You are on page 1of 7

APPLE

Apple Computer telah ditubuhkan pada 1 April 1976 oleh Steve Wozniak dan Steve Jobs dengan mengeluarkan computer pertama Apple iaitu Apple I. Syarikat Apple merupakan syarikat multinational yang menyediakan barangan elektronik, perisian komputer, dan pelayan (server) secara komersial. Sehingga sekarang Steve Jobs masih lagi bersama Syarikat Apple sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Apple Inc. dan dibantu oleh CEO baru iaitu Tim Cook yang baru dilantik sebagai CEO pada bulan Ogos 2011 ini. Lembaga pengarah Apple menyelia CEO dan bahagian pengurusan atasan tentang perlaksanaan tugas dan operasi harian dan juga untuk memastikan kepentingan jangka panjang pemegang saham dijaga. Apple komputer mempunyai beberapa jenis produk utama yang ditawarkan kepada pengguna iaitu iPad, iPhone, iPod, Mac dan pelbagai jenis perisian yang digunakan oleh sistem operasi komputer Apple dan sebagai tambahan iTunes juga merupakan produk daripada Apple.

Strategi Terdapat perubahan daripada segi strategi daripada Apple untuk terus bersaing dalam industri komputer sebagai contoh Apple telah mengantikan penggunaan pemproses mikro daripada menggunakan pemproses IBM dan Motorola PowerPC kepada Intel. Penganalisis menjangkakan bahawa Macintosh yang menggunakan pemproses daripada Intel akan dapat menggunakan aplikasi daripada Microsoft Windows pada penghujung tahun 2006 dan seperti kita lihat sekarang terdapat aplikasi Microsoft yang boleh digunakan pada komputer Apple seperti Microsoft Office. Sebelum perubahan ini dilakukan, Perisian dan sistem operasi Apple hanya boleh digunakan oleh produk Apple sahaja. Tetapi bagi pesaing Apple pula iaitu Microsoft Windows boleh digunakan oleh banyak produk komputer lain seperti Dell, Acer, Asus, Sony dan lain-lain lagi. Dengan perubahan dari segi strategi penggunaan pemproses mikro ini Apple dapat merebut pelanggan daripada pesaing yang ingin

menggunakan Mac OS X tetapi pada masa yang sama juga boleh menggunakan Microsoft. Dengan memberikan kebebasan ini kepada pengguna, Apple dapat mengurangkan kadar pengguna yang beralih daripada Apple kepada Microsoft. Konsep Apple sebelum mengubah strategi mereka adalah jika anda ingin menggunakan sistem operasi Apple, anda perlu membeli perkakasannya sekali. Satu lagi strategi Apple adalah daripada kombinasi iPod dan iTunes. Dengan menjual iPod secara tidak langsung permintaan music daripada iTunes juga akan meningkat. Dan dengan menawarkan pelbagai lagu-lagu yang menarik mampu meningkatkan permintaan iPod. Steve Jobs juga telah mewujudkan hubungan strategik dengan bidang hiburan yang mana pada Febuari tahun 1986 beliau telah melabur daripada hartanya kepada Pixar Entertainment. Dan selepas kejayaan Pixar pada tahun 1995 hasil daripada wayang animasi iaitu Toy Story yang telah menjana sebanyak USD 358juta seluruh dunia, Pixar telah bekerjasama dengan dengan Disney. Dengan kerjasama ini, kita boleh mengambil contoh kejayaan Apple dalam menghasilkan wayang gambar di dalam produk iPod. Dari segi strategi pemasaran, Apple telah meraih kejayaan sejak kebelakangan ini hasil daripada cara syarikat Apple mejalankan perniagaan dengan cara yang lebih kreatif dan baru serta penawaran produk-produk baru yang lebih menarik dan bergaya. Dan ia juga dibantu oleh strategi pemasaran yang inovatif, strategi perniagaan yang baru, dan komunikasi yang dipertingkatkan di dalam organisasi dan juga dengan pelanggan Apple. Sebagai kesimpulannya, Apple menggunakan dua strategi utama iaitu perbezaan produk daripada produk lain dan juga mengadakan hubungan strategik dengan pelbagai syarikat lain seperti menggunakan beberapa sumber luar seperti Intel dan IBM. Apple juga menjalinkan hubungan strategik dengan syarikat di bidang hiburan seperti Pixar dan Disney sebagai langkah untuk membantu meningkatkan penerimaan dan penjualan produk-produk Apple. Produk Apple iPod Strategi Pemasaran Bermula tahun 2002, iPod telah dicipta untuk sesuai bukan saja dengan Mac tetapi juga dengan sistem operasi Microsoft Windows.

