarah juga membuktikan
para mujaddid adalah mereka yang mengikut jadual Allah SWT.
Ketepatan menurut kehendak Allah SWT dan Rasul-Nya itu-
lah faktor paling utama kemenangan dan kejayaan bakal diberi-
kan oleh Allah. Ini kerana ia merupakan janji Allah SWT kepada
manusia di sepanjang zaman serta ada jaminan kemenangan,
kejayaan dan keberhasilan umat Islam dunia dan Akhirat.
Di antara janji Allah SWT melalui lidah Rasul-Nya (nas-
nasnya akan dinyatakan dalam bab-bab seterusnya):
Pertama: Setiap awal kurun, Allah SWT akan munculkan
seorang mujaddid. Di tangan mujaddid inilah Islam dan umatnya
akan kembali gemilang dan berdaulat. Tidak salah bagi siapa
pun yang mempunyai cita-cita perjuangan berhempas pulas
untuk berjuang, kerana itu sudah taklif (menjadi tanggung-
jawab). Dan andainya ikhlas serta menepati syariat, Allah tetap
memberi pahala. Namun kejayaan perjuangan hanya Allah SWT
janjikan dianugerahkan kepada pemimpin yang Allah SWT
janjikan iaitu mujaddid-Nya.

iii
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

Kedua: Terdapat tiga ‘figure’ yang disimpan oleh Allah SWT di


akhir zaman ini iaitu Putera Bani Tamim, Al Mahdi dan Nabi Isa
a.s. Sebelum kemunculan Al Mahdi, ia didahului oleh Putera
Bani Tamim yang memperjuangkannya sehingga tertegaknya
sebuah pemerintahan yang bertaraf daulah atau negara. Daulah
itu merupakan tapak kepada ummah.
Ketiga: Munculnya Al Mahdi dan Putera Bani Tamim adalah di
awal kurun.
Keempat: Oleh kerana kebangkitan itu di Timur, sudah pastilah
kawasan Timur yang paling subur keislamannya itu menjadi
tapak kepada kebangkitan tersebut. Maka berani kami katakan
bahawa Malaysialah yang dimaksudkan Timur itu. Oleh itu dapat
pula disimpulkan bahawa Putera Bani Tamim itu berada di
Malaysia. Dan Abuya Ashaari itulah Putera Bani Tamim seperti-
mana keyakinan kami selama ini.
Sepatutnya umat Islam khususnya di alam Melayu sangat
bersyukur dengan khabar gembira dari Allah dan Rasul ini.
Rahmat dan kurnia Allah SWT yang amat besar ini sepatutnya
disambut dengan penuh malu. Dalam pada itu terus pula ber-
usaha bagi melayakkan diri untuk bersama Putera Bani Tamim
dan seterusnya bersama Al Mahdi. Tidak terhingga nilainya di
sisi Allah SWT di dunia ini dan lebih-lebih lagi di Akhirat.
Buku ini sedaya upaya cuba menjelaskan apa yang kami
perkatakan di atas dengan hujah-hujah ilmiah serta nas-nas Al
Quran dan Hadis. Harapan kami moga-moga para pembaca akan
mendapat kefahaman dan keyakinan terhadap janji-janji Tuhan
untuk kita di akhir zaman serta turut sama menerima dan
mengecapi nikmat besar dari Tuhan itu.
Sekiranya ada pahala dari usaha ini, kami hadiahkan kepada
mursyid kami Abuya Ashaari Muhammad atas jasa-jasanya yang
amat besar kepada kami. Juga kami hadiahkan kepada semua
yang telah berjasa kepada kami, ibu bapa kami dan seluruh
muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup mahupun
yang telah mati.

Yang dhaif,
Penyusun.

iv
1 Petunjuk Allah
Di Setiap Zaman

ALLAH SWT berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya: “Dan bagi setiap generasi ada yang mem-


beri petunjuk.” (Ar Raad: 7)
Petunjuk yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah rasul-
rasul dan nabi-nabi. Ertinya setiap zaman, Allah pasti akan
mendatangkan orang-Nya yang menjadi petunjuk kepada
manusia.
Di zaman ada rasul maka rasul membawa syariat baru
dari Allah. Di zaman tiada rasul, nabi-nabi didatangkan untuk
menyampaikan syariat rasul yang sebelumnya. Manakala di
segi aqidahnya tetap sama, yakni setiap rasul datang untuk
mengenalkan Allah sebagai Tuhan kepada manusia. Cuma
syariat yang berbeza.
Sepanjang umur dunia, Allah sudah mengutuskan 313
orang rasul. Ada juga yang mengatakan 314 atau 315 orang
rasul semuanya. Bilangan nabi pula seramai 124 ribu orang.
Nabi-nabi ini datang di antara atau di celah-celah kedatangan

1
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

rasul. Ada juga yang datang bersama-sama dengan kedatang-


an rasul.
Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang terakhir. Selepas-
nya tiada lagi nabi atau rasul sebab baginda ialah Nabi akhir
zaman. Selepas kewafatan baginda SAW, dunia bersambung
untuk 15 kurun lagi sebelum Kiamat. Ertinya selama 1500
tahun, manusia mempunyai nabi yang telah wafat. Apa erti-
nya ini?

RASULULLAH TERUS MEMIMPIN


Kewafatan Rasulullah SAW bukan bermakna berakhirnya misi
baginda sebagai rasul dan nabi. Bahkan ketika saat kematian-
nya baginda menyebut, “Ummati, ummati....” Tangisan
baginda mengenangkan nasib umatnya itu membawa erti
bagindalah yang akan menyelamatkan umatnya dengan izin
Allah. Sebagai Rasul, tentu Allah ada cara-Nya untuk melaku-
kan peranan seorang yang sudah wafat dapat menyelamatkan
orang yang hidup.
Hal ini bukan suatu yang mustahil. Dalam kitab-kitab
terdapat banyak kisah menceritakan bagaimana orang mati
(roh orang soleh) boleh membantu orang hidup. Kalau orang
soleh pun boleh membantu secara roh, tentulah hal ini Tuhan
benarkan berlaku kepada Rasulullah SAW (lihat Lampiran
2) selepas kewafatannya dalam memikul tugas sebagai Nabi
dan Rasul akhir zaman. Bahkan sebelum kelahirannya lagi
roh atau nur Muhammad yang suci itu telah berperanan. Nabi
Adam a.s. pernah bertawasul dengan Rasulullah SAW apabila
melihat nama Muhammad digandingkan dengan nama Allah
di Syurga.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, bumi telah mengadu
kepada Tuhan mengapa tiada lagi nabi yang berjalan di
atasnya sesudah Nabi Muhammad SAW. Amirul Mukminin
Sayidina Ali k.w. juga telah berdoa: “Ya Allah, ya Tuhanku!
Biarlah bumi ini tidak sepi dari penegak agama-Mu dengan
hujah, sama ada secara terang-terangan ataupun secara sem-
bunyi.”

2
PETUNJUK ALLAH DI SETIAP ZAMAN

Walau bagaimanapun, dengan rahmat dan kasih sayang


Allah SWT, bumi ini sebenarnya tidak pernah lengang dari
para ulama yang hak dan para kekasih Allah dari kalangan
wali Autad dan Abdal yang membawa manusia kembali
kepada Tuhan.
Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Bahawa para ulama itu adalah pewaris


para nabi. Sesungguhnya para nabi tiada mewariskan
umatnya wang ringgit, tetapi mereka mewariskan umat-
nya ilmu pengetahuan.” (Hadis diriwayatkan daripada
Anas, tersebut dalam kitab Al Jamius Shoghir)

Dalam Hadis yang lain Rasulullah bersabda:

Maksudnya: “Para ulama umatku sama seperti para


nabi Bani Israil.” (Menurut Fakhrurrazi, Ibnu Qudamah,
Al Baziri dan lain-lain)
Nabi-nabi Bani Israil yang dimaksudkan dalam Hadis di
atas, mereka muncul di celah-celah terputusnya kezahiran
para rasul Bani Israil. Contohnya Nabi Samuel a.s. yang mun-
cul di waktu kekosongan rasul iaitu setelah berlalunya zaman
Nabi Zulkifli a.s. dan sebelum kedatangan Nabi Daud a.s.
Manakala setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi
nabi selepasnya. Lalu Rasulullah mengibaratkan para ulama
yang hak di kalangan umatnya ini sebagai pewarisnya dan
menggantikannya dalam tugas memikul tanggungjawab
meneruskan seruan agama Allah SWT. Begitu sekali nabi me-
muliakan para ulama di kalangan umatnya dari segi peranan
menyampaikan seruan, bukan dari sudut darjat kenabian.
Begitu juga dengan rahmat Allah SWT, di sepanjang zaman
hingga kini dunia tidak pernah putus dari adanya para wali
Autad dan Abdal yang kerana ketaqwaan merekalah Allah

3
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

turunkan rahmat-Nya ke muka bumi. Cuma mereka tidak


dikenali umum. Tetapi bagi para mujaddid yang zahir setiap
awal kurun, kepimpinan mereka lebih terserlah berbanding
ulama-ulama lain. Ini kerana mereka adalah ulama yang
berwatak rasul (yakni mereka mendidik dan memimpin ma-
nusia menuju Tuhan). Oleh itu menjadi tanggungjawab umat
Islam di setiap awal kurun untuk mencari mujaddid di kurun-
nya kerana ia adalah khabar gembira dari Rasul.

KEPIMPINAN RASULULLAH MELALUI MUJADDID


Nampaknya teknik yang digunakan oleh Allah untuk mem-
bolehkan Rasulullah SAW terus memimpin umat setelah
kewafatannya itu boleh dibaca dalam sabda Rasulullah SAW
iaitu:

Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa


Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengu-
tus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang
(mujaddid) yang akan memperbaharui urusan agama
mereka.” (Riwayat Abu Daud)
Jadi berdasarkan Hadis tadi, jelas bahawa di setiap awal
kurun (Hijriah), Allah utuskan seorang mujaddid.
Mujaddid ertinya orang yang membawa pembaharuan.
Dalam bahasa Inggeris dikatakan ‘reformer’ yang bererti
pembaharu. Tugas mujaddid adalah untuk memperbaharui
urusan agama. Mujaddid datang bukan membawa agama
baru atau memperbaharui isi Al Quran. Mereka tetap mem-
bawa isi Islam sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Cuma penafsiran tentang isi Al Quran dan Hadis itu sahaja
yang dibaharui melalui ilham dari Tuhan yang mana penaf-
siran itulah yang paling tepat dan sesuai untuk diamalkan di
zamannya.

4
PETUNJUK ALLAH DI SETIAP ZAMAN

Roh Rasulullah SAW diizinkan Allah untuk hadir (yaqazah)


mengajarkan melalui ilham yang jatuh ke hati para mujaddid.
Hakikatnya Rasulullah-lah yang melakukan tugasan se-
bagai Nabi akhir zaman untuk menghidupkan agama
Islam atau Al Quran dan Sunnah setiap 100 tahun sekali.
Rasulullah-lah yang memonitor setiap mujaddid sehingga
mereka bukan hanya mampu mentafsirkan Al Quran dan
Sunnah tetapi juga mengamalkannya dalam diri, keluarga,
jemaah dan perjuangannya. Sehingga jadilah setiap mujaddid
yang lahir di awal kurun itu umpama ‘Al Quran bergerak’ di
kurun tersebut. Keindahan Islam yang dibawa dan diperjuang-
kannya berjaya menjadi contoh atau role model, sehingga
hasilnya manusia jatuh hati kepada Tuhan dan syariat-Nya.
Mengapa Tuhan mengambil kaedah ‘mujaddid’ seba-
gai saluran untuk Rasulullah berperanan?
Ini adalah kerana Allah mahu menunjukkan kuasa-Nya
yang Maha Agung terhadap Nabi Muhammad SAW yang
mana Nur Muhammad itu adalah lebih dominan daripada
fizikalnya. Ia kekal wujud dan berperanan sejak awal-awal
diciptakan sebagai ciptaan paling utama. Ia akan terus ber-
peranan walaupun terhadap makhluk paling akhir yang akan
dimatikan.
Jasad Rasulullah SAW yang kekal tidak reput, yang ada di
bumi Madinah itu pun merupakan satu kekuatan simbolik
umat Islam. Ditambah lagi dengan roh baginda yang cukup
kuat dan aktif bekerja sesudah wafatnya adalah satu kekuatan
tersirat kedua yang menjadi kekuatan juga lagi untuk umat
Islam.
Ajarannya terus menguasai dan akan bangkit sekali lagi
untuk memerintah dunia seluruhnya. Grand design oleh Allah
dan Rasul ini adalah percaturan paling licik, membuatkan
musuh-musuh-Nya akhirnya menyerah diri kepada Allah dan
menerima agama Muhammad.

KEPIMPINAN MUJADDID
Tercatat dalam sejarah, jemaah yang dipimpin oleh mujaddid

5
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

luar biasa kepimpinannya. Allah membantu mereka dengan


membekalkan ilmu, kemampuan dan kegigihan yang luar
biasa sehingga para pemerintah di zamannya segan dan takut
dengan jemaah dan pimpinannya. Allah membekalkan ilmu
ilham dan karamah kepadanya dalam memperjuangkan
agama Allah.
Mereka sangat berwibawa kerana ketaqwaan mereka. Para
pengikut mereka pula walaupun sedikit, sangat taat dan setia,
kuat beramal dan dapat membangunkan kesyumulan Islam
dalam jemaah.

Para mujaddid yang telah diutus


Sudah ada sekurang-kurangnya 13 mujaddid yang datang di
setiap awal kurun Hijrah yang sudah berlalu selama 14 kurun,
sejak kewafatan Rasulullah SAW. Mereka itu ialah (mengikut
susunan kedatangan mereka):
1. Khalifah Umar Ibnu Aziz (mujaddid pertama, datang pada
awal kurun kedua Hijrah)
2. Imam Syafie
3. Imam Abu Hassan Asyaari dan Ibnu Suraij Al Iraqi
4. Imam Al Baihaqi dan Syeikh Abdul Hamid Isfaraini Asy
Syafie
5. Imam Al Ghazali
6. Imam Fakhrurrazi
7. Ibnu Daqiqi ‘Id
8. Al Balqini
9. Imam As Sayuti
10. Imam Muhammad Ar Ramli
11. Abdullah Salim Al Basri
12. Ad Dardiri
13. Asy Syarqawi

Khalifah Umar Ibnu Aziz: Kedatangannya untuk memper-


baharui sistem pemerintahan yang sudah rosak di zamannya.
Keadilan dan ketaqwaannya mampu menundukkan manusia

6
PETUNJUK ALLAH DI SETIAP ZAMAN

kepada Tuhan bahkan kambing dan serigala pun dapat ber-


kawan.
Imam Syafie: beliau datang untuk mengaktifkan semula
amalan syariat dengan memperkenalkan kaedah ijtihad dan
bagaimana mengistinbat hukum. Keluarlah darinya pene-
muan-penemuan kaedah baru untuk menghidupkan agama
di zamannya. Pendekatan secara ijtihad ini adalah khusus
untuk umat Islam di zaman itu. Penemuan kaedah ini jangan-
lah kita anggap hasil fikiran atau hasil pengajian Imam Syafie
di zamannya. Sebenarnya bila Allah dan Rasul isytiharkan
adanya mujaddid di setiap awal kurun, ertinya mujaddid itu
dimonitor oleh Allah dan Rasul. Apa yang datang dari mereka
itu adalah bikinan dan ciptaan Allah dan Rasul.
Imam Ghazali: menyatukan semula syariat, tasawuf dan
tauhid yang sudah terpisah-pisah. Gabungan tiga bidang ilmu
yang dibuat dalam Al Quran dan Hadis oleh Allah dan Rasul
terpecah-pecah dalam beberapa kurun kemudian. Lalu tang-
gungjawab Allah dan Rasul-lah membetulkan semula kero-
sakan dengan cara menghantar orang-Nya selaku mujaddid.
Imam Abu Hassan Asyaari: mengeluarkan kaedah penga-
jaran ilmu tauhid secara falsafah berdasarkan dalil aqli dan
naqli. Terkenal kaedahnya sebagai ilmu sifat 20.
Imam Fakhruddin Ar Razi: menghuraikan cara bagaimana
kaedah mentafsirkan Al Quran dan bagaimana menghuraikan
maksud-maksud yang halus dan tersirat daripada ayat Al
Quran.
Imam Sayuti: menghuraikan bagaimana imam mujtahid
berijtihad.
Demikianlah di antara karamah-karamah besar yang Allah
rezekikan kepada para mujaddid untuk membangunkan atau
menghidupkan semula agama di awal setiap kurun. Di sini
kita dapat berfikir, terhadap orang-Nya masakan Allah dan
Rasul tidak berhubungan, sedangkan misi mujaddid ialah misi
Allah dan Rasul. Ini juga adalah mukjizat Nabi Muhammad
yang sangat besar yang berlaku selepas kewafatan baginda.
Mujaddid-mujaddid itu sebenarnya roh mereka sentiasa ber-
sama roh Rasulullah SAW.

7
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

Para mujaddid sebenarnya adalah umpama para nabi di


zaman ada nabi. Iaitu peranannya bukan membawa syariat
baru. Mereka menyampaikan syariat Rasulullah untuk setiap
seratus tahun sekali supaya setiap umat sepanjang 100 tahun
itu mendapat sentuhan Nabi mereka melalui mujaddid. Demi-
kianlah rahmat dan keadilan Allah supaya setiap orang diberi
peluang untuk selamat dari api Neraka. Justeru itu sesiapa
yang hidup di zaman adanya petunjuk sama ada rasul, nabi
atau mujaddid tapi tidak mengikut petunjuknya maka dia
tidak akan selamat hidupnya di dunia mahupun Akhirat.

8
2 Jadual Tuhan Untuk
Umat Islam Akhir Zaman

JADUAL TUHAN
Tuhan telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-
Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Tuhan untuk umat
yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih
sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk
mereka tidak ada lagi nabi dan rasul. Maka diceritakanlah
perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau
negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat
Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan mene-
rima takdir yang bakal berlaku.
Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah:
Rasulullah SAW bersabda:

9
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas


kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagai-
mana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengang-
kat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekha-
lifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman
kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang
Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu
berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman
Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah
kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian
berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (Zaman
Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang
Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekha-
lifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan
di atas cara hidup Zaman Kenabian.” (Riwayat Ahmad)
Demikianlah Tuhan telah siapkan satu grand design untuk
umat Rasulullah SAW. Kini, sesudah lebih 1400 tahun ke-
wafatan Nabi penutup SAW, sebahagian besar dari jadual atau
agenda dalam Hadis di atas sudah berlaku. Melalui Hadis
ini, terdapat satu janji Tuhan yang belum berlaku tapi bakal
berlaku tidak lama lagi iaitu Islam akan kembali gemilang
seperti Zaman Kenabian di akhir zaman di bawah pimpinan
Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.

JADUAL TUHAN YANG TELAH BERLAKU


Telah banyak jadual Tuhan yang terjadi dalam sejarah sama
ada yang positif atau negatif. Berikut adalah dua jadual besar
positif yang telah pun berlaku.

1. Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan Islam


Ketika menggali parit dalam persiapan peperangan Khandaq,
Rasulullah telah memberitahu para Sahabat bahawa Rom dan
Farsi akan jatuh ke tangan umat Islam.

10
JADUAN TUHAN UNTUK
UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN

Rom dan Farsi ketika itu adalah dua super power dunia,
bagaikan Amerika dan Rusia (sebelum kejatuhannya dalam
tahun 80-an). Dan ternyata Hadis itu terbukti dengan jatuh-
nya Romawi Timur dan Farsi ke tangan tentera Islam pada
zaman Khalifah Umar Al Khattab. Bahkan jadual ini Tuhan
nyatakan dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah ja-


jahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalah-
kan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebe-
lum dan selepas, semuanya dalam urusan (jadual) Allah.
Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang mukmin bergem-
bira dengan pertolongan Allah itu.” (Ar Rum: 2-4)

2. Konstantinopel jatuh ke tangan Islam


Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Konstantinopel akan jatuh ke tangan


seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya)
tidak melampaui batas, tidak mencuri dan (rakyat) tidak
menipu dan tidak bergaul bebas.” (Riwayat Al Imam Abu
Hassan Ahmad bin Jaafar) – Dipetik dari kitab Al Uq-
duddurar fi akhbar Al Muntazar.
Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Pasti Konstantinopel akan dibuka

11
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

(ditakluk), dan sebaik-baik ketua adalan ketuanya, dan


sebaik-baik tentera adalah tenteranya.” (Riwayat Ahmad
dan Hakim dari Busyr Al Ghanawi)
Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk me-
rebut janji Tuhan tentang kejatuhan Konstantinopel itu,
dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji tersebut.
Tetapi mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewa-
fatan Rasulullah. Hal ini baru terjadi di tangan Muhammad
Al Fateh, keturunan Bani Usman. Lalu dari situlah munculnya
Turki Usmaniah yang menjadi empayar kepada tiga benua
dengan 29 negara di bawah takluknya. Hingga hari ini kalau
kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kege-
milangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.

