You are on page 1of 8

PENGARUH SENI BINA EROPAH (AL HAMRA-SEPANYOL)

Nama al-hambra juga mengembalikan kenangan kepada umat Islam akan sinar Islam yang pernah terpancar di bumi Sepanyol ini. Selain itu juga membangkitkan rasa kebanggaan dalam diri umat Islam akan penguasaan empayar Islam yang pernah gah pada suatu ketika dulu.( (Ezad Azraai, 2004: 71)

Al-Hambra dalam bahasa arab (Al Hamra gnay anatsi nupuata harem duskamreb) kemerah merahan. Ada pendapat yang mengatakan bahawa istana ini merah hasil daripada warna kering matahari terhadap istana tersebut yang dibina daripada batu bata yang terhasil daripada tanah liat dan batu kelikir. Selain itu, istana ini juga yang digelar sebagai al hambra(kemerahan) adalah kerana obor api merah yang sentiasa digunakan semasa kerja pembinaan dijalankan dan fungsinya untuk beberapa tahun. Nama al-Hambra juga diambil sempena dengan nama pengasas Muhamad Ibnu Al-Ahmar. Al Hambra juga dianggap sebagai sebuah kompleks monumen yang unik kerana menggabungkan beberapa keadaan yang luar biasa seperti kedudukan topografinya di puncak bukit La Sabica, Banjaran Sierra Nevada. Dengan demikian, ia semacam menaungi keseluruhan kota Granada dengan dinding pertahanan yang kukuh. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke Al-Hambra pastinya akan tersentuh hati melihat seni binaan yang begitu agung. Sehingga boleh dikatakan bahawa setiap penjuru dan sudut istana ini mempunyai ukiran yang sukar dilakukan hatta ukiran itu dilakukan di atas konkrit, kayu, besi dan setiap penjuru tiang, siling dan juga sudut yang sukar untuk dilakukan ukiran kerana bukan

bahagian yang rata.. Setiap ukiran banyak bermotifkan kalimah Allah, tumbuh-tumbuhan, rasullulah dan sebagainya. Istana ini seolah-olah mengabdikan ukirannya dengan kalimah allah di merata-rata sudut dan penjuru.

SENI BINA AL HAMBRA


Bentuk pembinaan al-Hambra ialah teres atau menara ini, yang berukuran kira-kiranya 740 meter (2430 kaki) panjangnya dengan 205 meter (674 kaki) pada lebar terbesarnya, luasnya dari W.N.W ke E.S.E., dan merangkumi seluas 142,000 meter persegi. Ia dipagari dengan tembok-tembok pertahanan yang digunakan sebagai kubu , yang diapit oleh 13 menara. Sungai Darro, yang mengalir dari gaung dan lembah dalaman dari utara, membahagikan menara dari daerah Albaicin Granada; lembah Assabica, yang mempunyai Taman Alhambra Di bahagian barat, selatan dan sebaliknya, lembah ini hampir-hampir selari rabung bumbungnya dengan Monte Mauror. Ini mengasingkannya dari daerah Antequeruela. Sebagai sebuah bangunan yang cukup indah dan terletak di pinggiran, banjaran Sierra Nevada, ia juga turut juga dihiasi hiasan yang cukup indah yang berlatarkan warna emas dan reka bentuknya yang amat menarik dan juga dianggap bangunan yang teramat indah. Ukiran dan pembinaan bangunan al hambra dibina berdasarkan pengiraan geometri bersama gabungan matematik. Bangunan al-Hambra juga dikatakan sebagai kemahiran tertinggi manusia dalam pembinaan bangunan. Di dalam dokumentariIslamic Spain: When the Moors Ruled in Europe (Alhambra, Granada) mengambarkan bahawa dibina untuk diabadikan untuk deria manusia