iPhone

Sehingga Januari 2009 Apple telah menjual 200 juta unit. Sehingga April 2008 Apple telah menjual 150 juta unit Dan pesaing Apple iPod iaitu Microsoft Zune hanya menjual 2juta unit pada Mei 2008 Dengan adanya pembangunan yang dilakukan dalam technologi iPod, Apple telah mempunyai teknologi untuk membangunkan dan inspirasi dalam mencipta satu lagi produk iaitu iPhone Merupakan satu teknologi yang sangat canggih pada permulaannya dan merupakan satu alat sangat baru kepada pengguna. Apple melakukan beberapa kesilapan mengikut pendapat pengkritik seperti iaitu: (i) mengurangkan harga iPhone 3 bulan selepas pelancaran yang mana ia tidak adil kepada pelanggan tetap Apple yang akan terasa dikhianati oleh tindakan tersebut. (ii) memaksa pelanggan untuk membuat kontrak dengan AT&T di mana ia telah melambatkan penjualan iPhone dan juga persoalan telah timbul di mana jualan iPhone di US diantara Jun hingga Disember 2007 adalah 3.3 juta unit tetapi hanya 2juta kontrak sahaja yang ditandatangani oleh pelanggan dengan AT&T dan 1.3 juta unit lagi iPhone tidak dipastikan mana ia menghilang. (iii) pelancaran di Eropah pada mulanya hanya tiga negara sahaja iaitu UK, Jerman dan Perancis dan bagi negara-negara lain di Eropah termasuklah negara-negara di seluruh dunia lambat dilancarkan. Walaupun Apple telah melakukan beberapa kesilapan, tetapi iPhone telah mencapai satu kejayaan besar.

DELL Prinsip tadbir urus di syarikat Dell adalah lembaga pengarah merupakan wakil kepada pemegang saham yang memberikan komitmen kepada syarikat untuk mencapai matlamat dan memastikan kelangsungan kepada nilai pemegang saham dalam jangka masa panjang. Tanggungjawab lembaga pengarah juga adalah untuk mengawal, memantau dan memandu syarikat Dell serta meningkatkan minat pemegang saham terhadap Dell. Dell merupakan satu syarikat yang menawarkan peralatan-peralatan elektronik atau computer kepada pengguna yang mana Dell menumpukan atau membahagikan pengguna atau pelanggan mereka kepada empat kategori iaitu individu, sektor awam, perniagaan kecil dan sederhana, dan syarikat besar. Dell menjual pelbagai jenis produk seperti laptop, desktop, smart phone, server, printer dan banyak lagi perkakasan computer dan elektronik yang lain.