JADUAL TUHAN UNTUK UMAT ISLAM


AKHIR ZAMAN
Tuhan telah menyiapkan satu jadual untuk umat akhir zaman.
Maka kita sepatutnya berjuang dan berlumba-lumba untuk
membuktikannya sebagaimana para Sahabat dahulu. Antara
janji-janji Tuhan dalam jadual-Nya untuk zaman ini seperti
berikut:

1. Kegemilangan Islam akan berulang di akhir zaman


Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud,
beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia


kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai
diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keturunanku

12
JADUAN TUHAN UNTUK
UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN

atau kaum keluargaku, namanya sama dengan namaku


dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia
memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebe-
lumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.” (Riwa-
yat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh
Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)

2. Kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari


Timur
Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata:


“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba
datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani
Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua
mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah
baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami
melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih
untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku

13
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku


kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur
dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji
berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak
diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh
kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu
tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka
menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum
kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba-
gaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di
antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah
mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya
dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab
Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

3. Setiap awal kurun Allah akan datangkan mujaddid


(reformer)
Rasulullah SAW bersabda (lihat matan Hadis di muka 4):
Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengu-
tus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang
(mujaddid) yang akan memperbaharui urusan agama
mereka.” (Riwayat Abu Daud)

4. Imam Mahdi mujaddid dan khalifah akhir zaman


i. Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu
Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda (lihat
matan Hadis di muka 12):
Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia
kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai
diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku,
namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya
sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia
dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah
dipenuhi dengan kezaliman.” (Riwayat At Tirmizi) (Lihat
kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid
kurun ke-9)

14
JADUAN TUHAN UNTUK
UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN

ii. Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain:


Dari Abu Nu’aim mengeluarkan dari Abi Said dan
Nabi SAW katanya: “Al Mahdi daripada kami Ahlul Bait,
seorang lelaki dari umatku, mancung hidungnya. Dia
memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana ia di-
penuhi kezaliman.”
iii. Sabda Rasulullah SAW lagi:
Dan telah mengeluarkan Abu Na’im dan Al Khatib
dalam Talkhis Al Mutasyabih dari Ibnu Umar katanya
sabda Rasulullah SAW: “Akan keluar Al Mahdi dan di
atas kepalanya malaikat yang menyeru: Inilah Al Mahdi
dan ikutilah dia.”

5. Putera Bani Tamim dari Timur pemegang panji-panji


Imam Mahdi
Dikeluarkan oleh Tabrani dalam Al Ausat:

Maksudnya: Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah


memegang tangan Sayidina Ali dan bersabda: “Akan
keluar dari sulbi ini, seorang pemuda yang akan meme-
nuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana
kamu melihat yang demikian itu maka wajiblah bagi
kamu bersama (yakni dengan mencarinya) Pemuda dari
Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia
adalah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Dari kitab Al
Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

6. Jemaah kebenaran pimpinan Putera Bani Tamim men-


dapat kemenangan di Timur dan merintis jalan untuk
Imam Mahdi.
i. Rasulullah SAW bersabda:

15
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

Maksudnya: “Akan sentiasa ada toifah di kalangan


umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak
akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah da-
tangnya ketentuan Allah (Kiamat).” (Riwayat Muslim)

ii. Sabda Nabi SAW, dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan


dari Abu Nuaim:

Maksudnya: Daripada Tsauban, telah bersabda Rasu-


lullah SAW: “Akan datang panji-panji hitam dari Timur,
hati mereka seperti kepingan besi. Barang siapa yang
mendengar tentang mereka, hendaklah mendatangi
mereka dan berbai’ahlah kepada mereka walaupun ter-
paksa merangkak di atas salji.” (Dari kitab Al Hawi lil
Fatawa oleh Imam Sayuti)

iii. Dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada Abdullah bin Al


Haras bin Juzu’ Al Zubaidi telah bersabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Akan keluarlah manusia dari Timur,
mereka itu merintis kekuasaan untuk Al Mahdi.” (Dari
kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

v. Hadis Ibnu Mas‘ud (lihat matan Hadis di muka 13):


Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata:
“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba
datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani
Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua
mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah
baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami
melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

16
JADUAN TUHAN UNTUK
UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih


untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku
akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku
kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur
dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji
berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak
diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh
kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu
tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka me-
nyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabat-
ku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana
ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu
yang sempat menemuinya maka datangilah mereka
walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia
adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab
Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

7. Pengisytiharan Imam Mahdi pimpinan ummah di


Mekah
Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya ketika zahir Al Mahdi, menyerulah


malaikat dari atas kepalanya: “Inilah Al Mahdi sebagai
khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia.” Seluruh manu-
sia tunduk dan patuh kepadanya dan mendapat kasih

17
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

sayangnya. Sesungguhnya Al Mahdi itu menguasai Timur


dan Barat. Dan adapun yang berbai’ah kepadanya antara
rukun Al Aswad dan maqam Ibrahim, yang pertama
sebanyak bilangan ahli Badar, kemudian Abdal dari Syam
mendatanginya, diikuti oleh Nujabak dari Mesir dan
Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutus kepadanya
tentera dari Khurasan dengan bendera-bendera (panji-
panji) hitam dan mereka menuju ke Syam. Dan Allah
menghantar kepadanya 3000 malaikat dan Ashabul
Kahfi adalah di antara pembantunya.” (Al Hadis dari
kitab As’afur Raghibin)

Sesuai dengan janji Allah dan bukti-bukti nyata maka


Islamlah yang akan menggantikan kuasa Amerika sebagai
super power dunia nanti. Ini giliran Islam. Islam akan bangkit
kembali dan menjadi sebuah empayar dan sekali lagi bumi
akan dinaungi oleh keadilan dan kemakmuran. Dunia akan
diserahkan lagi kepada umat Islam sebagaimana Allah telah
menyerahkannya kepada Rasulullah dan para Sahabat.
Kita kini berada di akhir zaman yang mana sedang berlaku
kemuncak kerosakan di lautan dan di daratan. Segala sistem
hidup yang ada hari ini telah begitu rosak. Semakin dicari
penyelesaian semakin kronik keadaannya. Pembunuhan, per-
gaduhan, peperangan, penzaliman, penindasan, tipu-menipu,
mementingkan diri, jatuh-menjatuhkan dan lain-lain berlaku
di mana-mana. Masyarakat manusia sudah tidak ada kasih
sayang, tidak boleh bekerjasama, tidak bertolak ansur dan
tidak bertolong bantu. Pergaduhan berlaku di antara suami
isteri, anak-anak dengan ibu bapa, murid dengan guru, buruh
dan majikan, rakyat dan pemimpin, negara dengan negara
lain. Manusia sudah hilang kemanusiaannya.
Watak dunia hari ini menunjukkan sudah sampai masanya
Tuhan mengutuskan penyelamat bagi memimpin manusia
serta membaiki segala kerosakan yang berlaku. Begitulah se-
jarah memberitahu kita. Tambahan pula kita kini berada di
sekitar awal kurun yakni awal kurun ke-15 (suku kurun per-
tama). Di waktu inilah sepatutnya; sepertimana berlaku di
kurun-kurun sebelum ini; lahirnya seorang mujaddid.

18
JADUAN TUHAN UNTUK
UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN

Jadual Tuhan untuk umat akhir zaman ini nampaknya


sedang berlaku di waktu ini. Kebangkitan Islam kali pertama
sedang berulang di sebelah Timur dengan kehendak Allah.
Kita dapat lihat suatu kebangkitan Islam sedang melanda
dunia terutamanya di nusantara ini. Inilah dia akhir zaman
yang dijanjikan itu.
Rupa-rupanya akhir zaman yang dimaksudkan ialah se-
kitar kurun ke-15 Hijrah ini. Dan Timur yang dimaksudkan
ialah Gugusan Kepulauan Melayu iaitu Malaysia, Indonesia
dan sekitarnya. Walau bagaimanapun kebangkitan di Malaysia
nampaknya lebih menonjol.
Berdasarkan Hadis tentangnya, secara umumnya Jadual
Tuhan itu berlaku seperti berikut:

• Di waktu Islam sedang musnah dan binasa di alam Melayu


(Timur), bangunlah seorang manusia yang Allah janjikan
untuk menyelamatkan kembali agama-Nya. Dia seorang
yang berbangsa Quraisy dari Bani Tamim tetapi sudah
nipis sekali kearabannya. Ini kerana seperti yang kita tahu,
orang-orang Arab yang datang ke Timur pada masa
dahulu sudah berkahwin dengan orang ajam (bangsa
selain Arab) maka tidak pelik kalau Putera Bani Tamim
itu sudah nipis Arabnya. Rasulullah tidak menyebut
salasilah tetapi banyak memperkatakan tentang ciri-ciri
fizikal Putera Bani Tamim ini serta ciri-ciri perjuangan
dan pengikutnya. Sebab itu untuk mencari Putera Bani
Tamim yang dijanjikan itu, kita carilah ciri-ciri dan stail
perjuangannya, bukan salasilahnya.
• Dia berjuang mulanya tentu melalui kumpulan kecil tetapi
kumpulan atau jemaah atau toifahnya kemudian mem-
besar. Sifat toifahnya mirip kepada jemaah Rasulullah
kerana wanitanya berpakaian serba hitam seperti gagak-
gagak hitam. Lelakinya berjubah serban. Pengikutnya
sangat berpadu seolah-olah lahir dari satu ibu dan ayah.
Cita-cita dan azam mereka kental dan besar. Ibarat kalau
mereka hendak meratakan gunung sekalipun, dapat me-
reka lakukan. Rasulullah SAW dalam Hadis yang panjang
menyebut malaikat Jibril a.s. sebagai berkata:

19
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

Maksudnya: “Maka Allah Azzawajalla mengumpul-


kan sahabatnya (Al Mahdi) sejumlah ahli perang Badar
atau tentera Thalut iaitu 313 lelaki. Mereka bagaikan
singa jantan yang keluar dari hutan, hati mereka bagai-
kan besi waja, kalau mereka bercita-cita untuk mengubah
gunung nescaya boleh dilakukannya. Gaya mereka
adalah satu dan pakaian mereka juga satu, seolah-olah
bapa mereka bapa yang satu.” (Dipetik dari kitab Aqdur
Durar fi Akhbar Al Muntazar tahun 1983 m.s. 95)
• Dia (Putera Bani Tamim) meminta kebaikan dari penguasa
negara di mana dia berjuang tetapi tidak diberikan. Na-
mun dia dan pengikutnya terus berjuang hingga akhirnya
berjaya negara itu diserahkan padanya. Ertinya toifah kecil
itu telah membesar ke peringkat daulah Islamiah.
• Terdapat juga Hadis yang menyebut Putera Bani Tamim
juga diterima kepimpinannya di Khurasan. Hadis yang
dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Nuaim berbunyi:

Maksudnya: Dari Tsauban r.a. dia telah berkata: Telah


bersabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu lihat panji-
panji hitam telah diterima di sebelah Khurasan maka
datangilah ia sekalipun merangkak di atas salji. Kerana
sesungguhnya padanya ada khalifah Allah iaitu Al
Mahdi.”

20
JADUAN TUHAN UNTUK
UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN

• Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah, tidak lama


selepas itu (dua tahun) zahirlah Imam Mahdi. Namanya
sama seperti nama Rasulullah, nama bapa dan nama ibu-
nya sama seperti nama bapa dan ibu Rasulullah yakni
namanya Muhammad bin Abdullah dan ibunya Aminah.
Tentang Imam Mahdi, Rasulullah mengaitkan dengan
baginda dari segi hubungan darah. Maka faktor salasilah
Imam Mahdi adalah penting, sebab ia disebutkan di dalam
Hadis. Tidak sepertimana Putera Bani Tamim tadi, Rasu-
lullah hanya menyebut tentang ciri-ciri fizikalnya.
• Putera Bani Tamim kerana rapat dengan Imam Mahdi
seperti rapatnya Nabi Harun dengan Nabi Musa, maka
telah menyerahkan kuasa negaranya kepada Imam Mahdi,
jelas disebut dalam Hadis. Dia muncul di Mekah, antara
Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim, terus mengisytiharkan
dirinya sebagai Imam Mahdi.
• Penyerahan kuasa daulah kepada Imam Mahdi dilakukan
oleh Putera Bani Tamim.
• Apabila Imam Mahdi berkuasa, maka Islam akan berkem-
bang ke seluruh dunia. Tetapi ramai lagi manusia yang
belum Islam hingga turunnya Nabi Isa a.s. Dunia dan ma-
nusia seluruhnya akan masuk Islam. Terjadilah keamanan
sejagat melalui pemimpin tiga serangkai: Putera Bani
Tamim, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.
Setelah kedatangan Nabi Isa a.s., semua manusia akan
masuk Islam. Maka selamatlah manusia daripada api
Neraka. Itulah dikatakan rahmat Tuhan kepada seluruh
manusia.

Sejarah pasti berulang. Kita beruntung kerana dengan


kasih sayang Allah, diberitahu apa-apa yang bakal terjadi.
Bolehlah kita bersiap sedia. Seperti juga peristiwa selepas
mati, di alam Barzakh, di Padang Mahsyar, di Syurga, Neraka
dan lain-lain lagi semuanya Allah sudah ceritakan. Supaya
kita tidak menyesal nanti. Beruntunglah orang yang direzeki-
kan dengan iman kepada yang ghaib ini. Rugi besarlah orang
yang mengingkarinya.

21
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

3 Ciri-Ciri Mujaddid

WAJIB MENCARI PEMIMPIN


Memandangkan begitu besar dan hebatnya kebangkitan Islam
kali kedua sepertimana yang dijadualkan oleh Tuhan untuk
umat akhir zaman, maka kita wajib mencari pemimpin kepada
kebangkitan itu. Kalau di masa-masa biasa pun Tuhan meme-
rintahkan kepada para hamba-Nya untuk mencari petunjuk
dan pemimpin untuk keselamatan hidup manusia di dunia
dan Akhirat, lebih-lebih lagilah wajib mencari pemimpin ke-
pada kebangkitan yang akan berlaku.
Allah berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya: “Selamatkan dirimu dan keluargamu


dari api Neraka.” (Tahrim: 6)

22
CIRI-CIRI MUJADDID

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taat-


lah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan kepada
pemimpin dari kalangan kamu.” (An Nisa: 59)
Allah berfirman lagi:

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, hendak-


lah kamu bertaqwa kepada Allah dan hendaklah kamu
berserta golongan yang benar (siddiqin).” (At Taubah:
119)
Imam Al Ghazali dalam Ihya Ulumiddin, Jilid 3 menegas-
kan tentang pentingnya mencari pemimpin yang memandu
kepada Tuhan (mursyid) iaitu:
“Seorang murid memerlukan seorang syeikh yang boleh
diikutinya, agar syeikh akan menunjukkannya arah jalan yang
benar. Sesungguhnya jalan agama itu adalah samar dan jalan-
jalan syaitan terlalu banyak dan mudah. Sesiapa yang tidak
ada syeikh yang memimpinnya maka syaitanlah yang memim-
pinnya. Sesiapa yang berjalan di lembah-lembah yang bahaya
tanpa orang menjaga keselamatannya sesungguhnya dia telah
membahayakan dan membinasakan dirinya. Orang yang ber-
sendiri (tanpa syeikh) adalah seperti pokok yang tumbuh sendiri
dan mudah mati; jika pokok itu terus hidup ia takkan berbuah.
Orang yang mengawasi seorang murid ialah syeikhnya. Maka
hendaklah murid itu berpegang teguh terhadap syeikhnya itu.”
Sehubungan dengan kata-kata Imam Ghazali itu, Allah
juga ada berfirman:

Maksudnya: “Sesiapa yang disesatkan oleh Allah ma-


ka kamu tidak akan dapati padanya seorang pemimpin
yang memberi petunjuk padanya.” (Al Kahfi: 17)
Imam Fakhruddin Ar Razi dalam Mafatih al Ghayib ber-
kata:
“Dalam Al Fatehah bila disebut: ‘Tunjukkan kami jalan yang

23
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

lurus’, tidak memadai setakat itu, Allah menyambung, ‘iaitu


jalan orang-orang yang Engkau bagi nikmat ke atas mereka
(golongan rasul-rasul, nabi-nabi dan para siddiqin)’. Ertinya
seseorang itu memerlukan pemimpin yang memandunya ke
arah jalan yang benar dan menjauhkannya dari jatuh ke
lembah kesalahan dan kesesatan.”
Imam Fakhrurrazi menggunakan kaedah usul fiqhnya di
dalam ayat ini iaitu:
“Tidak sempurna yang wajib itu melainkan dengan kewu-
judannya maka perkara itu juga wajib.”
Di dalam menghuraikan Surah Al Fatehah, Imam Fakhrur-
razi mengatakan hukum untuk mendapatkan jalan yang lurus,
yakni jalan kebenaran dari Tuhan, adalah wajib. Jalan ke-
benaran ini tidak akan sempurna kita kecapi dan miliki me-
lainkan dengan sesuatu yang akan sampaikan kita kepada-
nya. Ertinya di sini, mendapatkan pemimpin kebenaran itu
hukumnya juga adalah wajib agar kita berada di jalan yang
lurus dan benar.
Allah berfirman:

Maksudnya: “Bolehkah aku mengikuti tuan supaya


tuan dapat mengajarkan aku ilmu yang benar dari ilmu-
ilmu yang diajarkan-Nya kepada tuan.” (Al Kahfi: 66)
Kata-kata Nabi Musa a.s. kepada Nabi Khidir a.s. di dalam
ayat di atas meyakinkan lagi kepada kita tentang pentingnya
mencari pemimpin kebenaran walau di taraf mana kita ber-
ada. Syeikh Abdul Wahab Asy Syaarani mengulas dengan
berkata bahawa Imam Ahmad Hanbal meminta pimpinan Abu
Hamzah Al Baghdadi. Imam Ahmad Suraij meminta pimpinan
Abu Qasim Al Junaid. Imam Al Ghazali yang kedudukannya
adalah Hujjatul Islam juga mencari pimpinan. Syeikh Izzudin
Abdul Salam yang digelar sultanul ulama di waktunya juga
meminta pimpinan Syeikh Abu Hassan Asy Syazili.
Begitu sekali keadaannya para nabi, para ulama muktabar
dan para kekasih Allah mewajibkan diri mereka mencari mur-

24
CIRI-CIRI MUJADDID

syid dan pemimpin kebenaran untuk mendapatkan kesela-


matan hidup di dunia dan di Akhirat. Masakan kita orang
awam akhir zaman yang sudah jauh dari Rasulullah me-
rasakan sudah cukup belajar sendiri melalui kitab-kitab dan
buku-buku agama? Apakah boleh hijab hati kita dibuka dan
selamat menuju Allah tanpa pimpinan mursyid dan pemimpin
kebenaran? Tentulah tidak.
Justeru itu kita wajib mencari mursyid, bahkan kita amat
beruntung kerana di akhir zaman ini Tuhan utuskan mujaddid
yang juga merupakan Putera Bani Tamim, orang kanan
Imamul Mahdi. Tentang Putera Bani Tamim, Rasulullah tidak
menyebut salasilahnya tetapi banyak memperkatakan ciri-
ciri kepimpinannya, perjuangan dan pengikutnya. Oleh itu
untuk mencari mujaddid akhir zaman ini, kita carilah ciri-
ciri dan stail perjuangannya, bukan salasilahnya.
Antara ciri-ciri mujaddid secara umum ialah:

1. Zahir di awal kurun


Setiap mujaddid mesti zahir dan berperanan di awal kurun
iaitu sekitar suku kurun yang awal. Sekiranya ada tokoh-tokoh
pejuang Islam yang hebat ciri-ciri dan kepimpinannya, dia
tidak dianggap mujaddid jika dia tidak zahir di awal kurun.
Disebutkan dalam sebuah Hadis:

Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa


Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengu-
tus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang
(mujaddid) yang akan memperbaharui urusan agama
mereka.” (Riwayat Abu Daud)

