Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
25Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Folio Sivik Tingkatan 1 : Pakaian Tradisional Malaysia

Folio Sivik Tingkatan 1 : Pakaian Tradisional Malaysia

Ratings:

3.0

(2)
|Views: 5,334 |Likes:
Published by Jasmin Tajudin

More info:

Published by: Jasmin Tajudin on Oct 09, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/25/2014

pdf

text

original

 
 
Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satumengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab
habaya
yangbermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaianseumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakaidi Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba)dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.
 
Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pulalengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. DiPahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leherberkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawahkancingnya yang berbutang itu.
 
Baju kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin. Bagi pakaian harian,baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera (bagi yang berada)dan dipadankan dengan kain sarung. Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah.Bagi pengantin pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang dengan kainsarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada songket.
 
 
Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju KurungTeluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadirimajlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan SembahyangJumaat. Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi.Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan samping dan songket.Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakaibersama kain pelekat atau kain tenun suteraSelendang biasa adalah lebih kecil dan lebih nipis daripada selendang panjang.Bagaimanapun corak selendang biasa lebih digemari kerana lebih ringkas dipakai.Selendang biasa dipakai dengan menyangkutkannya di atas satu bahu ataupun kedua-duabahu; menutupi kepala dan bahu; diselempang di bahu kemudian melintasi badan dandiikat di pinggang; disangkut di bahu dengan hujung yang di belakang diselempangkan dibelakang badan dan disangkutkan pada tangan (hujung yang satu bagi dilepaskandihadapan badan) dan pelbagai cara lagi.
 
 
 
Baju kurung Kedah dipercayai berasal dari selatan Thailand di mana wanitanya kinimemakai baju berleher potongan bujur sireh. Ianya dikenakan bersahaja, ketika bekerja dirumah sebagai pakaian harian. Baju kurung Kedah selalunya diperbuat daripada kain kapasyang berbunga kecil ataupun kain nipis yang jarang dan keras. Baju ini dipadankan dengankain batik sarung atau pelikat yang diikat ke depan dengan motif kepalanya di hadapan.
 
Baju kurung cekak musang adalah sama dengan baju kurung Teluk Belanga kecuali padabahagian lehernya. Leher baju kurung cekak musang ada kolar. Kolar tersebut hanyaselebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaanpanjang yang berkancing. Biasanya ada satu kancing pada kolar dan dua atau tiga lagikancing pada bukaannya. Butang emas atau emas berbatu permata digunakan sebagaipengancingnya. Kancing yang paling terkenal ialah kancing emas yang dipanggil garamsebuku dan kancing berbatu permata yang dikenali sebagai kunang-kunang sekebun.
 
Baju kurung cekak musang wanita boleh dipakai dengan seluar atau kain sarung. Seluaryang selalu digunakan ialah kain seluar panjang, seluar panjang dan seluar bambu. Jikamahu, samping dan selendang juga boleh dipakai bersama.
 
Baju kurung cekak musang lelaki pula dipakai dengan seluar dan bersamping. Lebih segaklagi apabila bertanjak atau bersongkok.
 

Activity (25)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
淑琴 liked this
tabandalt liked this
HitsugayaHisagi liked this
Nor Fariza liked this
Intan AR liked this
Chia Yi Lee liked this
Faes Hafiz liked this
Jasmin Tajudin added this note
buat la sendiri. :p

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->