Strategi Strategi pertama yang digunakan oleh Dell adalah mereka mengeluarkan sesuatu produk untuk dijual bukan disimpan sebagai inventori yang bermaksud Dell hanya mengeluarkan produk yang diminta sahaja dan Dell tidak perlu menyimpan stok atau inventori yang telah siap dan menunggu untuk dijual. Dell juga menerima tempahan khas yang diminta oleh pelanggan iaitu Dell akan mengeluarkan suatu produk yang mengikut spesifikasi yang telah diminta oleh pelanggan berkenaan. Dell menggunakan strategi ini adalah kerana Dell mengatakan bahawa teknologi pada masa sekarang boleh berubah dalam masa singkat dan oleh kerana itulah Dell hanya mengeluarkan produk yang akan dijual sahaja dan tidak ingin menyimpan produk tersebut di dalam inventori kerana dikhuatiri produk tersebut akan menjadi liabiliti kepada Dell kerana tidak terjual. Yang kedua adalah dengan menjalinkan hubungan atau perkongsian dengan pembekal. Pengasas dan juga CEO Dell iaitu Michael Dell berpendapat bahawa adalah lebih baik sekiranya Dell menjalinkan hubungan dengan pengeluar komponen elektronik dan komputer berbanding dengan menghasilkan sendiri komponen-komponen tersebut kerana beliau mengatakan bahawa adalah lebih baik memilih satu syarikat yang terbaik untuk membekalkan komponen berbanding Dell sendiri yang mencipta komponen tersebut. Dell juga menggunakan kaedah penjualan terus dimana hal ini membantu Dell untuk mengetahui dan mengenalpasti kehendak dan keinginan pengguna disamping dapat mengumpulkan maklum balas secara terus daripada pelanggan tentang reka bentuk, masalah dan kualiti produk. Strategi seterusnya adalah segmentasi pasaran seperti mana yang telah disentuh di atas iaitu Dell membahagikan fokus jualan kepada empat kategori iaitu individu, perniagaan kecil dan sederhana, sektor awam, dan syarikat besar. Pada tahun 1998, 90% daripada jualan Dell adalah daripada penjualan kepada perniagaan dan institusi kerajaan yang mana 70% daripada jualan tadi adalah daripada syarikat-syarikat besar seperti Shell Oil, Exxon, Ford Motor, Toyota, Boeing, Microsoft, dan Sony. Kebanyakkan syarikat-syarikat besar ini membeli komputer daripada Dell skurang-kurangnya USD 1 juta setiap tahun.

Strategi kelima adalah perkhidmatan pelanggan iaitu Dell telah memberi kontrak kepada penyedia perkhidmatan tempatan untuk melakukan kerja-kerja baikpulih komputer supaya ia lebih memudahkan pelanggan untuk membaiki tanpa perlu menghantar komputer mereka jauh ke Austin, USA semata-mata hanya untuk memperbaikinya. Selain itu juga Dell juga mempunyai perkhidmatan pelanggan di atas talian yang boleh membantu pengguna untuk membaiki sendiri komputer mereka di rumah serta menyediakan perkhidmatan memuat turun perisian-perisian asas bagi komputer Dell secara percuma di laman web Dell. Michael Dell juga percaya bahawa kuasa pengiklanan memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan nama syarikat untuk tujuan promosi. Oleh itu, salah satu strategi yang memainkan peranan penting tentang meningkatkan kesedaran orang awam dan menarik minat mereka terhadap jenama dan produk Dell adalah pengiklanan yang berkesan.

KEKUATAN APPLE INC Syarikat yang sangat berjaya hasil daripada penjualan iPod yang dan meningkatkan persepsi imej Apple yang seterusnya berlaku peningkatan jualan komputer Macintosh. Mempunyai jenama yang kuat. Mempunyai ramai pengikut dan pelanggan yang setia. Mempunyai pengetahuan teknikal yang baik Kedudukan kewangan yang kukuh dan stabil. Ketua dan pemimpin yang berbakat iaitu Steve Job. DELL INC. Merupakan pengeluar PC terbesar dunia yang mencatat rekod keuntungan melebihi USD 1 billion hanya dalam masa 3 bulan pada tahun 2005. Merampas tempat sebagai ketua di dalam pasaran daripada HP. Tidak menggunakan penjual tetapi menjual produk secara terus kepada pelanggan . Menggunakan teknologi maklumat dan pengurusan perhubungan pelanggan untuk mendapatkan maklumat tentang pelanggan. Mengikut dan menerima tempahan khas daripada pelanggan.