2. Dilantik oleh Tuhan


Berdasarkan nas Hadis di atas juga adalah jelas bahawa para

25
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

mujaddid ditunjuk oleh Tuhan, diutus oleh-Nya untuk umat


di setiap awal kurun. Para pemimpin kebenaran dilantik atau
ditunjuk oleh Allah sama ada melalui wahyu, Hadis, ilham
atau oleh Ahlul Halli wal Aqdi. Rasul-rasul ditunjuk oleh
wahyu. Khulafaur Rasyidin ditunjuk oleh Hadis dan Ahlul
Halli wal Aqdi. Para mujaddid ditunjuk oleh Hadis dan ilham.
Tholut dan Zulkarnain ditunjuk oleh wahyu. Muhammad Al
Fateh ditunjuk oleh Hadis dan ilham. Nabi Isa a.s. ditunjuk
oleh Al Quran dan Hadis. Imam Mahdi ditunjuk oleh Hadis
dan ilham. Putera Bani Tamim juga ditunjuk oleh Hadis dan
ilham.
Kenaikan kepimpinan para mujaddid tiada siapa yang
melantik, sekalipun oleh dirinya sendiri atau oleh mana-mana
sistem dunia yang ada. Mereka diterima oleh orang di se-
kitarnya kerana ibadah, taqwa, akhlak, ilmu, pengorbanan,
pimpinan khidmat dan kasih sayang yang diberikan kepada
masyarakat. Sekalipun orang yang bukan Islam tidak masuk
Islam, tapi mereka senang dengan kepimpinannya. Kepim-
pinan mereka diterima oleh hati bukan oleh ‘jari’.
Walaupun dia cuba disingkirkan oleh musuh-musuh hing-
ga tinggal seorang diri, manusia akan datang menyerah diri
kepadanya untuk dipimpin dan dididik. Mujaddid di setiap
kurun tiada tukar ganti. Tidak ada undi tidak percaya kepada-
nya dan kepimpinannya tidak disukat-sukat oleh masa.
Kenaikan secara nature ini adalah mirip kenaikan para
rasul yang dilantik oleh Tuhan. Tuhan lakukan perlantikan
utusan-Nya bagi setiap generasi yang memerlukan petunjuk-
Nya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan bagi setiap generasi ada yang


memberi petunjuk.” (Ar Raad: 7)

3. Dia paling bertaqwa di zamannya


Para mujaddid adalah manusia yang paling kenal, paling cinta
dan paling takutkan Tuhan di zamannya. Ketaqwaannya yang

26
CIRI-CIRI MUJADDID

paling tinggi di zamannya menyebabkan Tuhanlah yang men-


jadi misi utama kehidupannya. Dia datang untuk memberi
Tuhan kepada hati-hati manusia yang sudah kehilangan
Tuhan. Ini kerana punca utama kepada kerosakan dan keza-
liman yang berlaku di dunia disebabkan manusia telah me-
lupakan Tuhan. Kedatangannya umpama kedatangan Rasu-
lullah kepada masyarakat Arab jahiliah, memperkenalkan
Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai cara hidup yang
selamat dan menyelamatkan. Para mujaddid menyambung
tugas Rasulullah dengan mengajak manusia bertaqwa kepada
Allah. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah berwasiat


(memerintahkan) kepada orang-orang yang diberi kitab
sebelum kamu dan juga kepada kamu, bertaqwalah
kepada Allah.” (An Nisa: 131)

Maksudnya: “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di


sisi Allah ialah kamu yang paling bertaqwa.” (Al Hujurat:
13)

Maksudnya: “Akan Aku wariskan bumi ini kepada


orang-orang yang soleh (bertaqwa).” (Al Anbiya: 105)

4. Mendapat ilmu ilham atau ilmu laduni


Kalaulah kepada para rasul dan nabi Allah beri ilmu melalui
wahyu manakala kepada para mujaddid diberi jalan singkat
oleh Allah untuk memahami ilmu-ilmu Allah secara ilham
atau laduni. Yakni ilmu yang terus Tuhan jatuhkan ke hati
yang bertaqwa. Ertinya mereka menimba ilmu secara direct

27
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

dari Allah dan Rasul, bukan dari hasil pengajian mana-mana


sistem pendidikan dunia yang ada. Ilmu ilham ini adalah
sumber ilmu bagi manusia yang bertaqwa. Inilah ilmu yang
paling unggul kerana ia datang dari saluran Tuhan.
Allah berfirman:

Maksudnya: “Bertaqwalah kamu, Tuhan akan menga-


jar kamu.” (Al Baqarah: 282)
Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Barang siapa mengamalkan apa yang


dia tahu, Allah akan mengajarkan apa yang dia tidak
ketahui.”
Ilham itu membawa makna baru tentang tafsiran dan
kefahaman mengenai wahyu dan syariat. Setiap mujaddid
membawa ilham (minda) tersendiri yang sesuai untuk zaman-
nya. Mindanya adalah ilmu yang baru, yang berbeza dari
sebelumnya. Namun ia bukan syariat yang baru.
Setiap mujaddid membawa minda yang berbeza. Ini
kerana mereka hidup di zaman yang berbeza dan menghadapi
permasalahan yang berbeza. Kerosakan di setiap zaman itu
tidak sama. Ini menunjukkan wahyu itu dapat ditafsirkan dan
dihidupkan dengan berbagai kaedah untuk berbagai zaman
kerana ayat-ayat Al Quran itu mempunyai 70 lapis pengertian-
nya. Itulah rahmat Allah. Imam Syaarani telah menulis ten-
tang hal ini di dalam kitabnya: “Wahyu membawa syariat baru.
Ilham membawa pengertian baru.”
Ilmu ilham yang dianugerahkan oleh Allah kepada para
mujaddid diberi untuk menyelesaikan keperluan masyarakat
umum dan perjuangan semasa. Contohnya Imam Al Ghazali
diberi ilham bagaimana untuk menyatukan semula syariat,
tasawuf dan aqidah yang sudah terpisah-pisah dan berpecah
di zamannya. Imam Abu Hassan Asyaari pula diberi ilham
menyusun sifat dua puluh dalam usaha menyelamatkan

28
CIRI-CIRI MUJADDID

aqidah umat yang telah tergugat oleh fahaman-fahaman fal-


safah yang rosak.
Minda para mujaddid mampu menyelesaikan segala per-
masalahan yang terjadi di kurun itu. Ilmunya sangat global
dan tepat melalui kaedah tajdid yang sangat praktikal se-
hingga mampu mematahkan segala falsafah dan ideologi
karut dan rosak di waktu itu. Misalnya bagaimana memecah-
kan masalah sosial, bagaimana menyelesaikan krisis kepim-
pinan, krisis ekonomi dan sebagainya.
Barangkali kerana pembawaan yang terbaru dan berbeza
dengan yang lama inilah maka para mujaddid ditentang oleh
ulama-ulama sezaman yang masih terikat dengan pandangan
lama.

5. Memiliki karamah
Kalau para rasul dan nabi dikurniakan mukjizat oleh Allah
untuk memperlihatkan kebenaran Allah kepada setiap per-
juangan kebenaran maka kepada para mujaddid Tuhan beri-
kan karamah.
Karamah adalah kejadian luar biasa yang berlaku pada
diri wali-wali Allah dan para mujaddid. Karamah juga dapat
dikategorikan kepada dua jenis:
i. Karamah lahir atau karamah hissi seperti boleh terbang,
boleh berjalan atas air, usap daun bertukar jadi duit, tidak
merasa panas dibakar dan sebagainya.
ii. Karamah maknawi seperti diberi istiqamah dalam ber-
amal, diberi kesabaran untuk mendidik dan berjuang, di-
beri ilmu-ilmu yang mampu mengubah hati manusia
kembali kepada Tuhan, diberi ilmu-ilmu strategi per-
juangan dan sebagainya.
Wali yang berwatak nabi biasanya Allah beri banyak ka-
ramah lahiriah untuk meningkatkan lagi wibawanya di tengah
masyarakat kerana mereka biasanya tidak berjuang dan tidak
membangunkan jemaah. Sedangkan wali yang berwatak rasul
dan para mujaddid yang mendidik manusia lain, Allah beri

29
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

karamah maknawiyah untuk memudahkan mereka mendidik


dan membawa masyarakat kepada Allah.
Dalam sebuah Hadis Qudsi Allah berfirman:

Maksudnya: “Dan hamba-Ku yang sentiasa taqarub


kepada-Ku dengan nawafil (ibadah sunat) sehingga Aku
mencintai-Nya maka jadilah Aku seolah-olah sebagai
pendengarannya yang ia mendengar dengannya dan
sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya dan
sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya dan se-
bagai kakinya yang ia bertindak dengannya. Dan andai-
kata ia memohon pasti akan Aku beri padanya. Dan
andaikata ia berlindung kepada-Ku, pasti Aku lindungi.”
(Riwayat Bukhari)
Hadis ini selari dengan ayat Al Quran:

Maksudnya: “Dan barang siapa yang mentaati Allah


dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan
orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu
dari kalangan nabi-nabi, para siddiqin, syuhada dan
solehin, dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.”
(An Nisa: 69)

6. Membangun toifah atau jemaah


Kepimpinan para mujaddid membina toifah-toifah setiap za-
man dan setiap kurun dengan tujuan menjaga bara api Islam

30
CIRI-CIRI MUJADDID

agar tidak padam. Inilah mafhum Hadis Rasulullah yang


bermaksud:
“Akan berlaku di akhir zaman orang yang memperta-
hankan agamanya seperti menggenggam bara api.”
(Riwayat Tirmizi)
Dalam Al Quran dan Hadis, Allah SWT dan Rasul-Nya
dengan jelas dan tegas memerintahkan umatnya mengikut
jemaah para pemimpin kebenaran. Ini terdapat dalam ayat
yang berbunyi:

Maksudnya: “Sesungguhnya pemimpin kamu hanya-


lah Allah dan Rasul-Nya dan orang mukmin, iaitu orang-
orang yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan
zakat dan mereka adalah orang-orang yang rukuk
(tunduk dan patuh pada perintah Allah). Barang siapa
yang memilih Allah, Rasul dan orang mukmin (sebagai
pemimpin) maka sesungguhnya itulah Parti Allah.
Merekalah yang akan berjaya.” (Al Maidah: 55-56)
Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Wajib ke atas kamu berjemaah, sesung-


guhnya tangan (bantuan) Allah adalah bersama jemaah.”
Di dalam toifah atau jemaah kebenaran, mujaddid adalah
guru, ayah, pemimpin dan sahabat seperjuangan. Peribadi
dan sikap serta akhlak mujaddid adalah cermin tempat pengi-
kut melihat dirinya dan contoh ikutan untuk mereka mem-
baiki diri.
Sebagaimana Sahabat-Sahabat memberi cinta kepada Ra-
sulullah, demikian pengikut toifah mencintai para mujaddid.

31
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

Luar biasanya pengikut para mujaddid walaupun bilangan


mereka sedikit tetapi sangat taat setia kepada pemimpin dan
hidup berkasih sayang di kalangan mereka umpama keluarga
dari satu ayah dan ibu.

7. Menzahirkan kebenaran, bukan sekadar memperkata-


kannya
Toifah-toifah pimpinan para mujaddid dapat melahirkan
kebenaran Islam dalam seluruh aspek kehidupan manusia
dan membangunkan kesyumulan Islam dalam jemaahnya
sehingga kebenaran yang dizahirkan itu menjadi role model
beragama Islam sebagai cara hidup.
Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Akan sentiasa ada toifah di kalangan


umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak
akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah da-
tangnya ketentuan Allah (Kiamat).” (Riwayat Muslim)
Mujaddid zahir di waktu agama sudah rosak. Dia datang
membawa sistem Tuhan dengan kaedah baru, gaya baru yang
sangat cantik dan indah hingga mampu menolak semua sistem
lama yang rosak dan merosakkan manusia. Toifahnya tidak
bersandar pada musuh dalam sebarang sistem hidup. Bahkan
sistem yang dibangunkannya bukan saja mampu menaungi
pengikutnya tetapi mampu menjadi tempat bersandar ma-
syarakat umum sekalipun orang bukan Islam.

8. Perjuangannya tidak dapat dihalang atau dirosakkan


oleh musuh
Kepimpinan para mujaddid mempunyai pengaruh yang besar
kepada masyarakat dan disegani oleh pemerintah di zaman-
nya. Kerana itulah para mujaddid juga mendapat tentangan
hebat oleh musuh-musuh Islam dan juga para penentang di
kalangan pemerintah dan ulama suk.

32
CIRI-CIRI MUJADDID

Walaubagaimana dahsyatnya kebencian dan tekanan


musuh; sekalipun di medan perang; namun perjuangan kebe-
naran yang dibawa oleh mujaddid tidak dapat dirosakkan.
Mereka tetap akan dibantu Tuhan kecuali jika ada di antara
pengikutnya yang tidak mengikut disiplin, contohnya seperti-
mana yang berlaku dalam peperangan Uhud.
Jemaah kebenaran tidak akan dapat dirosakkan sama ada
dalam peperangan senjata mahupun peperangan dingin.
Mungkin boleh dicacatkan fizikalnya tetapi aqidah dan sya-
riatnya tidak dapat dirosakkan. Lebih-lebih lagi jemaah itu
tidak dapat dibubar atau diharamkan. Tidak juga dapat
dipecahbelahkan oleh musuh-musuh dalam selimut. Musuh
tidak dapat menipu dan mempermain-mainkannya. Ini kerana
jemaah itu mempunyai benteng yang cukup kuat dan kukuh.
Kekuatan toifah ini adalah kekuatan dalaman bukan luaran.
Kalau di luar dapat dicacatkan tapi di dalam tidak dapat di-
cacatkan. Yang di dalam itu ialah iman dan keyakinan. Bahkan
musuhlah yang akan kucar-kacir dan tertipu selalu. Akhirnya
musuhnya tewas dan jatuh. Jemaah kebenaranlah yang
menang.
Firman Allah:

Maksudnya: “Dan jika mereka bermaksud hendak me-


nipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi
pelindungmu). Dialah yang memperkuatkanmu dengan
pertolongan-Nya, dan dengan para mukmin dan (Dia )
yang mempersatukan hati-hati mereka (orang yang ber-
iman).” (Al Anfal: 62)
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Akan sentiasa ada toifah di kalangan
umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak
akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah da-
tangnya ketentuan Allah (Kiamat).” (Riwayat Muslim)

33
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

9. Mujaddid adalah tafsiran Al Quran dan Sunnah ber-


gerak di zamannya
Para mujaddid yang juga ulama arifbillah yang diutus setiap
100 tahun, peribadinya adalah salinan kepada peribadi Rasu-
lullah SAW. Mereka mewarisi peribadi dan perjuangan para
rasul dan nabi.
Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Ulama adalah pewaris para nabi.”


(Riwayat Ahmad, Tirmizi dan lain-lain)
Al Quran adalah wahyu yang membawa sistem Tuhan.
Maka tugas Rasulullah ialah menghidupkan sistem Tuhan
dalam realiti kehidupan. Akhlak Rasulullah yang diperlihat-
kan dalam kehidupan seharian itulah akhlak Al Quran. Ibadah
Rasulullah adalah ibadah Al Quran, sistem kehidupan yang
Rasulullah bangunkan itulah sistem kehidupan Al Quran.
Maka para mujaddid yang menggantikan tugas Rasul di
zaman sudah tiada Rasul, mereka memberi nyawa kepada Al
Quran dan Sunnah di zamannya. Ertinya, para mujaddid
adalah tafsiran Al Quran dan Sunnah yang bergerak di zaman-
nya. Mereka menghidupkan kembali sistem yang terkandung
dalam Al Quran dan Sunnah. Oleh kerana para mujaddid
dipantau terus oleh Rasulullah, peribadi, perjuangan dan sis-
tem yang dibangunkannya adalah persis, saling tak tumpah
sebagaimana yang diperjuangkan oleh Rasulullah SAW.
Rasulullah memonitor para mujaddid sehingga merekalah
manusia yang paling faham akan kehendak Al Quran dan
Sunnah serta dianugerahkan kebolehan mentafsir Al Quran
dan Sunnah dengan tepat di kurunnya. Sehingga Al Quran
itu dihidupkan dalam diri dan perjuangannya. Para mujaddid
adalah tafsiran Al Quran dan Sunnah bergerak di kurunnya
bukan kerana mampu hafal Quran dan Hadis, tapi kerana isi
dan roh Al Quran dihidupkan hingga manusia melihat betapa
cantik dan indahnya isi Al Quran. Melihat peribadi dan per-
juangan mujaddid ertinya kita melihat isi Al Quran dan Sun-
nah diterjemahkan dalam realiti kehidupan.

34
CIRI-CIRI MUJADDID

10. Mendapat ilham dan isyarat-isyarat ghaib dari Allah


Para mujaddid diberi ilham dan isyarat-isyarat ghaib oleh
Allah. Seseorang mujaddid sentiasa menerima maklumat dan
arahan Rasulullah melalui yaqazah dan mimpi yang benar.
Kekuatan ini adalah senjata paling canggih yang musuh Islam
seperti Yahudi dan Nasrani tidak mampu mengesan. Para
mujaddid menerima panduan dari Rasulullah tentang bagai-
mana membangunkan dan membina kekuatan perjuangan
mereka dan usaha-usaha musuh-musuh Islam dalam menen-
tang perjuangan mereka. Kerana itu mereka selalu berada di
depan strategi dan perancangan musuh-musuh.
Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Takutilah firasat orang mukmin, kerana


mereka melihat dengan nur Allah.” (Riwayat Tirmizi)

11. Mampu mengubah hati-hati manusia


‘Power’ taqwa yang ada pada para mujaddid mampu mengu-
bah hati-hati manusia yang sekian lama sudah jauh dari
Tuhan, kembali mentaati dan mencintai Allah dan Rasul. Ma-
nusia yang selama ini sombong dan angkuh bertukar merasai
dirinyalah paling hina dan tidak berguna. Yang selama ini
rasa dirinya baik dan pandai, akhirnya merasai dirinya bodoh
dan jahat.
Rasulullah SAW mencipta rekod dalam sejarah kepimpinan
dunia yakni dalam tempoh hanya 23 tahun kerasulan berjaya
mengubah masyarakat Arab jahiliah yang zalim, kasar dan
jahat menjadi para Sahabat yang hatinya terlalu lunak dengan
Tuhan, cinta Tuhan, takutkan Tuhan dan rindu pada Akhirat.
Para mujaddid mewarisi karamah maknawi ini sehingga
mendengar percakapan mereka manusia mudah ikut dan
mudah taat. Bahkan melihat wajah para kekasih Allah ini
sahaja pun cukup untuk membuatkan manusia mendapat pe-
tunjuk. Kemampuan kepimpinan bertaraf tinggi ini hanya
diberikan kepada pemimpin kebenaran yang Tuhan janjikan.
Sedangkan sejarah kepimpinan dunia yang ada hari ini hanya

35
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

menjadikan manusia semakin hilang kemanusiaannya dan


semakin dahsyat kejahatannya.
Allah berfirman:

Maksudnya: “Allah jadi pembela (pembantu) kepada


orang-orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 19)

12. Rezekinya dijamin


Bagi para mujaddid, rezekinya dijamin Tuhan. Tuhan anuge-
rahkan kepada para kekasih-Nya lebih-lebih lagilah kepada
para pemimpin kebenaran rezeki yang mencurah-curah dari
sumber yang tidak diduga. Bahkan rezeki yang diperolehinya
turut memayungi seluruh jemaah perjuangannya dan masya-
rakat sekelilingnya.
Allah berfirman:

Maksudnya: “Jika penduduk satu kampung beriman


dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit
dan bumi.” (Al A’raf: 96)

Maksudnya: “Barang siapa yang bertaqwa kepada


Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup dan
akan memberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari
mana datangnya.” (At Talaq: 2-3)

13. Yang sayang terlalu sayang, yang benci terlalu benci


Golongan yang sayang terlalu sayang dan golongan yang
benci terlalu benci. Begitulah sunnah perjuangan kebenaran

36
CIRI-CIRI MUJADDID

sepertimana yang dilalui oleh para rasul dan nabi-nabi. Hati


mujaddid yang sangat kenal dan terlalu mencintai Tuhan,
sangat mengajak manusia mencintai Tuhan dan membesarkan
Tuhan sehingga Tuhan menjadi modal dan aset utama dalam
kehidupan manusia. Hati-hati yang diikat atas nama Allah
inilah yang menyebabkan manusia yang sayang kepadanya
terlalu sayang kerana Tuhan. Sehingga mereka sanggup mati
kerana Tuhan. Allah berfirman:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mencintai orang-


orang yang bertaqwa.” (Ali Imran: 76)
Dengan itu terjadilah keadaan di mana terdapat satu go-
longan yang amat menyanjunginya. Manakala satu golongan
lain sangat membenci dan menekannya. Bila ini terjadi, akan
terserlahlah kebenaran dan terserlah juga kemungkaran.
Senanglah masyarakat menilai dan membuat pilihan.

14. Doanya makbul


Rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang sangat mendalam
yang ada pada para pemimpin kebenaran menyebabkan
doanya selalu dikabulkan Tuhan. Bahkan hati mereka tidak
pernah putus atau lekang dari ingatan dan rintihan kepada
Tuhan. Hatinya sentiasa bersama Tuhan di setiap waktu dan
ketika, lebih-lebih lagi waktu diuji dan diancam oleh musuh-
musuh. Hingga kerana itulah Tuhan tidak mempersia-siakan
permintaan mereka. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah hanya menerima


ibadah orang-orang yang bertaqwa.” (Al Maidah: 27)

15. Mereka memperjuangkan kasih sayang


Para mujaddid memiliki hati yang sangat menyayangi dan
mengasihi manusia terutama kepada para pengikutnya. Dia
bukan sahaja menjadi pemimpin bahkan menjadi guru, ayah,

37
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

ibu dan kawan kepada para pengikutnya. Dia juga mampu


mendidik murid dan pengikutnya berkasih sayang antara satu
sama lain. Para mujaddid sangat memperjuangkan kasih sa-
yang kerana itulah juga yang diperjuangkan oleh Rasulullah
SAW. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepadamu


seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya
penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan
keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang
terhadap orang-orang mukmin.” (At Taubah: 128)
Firman-Nya lagi:

Maksudnya: “Muhammad itu adalah utusan Allah


dan orang-orang yang bersama dengannya adalah keras
terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang se-
sama mereka.” (Al Fath: 29)
Ikatan ukhwah di antara pengikut para mujaddid ini bagai-
kan batu-bata yang tersusun rapi dan rapat. Tidak ada peluang
atau susah sekali bagi musuh untuk mencelah. Ramah mesra
dan kasih sayang, rasa bersama, bekerjasama dan bertolong
bantu di antara mereka terserlah, hasil meniru peribadi pe-
mimpinnya. Juga kerana ukhwah dijadikan asas kekuatan
jemaah sesudah iman.