Selain itu juga al hambra juga dibina berdasarkan asas pengiraan matematik yang tepat, tanpa sebarang sebarang cacat cela pada stuktur kejuruteraannya. Ianya juga mempunyai taman disetiap sudut luar yang menghubungkan antara satu sama lain. Disetiap tanpa dibina pancuran air yang menampakkan suatu suasana romantik. Aliran air ini juga terdapat disetipa sudut tepi tangga yang seolah-olah mengalir menuruni tangga. Dan sebenarnya aliran air dan pancuran air telah mewujudkan satu rentak bunyi yang begitu menenangkan dan mendamaikan apatah lagi rentak bunyi ini seolah-olah bergabung dengan bunyi kicaun burung yang menghasilkan satu bunyi yang begitu harmoni. (ibid) Menurut Profesor Antonions Fernandez Puertas dari University Of Granada yang telah menghabiskan sepanjang masanya dalam mengkaji keagungan seni bina Al-Hambra, menyatakan bahawa kesemua binaan al-Hambra adalah cukup sempurna, mengajaibkan, dan begitu mempesonakan. Ianya dibina berdasarkan suatu kawasan yang cukup terhad, namun begitu hasil pengiraan dan perancangan yang cukup sempurna iainya tetap meng hasilkan sebuah persekitaran yang abadi. Sebagai contohnya setiap sudut mengunakan pengiraan pithagoras yang tepat dalam menghasilkan satu bahagian istana. Dan pengiraan ini perlu tepat kerana ianya dibina di atas kawasan yang terhad kerana alhambra sebenarnya adalah sebuah kubu yang kemudiannya barulah berkembang menjadi istana. Selain itu juga menurut Profesor Antonions Fernandez apabila kita menjejakkan kaki ke al-Hambra kita akan dapat merasakan suatu keajaiban yang cukup sempurna dan ianya memerlukan kita mengabung kesemua deria kita untuk merasainya, umpama apabila kita mendengar muzik Mosaic, Bethoveen kita akan dapat merasakan sesuatu yang mekagumkan yang menguasai diri kita.

Al hambra juga dikatakan satu binaan yang misteri dan mengajaibkan kerana terdapat satu sudut dalam binaan bangunan al-Hambra menempatkan sebuah kolam. Kolam ini seolah dirancang pembinaannya untuk memantulkan bayang bangunan, yang akhirnya seolah-olah menampakkan cantuman diantara bangunan dan imej yang terhasil dari air kolam tersebut. Ianya seolah bangunan yang mempunyai visual tiga dimensi antara satu sama lain. Ada empat elemen yang diciptakan dalam mewujudkan suasana yang mengasyikkan di alHambra. Antaranya ialah elemen pendengaran, penglihatan, sentuhan, dan bauan, kesemua ini seolah-olah saling bersatu antara satu sama lain dan ianya mengambarkan bahawa Al Hambra pada awal pembinaannya digunakan untuk tujuan ketenteraan iaitu ia dijadikan sebagai benteng pertahanan menghadapi golongan musuh terutamanya pemberontak dari luar.peristiwa ini dapat dilihat pada abad ketiga/kesembilan masihi, Amir Banu Umayyah ,Abd Allah telah menjadikan benteng daripada serangan luar. Setelah Muhammad I b . alAhmar menduduki granada pada tahun 1238 beliau telah memperbaiki dan membina semula kota pertahanan tersebut untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran dan istananya. Al_hambra yang pada asalnya untuk tujuan ketenteraan telah berkembang menjadi sebuah bandar kubu (alcazaba) kemudian dijadikan sebagai sebuah istana(alcazar) dan ahkirnya sebagai sebuah bandar kecil, kesemuanya digabungkan menjadi satu. Ketiga-tiga elemen ini dapat menjelaskan akan keistimewaan yang terdapat pada bangunan ini.(Ezad Azraai, 2004: 72) Semasa pemerintahan Muhammad I usaha pembaikan dan pembesaran dilakukan yang kemudiannya diteruskan oleh para pemerintah Nasriyyah berikutnya seperti Muhammad II alFaqih(1273-1302M) dan Muhammad III al-Makhlu(1302-1309M). Era kegemilangan

kerajaan Nasriyyah iaitu dibawah pemerintahan Sultan Yusuf I (1333-1354M) Sultan Muhammad V(1354-1359,1362-1391M) telah mencatatkan bahawa Casa Real Vieja telah berjaya dibina.