KELEMAHAN APPLE INC Steve Job sendiri merupakan satu kelemahan bagi Apple kerana sekiranya ketiadaan beliau dalam Apple ia akan menjatuhkan syarikat seperti mana yang berlaku ketika beliau pernah meninggalkan Apple sebelum menyertai semula. Beberapa pakar dalam industri berkaitan mengatakan tindakan Apple menamatkan perjanjian Apple dengan IBM sebagai pembekal cip dan beralih kepada Intel dikatakan boleh mengelirukan pengguna Apple. Tekanan kepada Apple untuk meningkatkan harga di dalam memuat turun lagu-lagu daripada iTunes kerana industri musik telah membuat keuntungan yang lebih banyak daripada penjual lagu daripada iTunes berbanding penjualan CD. DELL INC. Penggunaan pelbagai komponen berlainan daripada pelbagai pembekal telah menyebabkan berlakunya satu peristiwa yang memalukan Dell iaitu pada tahun 2004 Dell telah menarik balik sejumlah 4.4 juta adapter laptop yang dikhuatiri boleh menyebabkan kebakaran dan litar pintas akibat terlebih panas. Dell merupakan pembuat komputer tetapi bukan pengilang atau pengeluar. Dell membeli komponen-komponen komputer daripada pelbagai pengilang untuk dipasang dan dijual di bawah jenama Dell. Pengabungan HP dan Compaq Perubahan kehendak pengguna Bergantung kepada penjualan kepada syarikat besar dan institusi.

PERBANDINGAN Dalam jangka masa 20 tahun, Dell telah menggunakan teknik pemasaran mereka sendiri iaitu menyediakan produk secara terus kepada pelanggan menerusi jualan terus, internet dan juga telefon. Mereka juga telah bergantung kepada harga yang rendah ke atas produk mereka untuk memastikan syer pasaran kekal dan sentiasa meningkat. Strategi pemasaran Dell dalam masa 20 tahun ini adalah untuk menyediakan produk yang murah secara terus kepada pengguna pada harga serendah yang boleh.

Walaubagaimanapun, Apple mempunyai keadaan yang berbeza dengan Dell yang mana Apple tidak boleh terus kekal pada keuntungan margin yang kecil seperti mana Dell mampu bertahan. Dan memandangkan syer pasaran Apple semakin hari semakin menurun, Apple telah menumpukan kewangan syarikat kepada proses penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan pemain MP3 yang inovatif. Sehingga Julai 2006 Apple iPod telah berjaya mendapatkan 73% syer pasaran. Memandangkan Apple tidak mampu bersaing dengan Dell dalam segmen penjualan Komputer peribadi atau home computer, Apple telah meletakkan produk mereka sebagai satu produk yang unik, inovatif dan berteknologi tinggi untuk menarik perhatian pelanggan. Apple dan Dell bukan saling bermusuhan dalam penjualan dan pengiklanan namun Apple lebih berfokuskan kepada sistem operasi Microsoft Window yang mana Apple ingin menarik pengguna untuk menggunakan sistem operasi mereka dan telah berjaya meningkatkan penjualan sistem operasi Mac OS X. Manakala Dell pula lebih menumpukan kepada kuantiti jualan mereka iaitu Dell mahu menjual seberapa banyak yang boleh produk mereka dan strategi pengiklanan Dell adalah lebih menumpukan kepada penawaran harga yang murah kepada pelanggan. Tidak seperti Apple, Dell mengadakan diskaun sepanjang tahun menerusi e-mail sebagai cara untuk mendekati dan menarik minat pengguna. Dell dan Apple mempunyai pasaran yang sama iaitu kedua-duanya merupakan syarikat komputer. Namun mereka tidak pernah mempunyai persamaan dari segi matlamat untuk memasarkan produk mereka pada satu segmen yang sama. Apple lebih menumpukan kepada pasaran yang lebih khusus iaitu yang mementingkan kesederhanaan dan inovasi.

You might also like