Inilah ciri khusus milik orang-orang bertarekat yang mana


hati mereka dirangkai-rangkai oleh gurunya, lalu dipegang
tali rangkai itu oleh si guru. Tali itu ialah iman dan kasih
sayang hasil zikrullah yang tidak dapat dilakukan oleh ulama-
ulama dan pemimpin-pemimpin yang lain.

38
4 Tugas dan Tanggungjawab
Putera Bani Tamim

APAKAH TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


PUTERA BANI TAMIM?
Kalau hendak dijadikan contoh atau bandingan, tugas Putera
Bani Tamim adalah seperti tug boat. Ia adalah sebuah kapal
kecil yang mempunyai horse power yang besar. Bila ada kapal
besar hendak keluar dari dermaga, tug boat bekerja untuk
menariknya keluar sehinggalah kapal besar itu dapat belayar
di lautan.
Imam Mahdi adalah ibarat kapal besar yang akan men-
jelajah dunia. Putera Bani Tamimlah yang akan mengeluarkan
Imam Mahdi untuk berperanan di dunia. Ertinya Putera Bani
Tamim mesti menyelesaikan tanggungjawabnya agar Imam
Mahdi zahir. Sedangkan dunia sedang menunggu kezahiran
Imam Mahdi untuk mengembalikan keadilan dan keamanan
ke atas buminya. Di sini kita dapat fahami Putera Bani Tamim
mempunyai tanggungjawab yang amat besar.
Perjuangan Putera Bani Tamim ini jelas terkandung dalam
Hadis Rasulullah SAW iaitu:
Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan bahawa:

39
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

Maksudnya: dari Ibnu Mas‘ud r.a. katanya: “Ketika


kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang
sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim
(yang di antaranya adalah Hasan dan Husin r.a.). Apa-
bila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasu-
lullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda ber-
ubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada
wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih
untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku
akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku
kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur
dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji
berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi
tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan
beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka
minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah
mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari
kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan

40
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PUTERA BANI TAMIM

sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di


antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah
mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya
dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab
Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

Secara ringkasnya, perjuangan Putera Bani Tamim itu ialah:

1. Menyampaikan ilmu tajdid


Secara asas Hadis-Hadis Rasulullah tentang kebangkitan Islam
akhir zaman memperkatakan tentang perjuangan di akhir
zaman, kebangkitan toifah atau jemaah, kebangkitan sistem
hidup Islam, tetapi BUKAN mengenai hukum-hakam syariat.
Persoalan hukum-hakam syariat, umum mudah memahami-
nya tetapi tidak ramai yang boleh memahami dan mencungkil
maksud tersirat di sebalik Hadis-Hadis akhir zaman, sekalipun
di kalangan ulama.
Hanya kepada para mujaddid di zaman itu, khususnya di
sini, hanya kepada Putera Bani Tamim Tuhan anugerahkan
ilmu rahsia akhir zaman. Tuhan berikan kepadanya ilmu ilham
atau ilmu tajdid (minda) dari masa ke semasa. Putera Bani
Tamim diberi faham bagaimana hendak membangunkan je-
maah perjuangannya. Putera Bani Tamim dianugerahkan
kaedah bagaimana mendidik manusia waktu itu untuk dibawa
kepada Tuhan. Putera Bani Tamim mendapat kaedah bagai-
mana melahirkan sistem hidup Islam untuk menggantikan
seluruh sistem hidup yang sudah rosak di akhir zaman. Bah-
kan kepadanya diberi khazanah ilmu ilham yang boleh men-
jawab semua persoalan dan permasalahan masyarakat dunia
waktu ini.
Hakikatnya ilmu tajdid ini adalah kepunyaan Imam Mahdi
yang disalurkan kepada Putera Bani Tamim. Maka tugas wajib
Putera Bani Tamim adalah untuk menyampaikan ilmu atau
minda Imam Mahdi itu ke seluruh dunia. Minda ini adalah
persediaan paling asas menanti kezahiran Imam Mahdi. Ke-
rana itulah Putera Bani Tamim dan teamnya bertanggung-
jawab menghantar minda Imam Mahdi ke seluruh pelosok
dunia hingga ke akar umbi. Dengan minda Imam Mahdi itulah

41
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

nanti manusia akhir zaman akan kembali mengenal Tuhan


hingga akan terhasillah model sebuah masyarakat Islam yang
membesarkan Tuhan di dalam seluruh aspek kehidupan
mereka.

2. Melahirkan ikhwan
Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Apabila azan sang muazzin, berserulah


dia: Asyhadu al laa ilaaha illallah, (ketika itu) bergon-
canglah Syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan
bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulul-
lah SAW. Begitu juga segala mahligai Syurga dan segala
bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat
rindu kepada Rasulullah SAW. Sedangkan di saat itu
Rasulullah SAW pula tersangat rindu kepada suatu toifah
dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir
zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-
nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para
siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang
asing) di kalangan umum mukminin.”
Rasulullah SAW bersabda lagi:

42
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PUTERA BANI TAMIM

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW berkata,


“Alangkah rindunya aku kepada ikhwanku (saudara-
saudaraku).”
Terkejut para Sahabat lalu berkata, “Wahai Rasu-
lullah, bukankah kami ini ikhwanmu?”
Rasulullah berkata, “Tidak. Kamu adalah Sahabat-
Sahabatku. Manakala ikhwanku itu ialah umat Islam
akhir zaman, yang datang sesudahku, mereka sanggup
‘menjual’ keluarga dan harta untuk bertemu denganku,
mereka tidak berjumpa denganku tapi beriman dengan-
ku.”

Daripada kedua-dua Hadis itu Rasulullah SAW menya-


takan bahawa para ikhwan ini lahir selepas baginda SAW
wafat. Disebutkan juga golongan ikhwan ini adalah suatu
toifah ertinya golongan kecil dari kalangan umat Islam yang
sekian ramainya itu. Mereka ini muncul pada akhir zaman,
bukan pada awalnya atau pada pertengahannya. Golongan
ikhwan ini adalah golongan yang sangat dirindui oleh baginda
SAW melebihi rindu baginda kepada yang lainnya. Ini adalah
kerana para ikhwan amat mencintai dan beriman kepada
Rasulullah walaupun mereka tidak pernah melihat Rasul
bahkan mereka hidup di zaman yang jauh dari Rasul.
Ada dua sifat utama yang terdapat pada para ikhwan iaitu
mempunyai akhlak seperti akhlak nabi-nabi dengan maksud
akhlak para nabi terkumpul dan dapat dilihat secara realiti
pada peribadi dan perjuangan mereka bukannya sekadar
teori.
Yang keduanya disebut para ikhwan menempuh perjalanan
para siddiqin. Oleh kerana para ikhwan berjuang di akhir
zaman di kala dunia sudah terlalu rosak dan manusia sudah

43
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

terlalu jauh dari Tuhan, mereka sangat membesarkan dan


mempromosi Tuhan serta mempertahankan Sunnah Rasulul-
lah SAW. Lantaran itu mereka kelihatan janggal pada pan-
dangan masyarakat umum bahkan apa yang mereka per-
juangkan dianggap terlalu asing.
Golongan ikhwan yang dimaksudkan oleh baginda SAW
ini adalah team kepimpinan Imam Mahdi, yang melalui
merekalah agama Islam itu dinaikkan semula oleh Allah SWT
ke tempat asalnya yang tinggi dan mulia, sama seperti Islam
dinaikkan oleh Allah SWT pada permulaan dahulu melalui
Rasul dan Sahabat-Sahabatnya. Para Sahabat r.a. adalah
murid dan juga team kepimpinan Rasulullah SAW. Menjadi
para Sahabat itu mahal kerana Sahabat hanya ada di zaman
Rasulullah. Para Sahabatlah yang menyampaikan ajaran
Rasulullah sehingga Islam sampai kepada kita pada hari ini.
Oleh kerana peranan para ikhwan di akhir zaman amatlah
besar, tentulah mereka dipimpin oleh bukan calang-calang
pemimpin. Pemimpin para ikhwan adalah mujaddid akhir
zaman yakni Putera Bani Tamim, orang kanan kepada Imam
Mahdi.
Tugas Putera Bani Tamim adalah merekrut dan menyiap-
kan team ikhwan untuk diserahkan kepada Imam Mahdi.
Mereka adalah ‘keluarga besar’ kepada Putera Bani Tamim.
Putera Bani Tamim adalah ‘ayah’ dan pemimpin para ikhwan,
dan mereka pula adalah ‘anak-anak’ kepada Putera Bani
Tamim. Putera Bani Tamimlah yang mengajar, mendidik, me-
ngasuh, membentuk, membina dan membangunkan golongan
ikhwan ini sehingga keperibadian mereka adalah cermin
keperibadian para Sahabat r.a. pada zaman dahulu. Mereka
sangat membaiki diri, gigih berjuang dan berkorban, tanpa
jemu menyebarkan minda Putera Bani Tamim yang hakikat-
nya adalah ajaran Imam Mahdi.
Melahirkan ikhwan ini adalah satu tugas berat yang dipikul
oleh Putera Bani Tamim yang tidak akan mampu dipikul oleh
para ulama lain di waktu itu. Ini adalah kerana faktor Putera
Bani Tamim telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul untuk
kebangkitan akhir zaman. Semua ikhwan itu bertaraf wali.

44
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PUTERA BANI TAMIM

Imam Mahdi sebagai ketua ikhwan dan Putera Bani Tamim


sebagai orang kanannya. Mereka akan lahirkan 313 ikhwan
di kalangan pemimpin manakala jumlah ikhwan semuanya
500 orang. Enam orang wazir Imam Mahdi yang lain mem-
bawa juga ikhwan tetapi dalam bilangan yang sedikit sekadar
puluhan orang sahaja.
Begitu juga akan lahir di tangan Putera Bani Tamim ribuan
asoib. Ada pendapat menyatakan jumlah asoib ialah 124 000
orang. Asoib terbahagi dua. Pertama, golongan ahli tarekat
yang hak di seluruh dunia. Kedua, manusia awam yang sangat
bersimpati dan menyokong perjuangan jemaah Putera Bani
Tamim. Asoib ini adalah golongan orang soleh pilihan. Disebut
orang soleh pilihan kerana mereka lahir di tangan Putera Bani
Tamim dan wazir-wazir Imam Mahdi.

3. Membangunkan jemaah sebagai tapak daulah


Bilamana Putera Bani Tamim mempersiapkan para ikhwan,
maka gelanggang perjuangan untuk team ikhwan dan asoib
ini juga dipersiapkan. Yakni sebuah jemaah yang di dalamnya
mengandungi model hidup bertuhan. Model kehidupan Islam
pada diri individu-individu ikhwan, keluarga mereka dan
masyarakat yang cinta dan takutkan Tuhan. Masyarakat sudah
letih mendengar orang bercakap dan bersyarah namun tiada
role model untuk dicontohi. Maka Putera Bani Tamim bukan
hanya mampu memperkatakan kebenaran, bahkan beliau
berjaya menzahirkan kebenaran di dalam jemaahnya.
Di dalam jemaah Putera Bani Tamim wujud kedua-dua
pembangunan insan dan material. Tamadun insaniah menjadi
keutamaan bagi mereka sehingga terhasillah tamadun ma-
terial yang indah, selamat dan menyelamatkan kehidupan
manusia. Inilah faktor mengapa boleh terjadi keamanan,
kemakmuran dan keampunan Allah di dalam jemaahnya.
Putera Bani Tamim diberi Tuhan pelbagai kaedah yang
paling canggih di zamannya untuk mengajak manusia kepada
Tuhan, kembali kepada ajaran Islam yang sebenar hingga
manusia menjadi baik zahir dan batinnya. Lalu mereka benar-
benar dapat menegakkan Sunnah Rasulullah atau hukum-
hakam Allah dalam setiap aspek kehidupan. Yakni berjaya

45
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

menzahirkan Islam itu dalam realiti kehidupan, bukan Islam


yang terus tinggal dalam bentuk teori impian yang tidak
praktikal.

4. Melahirkan sistem hidup Islam


Zahir dalam jemaah itu kebenaran yakni cara hidup Islam
yang syumul, lengkap dan global. Terdapat sistem ekonomi
Islam, sistem pendidikan Islam, sistem sosial Islam, sistem
kesihatan Islam, sistem kebajikan Islam, sistem penerangan
Islam, sistem motivasi dan perhubungan Islam, sistem per-
tanian Islam dan lain-lain sistem hidup Islam yang indah,
selamat dan menyelamatkan. Semua itu berlandaskan syariat
Islam dan berteraskan iman.
Jemaah kebenaran tidak bersandar pada musuh dalam
sebarang sistem hidup. Bahkan ia bukan sahaja mampu
menaungi pengikutnya, tetapi mampu menjadi tempat ber-
sandar masyarakat umum sekalipun orang bukan Islam.
Pernah dunia tunduk pada Islam yang ditaja oleh Rasulullah
dan Khulafaur Rasyidin. Allah dan Rasulullah yang menguat-
kannya sehingga terserlah kebesaran Islam sebagai cara hidup
yang sebenar-benarnya.
Sistem hidup Islam dalam pelbagai aspek yang diterajui
Putera Bani Tamim mampu menjadi alternatif kepada sistem
hidup dunia yang sangat rosak dan merosakkan di waktu itu.
Sistem yang dibawa olehnya menongkah arus perdana zaman
itu, sangat berlawanan dengan nafsu jahat manusia akhir
zaman yang terlalu cintakan dunia dan melupakan Akhirat.
Tetapi dengan karamah Putera Bani Tamim, sungguh menge-
jutkan kawan dan lawan, sistem Tuhan akhirnya menewaskan
dan memenangi peperangan antara sistem yang hak dan
sistem yang batil.

5. Membangunkan daulah sebagai tapak kepada ummah


Perjuangan team Putera Bani Tamim akhirnya memperolehi
kejayaan. Jemaahnya disempurnakan oleh Allah. Melihatkan
role model yang dibawa oleh Putera Bani Tamim di dalam
jemaahnya, masyarakat di semua golongan dalam negaranya

46
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PUTERA BANI TAMIM

waktu itu meminta kepimpinan Putera Bani Tamim untuk


menyelamatkan keadaan negaranya yang sedang menuju
kepada kehancuran dan kemusnahan.
Lalu berlakulah janji Tuhan. Tuhan menghadiahkan sebuah
daulah kepada Putera Bani Tamim. Keadaan ini amat meng-
gemparkan seluruh dunia terutama Yahudi dan Barat kerana
ternyata usaha-usaha mereka selama ini untuk menyekat
kebangkitan semula Islam di dunia ini telah gagal. Islam yang
dibendung-bendung dengan pelbagai cara dan sekatan itu
tetap bangkit juga. Pada waktu ini, perdagangan, pereko-
nomian, pendidikan, politik serta pemikiran Yahudi dan Barat
yang menjadi pakaian manusia zaman ini jadi lumpuh.
Di waktu daulah ini Putera Bani Tamim melaksanakan pro-
ses pemulihan dan permulaan daulah sebagai tapak kepada
ummah. Tugas Putera Bani Tamim adalah membuang seluruh
sistem hidup bikinan akal manusia dan musuh Islam yang
telah rosak dan membersihkan saki-baki karatnya. Putera Bani
Tamim bekerja keras membuang segala sistem yang kotor
dan sangat merosakkan manusia sehingga hati-hati dan
fikiran rakyatnya menjadi bersih sebersih-bersihnya dan di-
gantikan dengan sistem Tuhan. Sepertimanalah Rasulullah
berjaya mengubah Arab jahiliah yang zalim dan rosak menjadi
satu bangsa yang sangat mulia dan agung.
Kemudian Putera Bani Tamim bersama teamnya ‘menye-
diakan wadah hati’ yang telah dibersihkan tadi supaya ber-
sedia menerima suatu hidayah baru yang selama ini tertutup
rapat sejak kewafatan baginda Rasulullah SAW. Sungguh
besar dan berat tugas Putera Bani Tamim yakni memper-
siapkan iman yang tinggi, akhlak yang mulia, aqidah yang
mantap dan tepat kepada Tuhannya serta kasih sayang yang
subur di hati-hati manusia. Iman-iman yang berbunga, ibarat
bunga-bunga berkembang mekar mewangi ke seluruh negara
sehingga daulah Putera Bani Tamim menjadi contoh ikutan,
role model kepada negara-negara di Timur. Kepimpinan Putera
Bani Tamim dikagumi dunia dan manusia berbondong-
bondong datang untuk melihat keadilan dan kemakmuran
sebuah daulah Islamiah.

47
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

6. Berbaiah dan berkursus dengan Putera Bani Tamim


Sepertimana yang dijanjikan oleh baginda Rasulullah SAW,
kemunculan Putera Bani Tamim adalah menandakan akan
segera pula munculnya Imam Mahdi. Ertinya Imam Mahdi
tidak akan muncul sendirian melainkan didahului oleh ke-
munculan mujaddid kembarnya, Putera Bani Tamim.
Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah di Timur,
maka dia sudah ada wibawa kerana dunia sudah mengenali-
nya. Bahkan negara-negara Asia akan berbaiah dan bergabung
dengan daulah Islamiah Putera Bani Tamim. Putera Bani
Tamim yang sebelum ini juga sudah sekian lama menghe-
bahkan kezahiran Imam Mahdi, memesatkan lagi aktiviti
mempromosikan Imam Mahdi. Di sini kita faham bahawa
kezahiran Imam Mahdi mesti didahululi oleh Putera Bani
Tamim. Jika tidak, dia adalah Imam Mahdi palsu.
Di waktu itu juga ramai yang sudah mengsyaki Imam
Mahdi telah zahir tetapi tidak mengisytiharkan dirinya. Lantas
mereka ke Mekah untuk berbaiah dengan Imam Mahdi. Tetapi
Imam Mahdi akan berkata kepada mereka, “Tidak boleh ber-
baiah terus dengan Imam Mahdi, tapi mesti berbaiah dulu
dengan Putera Bani Tamim.”
Mengapa syarat untuk berbaiah dengan Imam Mahdi
adalah mesti berbaiah dulu dengan Putera Bani Tamim?
Ini kerana minda untuk akhir zaman hanya dari satu sum-
ber iaitu dari Putera Bani Tamim. Minda Putera Bani Tamim
hakikatnya adalah minda Imam Mahdi. Tugas menyelaraskan
minda Imam Mahdi sebelum kezahirannya dipikul oleh Putera
Bani Tamim. Jadi maksud baiah kepada Putera Bani Tamim
adalah untuk mendapatkan kursus-kursus dari Putera Bani
Tamim supaya minda jadi selaras, sebagai persiapan dan
kesempurnaan menanti kezahiran Imam Mahdi.
Golongan yang cepat mengesan kezahiran Imam Mahdi
adalah golongan ahli-ahli tarekat, ulama-ulama yang hak,
guru-guru yang bertaqwa khususnya golongan wazir-wazir
bersama pengikut-pengikut dan para simpati. Semuanya mesti
berbaiah dan berkursus dengan Putera Bani Tamim supaya

48
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PUTERA BANI TAMIM

fikiran dan pandangan dapat diselaraskan. Setelah selesai


berlaku keselarasan, barulah Imam Mahdi akan mengisyti-
harkan dirinya, “Saya adalah khalifah Allah.” Beliau meng-
isytiharkan dirinya ketika minda (ilmu tajdid) sudah selesai,
daulah sudah berlaku dan Asia sudah bersatu.
Di waktu inilah nanti Imam Mahdi akan mengisytiharkan
bahawa orang yang mendapat daulah di Timur adalah Putera
Bani Tamim. Dan Putera Bani Tamim pula akan mengisyti-
harkan Imam Mahdi. Pada masa itu manusia tidak akan
mentertawakan lagi Putera Bani Tamim kerana Asia sudah
bersatu, pengikut sudah ramai dan kepimpinan Putera Bani
Tamim sudah terbukti.
Setelah berjuang beberapa tahun, di waktu Subuh di se-
buah masjid di Damsyik, sewaktu Imam Mahdi hendak meng-
imami solat, Nabi Isa turun. Imam Mahdi meminta Nabi Isa
menjadi imam tetapi Nabi Isa menolak. Baginda meminta
Imam Mahdi meneruskan sahaja menjadi imam. Di waktu
itu Imam Mahdi sudah diterima di seluruh dunia dan beliau
mengisytiharkan Nabi Isa.
Ertinya kaedah kezahiran tiga pemimpin kebenaran untuk
kebangkitan Islam akhir zaman adalah Putera Bani Tamim
akan menunjukkan Imam Mahdi dan Imam Mahdi pula akan
menunjukkan Nabi Isa. Lantas berlakulah kebangkitan Islam
bertaraf ummah kali kedua seperti yang dijadualkan Tuhan
untuk akhir zaman.