Bahagian yang paling indah dalam istana alhambra ini ialah Patio de Los Leones(the court of Lions) yang menempatkan bilik-bilik peribadi para sultan dan keluarga diraja. Dekorasi plaster yang cantik dan luar biasa diukir bagi menyamai warna dan corak permaidani dan lantai yang beraneka bentuk dalam istana. Ketelitian dan pemilihan bahan binaan berserta warna yang sesuai telah mengambarkan tahap ketamadunan yang tinggi terutamanya dalam aspek kesenian yang dicapai pada waktu itu. Selain itu juga warna al-Hambra akan sentiasa berubah-ubah mengikut tahap cahaya dan kedudukan matahari, bulan dan bintang. Di suatu sudut iaitu dibahagian tengah bahagian al-Hambra terdapat sebuah pancutan air yang dikelilingi oleh 12 replika patung singa yang diperbuat daripada batu marmar dan setiap patung singa itu berfungsi mengalirkan pancutan air daripada mulutnya. Al hambra dianggap sebagai suatu monumen yang agung dengan pelbagai elemen dekorasi yang digunakan. Seluruh bangunan yang terdapat dalam kompleks Al-Hambra itu tidak dibangun sekali gus, melainkan secara bertahap selama lebih dari 100 tahun pada abad ke-14 dan ke-15. Pembinaan pertama dibangunkan oleh Sultan Muhammad bin al-Ahmar I (12571323 M), keluarga Bani al-Ahmar atau Bani Nasr, yang berketurunan Said bin Ubadah, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w dari suku Khazraj di Madinah. Kemudian bangunan itu diperluas oleh sultan-sultan sesudahnya. Al-Hambra berada pada dataran di atas sebuah bukit kecil yang tingginya kira-kira 150 m di atas kota Granada. Dataran seluas kira-kira 14 hektar tersebut dikelilingi dinding yang dari

jauh nampak bagaikan sebuah benteng yang kukuh. Di sekeliling dinding itu menjulang menara-menara yang megah sebanyak 13 buah, di antaranya ada yang setinggi 26 m. Jalan menuju ke istana itu terasa sejuk dan nyaman kerana di sepanjang jalan berjajar pepohonan dan air pancuran. Setelah melewati Istana Generalif yang didirikan oleh Karel V (penguasa Sepanyol tahun 1516-1556 M), pengunjung akan sampai di depan gerbang AlHambra. Bangunan yang mula-mula dapat dilihat adalah Masjid al-Mulk atau Masjid Sultan. Dinding yang mengelilingi Istana Al-Hambra dibuat dari batu buatan daripada tanah, kapur dan batu kerikil berwarna merah. Sepanjang tembok, bahagian bawah setinggi 4 kaki dihiasi dengan gambar-gambar, manakala bahagian atasnya pula ditutup dengan plaster simen. Lantai istana pula dibuat dari pada marmar putih bersegi empat. Atapnya berbentuk kubah. Di dalamnya terdapat taman-taman yang luas dan indah. Di bahagian belakang terdapat dua halaman luas di dalam gedung. Di atas semua bahagian istana, seperti dinding, langit-langit, tiang, ceruk dan lengkungan bertaburan pula arca-arca yang mewah. Pembinaan al-Hambra di bukit Sabikah sebenarnya memudahkan pembinaan aliran air. Bekalan air di al-Hambra dikatakan mencukupi untuk urusan seharian al-Hambra seperti untuk mandi, saliran air untuk taman. Aliran air yang begitu terancang pembinaanya ini sebenarnya telah mewujudkan satu tempang pemandian yang bukan biasa wujud pada waktu itu. Ianya dirancang dengan teknik yang teliti dan unik. Bahagian-bahagian seperti dewan untuk menukar pakaian, perjumpaan dibina berdasarkan rekabentuk yang fantasi dan luar biasa kerana bahagian ini seterusnya diikuti dengan bilik utama iaitu bilik yang memanaskan badan dan menyejukan badan dan sebenarnya tempat pemandian ini memenuhi standard Grananada pada masa itu malahan sesetengah pendapat mengatakan tempat pemandian alHambra lebih moden lagi. Banyak kajian dilakukan dalam mengkaji aliran air dan hubungannya terhadap senibina dan rekabentuk di al-Hambra. Di al-Hambra dekorasi seperti taman, kolam dan pancuran air semestinya banyak mengunakan elemen air. Aliran air di al-Hambra boleh dibahagikan kepada kepada aliran. Satu aliran diCourt of Myrtles, Partal yang biasanya tempat asas di alHambra. Pada asasnya pada bahagian aliran ini mempunyai dua kolam panjang untuk menghidupkan pokok, bunga dan tumbuhan sekitar taman, ringkasnya aliran air bahagian ini adalah untuk perkara asas. Bahagian kedua pula iaitu di Court of Lions adalah satu bahagian yang dinamik, dimana dua aliran air ini dipaksikan secara menegak yang saling berdekatan