49
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

5 Abuya Ashaari Muhammad


Menepati Ciri-Ciri Mujaddid

ABUYA HAJI ASHAARI Muhammad adalah seorang pemim-


pin dan pejuang yang sangat gigih dan kuat cita-citanya untuk
mengembalikan manusia kepada Allah SWT, Tuhan pencipta.
Beliau begitu serius melahirkan role model Islam sebagai satu-
satunya cara hidup yang selamat dan menyelamatkan. Islam
menjadi cita-citanya sejak kecil hingga kini. Perjuangan beliau
memimpin jemaah Islam telah menjangkau 40 tahun.
Allah SWT telah mentakdirkan Abuya dapat jadi pemimpin
sebuah jemaah Islam yang begitu besar pengaruhnya di dalam
dan di luar negara. Kehadiran Abuya dan jemaahnya sedang
mendapat perhatian istimewa dari dalam dan luar negara
oleh rakyat dan penguasa-penguasa negara. Walhal hari ini
kebanyakan pemimpin-pemimpin Islam lain telah dilupakan
dan tidak diambil pusing oleh orang.
Berikut ialah senarai ciri-ciri kepimpinan yang Allah pa-
merkan pada dirinya yang sudah dikenal pasti yang mana
semua ciri-ciri ini adalah berpunca daripada ilham yang Allah
berikan kepadanya. (Sila rujuk Bab 3, Ciri-ciri Mujaddid)

1. Abuya berjuang di awal kurun


Sebagaimana Hadis Nabi SAW yang memberitahu bahawa

50
ABUYA ASHAARI MUHAMMAD
MENEPATI CIRI-CIRI MUJADDID

setiap awal kurun pasti zahir seorang mujaddid maka tokoh


tersebut sepatutnya sudah zahir dan berperanan. Meman-
dangkan kita kini berada di penghujung awal kurun, sepa-
tutnya umat Islam sudah mencari mujaddid tersebut dan
berada di bawah pimpinannya kerana mujaddid adalah pe-
mimpin yang Tuhan lantik yang mana manusia amat memer-
lukan pimpinannya demi keselamatan hidup di dunia lebih-
lebih lagi di Akhirat.
Ternyata di sekitar awal kurun ini, jika ditinjau di seluruh
dunia, Abuyalah yang paling menonjol perjuangan dan ke-
pimpinannya. Beliau memang dipersiapkan oleh Tuhan untuk
jadi pejuang sedari kecil lagi. Perjuangan Islam adalah minat-
nya, kesukaannya, darah dagingnya, jiwa raganya, akal
fikirannya dan hidup matinya.
Namun kepimpinan perjuangan Abuya yang bercorak
toifah bermula pada tahun 1969 bersamaan 1389 Hijrah se-
waktu umurnya 31 tahun. Setelah mendapatkan pelbagai
pengajaran dan pengalaman berjuang dalam pelbagai ha-
rakah Islam, Abuya muncul ke tengah masyarakat dengan
satu perjuangan gaya baru iaitu memperjuangkan dakwah
dan kasih sayang di atas kaedah membaiki diri dengan taqwa.
Lahirlah jemaah Darul Arqam. Perjuangan Abuya Ashaari
Muhammad pun mula membesar (sekitar tahun 1980-an) dan
berkembang ke seluruh dunia. Pada tahun 80-an itu, per-
juangan dan kepimpinan Abuya sangat terserlah dengan
terbangunnya segala sistem hidup Islam di dalam jemaahnya
seperti sistem perkampungan Islam, sistem pendidikan Islam,
sistem ekonomi, sistem kebudayaan, media massa sama ada
media cetak mahupun media elektronik dan lain-lain. Setelah
melalui pelbagai ujian dan dugaan, Abuya kini muncul lagi
dengan lebih gagah melalui wadah Rufaqa Corporation Sdn
Bhd. Perjuangan Abuya hingga kini mencecah hampir 40
tahun di mana graf kepimpinan perjuangan Abuya sentiasa
mendaki anak-anak tangga meniti dan menelusuri jadual
Allah.

2. Kenaikan kepimpinan secara nature


Abuya memimpin Darul Arqam selama 25 tahun tanpa ditukar

51
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

ganti pemimpinnya. Ini kerana dia dijadikan pemimpin dalam


jemaahnya bukan hasil undian, tapi diterima oleh hati pengi-
kut-pengikutnya. Sistem tukar ganti pemimpin setiap bebe-
rapa tahun atau tempoh-tempoh tertentu, tidak berlaku ke-
rana pengikut atau anak muridnya tidak ada seorang pun
yang mahu atau mampu mengambil alih jawatan itu. Ada
yang pernah cuba mencabar seperti Akhbar Anang, Mokhtar
Yaakub dan Abdul Halim Abbas, tetapi mereka kecundang
dengan sendirinya.
Bahkan musuh-musuh yang cuba mengharamkan dan
menghancurkan perjuangannya hingga pernah menjadikan-
nya tinggal seorang, terkejut bilamana manusia tetap datang
seorang demi seorang menyerah diri kepadanya untuk di-
pimpin dan dididik. Hingga ke hari ini semakin ramai manusia
dari golongan atasan, pertengahan dan bawahan datang
berbaiah kepadanya dan meminta pimpinannya.

3. Abuya manusia paling cinta dan takutkan Tuhan


Di waktu manusia sudah tidak pedulikan Tuhan kerana terlalu
cintakan dunia, Abuya Ashaari Muhammad meletakkan Allah
SWT sebagai cinta agungnya. Dengan kata lain, hidup matinya
semua hanyalah untuk Tuhan dan kerana Tuhan. Ini dapat
dilihat dalam jadual dan program hidup hariannya, sepenuh
masanya adalah dengan Tuhan.
Sebagai contoh, umumnya, siapa yang mengenalinya akan
tertarik dengan peribadi beliau yang istiqamah sepanjang
hidupnya berada awal sekitar 15 minit di sejadah menunggu
waktu solat. Beliau juga tidak pernah tinggal solat berjemaah
serta tahajud.
Kecintaannya pada Tuhan itu dapat dilihat dalam dua ben-
tuk:
Pertama: Beliau berhabis-habisan dalam mempromosikan
Tuhan melalui kuliah rasmi dan tidak rasmi, di dalam tulisan-
tulisan beliau, melalui lirik-lirik nasyid karangan beliau serta
melalui sistem hidup menurut kehendak Tuhan yang dia
bangunkan dalam jemaahnya, yang mana manusia akan dapat
melihat kebesaran Tuhan dan keindahan ajaran Islam.

52
ABUYA ASHAARI MUHAMMAD
MENEPATI CIRI-CIRI MUJADDID

Kedua: Bagi orang yang bergaul dengannya, mereka dapat


melihat beliau sangat membesarkan dan mengutamakan
kehendak-kehendak Tuhan dalam hal ibadah dan akhlak.
Beliau adalah seorang yang zuhud, sabar, berani, pemurah,
kasih sayang, tawakal, tawaduk, pemaaf, pemalu, meng-
hormati tetamu, membela jiran, menjaga kebajikan pengikut-
pengikutnya dan menziarahi manusia. Beliau sentiasa me-
makai kain pelekat dan seluar panjangnya ke mana-mana.
Abuya tidak mahu memakai seluar panjang tanpa kain pelekat
kerana malu menampakkan bentuk auratnya. Beliau men-
doakan musuh-musuhnya dengan kebaikan. Orang menuduh
beliau mengambil kepentingan dan menzalimi anak buah.
Walhal hakikat sebenarnya dia seorang pemimpin yang
sanggup miskin dan susah demi untuk membela orang lain
apatah lagi terhadap anak buahnya sendiri.

4. Abuya mendapat ilmu ilham


Rasulullah SAW diberi gelaran ummiy adalah kerana baginda
diberi hati oleh Allah yang mampu mengambil terus ilmu
dari Allah (melalui malaikat Jibril), tanpa perlu melalui proses
membaca dan menulis. Waktu itu gemparlah dunia Arab, Rom
dan Farsi melihat seorang yang tidak masuk ‘sekolah’ tapi
menjadi manusia yang luar biasa kepandaiannya. Demikian-
lah Tuhan hendak menunjukkan kuasa-Nya melalui orang-
Nya.
Demikian juga Abuya Ashaari Muhammad, seorang yang
tidak punya ‘sijil’ tapi ilmunya amat luas. Walaupun diper-
kecilkan orang alim zamannya tentang dirinya yang dikatakan
tiada autoriti keilmuan, namun tidak ada orang yang dapat
menolak ilmunya yang cukup global itu dan mampu menyu-
luh semua aspek kehidupan. Ilmu itu pula bukan hanya ting-
gal sekadar ilmu tetapi zahir sebagai sistem hidup Islam yang
dipraktikkan olehnya dan jemaahnya. Beratus-ratus tajuk
buku dan kuliah serta ribuan sajak dan madah sudah Abuya
keluarkan. Kuliah-kuliah serta ceramah-ceramah dakwah dan
tarbiahnya pula berbagai-bagai tajuk, semenjak beliau muda
hinggalah ke umur tuanya. Setiap minggu Abuya Ashaari
Muhammad membawa tajuk baru kepada pengikutnya. Ilmu-

53
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

nya ternyata bertambah-tambah dan berkembang-kembang


dari masa ke semasa.
Walaupun sebahagian bukunya diharamkan tapi jelas itu
ialah program politik negara. Walhal secara ilmiah, ilmu
Abuya sudah diiktiraf oleh doktor-doktor PhD. Misalnya, Tesis
Dr. Tasman Ya’cub yang bertajuk ‘Dakwah Islam Dalam Pers-
pektif Haji Ashaari Muhammad’ telah dibahaskan dan di-
luluskan oleh tujuh orang ilmuan besar Indonesia.

5. Abuya dianugerahkan karamah


Kepada para mujaddid yang memimpin dan mendidik ma-
nusia, biasanya Allah berikan karamah maknawiah untuk
memudahkan mereka membawa masyarakat kepada Allah
SWT.
Terlalu banyak karamah yang Allah perlihatkan kepada
Abuya Ashaari Muhammad. Antaranya:
• Ketika Abuya ditahan oleh kerajaan menggunakan ISA,
Abuya Ashaari Muhammad tidak melawan bahkan mem-
beri kerjasama. Beliau amat yakin bahawa Allah pasti
menguji pejuang-pejuang sebelum diberi kemenangan.
Ujian itu pula adalah penghapusan dosa, manakala penen-
tang akan terhukum dengan sendirinya. Setelah dibebas-
kan dari lokap, Abuya menubuhkan Syarikat Rufaqa’
Corporation Sdn Bhd sebagai wadah baru perjuangannya
sedangkan Abuya masih dalam tahanan ISA (RO). Akhir-
nya dalam masa 10 tahun, Rufaqa Corporation menjadi
jauh lebih gagah daripada Arqam yang telah dihancurkan
itu. Walhal sepatutnya jemaahnya tidak mungkin hidup
kembali. Namun melalui proses ISA, Allah menjadikan
perjuangan Abuya lebih laju dari sebelumnya.
• Selepas ISA, Allah takdirkan Abuya Ashaari Muhammad
sakit kuat. Dalam keadaan dirinya yang terlantar sakit
itu lebih-lebih lagilah tidak mungkin pengaruhnya mem-
besar. Namun kenyataannya Abuya Ashaari Muhammad
mendapat pengaruh yang cukup besar sama ada di dalam
dan di luar negara, sama ada dari kalangan orang biasa
mahupun tokoh-tokoh kenamaan, tokoh-tokoh korporat,

54
ABUYA ASHAARI MUHAMMAD
MENEPATI CIRI-CIRI MUJADDID

golongan profesional, pemimpin masyarakat, artis dan


lain-lain. Ini membuktikan bahawa usaha manusia bukan
memberi bekas, tapi kuasa Tuhanlah yang mampu mem-
beri kesan.
• Kalaulah tokoh-tokoh lain sama ada pemimpin, usahawan,
jutawan, ilmuan, karyawan, budayawan atau lain-lain,
di tangan mereka terjadinya pembangunan dan kemajuan
material yang luar biasa namun belum ada di antara
mereka yang mampu membina kemajuan sepertimana
yang dibangunkan oleh Abuya. Sebagai contoh, Abuya
berjaya membangunkan ‘bandar’ yang lain dari yang lain
iaitu sebuah bandar dengan sistem hidup yang memasuk-
kan Tuhan dan Akhirat sebagai imbangan dan praktikal.
Yakni Abuya dapat membangunkan material dan rohani
sekaligus. Walaupun pembangunan materialnya tidaklah
bersaiz besar tetapi sistem bermodalkan Tuhan menjadi
model yang boleh ditiru, diambil dan diperjuangkan oleh
semua golongan.

6. Abuya membangunkan jemaah


Kebolehan Abuya memimpin, mengajar dan mendidik adalah
satu kurniaan Allah kepadanya. Abuya mempunyai hati yang
amat inginkan keselamatan manusia serta sangat bimbangkan
kecelakaan yang menimpa mereka. Beliau sanggup mengam-
bil sebarang risiko, sanggup berhabis-habisan masa, tenaga
dan harta demi keselamatan manusia. Kekuatan yang ada
pada Abuya inilah yang mampu mengikat anak-anak jemaah-
nya di atas tali Allah. Lalu berlakulah di tangannya dua pem-
bangunan yang diidamkan, yakni pembangunan rohaniah dan
pembangunan material. Jemaahnya walaupun kecil tapi kua-
litinya amat mencabar pembangunan oleh pemimpin-pemim-
pin yang hanya mampu membangun secara duniawi. Rufaqa
Corporation yang diterajui oleh Abuya kini mempunyai 700
rangkaian perniagaan di seluruh dunia.

7. Abuya menzahirkan kebenaran


Abuya bukan sekadar memperkatakan kebenaran tetapi men-

55
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

zahirkannya dalam realiti kehidupan. Beliau telah berjuang


dengan gigih dan serius sejak berumur 20 tahun hinggalah
kini umurnya hampir 70 tahun. Berjuang ertinya berusaha
habis-habisan untuk mewujudkan sistem kehidupan berlanda-
skan Islam. Antara sistem yang telah dibangunkan oleh Abuya
Ashaari Muhammad setakat ini ialah:
• Sistem kepercayaan (aqidah) dalam diri pengikut-pengi-
kutnya yang mana bukan sekadar tahu dan percaya ten-
tang Tuhan tapi dapat merasakan peranan Tuhan dalam
kehidupan
• Sistem ibadah yang melahirkan rasa kehambaan dan rasa
bertuhan sehingga membuahkan akhlak dalam kehidupan
• Sistem keluarga besar dan kecil (poligami) yang mana
anggota-anggotanya membesarkan Tuhan dan berkasih
sayang, bahagia dan harmoni
• Sistem pendidikan di peringkat tua, dewasa, remaja dan
kanak-kanak yang membawa manusia kenal, cinta dan
takutkan Tuhan
• Sistem kewangan tanpa riba dan tipu daya
• Sistem ekonomi yang bermoral dan membela, tidak me-
nindas bahkan bertujuan untuk berkhidmat kepada ma-
nusia
• Sistem kebudayaan yang mendidik dan menghiburkan
serta mampu menyuburkan jiwa manusia dengan fitrah
rasa bertuhan dan rasa kehambaan
• Sistem penerangan yang membawa manusia menuju
Tuhan
• Sistem perhubungan antarabangsa tanpa sempadan atau
borderless dengan mengikat dan menyatukan hati-hati
manusia kepada Tuhan serta kasih sayang sesama manusia
• Sistem kebajikan Islam yang sangat membela lahir dan
batin manusia
• Sistem perjuangan yang lunak, lemah lembut, berhikmah
serta menunjukkan contoh teladan yang baik

56
ABUYA ASHAARI MUHAMMAD
MENEPATI CIRI-CIRI MUJADDID

• Sistem sosial yang tidak ada kepentingan diri dan meng-


utamakan orang lain lebih daripada diri sendiri
• Sistem kasih sayang dan perpaduan yang benar-benar
diperjuangkan sehingga semua orang dapat merasa se-
perti adik-beradik dari satu ibu dan ayah

Hasil perjuangan Abuya itu, sudah ramai orang yang ma-


suk Islam di tangannya. Antaranya dari Sabah, Thailand,
China, Uzbekistan dan Filipina.

8. Abuya tidak dapat dihalang oleh penentangnya


Abuya Ashaari Muhammad pernah beberapa kali ditentang
oleh bekas muridnya sendiri dengan hasrat mahu meng-
hancurkan Abuya. Namun akhirnya usaha-usaha merekalah
yang hancur. Setelah Arqam diharamkan, ada di antara
mereka berhasrat membangunkan jemaah baru dengan meng-
ambil pengikut-pengikut Abuya tetapi usaha itu juga gagal
bahkan kini mereka sesama mereka makin berpecah belah.
Ada yang beranggapan Abuya telah gagal kerana jemaah
Arqam sudah dihancurkan dan dia ditangkap serta dihukum.
Namun Allah SWT telah menolongnya. Dia dapat melepasi
semua halangan dan akhirnya perjuangannya dapat bangun
semula dengan lebih gagah dan boleh berkembang sampai
ke luar negara. Dalam masa yang sama para penentang yang
cuba menghalang perjuangan Abuya itu tidak mampu untuk
membangunkan apa-apa. Demikianlah kuasa Allah itu tetap
berlaku sama ada dihalang ataupun tidak.

9. Abuya umpama tafsiran Al Quran dan Sunnah ber-


gerak
Para mujaddid membawa tafsiran baru Al Quran dan Sunnah
Rasulullah SAW. Ertinya para mujaddid menghidupkan isi Al
Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam realiti kehidupan
sehingga dengan itu manusia lebih mudah memahami Islam
melalui role model yang dibawa oleh para mujaddid.
Abuya menghidupkan dan menggerakkan isi Al Quran dan
Sunnah Rasulullah SAW di dalam realiti kehidupan manusia

57
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

zaman ini. Beliau memberi nafas baru kepada kefahaman Al


Quran dan Sunnah melalui stail dan kaedah perjuangan yang
dibawanya. Ini jelas dapat dilihat melalui minda-mindanya
dalam bentuk kuliah-kuliah rasmi atau tidak rasmi, melalui
tulisan-tulisan dalam puluhan buku dan ribuan sajak beliau.
Orang yang mendengar dan membaca mindanya sungguh
merasakan bagai ada sentuhan taufik dan hidayah kerana
mendapat suatu kesedaran baru dan dorongan untuk meng-
amalkan minda yang diterima.
Dari sudut aqidah, Abuya menghidupkan rasa bertuhan
dalam diri dan hati para pengikutnya. Manusia selama ini
hanya tahu Tuhan itu ada tetapi tidak dapat merasakan pe-
ranan dan kerja Tuhan dalam kehidupan. Sedangkan rasa
bertuhan yang hidup dalam diri manusia itulah menjadi enjin
untuk beribadah, bekerja, hidup dan mati kerana Tuhan. Rasa
cinta pada Tuhan jadi pendorong untuk beramal, rasa takut
pada Tuhan jadi benteng dari berbuat maksiat.
Dari sudut ibadah, Abuya sangat memperlihatkan sensiti-
vitinya terhadap Tuhan di mana beliau istiqamah seumur
hidupnya sekitar 15 minit awal, menunggu-nunggu masuk
waktu solat. Sembahyang malam tidak pernah ditinggal-
kannya. Abuya menanamkan rasa bersalah dengan Tuhan
setelah selesai sembahyang atau selesai membuat lain-lain
ibadah dan pekerjaan. Abuya menghidupkan roh ibadah
hingga orang berpuasa kerana hendak mendidik nafsu, orang
berzakat bertujuan untuk mensucikan diri, orang naik haji
terasa benar-benar menuju Allah.
Di sudut akhlak, Abuya membawa sistem akhlak yang di-
lihat sangat indah umpama bunga-bunga yang sedang ber-
kembang di taman. Kasih sayangnya sangat ketara kepada
semua manusia tidak kira apa umur atau peringkat kehidupan
mereka. Kasih sayang adalah misi utama perjuangannya.
Abuya manusia yang paling sabar menghadapi semua ujian
getir dalam perjuangannya. Dituduh sesat, ditinggalkan pengi-
kut yang kemudian menentangnya, terpisah dengan jemaah
tujuh tahun lamanya di luar negara terus-menerus, sepuluh
tahun di tahan di bawah ISA, jemaahnya dihancurkan dan
beliau ditimpa sakit teruk dari tahun 2005 hingga 2007.

58
ABUYA ASHAARI MUHAMMAD
MENEPATI CIRI-CIRI MUJADDID

Semua ujian ini meletakkan Abuya dan jemaahnya antara


hidup dan mati. Allah memberinya kekuatan dan kesabaran
menempuh segala ujian pahit itu dan dia melepasinya satu-
persatu. Hasilnya, peribadi, kepimpinan dan didikannya
sangat memberi kesan kepada hati-hati manusia kerana beliau
telah mengamalkan dan mempraktikkan lebih dahulu semua
minda yang dibawanya.
Dari sudut perjuangan, Abuya benar-benar menghidupkan
isi perjuangan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Cuma
dalam gaya moden dan canggih sesuai dengan zaman yang
serba moden kini. Abuya dapat mengatasi semua strategi
musuh yang hendak menghancurkan perjuangannya. Masa-
kan ini semua berlaku kalau bukan dia dimonitor oleh Ra-
sulullah SAW.
Al Quran membawa sistem hidup, Islam as a way of life.
Rasulullah SAW menghidupkan sistem Al Quran hingga ma-
syarakat Arab melihat Rasulullah sebagai Al Quran bergerak.
Ayat Al Quran turun dalam bentuk wahyu, manakala isi Al
Quran itu diterjemahkan dalam sistem hidup yang Rasulullah
bangunkan.
Di zaman manusia telah ratusan tahun hidup atas sistem
bikinan akal manusia, dunia hari ini telah mengakui sistem
hidup yang ada kini telah rosak, hancur dan tidak menemui
jalan keluar. Abuya muncul dengan menghidupkan sistem
Tuhan yang benar-benar asing daripada sistem dunia yang
ada kini. Dalam peperangan antara sistem hak dan batil ini,
Abuya memenanginya. Sistem pendidikan yang Abuya bawa
melahirkan generasi baru Al Quran dan Sunnah, sistem kebu-
dayaan yang Abuya cetuskan sudah diterima di Eropah, Timur
Tengah dan Asia. Sistem ekonomi Tuhan yang Abuya gerakkan
menyebabkan kapitalis geleng kepala dan bungkam. Ertinya
role model sistem kehidupan yang Abuya bangunkan di semua
sudut adalah tafsiran Al Quran dan Sunnah bergerak!

10. Mendapat ilham dan isyarat-isyarat ghaib termasuk


mimpi benar
Abuya selalu didatangi Rasulullah dan juga Imam Mahdi

59
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

untuk mengajarkan bagaimana menghadapi persoalan dalam


perjuangan serta memberi ilmu-ilmu dan panduan-panduan,
apatah lagi ilmu bagi mempersiapkan jemaah. Kedatangan
kedua-duanya ini adalah pengalaman beliau melalui tiga cara:
i. Rasa hati yang kuat untuk bertindak.
ii. Dijatuhkan ke hatinya ilmu. Bila dicakapkan bukan hasil
fikiran. Malah Abuya pun belajar dari situ.
iii. Berbual-bual secara jaga dengan Rasulullah dan Imam
Mahdi. Hasil perbualan membawa jemaah Abuya makin
maju di bidang insaniah dan material. Itulah bukti bahawa
semuanya bukan dari syaitan seperti yang dituduhkan.
Masakan syaitan membawa orang kepada Allah.
Seorang syeikh tarekat dari Iraq, Syeikh Abdul Jabbar,
Abuya mendapat tahu melalui ilham dari Rasulullah SAW
bahawa orang itu adalah salah seorang daripada orang kuat
Imam Mahdi yang akan ikut membawa kebangkitan Islam di
akhir zaman.
Maka Abuya pun menghantar wakilnya untuk berjumpa
beliau. Apabila bertemu saja, belum bercakap apa-apa lagi,
Syeikh Abdul Jabbar telah berkata kepada wakil Abuya:
“Kejayaan kamu sampai ke sini, adalah hasil rundingan
saya dengan Syeikh Malaysia (Abuya).”
Walhal secara zahirnya Abuya belum pernah berjumpa
dengannya.
Syeikh Abu Mush’ab, seorang syeikh tarekat di Jordan telah
menunjukkan buku catatan beliau kepada Abuya Ashaari
Muhammad ketika Abuya berada di Jordan. Di dalamnya
bertulis:
“Ashaari bin Muhammad pembawa kebangkitan di Timur,
akan datang ke Jordan.”
‘Mesej’ itu diterimanya dari Rasulullah dan Imam Mahdi
sebelum kedatangan Abuya ke Jordan.
Syeikh Abdussalam Al Harras, syeikh tarekat dari Maghribi
memberitahu Abuya ketika Abuya ke Maghribi pada tahun
1986:

60
ABUYA ASHAARI MUHAMMAD
MENEPATI CIRI-CIRI MUJADDID

“Kenapa kamu datang ke mari? Kebangkitan Islam di


tempat kamu. Buktinya ialah kamu yang bawa Islam ke mari.”
Beliau berkata bahawa Rasulullah-lah yang memberitahu-
nya sebelum Abuya tiba ke rumahnya itu.
Syeikh Abdul Nasir dari Mekah datang kepada Abuya di
Malaysia pada tahun 1996 dan memberitahu bahawa orang-
orang Imam Mahdi sedang giat mempersiapkan kedatangan-
nya dan Abuya adalah orangnya di Timur. Mesej itu katanya
diberitahu padanya oleh Rasulullah.
Bermula pada tahun 1985, Abuya bersama rombongannya
keluar negara dan tidak balik-balik selama tujuh tahun,
setelah mendapat alamat bahawa ada ancaman terhadap
Abuya dari pihak tertentu dikeranakan pengaruh Abuya yang
sudah membesar.
Pada hari pertama tiba di Amman, Jordan, Abuya telah
didatangi oleh lima lelaki Arab yang memperkenalkan diri
mereka sebagai kumpulan Muntazirun. Tanpa perkenalan
apa-apa mereka terus bertanya Abuya:
“Kamu yakin dengan Imam Mahdi?”
Abuya mengangguk mengiyakan.
“Kamu tahu dalam hal Imam Mahdi ini ada nas-nas dalam
Al Quran?” tanya mereka lagi.
Abuya tergamam kerana setahu Abuya, nas tentang Imam
Mahdi hanya ada dalam Hadis. Al Quran tidak!
Belum sempat Abuya menjawab, ketua kumpulan itu
berkata, “Tentu kamu tahu, Al Quran ada menceritakan
perihal ibu Nabi Musa yang Allah masukkan ke dalam hatinya
rasa yang kuat untuk meletakkan peti kurungan anak kecilnya
ke dalam Sungai Nil. Itu saja dirasakannya jalan selamat dari
dibunuh oleh Firaun. Maka dia pun memasukkannya dan
betul selamat. Walhal kalaulah rasa hatinya itu dibawa ber-
bincang dengan keluarga terlebih dahulu, tentu ramai tidak
setuju kerana tidak mungkin peti itu boleh selamat dalam
air.”
“Apa yang di dalam hati kamu sekarang tentang Imam

61
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

Mahdi itu, adalah rasa yang Allah masukkan seperti yang


berlaku kepada ibu Nabi Musa itulah. Bahawa kamu terlalu
yakin untuk mendedahkan tentang Imam Mahdi dan kamu
yakin selamat. Walhal hari ini semua orang tahu bahawa amat
bahaya bagi seseorang yang memperjuangkan Imam Mahdi
seperti yang kamu lakukan ini. Yahudi sanggup membunuh
siapa pun yang mengaku Imam Mahdi bahkan bayang Imam
Mahdi pun akan dibunuh. Ertinya pejuang-pejuang Imam
Mahdi tidak akan selamat.”
Syeikh itu menyambung, “Rasa hati seperti ini, kalau diberi
kepada seorang nabi dan rasul, itulah wahyu. Tapi manakala
diberi kepada seorang yang bukan nabi dan rasul, seperti ibu
Nabi Musa dan seperti yang kamu sedang alami, ia disebut
ilham. Yakni rasa hati yang kuat, yang menutup akal dari
memikirkannya dan memaksa kamu bertindak.”
Dia bertanya lagi kepada Abuya, “Apakah kamu bertemu
dengan Imam Mahdi?”
Abuya tunduk agak lama. Akhirnya Abuya jawab, “Itu rah-
sia saya.”
Muntazirun itu senyum dan berkata, “Kami faham!”
Perihal keyakinan Abuya tentang Imam Mahdi ini pernah
ditanyakan oleh isterinya, Khadijah Aam (Ummu Jah), ke-
padanya ketika beliau dalam ‘pelarian’nya di luar negara,
“Mengapa Abuya tidak boleh bertolak ansur dengan kerajaan
dalam hal Imam Mahdi ini? Bukankah ia hanya perkara
khilafiah. Sedangkan mempertahankannya Abuya terpaksa
berpisah dengan keluarga, negara dan budaya.”
Abuya dengan marah berkata, “Pemimpin besar nak da-
tang, kamu suruh diamkan?” Begitulah sekali seriusnya Abuya
memperjuangkan Imam Mahdi ini.
Memang sampai hari ini, walaupun di-ISAkan, dihan-
curkan jemaahnya dan difatwakan sesat oleh negara, namun
Abuya dapat melepasinya dan bangun kembali dengan
selamatnya. Ini menjadi satu kejutan besar kepada rakyat
Malaysia khususnya dan dunia amnya. Maka ramailah yang
semakin yakin bahawa Abuya ada masa depan kerana mana

62
ABUYA ASHAARI MUHAMMAD
MENEPATI CIRI-CIRI MUJADDID

mungkin pejuang yang kena dua kali ISA dapat meneruskan


perjuangannya jauh lebih hebat dan besar dari sebelumnya.
Bahkan waktu Abuya sakit teruk, perjuangannya makin
diterima orang dalam negara. Ini tidak mungkin berlaku kalau
tidak dibacking oleh Allah melalui dua orang kekasih-Nya,
Rasulullah dan Imam Mahdi.
Umat Islam sepatutnya sangat alim perihal peristiwa akhir
zaman ini. Sedangkan Yahudi sangat alim perihal Hadis dan
Al Quran yang jelas mengisyaratkan semua peristiwa yang
bakal berlaku ini. Tapi Yahudi berjaya memutarbelitkannya
sehingga umat Islam sendiri memusuhi semua khazanah ini.

11. Hati manusia berubah olehnya


Abuya didatangi manusia-manusia yang meminta pimpinan-
nya kerana kemampuannya memimpin dan mendidik nafsu
dan hati-hati manusia.
Abuya mengajarkan sembahyang itu agung dan mampu
membina peribadi yang agung. Lalu pengikutnya dipimpin
secara rohiyah, agar memahami dan menghayati lahir dan
batin solat-solat mereka hingga sudah ada murid-muridnya
yang berubah daripada peribadi asal.
Abuya bersihkan fahaman-fahaman sekular mengenai
Islam kepada satu kefahaman yang berteraskan Tuhan. Abuya
merubah seseorang yang biadab dengan ibu bapa kepada
kembali berbakti, berkhidmat penuh hormat dan memuliakan
ibu bapa. Abuya menyelamatkan remaja-remaja yang sudah
liar dengan rokok, teman wanita, pakaian menjolok mata,
salah guna dadah, arak dan semua gaya hidup syaitan yang
merosakkan dengan cara menanamkan ke hati mereka ke-
percayaan kepada Tuhan.
Abuya merupakan tokoh utama yang mencetuskan budaya
menutup aurat di kalangan wanita-wanita di Malaysia. Beliau
membuatkan isteri-isteri menjadi taat, hormat dan mampu
meletakkan suami sebagai pemimpin dalam rumah tangga.
Abuya menyelamatkan banyak keluarga yang bermasalah
secara nasihat dan didikan.

63
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

Abuya mampu menukar wanita-wanitanya daripada ta-


kutkan poligami kepada sanggup berpoligami lantaran me-
lihat kebaikan-kebaikan dan manfaat yang amat besar
daripadanya di sisi Tuhan. Bahkan semua anak perempuannya
pun dipoligamikan. Anak-anak hasil poligami itu pula saling
menyayangi sesama mereka dan saling menghormati ibu tiri
mereka.
Abuya kembalikan orang-orang yang telah terlanjur, ke
jalan Tuhan. Abuya wujudkan dalam jemaahnya golongan
artis, pelakon, penasyid, pengarah, pemuzik dan lain-lain yang
mana gaya hidup mereka semuanya mengikut syariat.

12. Mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga


Terlalu yakin dengan adanya peranan Tuhan yang Maha Kaya
dalam membantu kebangkitan Islam. Abuya bangunkan
perjuangannya betul-betul bermodalkan Tuhan. Telah dibukti-
kan oleh beliau, setiap pejuang yang sanggup baiki diri dengan
taqwa, sembahyang malam, bertaubat, tebus dosa (berse-
dekah), berkasih sayang, wirid, doa maka nescaya Allah akan
tunaikan janji-Nya.
Abuya Ashaari Muhammad dilihat begitu kaya, namun dia
sebenarnya boleh disenaraikan sebagai seorang yang miskin.
Layak menerima zakat kerana rezekinya tiada sumber yang
tetap. Istilahnya dia miskin tapi kaya. Kaya tapi miskin. Peri-
badi beginilah yang dilahirkan oleh Islam yang selamat di
dunia dan tiada hisab di Akhirat. Sebab yang kaya bukan
peribadi tapi jemaahnya. Masyarakat boleh menumpang
kekayaannya.
Realiti hidup Abuya Ashaari Muhammad sebenarnya tidak-
lah beliau itu berusaha keras untuk kehidupan dunianya.
Sementelahan dia sudah pun berumur 70 tahun. Sakit-sakit
pula. Dia tiada rumah sendiri, tiada wang di bank, tiada harta,
keretanya pun bukan milik peribadi. Aktivitinya cuma menge-
luarkan minda-minda (buah-buah fikiran) dan beribadah.
Namun peribadinya, keluarga dan jemaahnya kelihatan begitu
kaya.

64
ABUYA ASHAARI MUHAMMAD
MENEPATI CIRI-CIRI MUJADDID

13. Orang yang sayang terlalu sayang, yang benci terlalu


benci
Orang yang sayang padanya terlalu sayang. Manakala yang
benci terlalulah benci. Sayangnya orang kepadanya sampai
sanggup berkorban habis-habisan dan hidup mati digunakan
untuk ikut membantu perjuangannya. Komitmen begini mem-
bolehkan Abuya Ashaari Muhammad membangunkan je-
maahnya tanpa meminjam dengan bank dan tidak berhutang.
Taat setia yang dibuktikan oleh pengikut begitu luar biasa
hinggakan semua arahan beliau untuk perjuangan Islam se-
mua terlaksana.
Sebaliknya, bagi mereka yang benci pula tidak mampu
mengawal diri kerana rasa benci yang keterlaluan (hingga
sanggup menyihir Abuya dan pengikutnya) adalah kerana
Allah mahu dedahkan musuh-musuh atau penentang-penen-
tang itu semuanya. Juga supaya mereka dapat menilai diri
dan masyarakat juga dapat menilai, setelah menghancurkan
jemaah Abuya, mana jemaah perjuangan mereka yang boleh
mereka buat lebih baik lagi, demi agama, bangsa dan negara
Islam?
Kebenaran yang Abuya zahirkan cukup indah, mampu me-
nawan hati setiap insan. Kalau ada yang benci, hanyalah
kerana orang itu tidak mampu melawan hasad dengkinya.
Rasulullah SAW itu, kebenaran yang dibawanya, keselamatan
yang ditawarkannya jauh lebih hebat, terserlah bersama
mukjizat-mukjizat yang begitu besar, pun masih ada yang
menolak dengan penuh hasad dengki. Maka tidak peliklah
kalau hal itu juga berlaku kepada Abuya.

14. Doanya selalu dikabulkan Tuhan


Sewaktu ISA, Abuya dihantar ke Bandar Country Homes,
Rawang yang di waktu itu masih gersang dan majoriti pen-
duduk di situ adalah kaum Cina. Oleh kerana Abuya sangat
memperjuangkan Tuhan dan wibawa agama Islam, maka
Abuya telah berdoa kepada Tuhan:
“Ya Allah, jadikan aku orang yang kaya untuk mewibawa-
kan agama-Mu.”

65
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

Benar-benar Tuhan telah mengabulkan doanya. Di saat


ramai lepasan-lepasan ISA hidup melarat, Abuya waktu dalam
ISA lagi dikayakan oleh Tuhan sehingga dikagumi oleh orang
Islam dan bukan Islam di sekelilingnya waktu itu. SB yang
memantau Abuya dan musuh-musuh Islam kehairanan me-
mikirkan bagaimana seorang yang masih di dalam tahanan
ISA, ditinggalkan seorang diri bersama empat isteri dan 30
orang anak dapat bangun semula membina empayar pernia-
gaan dan jemaahnya.
Abuya sangat mendoakan pengikut-pengikutnya sehingga
mereka dipimpin secara rohani dan dimudahkan untuk mem-
baiki diri dan berjuang di jalan Allah. Abuya mendoakan
musuh-musuhnya. Berbuat baik sekalipun kepada orang yang
berbuat jahat kepadanya. Sehingga ada musuh-musuh dan
penentangnya yang akhirnya berbaiah kepadanya.
Pada Abuya sebenarnya Tuhan menganugerahkan ‘power’
maknawiah yang dengan power itulah doanya selalu dimak-
bulkan dan berlakunya keajaiban-keajaiban dalam kepim-
pinannya. Inilah antara karamah-karamah yang Tuhan anu-
gerahkan kepada para kekasih-Nya.

15. Abuya pejuang kasih sayang


Abuya sangat mempraktikkan kasih sayang. Malah Abuya me-
lancarkan era kasih sayang yang berjalan beberapa tahun
lamanya. Agenda kasih sayang menjadi keutamaan untuk
direalisasikan dalam jemaahnya. Terkenallah perjuangannya
dengan tema: Dakwah dan kasih sayang. Abuya adalah bapa
kasih sayang.
Kasih sayangnya begitu ketara. Walaupun ditohmah dan
difitnah, Abuya tidak melatah atau melenting. Kalaupun
Abuya hendak menjawab tuduhan-tuduhan itu, beliau menu-
lisnya dengan membawa hujah ilmiah serta penuh hikmah
tanpa memalukan sesiapa.
Sewaktu beliau ditangkap secara ekstradisi, Abuya dan
para pengikutnya seorang pun tidak memberontak bahkan
pihak polis yang datang membuat serbuan ke premis-premis
Arqam dilayan dengan baik. Di dalam ISA pun Abuya sangat

66
ABUYA ASHAARI MUHAMMAD
MENEPATI CIRI-CIRI MUJADDID

memberikan kerjasama bahkan boleh berkeluarga pula


dengan pihak keselamatan. Abuya tidak berdendam dengan
kejahatan orang kepadanya malah dia mendoakan musuh-
musuhnya.
Bahkan di Barat yang amat memusuhi Islam serta meng-
anggap Islam agama keganasan, rombongan penasyid Ma-
waddah yang dihantar oleh Abuya pada tahun 2003 ke selu-
ruh Eropah dilayan dengan mesranya. Walhal peristiwa 11
September 2001 di WTC, New York, masih menghantui ma-
syarakat Barat ketika itu.
Alhasil Mawaddah diterima menyebarkan sayapnya ke
seluruh Eropah terutama England, Jerman dan Perancis. Di
setiap border antara negara-negara itu Mawaddah dilayan
keluar masuk dengan penuh kemesraan. Rupanya Barat me-
nerima pendekatan dakwah Abuya yang membawa kasih
sayang dan sangat menghargai wanita.
Thailand yang sememangnya menerima Abuya dan je-
maahnya bergelanggang di negaranya, telah ‘meminta ban-
tuan’ Abuya apabila menerima tekanan dari Amerika yang
menganggap di negara Thailand terdapat Islam berbentuk
keganasan ekoran dari suasana tegang di Selatan Thai itu.
Maka suatu program negara bertajuk ‘Islam Kasih Sayang’
yang diisi oleh Rufaqa (wakil duta Amerika di Bangkok turut
hadir) telah melenyapkan ketegangan tersebut. Begitulah juga
yang berlaku di Australia, John Howard, Perdana Menteri
Australia menyebut dalam ucapannya bahawa adanya Islam
kasih sayang setelah menonton persembahan ‘Islam Kasih
Sayang’ oleh Mawaddah di Australia.
Jelaslah bahawa keupayaan pembaharuan yang ditunjuk-
kan oleh Abuya dalam kepimpinan dan perjuangannya ini
melayakkan beliau digelar mujaddid. Kemampuannya mem-
perkenalkan dan memperjuangkan Imam Mahdi menjadikan
beliau layak digelar Al Fata At Tamimi. Sebab menurut Hadis,
orang yang benar-benar kenal Imam Mahdi itu ialah Al Fata
At Tamimi, orang kanan kepada Imam Mahdi.