dengan bilik-bilik dan kemudiannya aliran Court of Lions air ini terus mengalir ke bahagian Court of Lions lalu mencurahkan air di bahagian perut Lions ini. Satu fenomena yang menakjubkan.(Ibid) Istana Al-Hambra terdiri daripada berbagai-bagai ruangan, masing-masing mempunyai nama dan keindahan yang berbeza, iaitu: (1) Ruangan al-Hukmi, ruangan pengadilan berbentuk empat persegi setinggi 20 m. Ruangan ini mempunyai sebuah lambang yang menggambarkan tangan yang menadah ke langit dan anak kunci disampingnya, suatu lambang yang mengandungi makna bahawa keadilan membuka jalan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. (2) Taman Singa, sebuah kawasan berukuran 28.5 m x 15.70 m di sebelah barat Ruangan alHukmi. Keempat penjuru lapangan ini dikelilingi oleh teras dengan 128 tiang marmar yang berlapis dua, berlapis tiga dan berlapis empat. (3) Qaatu Bani Siraj, sebuah ruangan berbentuk bujur sangkar di sebelah timur Taman Singa. Dindingnya dihiasi dengan ukiran keemasan dan hiasan tulisan Arab. Di tengah ruangan terdapat saluran air pancuran / pancutan daripada batu pualam. Selain itu terdapat juga ruangan dua perempuan bersaudara, ruangan yang disediakan untuk dua orang saudara perempuan Sultan al-Ahmar. Di samping itu, ada juga ruangan bersiram, ruangan istirahat sultan dan permaisuri, sebuah taman di depan ruangan istirahat aultan, ruangan Barkah, ruangan Duta, ruangan as-Safradan masjid di sebelah utara ruangan istirahat sultan. Istana ini dilengkapi dengan taman mirta seperti pohon myrtuscommunis dan juga bungabunga yang indah harum semerbak, serta suasana yang nyaman. Kemudian, ada juga Hausyus Sibb (Taman Singa), taman yang dikelilingi oleh 128 tiang yang terbuat dari marmar. Di taman ini pula terdapat kolam air pancutan yang dihiasi dengan dua belas patung singa yang berbaris melingkar, di mana dari mulut patung singa-singa tersebut keluar air yang memancar setiap kali masuknya waktu solat. Satu keajaiban yang masih lagi dikaji oleh orang-orang Barat.

Hampir lapan abad lamanya Islam berkuasa di Spanyol, dari Kordoba hingga Granada adalah bukti nyata sebagai kejayaan Islam pada suatu masa dahulu serta peradaban tinggi di tanah

Andalusia (Spanyol). Salah satu bukti adalah Istana Alhambra ini, satu bangunan yang telah berdiri hingga sekarang yang hampir lapan abad pula usianya masih tetap kukoh walaupun sebagian kecil ada yang sudah lenyap. Kemasyuran istana ini kerana daya pesona serta keindahan arkitekturnya yang sungguh luar biasa

You might also like