67
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

6 Abuya Ashaari Muhammad


Adalah Putera Bani Tamim

PARA PEMIMPIN kebenaran yang Tuhan janjikan berjaya


membawa kebenaran dan keadilan dalam kepimpinan
mereka, mengikut tahap atau peringkat masing-masing. Di
bawah kepimpinan dan pemerintahan mereka, Islam berjaya
ditegakkan secara syumul. Lantas Allah berikan kejayaan
kepada mereka di dunia dan di Akhirat. Faktor bagaimana
mereka beroleh kejayaan adalah kerana mereka sangat
dibantu oleh Allah SWT. Allah berikan mereka ilmu, kaedah
perjuangan, kekuatan kasih sayang, cara memperdaya musuh
serta pelbagai karamah lagi.
Firman Allah:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, sesiapa (pe-


mimpin) di kalangan kamu yang menyimpang dari aga-
ma-Nya akan Allah datangkan satu kaum (pemimpin)
yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai-
Nya.” (Al Maidah: 54)

68
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

Rasulullah SAW pula ada bersabda:

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW


sambil memegang tangan Sayidina Ali k.w. baginda
bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda
yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka
apabila kamu ingin melihat demikian itu hendaklah
kamu bersama-sama Pemuda At Tamimi (Putera Bani
Tamim). Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur
dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Riwayat
At Tabrani)
Bagi membuktikan bahawa Abuya Ashaari Muhammad
juga merupakan seorang pemimpin kebenaran yang Tuhan
janjikan yakni dialah Putera Bani Tamim, berikut adalah an-
tara hujah-hujahnya. Abuya kini sedang giat memperjuang-
kan:

1. Minda
Abuya memperjuangkan ilmu yang cukup global. Ilmu-ilmu
yang dikeluarkannya membawa manusia kembali mengenali
dan mencintai Tuhan, kembali mentaati perintah dan me-
ninggalkan larangan Tuhan. Daripada mesej iman dan taqwa,
ilmunya terus merangkumi cara hidup Islam dalam semua
aspek dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya. Ilmu-
ilmu yang global inilah yang menjadi asas kepada pem-
bangunan insaniah dan pembangunan material yang di-
bangunkan dalam perjuangannya.
Minda ini diperjuangkan dalam pelbagai bentuk pen-
dekatan. Melalui ceramah, majalah, buku-buku, kaset-kaset,
video, bergaul mesra dengan semua golongan dengan
membawa contoh atau akhlak yang baik, khidmat masyarakat,

69
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

ziarah, ekonomi, kebudayaan, perkampungan dan bandar


contoh, pendidikan, kesihatan, penternakan, teknologi tinggi
(hi-tech), ekspo dan lain-lain lagi.
Malahan Abuya membawa jemaahnya melibatkan diri
dalam apa sahaja bidang hidup yang diceburi oleh manusia
dengan membawa mesej iman dan taqwa serta Islam sebagai
cara hidup. Agar manusia dapat melihat ilmu-ilmu Islam yang
global itu di dalam realiti kehidupan, bukan sekadar Islam
teori semata-mata.

2. Mempersiapkan jemaah ikhwan


Abuya berjuang bagaikan tidak tahu takut dan tidak tahu
serik. Sekalipun berhadapan dengan berbagai-bagai ujian dan
halangan, beliau tetap tidak mengalah. Sekalipun susahnya
bagaikan mengalih sebuah gunung, pasti diusahakannya.
Kemahuan hatinya sekeras besi. Cita-citanya pasti dibuktikan
walau apa pun risikonya. Sedangkan orangnya sangat lemah
lembut serta penuh kasih dan sayang. Peribadi begini atas
nama Islam sebenarnya bukanlah perkara biasa. Ia merupakan
perkara yang sangat luar biasa.
Peribadi Abuya itu sebenarnya keluar dari hatinya yang
begitu cintakan Allah dan Rasul. Sesungguhnya Abuyalah
yang berhati ikhwan itu dan dia telah dapat lahirkan jemaah
ikhwan yang Rasulullah sebutkan ciri-ciri mereka itu, yakni
mereka bagaikan adik-beradik seibu seayah. Mereka itu men-
jadi abid di malam hari dan jadi singa (pejuang) di siangnya.
Abuya sedang mengajak pengikut-pengikutnya untuk
sama-sama menagih janji Tuhan bahawa kebangkitan Islam
yang berlaku di akhir zaman adalah di tangan-tangan para
ikhwan yang diterajui Putera Bani Tamim. Proses dalaman
ini berlaku dengan begitu intensif di mana pengikut-pengi-
kutnya diberi ilmu, latihan, riadhah, mujahadah, berkorban
dan berjuang untuk memperolehi hati ikhwan yang sangat
cintakan Tuhan dan mencintai pemimpin kebenaran. Kasih
sayang dan perpaduan sangat diperjuangkan.
Abuya sedang mempersiapkan hati-hati ikhwan, satu tang-
gungjawab besar yang bukan boleh direka-reka atau dilakon-

70
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

lakonkan, melainkan beliau dipandu oleh Rasulullah SAW


dan Imam Mahdi untuk melaksanakan tugas besarnya itu.
Bilangan ikhwan semuanya 500 orang. Merekalah team uta-
ma bersama Imam Mahdi dalam misi kebangkitan Islam kali
kedua di akhir zaman.

3. Aurad Muhammadiah
Islam adalah agama yang universal. Ia adalah satu-satunya
cara hidup yang selamat dan menyelamatkan manusia di du-
nia dan di Akhirat. Islam memenuhi keperluan zahir dan batin
manusia. Sesiapa yang benar-benar mengambil Tuhan sebagai
keperluan hidupnya lahir dan batin, ertinya dia telah beroleh
taqwa dan hidup matinya untuk memperjuangkan Tuhan.
Ulama-ulama sufi telah mengatakan Islam terdiri atas em-
pat perkara iaitu syariat, tarekat, hakikat dan makrifat. Ertinya
dalam usaha menjadi seorang hamba yang diredhai Allah
SWT, seorang manusia itu patut menempuh syariat, tarekat,
hakikat dan makrifat untuk mendapat rasa kehambaan
(ubudiah) yang sebenar-benarnya.
Tarekat adalah kaedah atau jalan yang sistematik untuk
mengingati Allah (zikrullah). Bagi orang yang kenal dan cinta-
kan Allah SWT, tarekat mendisiplinkan mereka untuk istiqa-
mah melakukan zikrullah. Sejarah memaparkan hidup imam-
imam mazhab yang empat semuanya mengamalkan tarekat.
Begitu juga dengan Imam Al Ghazali.
Bahkan Islam bangkit di setiap zaman (melalui pimpinan
mujaddid) adalah bersama tarekat pengiring. Tarekat tersebut
ibarat ‘enjin’ bagi pejuang-pejuang kebenaran untuk melaku-
kan kerja-kerja kebangkitan itu. Setelah sempurna dan selesai
program kebangkitan untuk sesuatu zaman maka peranan
tarekat tersebut pun berakhir. Ertinya tarekat tersebut ‘ber-
fungsi dan berperanan’ hanya untuk zaman itu yakni di tangan
pemimpinnya (mujaddid). Bagi zaman lain, tarekat lain pula
yang akan berperanan, yang mana ia mampu dan sesuai
dengan suasana serta keperluan zaman itu dengan tokoh pe-
mimpin kebenaran yang lain.
Aurad Muhammadiah telah diamalkan oleh ratusan ribu

71
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

pengamal di Malaysia, Singapura, Brunai dan lain-lain sejak


200 tahun yang lalu. Ia diwariskan dari generasi ke generasi
dengan selamatnya dan telah melepasi segala halangan.
Aurad Muhammadiah adalah wadah istimewa untuk Imam
Mahdi, pemiliknya yang menjadi peneraju utama kebangkitan
akhir zaman. Ia adalah tarekat untuk para pejuang kebenaran
akhir zaman. Berzikir dengannya, pejuang-pejuang Islam
akhir zaman akan dibantu Allah untuk menzahirkan sistem
Islam dalam kehidupan serta mampu melepasi dari musuh-
musuh yang menghalang.
Oleh kerana itulah Abuya di dalam melalui liku-liku per-
juangannya berpuluh-puluh tahun, diberi kekuatan dan di-
bantu dalam menempuh segala ujian getir dan mendahului
strategi musuh. Sungguh luar biasa power Aurad Muham-
madiah menautkan hati-hati para pejuang hingga jadi kuat
dengan Allah dan Rasul. Tujuh ayat Al Quran dan selawat
yang terkandung di dalamnya benar-benar satu formula untuk
memproses jiwa dan hati-hati para pejuang kebenaran akhir
zaman.

4. Imam Mahdi
Hadis-Hadis tentang Imam Mahdi dan jadual Tuhan di akhir
zaman banyak yang bersifat ‘kod-kod rahsia’ yang Allah dan
Rasul sendiri sifatkan. Maka untuk memahaminya mestilah
seseorang yang diberi faham sendiri oleh Allah dan Rasul
secara ilham.
Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim sebagai pelaksana
kebangkitan akhir zaman, diberi ilham untuk menambah
faham erti keseluruhan pakej Hadis akhir zaman itu. Selain
mereka, sekalipun para ulama, sekalipun Yahudi, mereka tidak
tahu secara pasti bentuk atau format sebenarnya tentang
bagaimana berlakunya kebangkitan itu. Ini kerana maksud
asal Hadis-Hadis itu terlalu umum dan kabur.
Abuya telah mengkaji jadual Tuhan untuk akhir zaman
ini, khususnya tentang Imam Mahdi selama lebih 50 tahun.
Menurut Abuya, dia memang diberi faham oleh Allah tentang
konsep, teknik dan hala tuju perjuangan akhir zaman, bagai-

72
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

mana ia bermula sampailah ke akhirnya. Kefahaman itu sudah


diuji dalam tindakan dan sudah pun berhasil sehingga Abuya
amat yakin bahawa kefahaman yang didapatkan dari masa
ke semasa itu memang satu kebenaran.
Berikut ialah apa yang Abuya faham tentang Imam Mahdi
dan perjuangannya dengan merujuk kepada Hadis-Hadis
akhir zaman serta ilham yang Abuya dapat dari masa ke
semasa, sejak 40 tahun yang lalu:
i. Imam Mahdi adalah seorang lelaki yang masih hidup dan
sedang dighaibkan Allah. Dia akan zahir ke dunia nyata
pada waktu yang Allah kehendaki untuk melakukan
kebangkitan Islam.
ii. Di hari kezahirannya, iaitu hari Jumaat bulan haji, ketika
khatib sedang membaca khutbah di mimbar Masjidil
Haram di Mekah, hidung khatib tersebut berdarah kerana
cuaca terlalu panas. Maka khatib itu turun dari mimbar
dan digantikan oleh khatib kedua. Hal yang sama ber-
ulang sehingga khatib yang keenam. Khatib yang ketujuh
tidak berdarah hidungnya maka dia menjadi imam
sembahyang Jumaat pada hari itu di Mekah. Itulah dia
Imam Mahdi yang dizahirkan buat pertama kali setelah
dighaibkan Tuhan selama lebih 80 tahun.
iii. Nama Imam Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah, ibu-
nya Aminah, keturunan Bani Hasyim iaitu Arab Quraisy
dan merupakan ahlul bait.
iv. Imam Mahdi akan zahir tidak lama lagi iaitu selepas ter-
jadinya daulah Islamiah di Malaysia iaitu sekitar 3 hingga
4 tahun lagi.
v. Dari Mekah, dia akan ke Malaysia untuk menerima se-
rahan kuasa dari Putera Bani Tamim. Hal ini berlaku sete-
lah 6 bulan kezahirannya di mimbar Masjidil Haram itu.
vi. Dalam tempoh 6 bulan itu, Imam Mahdi belum isytihar
dirinya. Dia hanya berhubungan dengan para wazirnya
untuk melengkapkan persiapan sebelum pengisytiharan.
Namun umat Islam yang sudah tahu tentang keberada-
annya mahu berbaiah padanya. Mereka disyaratkan untuk

73
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

berbaiah terlebih dahulu dengan Putera Bani Tamim yang


berada di Malaysia.
vii. Program penyerahan kuasa berlangsung hanya satu ma-
lam, sebab kerja-kerja menyiapkannya sudah dibuat oleh
Putera Bani Tamim selama 40 tahun. Imam Mahdi haki-
katnya telah memimpin kerja-kerja itu dari balik tabir.
viii. Dengan kuasa daulah yang ada, dengan sistem peme-
rintahan khalifah yang sudah wujud dan dengan penga-
ruh yang sudah bertaraf dunia, Imam Mahdi akan memu-
lakan operasi memerangi Amerika (Sufyani). Beliau akan
menang dan dapat menguasai dunia.
ix. Imam Mahdi memerintah dunia selama lebih kurang
tujuh tahun. Bila dajjal datang, Nabi Isa turun untuk mem-
bunuhnya. Nabi Isa akan membenarkan Imam Mahdi,
hasilnya seluruh penghuni dunia akan jadi pengikut Imam
Mahdi.

Begitulah kefahaman Abuya tentang Imam Mahdi dan


jadual yang akan terjadi. Abuya bukan sahaja mempromosi-
kan Imam Mahdi bahkan Abuya sedang mempersiapkan
jemaahnya dan team perjuangannya untuk diserahkan kepada
Imam Mahdi.

5. Malaysia negara Islam


Abuya melihat, apa yang sedang berlaku di Malaysia tanah
air tercinta ialah satu proses biasa dan luar biasa untuk me-
nuju kepada negara Islam.
Di Malaysia, insya-Allah akan terjadi perubahan besar se-
cara aman damai. Malaysia akan jadi lebih indah dari apa
yang ada sekarang. Ia bagaikan Mekah dan Madinah di bawah
pemerintahan Rasulullah SAW.
Di antara perubahan-perubahan yang akan terjadi dan
sangat menonjol itu, insya-Allah ialah suasana aman di mana
penduduk beragama Islam saling berkasih sayang. Manakala
dengan yang bukan Islam, mereka akan berbaik-baik. Tidak
ada krisis dan pergaduhan dalam negara yang diberkati dan

74
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

diampunkan Allah itu. Kerana keamanan yang luar biasa itu


juga, Malaysia akan jadi tumpuan lawatan bangsa-bangsa
asing dari seluruh dunia.
Maksiat dan kemungkaran pula akan terbasmi dengan
sendirinya. Penutupan aurat dan pengasingan lelaki dan pe-
rempuan terserlah di mana-mana. Muda-mudi umumnya
cenderung menuju taqwa. Kehidupan pemimpin-pemimpin
tidak berbeza dengan kehidupan rakyat jelata. Kerana contoh
masyarakat Islam ada di Malaysia, orang lebih suka ke Malay-
sia dari ke Mekah untuk melihat realiti masyarakat Islam.
Negara-negara lain akan tertarik untuk mengadakan hu-
bungan ekonomi dengan Malaysia. Rezeki di negara yang
diberkati ini melimpah ruah dari langit dan bumi. Asas kemak-
muran itu adalah kasih sayang. Mereka yang berkunjung ke
Malaysia akan menjadi duta tidak rasmi yang akan membawa
pulang cerita dan berita tentang negara ini ke negara masing-
masing. Negara-negara jiran juga suka berbaik-baik dengan
Malaysia bahkan mencontohi Malaysia dalam banyak perkara.
Abuya bukan bermimpi atau berangan-angan. Ini adalah
keyakinan Abuya kerana beliau sangat yakin dengan janji
Allah. Bahkan Abuya sebenarnya dimonitor oleh Rasulullah
untuk menelusuri jadual Tuhan ini hingga beroleh keme-
nangan. Sudah tentu apa yang ditulis ini akan jadi kontroversi
kepada orang yang tidak senang dengan kebenaran. Namun
Abuya bukan melulu. Siapa yang meneliti dan bersih hati,
rasanya tidak terlalu susah untuk memahami sikap Abuya.
Lagipun sebelum ini sudah banyak apa yang Abuya perkata-
kan sudah terjadi satu persatu dengan izin Allah.

75
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

7 Kesimpulan

SEJARAH telah memaparkan ketika Rasulullah datang ke


Madinah, orang Madinah jadi lebih beruntung daripada
sebelum kedatangan baginda. Begitu juga bilamana Rasu-
lullah dapat kembali ke Mekah, keadaan Mekah jadi jauh
lebih baik dari sebelumnya. Musuh Islam sebaliknya telah
memutarbelitkan sejarah konon Rasulullah pengganas pe-
rang. Insya-Allah di Malaysia, Allah, Rasul dan Imam Mahdi
akan selesaikan semua masalahnya secara kasih sayang me-
lalui wakil mereka, Putera Bani Tamim. Malaysia akan betul-
betul jadi negara aman, makmur dan mendapat keampunan
Allah.
Malaysia dilanda arus kebangkitan Islam yang cukup me-
nonjol dibanding dengan negara Islam lain. Rakyat Malaysia
di semua peringkat sedang mengalami perubahan diri ke arah
Islam. Walhal sebelumnya mereka jauh dari agama. Allah SWT
mentakdirkan, Abuya Ashaari Muhammad mendapat pengi-
kut yang ramai. Perjuangannya jadi begitu berpengaruh.
Ertinya kebangkitan itu menghala kepada Abuya. Hingga hari
ini pengikutnya begitu komited, ramai dan jemaahnya terus
wujud walaupun terdapat berbagai-bagai halangan.

76
KESIMPULAN

Kebangkitan Islam yang berlaku di Malaysia, inilah dia


kebangkitan yang Allah janjikan di akhir zaman. Akhir zaman
yang dimaksudkan Allah dan Rasul itu rupanya sedang
berlaku di waktu ini. Malaysia terpilih menjadi tapaknya. Dua
tokoh yang disiapkan Tuhan untuk menerajui kebangkitan
itu ialah Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi. Rasulullah
sebagai Nabi akhir zaman; oleh kerana sudah wafat; rohnya
hidup dan aktif bertindak sebagai master mind. Sementelahan
Hadis-Hadis baginda tentang akhir zaman memang banyak
dan menjadi panduan kepada umat untuk berjuang mena-
gihnya bersama baginda.
Sepanjang zaman, generasi demi generasi telah mencuba
agar setiap apa yang Rasul janjikan untuk akhir zaman itu
berlaku kepada mereka. Namun hingga sekarang ia belum
jadi kenyataan. Walau bagaimanapun, tanda-tanda berlaku-
nya janji tersebut di zaman ini nampaknya semakin terserlah.
Maka bagi Abuya, ini adalah peluang yang Allah rezekikan
kepada orang Islam Malaysia, yakni orang Melayu, untuk
menagih janji Tuhan itu. Bagi orang bukan Islam, mereka
tidak perlu takut dan bimbang bahkan sebenarnya mereka
nanti akan turut gembira dan menerimanya dengan senang
hati kerana kebangkitan itu membawa kepada keamanan,
kedamaian dan kemakmuran. Mereka juga turut terbela dan
selamat berada di bawah naungannya.
Menurut Abuya, kalau kebangkitan pertama dijayakan oleh
Rasulullah bersama Sahabat, maka kebangkitan kedua di
akhir zaman, Rasulullah gunakan ikhwan dengan melantik
Imam Mahdi sebagai ketua ikhwan dan Putera Bani Tamim
sebagai orang kanannya. Mereka akan lahirkan 313 ikhwan
di kalangan pemimpin-pemimpin manakala jumlah ikhwan
semuanya 500 orang.
Apa yang sedang terjadi di Malaysia oleh jemaah Arqam
dan kini Rufaqa’ ialah jadual Allah untuk akhir zaman. Ia
merupakan berita gembira untuk umat Islam dan juga bukan
Islam. Kegemilangan Islam yang akan berlaku ini membawa
keamanan, kedamaian dan kemakmuran kepada seluruh
dunia. Bukan sahaja umat Islam bertuah dengan kedatangan-
nya bahkan orang bukan Islam pun dapat menerimanya

77
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

kerana fitrah manusia suka kepada kebaikan, kasih sayang,


keamanan dan keharmonian.
Pemimpin sebenar kepada kebangkitan itu ialah Imam
Mahdi yang aktif berperanan di belakang tabir dan akan Allah
zahirkan semula ke dunia sepertimana Nabi Isa a.s. Imam
Mahdi melantik pemimpin Arqam atau Rufaqa’ iaitu Abuya
Ashaari Muhammad sebagai wazir kanan kepada Imam Mahdi
yang membuat tapak perjuangan Imam Mahdi. Ertinya Abuya
Ashaari Muhammad adalah Putera Bani Tamim . Per-
juangan mereka akan mendapat sebuah negara Islam iaitu
Malaysia secara aman, damai dan harmoni. Abuya Ashaari
sedang berusaha menagih janji Tuhan agar jadual kebangkitan
yang Allah dan Rasul sebutkan di dalam Hadis-Hadisnya
benar-benar akan berlaku tidak lama lagi!

78
KESIMPULAN

SAJAK

Dialah Putera Bani Tamim

Dia insan pilihan Tuhan


Yang dijanjikan di akhir zaman
Dia dilantik oleh Tuhan
Memperbaharui urusan agama di zamannya
Ilmunya luar biasa
Mampu menyelesaikan segala permasalahan dunia
Tanpa merujuk kepada sesiapa
Kerana ilmunya ilham dari Tuhan

Dia tiba di awal kurun


Berperanan jua di awal kurun
Dia hadir membawa rahmat seluruh alam
Sepertimana hadirnya Rasulullah ke dunia ini
Hingga terasa oleh semua makhluk di zamannya
Dan kehadirannya digeruni oleh musuh
Namun tidak dapat ditewaskan dirinya
Kerana di belakangnya ada Tuhan
Yang menjadi sumber segalanya

Kepimpinannya amat disanjungi


Yang kasih padanya terlalu kasih
Yang benci pada dirinya terlalu benci
Tiada ciri yang dimiliki oleh pemimpin lain di dunia

Dialah yang utama paling dicintai Tuhan


Kerana dia jua amat mencintai dan takutkan Tuhan
Keperibadiannya amat membayangi Rasulullah
Kerana itulah dia digelar Rasul lirrasul
Dia hadir di kala dunia amat memerlukan keberkatannya
Dia memperbaharui segala sistem dunia
Yang sedia ada yang ternyata tidak menyelamatkan dunia
Lalu digantikannya dengan sistem baharu
Iaitu sistem Tuhan yang selamat dunia dan Akhirat
Dan dialah seorang manusia luar biasa
Dialah Putera Bani Tamim

79
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

80
LAMPIRAN

Lampiran 1
A.
Surat dari Pengurus Besar Nahdatul Ulama Mengenai
Keputusan Syura NU Tentang Aqidah Darul Arqam

Bismillahirrahmanirrahim,
Pengurus Besar Syuriyah Nahdatul Ulama dalam perte-
muan tanggal 6 Rabiul Awal 1415H atau bertepatan dengan
tanggal 12 Agustus 1994, yang diikuti Rais Syuriyah PBNU
dan Rais Syuriyah PWNU Se-Jawa untuk membahas tentang
aqidah Darul Arqam, setelah memperhatikan:
1. Seruan Bapak Presiden yang menyatakan agar masyarakat
mengembangkan kesejukan dalam beragama dan bersikap
arif dalam menghadapi masalah keagamaan.
2. Keputusan Silaturrahmi Nasional Majelis Ulama Indonesia
tanggal 16 Juli 1994 di Pekanbaru, Riau.
3. Penjelasan dari pimpinan Darul Arqam dalam pertemuan
dengan Pengurus Besar Syuriyah Nahdlatul Ulama, tang-
gal 12 Agustus 1994.
4. Pandangan peserta rapat PB Syuriyah Nahdlatul Ulama,
berpendapat sebagai berikut:
i. Bahwa aqidah yang dianut Darul Arqam adalah Islam
yang berhaluan Ahlussunnah wal Jamaah, dalam tau-
hidnya mengikuti Imam Asya’ari dan Maturidi, dalam
fekah mengikut mazhab Syafi’i dan dalam tasawuf
mengikut Imam Ghazali. Paham tersebut merupakan
paham yang dianut oleh sebagian besar umat Islam
di Indonesia.
ii. Kepercayaan Darul Arqam bahwa Syekh Suhaimi ber-
temu dengan Rasulullah dalam keadaan jaga tidak
dapat dikatakan sesat kerana sebagian ulama mem-
benarkan kemungkinan para auliya bisa bertemu

81
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

Gambar salinan asal


Surat dari Pengurus
Besar Nahdatul
Ulama Mengenai
Keputusan Syura NU
Tentang Aqidah
Darul Arqam

82
LAMPIRAN

dengan para Nabi yang sudah wafat. Hal ini, antara


lain terdapat dalam kitab Al-Hawi karangan Imam
Jalaluddin As-Sayuti. Dan kepercayaan tersebut juga
dianut oleh sebagian umat Islam di Indonesia.
iii. Kepercayaan Darul Arqam bahwa Syekh Suhaimi me-
nerima Aurad Muhammadiyah dari Rasulullah juga
tidak dapat dianggap sesat karena Awrad Muham-
madiyah tersebut tidak mengandungi muatan dan
ketentuan hukum sehingga tidak dapat dikatakan ber-
tentangan dengan ayat Al Quran: Alyauma akmaltu
lakum dinakum waatmamtu alaikum ni’mati warodlitu
lakumul Islama dina (al-Maidah: 3). Ajaran tersebut
juga dianut oleh Imam Al Ghazali dan beberapa ulama
lain, seperti disunatkannya membaca sepuluh bacaan
yang dibaca tujuh kali (al-Asyratul Musabba’ah) yang
dibaca sesudah shalat shubuh sebelum terbit matahari.
Awrad tersebut berasal dari Syekh Ibrahim at-Taimi,
dan beliau memperolehi dari Nabi Khidlir dan Nabi
Khidlir sendiri memperolehi dari Rasulullah. Hal ini
terdapat dalam kitab Ihya’ Ulumiddin dan Nihayatuz
Zain dan semua kitab tasawuf.
iv. Syahadat Darul Arqam tidak bertentangan dengan
aqidah Islam sebab syahadat Darul Arqam sama
dengan syahadat yang diucapkan umat Islam yang
lain. Hanya di dalam wirid Muhammadiyah, sesudah
membaca dua kalimah syahadat Darul Arqam menye-
but Khulafaur Rasyidin dan al-Mahdi dalam rangka
zikrussalihin.
v. Mengenai tawassul, istighasah dan berzanji yang
diamalkan Darul Arqam hal itu merupakan amalan
yang biasa dilakukan oleh sebagian besar umat Islam
di Indonesia.
Berdasarkan pendapat tersebut di atas, maka Pengurus
Besar Syuriyah Nahdlatul Ulama sepakat mengambil kepu-
tusan sebagai berikut:
1. Sampai saat ini Pengurus Besar Nahdlatul Ulama tidak
melihat adanya hal-hal yang dianggap sesat dari aqi-

83
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

dah Darul Arqam sebagaimana yang diputuskan oleh


Majelis Ulama Indonesia Pusat dalam pertemuan
‘Silaturrahmi Nasional’ di Pekanbaru, Riau, tangga 16
Juli 1994.
2. Meminta kepada pemerintah agar tidak melakukan
pelarangan terhadap Darul Arqam dengan alasan dan
pertimbangan aqidah.
3. Mengimbau kepada semua pihak agar mengem-
bangkan sikap terbuka, memperkuat ukhwah Islami-
yah, toleran dan berpikiran jernih serta berlaku arif
dalam menghadapi dan menangani setiap masalah
keagamaan.

Jakarta, 6 Rabiul Awal 1415H


bersamaan 12 Agustus 1994.

B.
Kenyataan Ulama-Ulama Yang Menyokong Buku
‘Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam’
(AMPDA) Tidak Sesat

1. Datuk Syeikh Othman Haji Ibrahim


“AMPDA tidak sesat, hanya mengandungi fakta-fakta dan
kalimah yang mengelirukan. Namun istilah ‘keliru’ tidak semestinya
membawa kepada kesesatan.” (Mingguan Islam, 28 Oktoboer 1988)

2. Tuan Haji Mat Yahya Hussin (Mufti Perlis)


“Buku AMPDA itu tidak mengandungi ajaran sesat dan hanya
terdapat beberapa kekeliruan sahaja.” (Mingguan Islam, 28 Oktober
1988)

3. Tuan Haji Abdullah Long (guru agama terkenal dan


pengamal tarekat Naksyabandiah di Muazam Shah)
“AMPDA tidak mengandungi perkara yang bercanggah dengan
syariat apalagi bertentangan dengan aqidah yang benar.” (Mingguan
Islam , 7 November 1988)

84
LAMPIRAN

4. Tuan Guru Haji Ismail bin Awang (Kampung Bukit


Payong, Kuala Terengganu)
“Pihak Jabatan Agama menghukum sesat terhadap buku AMPDA
dan terhadap Darul Arqam itu adalah rumusan satu-satu pihak
sahaja. Seeloknya sebelum keputusan dibuat, pihak berkenaan
hendaklah mengadakan perbincangan di antara ulama-ulama dan
mereka yang pakar dalam bidang yang dipertikaikan. Jangan
dihebohkan isu itu dalam akhbar. Selain itu beri peluang kepada
penyusun itu (Abuya Ashaari Muhammad) memberi penjelasan
terhadap perkara-perkara yang tidak jelas itu.” (Mingguan Islam,
7 Oktober 1988)

5. Tuan Guru Haji Abdul Aziz Jamil, 73 tahun (Tuan Guru


Tambun, Ipoh, Perak)
“Tindakan mengharamkan buku tersebut ada hubungan dengan
gerakan musuh peringkat antara bangsa. Memang telah menjadi
niat musuh-musuh Islam untuk menghancurkan badan-badan Islam
dengan memperalatkan umat Islam sendiri.” (Mingguan Islam, 21
Oktober 1988)

6. Ustaz Haji Muhammad Taha Suhaimi, Presiden Per-


satuan Islam dan Pencak Silat Singapura
“Aurad Muhammadiah telah difatwakan menyalahi aqidah oleh
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia berdasarkan keputusan yang
diambil pada 5 Ogos lalu (1986 – penerbit), tetapi tidak demikian
di Singapura. Perlu dijelaskan bahawa ulama muktabar di kalangan
Ahlussunnah wal Jamaah, telah sekata bahawa masalah agama yang
tidak disokong oleh nas atau dalil-dalil qat’ie boleh dipertikai oleh
ulama, sama ada ia melibat aqidah atau syariah. Tegasnya, masalah
agama yang boleh dibahas hanya terbatas pada masalah far’iyah
(cawangan) bukan asasiyah (pokok).
“Berdasarkan rumusan itu, nyatalah bahawa Aurad Muham-
madiah bukan masalah aqidah asasiyah kerana ia tidak boleh men-
jadikan seorang mukmin itu sesat imannya, kafir atau terkeluar dari
Islam. Dengan kata lain masalah Aurad Muhammadiah adalah
masalah khilafiah kerana adanya fatwa yang berbeza di kalangan
ulama.”

85
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

Lampiran 2

YAQAZAH

Definisi Yaqazah dan Musyafahah


Erti yaqazah pada bahasa ialah jaga, sedar, bukan dalam ke-
adaan mimpi, (yaqiza) Aiy mutayaqqizun: Hazirun: jaga,
sedar, berjaga-jaga.
– Mukhtarus Sihah, lisy Syeikh Al Imam Muhammad bin Abi
Bakar bin Abdul Qadir Ar Razi, Al Maktabah Al‘asriyah, Soida,
Beirut. (m.s. 349)

Adapun pengertian yaqazah pada istilah perbahasan ilmu


tasawuf ialah bertemu atau berjumpa dengan roh Rasulullah
SAW dalam keadaan jaga (bukan mimpi) dan ia merupakan
satu karamah wali-wali Allah.
Erti musyafahah pada bahasa pula ialah berbual-bual
antara dua pihak. (Al Musyafahah) Al Mukhatobah min fika
ila fihi.
– Mukhtarus Sihah, lisy Syeikh Al Imam Muhammad bin Abi
Bakar bin Abdul Qadir Ar Razi, Al Maktabah Al‘asriyah, Soida,
Beirut. (m.s. 167)

Pada istilah pula ialah berbual-bual dengan roh Rasulullah


SAW atau bersoal jawab atas apa-apa kesamaran dalam aga-
ma atau menerima amalan-amalan tertentu dari baginda.
Yaqazah adalah satu perkara luar biasa yang mencarik
adat. Ia menjadi salah satu sumber kekuatan para ulama yang
hak dalam mempertahankan kebenaran. Imam As Sayuti
apabila ingin memasukkan sebuah Hadis ke dalam kitab
karangannya akan bertanya kepada Rasulullah SAW secara
yaqazah: “Adakah Hadis ini daripadamu ya Rasulullah?” Jika
Rasulullah SAW membenarkan, barulah beliau merekodkan
Hadis tersebut. Begitu juga berlaku kepada ramai auliya Allah.

86
LAMPIRAN

Ini merupakan satu ‘teknologi’ yang sangat canggih yang


tidak mampu dipintas oleh musuh-musuh Islam di kalangan
Yahudi dan Nasrani. Bagaimana mereka ingin memintasnya
sedangkan kekuatan mereka setakat memaksimumkan peng-
gunaan akal. Akal sampai bila pun tidak akan berjaya menga-
lahkan kekuatan roh. Inilah senjata kemenangan ulama-ulama
dan para pejuang Islam sepanjang sejarah. Dengan bersung-
guh-sungguh mengusahakan taqwa, Allah kurniakan kepada
mereka bantuan-bantuan-Nya secara zahir atau rohani. Di
antara bantuan-bantuan rohani ialah mimpi yang benar,
firasat, kasyaf, hatif dan lain-lain. Bacalah sejarah Tariq bin
Ziad, Salehuddin Al Ayubi, Muhammad Al Fateh, Mimar
Sinan, Imam Al Ghazali, Imam As Sayuti. Kajilah rahsia ke-
jayaan mereka.

Hukum Yaqazah
Yaqazah hukumnya harus berlaku pada wali-wali Allah se-
bagai kemuliaan (karamah) yang Allah kurniakan kepada
mereka. Ia adalah perkara yang mencarik adat (luar dari
kebiasaan) pada logik manusia sedangkan ia masih dalam
lingkungan mumkinat (harus) bagi Allah mengadakan atau
mentiadakannya.
Perlu diketahui perkara yang bersalahan dengan adat boleh
dibahagikan kepada empat kategori, berdasarkan di tangan
siapa ia terjadi:
1. Mukjizat: berlaku kepada para rasul a.s. sebagai bukti
kerasulan mereka untuk mencabar penentang-penentang
mereka.
2. Karamah: berlaku kepada kekasih-kekasih Allah (para
wali) lambang kemuliaan yang Allah beri kepada mereka.
3. Maunah: berlaku kepada orang-orang mukmin dengan
berkat guru atau amalan tertentu yang diistiqamahkan.
4. Sihir: berlaku di tangan orang-orang fasik atau kafir
secara istidraj (dalam murka Tuhan).

87
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

Dalil Boleh Beryaqazah


Perlu diketahui dan difahami, ada banyak ayat-ayat Al Quran
yang memberi isyarat tentang peristiwa yaqazah ini. Kalaulah
ia boleh berlaku kepada para rasul a.s. sebagai mukjizat, ia
juga boleh berlaku kepada wali-wali Allah sebagai karamah.

Dalil pertama: Pertemuan Nabi Muhammad SAW dengan Nabi


Musa a.s.
Ketika Rasulullah SAW dimikrajkan, baginda diperte-
mukan dengan Nabi Musa a.s. sedangkan Nabi Musa telah
wafat lebih 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad.
Oleh kerana besarnya peristiwa ini maka Allah rakamkan di
dalam Al Quran dengan firman-Nya:

Maksudnya: “Maka janganlah kamu ragu tentang per-


temuanmu (dengan Musa ketika mikraj).” (Sajadah: 23)

Dalil kedua: Solat jemaah Nabi SAW dengan para rasul


Nabi Muhammad SAW bersembahyang berjemaah dengan
para rasul di malam Israk sebelum baginda dimikrajkan.
Firman Allah:

Maksudnya: “Dan tanyalah orang-orang yang Kami


utus sebelum kamu (wahai Muhammad) di antara para
rasul Kami itu.” (Az Zukhruf: 45)
Di dalam Tafsir Al Qurtubi, juzuk ke-7, ms 5915 tercatat:
“Masalah bertanya kepada anbiya di malam mikraj,
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa para anbiya bersem-
bahyang dengan berimamkan Rasulullah SAW dalam
tujuh saf. Tiga saf terdiri dari rasul-rasul. Manakala
empat saf lagi untuk nabi-nabi. Pertemuan Nabi SAW
ini adalah dalam keadaan jaga dan Nabi SAW telah
bertanya sesuatu kepada mereka di malam itu.”

88
LAMPIRAN

Dalil ketiga: Hadis dari Abu Hurairah r.a.


Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Aku dengar Nabi SAW ber-
sabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang melihatku di dalam mim-


pi, maka dia akan melihatku di dalam keadaan jaga
dan syaitan tidak boleh menyerupai diriku.” (Sahih
Bukhari, juzuk ke-9, m.s. 42)

Pengakuan Ulama Mengenai Yaqazah


Ibnu Arabi dalam kitabnya Fara’idul Fawa’id menulis:
“Adalah harus (khususnya bagi wali Allah yang diberi
karamah) untuk bertemu dengan zat Nabi SAW baik
rohnya atau jasadnya kerana Rasulullah SAW seperti
lain-lain nabi dan rasul, semuanya hidup bila mereka
dikembalikan (kepada jasadnya) serta diizinkan oleh
Allah keluar dari kuburnya.”
Dalam kitab Al Khasoisul Kubra, Imam As Sayuti dalam
Syarah Muslim oleh Imam Nawawi menulis:
“Jikalau seseorang berjumpa Nabi SAW (dalam mimpi
atau jaga), baginda menyuruh akan sesuatu perbuatan
(sunat), melarang satu larangan, menegah atau menun-
jukkan suatu yang baik, maka tiada khilaf ulama bahawa
adalah sunat hukumnya mengamalkan perintah itu.”

Pihin Datuk Seri Maharaja Datuk Seri Utama, Awang Haji


Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei Darus-
salam, mengeluarkan fatwa melalui Pejabat Mufti, Kemen-
terian Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Darussalam pada 14
Jamadil Awal 1408H, 4 Januari 1988 iaitu:
“Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini
bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau
waktu jaga dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu,

89
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah harus


dan boleh, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama,
ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin,
kita berkata perkara seperti itu termasuk di bawah erti-
kata fadhailul a’mal.
Adapun perkara halal dan haram telah tertutup
dengan berhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan
wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan
di awal-awal rencana ini.
Sila baca kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah se-
perti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani
dan kitab Lathoiful minan karangan Al Arifbillah
Tajuddin bin Athaillah As Sakandari yang meninggal
tahun 709H dan Jami’u Karamatil Auliya karangan
Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya oleh Al Hafiz Abu
Naim dan karangan Al ‘Alamah Dr. Abdul Halim Mah-
mud, Mesir dan lain-lain.”

90
LAMPIRAN

Lampiran 3

MENENTUKAN IMAMUL MAHDI


BUKAN SOAL AQIDAH

Persoalan Imamul Mahdi adalah satu perkara yang berbentuk


kepercayaan yang boleh dikhilafkan. Ia bukan persoalan
aqidah yang pokok atau asas. Ertinya ada ulama yang percaya
tentang Al Mahdi dan ada ulama yang tidak percaya.
Tegasnya Al Mahdi adalah soal kepercayaan yang tidak
wajib diyakini. Dengan kata lain ianya tidak setaraf dengan
soal kepercayaan yang menjadi aqidah (seperti percaya ke-
pada rukun iman yang enam) yang mana telah diijmak oleh
ulama muktabar.
Seandainya kita ihtimalkan persoalan Imamul Mahdi se-
bagai aqidah, apa akan terjadi kepada sebahagian besar
masyarakat Islam yang tidak pernah ambil tahu tentang
perkara Al Mahdi itu? Apakah kita berani mengatakan aqidah
mereka rosak kerana tidak mempercayai persoalan Al Mahdi
itu?
Adakah taraf persoalan Al Mahdi itu sama dengan taraf
rukun iman atau rukun Islam? Bahkan yang pasti, persoalan
Al Mahdi tidak termasuk dalam perkara rukun iman dan tidak
termasuk dalam rukun Islam. Tidak cacat iman atau Islam
seseorang sekiranya dia tidak mempercayai atau sebaliknya.
Seorang ulama terkenal dari Mesir yang bernama Sayyid
Muhammad Zaki Ibrahim, bekas ahli Majlis Fatwa Mesir,
mengatakan bahawa persoalan Al Mahdi adalah merupakan
persoalan aqidah yang bukan pokok. Maka menentukan
Imamul Mahdi juga bukan persoalan aqidah. Dengan ayat
yang lain yang mudah difahami, sekiranya persoalan Imamul
Mahdi bukan soal aqidah maka menentukan Imamul Mahdi
juga bukan persoalan aqidah. Maka ianya adalah perkara yang
boleh diijtihadkan.

91
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD
ADALAH PUTERA BANI TAMIM

Bahkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan


bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengenai ajaran
Qadiani pada tahun 1975 memutuskan Al Mahdi bukan
termasuk dalam aqidah Islamiah. Ini dikuatkan lagi dengan
seorang tokoh ulama, Ibnu Khaldun yang menolak Hadis
tentang Al Mahdi.
Kiyai Shamsudin, Tuan Guru Syed Omar, Prof Syeikh Husin
Azmi dan Prof. Anwar Musyaddad adalah antara ulama yang
mengatakan Al Mahdi bukan soal aqidah yang wajib diyakini.
Kesimpulannya, kita tidak boleh menyesatkan atau mem-
bidaahkan orang yang melakukan ijtihad di dalam menen-
tukan Imamul Mahdi kerana persoalan Imamul Mahdi adalah
persoalan khilafiah, persoalan kepercayaan yang tidak wjaib
diyakini dan merupakan persoalan aqidah yang bukan pokok
yang tidak termasuk dalam rukun iman dan rukun Islam.
Dengan itu kita tidak boleh menuduh sesat kepada orang yang
berijtihad menentukan Imamul Mahdi tanpa nas dan ijmak
ulama atau qias yang jali (huraian yang panjang).

92

You might also like