You are on page 1of 18

WARISAN BUDAYA

Nama Kelas Mata pelajaran Guru yang mengajar

: Muhammad Shaqil Imran : 5 Budiman : Kajian Tempatan : Cikgu Che Salawati

Page 1

BIODATA
Nama Umur Kelas Tarikh Lahir Tempat Lahir Anak Ke Nama Sekolah : : : : : : : Muhammad Shaqil Imran 11 tahun 5 Budiman 31 Disember 1998 Kuala Lumpur 2 Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya Matematik

Mata : Pelajaran Kegemaran

Page 2

Isi Kandungan

Index Tajuk, Nama, Guru Yang Mengajar

Mukasurat 1 2 3 4 5 8 10 13 16

1.

2. Biodata 3. Isi Kandungan


4. 5. 6. 7. 8. 9.

Budaya-Budaya di Negara Kita Budaya Melayu Budaya India Budaya Cina Budaya Kadazandusun/Iban Budaya Vasakthi

Page 3

Budaya-Budaya di Negara kita


Masyarakat di negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Setiap kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik dan warisan budaya tersendiri. Misalnya, terdapat perbezaan antara tarin, muzik, bahasa dan diolek yang digunakan oleh pelbagai kaum. Walau bagaimanapun, semua kaumsemua kaum saling mengenali warisan budaya tersebut. Seni tari merupakan sebahagian daripada budaya kita. Dalam masyarakat tradisanal, tarian disembahkan semasa majlis keramaian. Budaya ini wujud sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, terdapat tarian tradisional yang diubah suai mengikut perkembangan semasa. Tarian biasanya diiringi dengan muzik. Alat-alat muzik terdapat dalam pelbagai jenis dan berbeza mengikut kaum. Negara Malaysia terdapat pelbagai kaum seperti, Melayu, Cina Hindu Kadazandusun/ Iban dan Vasakthi.

Page 4

Budaya Melayu
Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat.. Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak.. Permainan : congkak, gasing, wau.. Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus.. Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian Piring, tarian lilin.. Kepercayaan : Agama Islam Bahasa : Bahasa Melayu Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" Budaya Melayu ialah agama Islam. Bahasa Melayu merupakan bahasa bagi budaya Melayu untuk berkomunikasi. Dialek Melayu pula wujud apabila sekelompok manusia mengubah suai bahasa mengikut budaya tempatan. Misalnya, terdapat pelabagai dialek dalam bahasa Melayu seperti dialek Kelantan, dialek Kedah dan dialek Negeri Sembilan. Tempat Ibadat Budaya Melayu ialah di masjid. Adab Berziarah budaya Melayu ialah memberikan salam sebelum masuk ke dalam rumah. Cara berpakaian bagi budaya Melayu, ialah Baju Melayu, Baju Kurung, Baju Kebaya, Baju Cekak Musang dan Baju Teluk Belaga.

Page 5

Dalam Islam, kopiah atau juga dikenali sebagai ketayap merujuk kepada sejenis penutup kepala. Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, dan memakai kopiah adalah salah satu cara yang mudah

Kopiah

Baju Melayu Pasangan

Baju Melayu bersama sampin

Baju Kurung

Pakaian traditional budaya Melayu dipakai Pada Majlis Keramaian atau Kenduri.

Jenis baju Melayu


Baju Melayu merupakan satu panggilan bagi baju tradisional Melayu yang biasa di pakai oleh golongan lelaki di Malaysia dan negara serantau. Ia biasanya terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.

Page 6

Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek. Cara bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju, manakala memakai baju juga terdapat perbezaan dimana baju Melayu Cekak Musang baju di dalam sampin Baju Kurung Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah kurung diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya baju kurung bernyawa walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

Baju Melayu Cekak Musang Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk cekak tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar. Baju Teluk Belanga Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di

Page 7

Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya Baju Melayu.

Budaya India
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung.. Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu, Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei.. Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam Budaya India ialah agama Hindu. Bahasa Hindi merupakan bahasa bagi budaya India untuk berkomunikasi. Dialek India pula wujud. Dialek India apabila sekelompok manusia mengubah suai mengikut budaya tempatan. Tempat beribadat budaya India ialah di kuil. Antara dialek terdapat dalam kaum India ialah dialek Tamil, dialek Malayalam dan dialek Telegu. Kata-kata Tamil dalam bahasa Melayu Pinjaman dari bahasa Tamil termasuk kata-kata harian seperti:.
Bahasa Tamil akka kadai kappal katikam muthu nagaram purva Bahasa Melayu kakak kedai kapal ketika mutiara negara purba Bahasa Tamil raja suniyam tali udayam vakai bhumi Surya Bahasa Melayu raja sunyi tali udaya bagai bumi Suria

Pakaian Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain

Page 8

dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah. Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.

Sari

dhoti

Baju Pavadai Choli

Sari & Kurta

Page 9

Budaya Cina
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu.. Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien.. Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum. Permainan : catur cina Alat muzik : gitar bulan, dram, Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung.. Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew Orang Cina Malaysia ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini. Pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di Melaka; abad ke-18 di Pulau Pinang) membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk kebanyakan adat Melayu secara takat-takat yang berbeza (terhad di Pulau Pinang, menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina. Sebaliknya pula, pendatang-pendatan yang lebih lanjut (seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina dikenali sebagai sinkheh ("tetamu baru"). Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan beragama Islam untuk memeluk agama pasangannya. Kebanyakan orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.

Page 10

Suku dialek Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia. Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut. Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.

Page 11

Pakaian Pakaian cheongsam atau baju panjang yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut

Cheong Sum

Pakaian Tradisi Pasangan

Page 12

Budaya Kadazandusun/Iban
Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China]. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya. Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman. Perayaan Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita" Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun. Tarian Tradisional Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati

Page 13

penyakit. Irama Sumazau adalah perlahan. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkatturunkan mengikut irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan Pakaian Tradisional Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan Penampang.Baju ini selalunya menggunakan kain hitam yang bersulamkan benang emas. Ia dipakai semasa sambutan Pesta Menuai.

Page 14

Suku Iban
Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini Pakaian Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi

Page 15

Budaya Vasakthi
Vaisakhi
Juga dinamakan Diraikan oleh Jenis Keutamaan Tarikh Perayaan Amalan Vasakhi, Baisakhi Penganut agama Sikh seluruh dunia Kegamaan Kelahiran Khalsa, dan musim menuai baru 1 Vaisakh (atau 14 April dalam kalendar Gregory; dahulunya 13 April) Pesta Sembahyang, perarakan, mengibar bendera Nishan Sahib

Vaisakhi (bahasa Panjabi: , vaiskh, juga dikenali sebagai Baisakhi) ialah salah satu pesta menuai kuno di Punjab, yang juga menandakan bermulanya tahun suria baru dan musim menuai baru. Vaisakhi juga membawa kepentingan keagamaan bagi penganut agama Sikh[1]. Vaisakhi jatuh pada hari pertama bulan Vaisakh dalam kalendar Nanakshahi suria, bersamaan dengan 14 April dalam kalendar Gregory. Vaisakhi merupakan salah satu perayaan yang utama dalam kalendar Sikh, memperingati penubuhan Khalsa pada tahun 1699; ramai yang sangka bahawa inilah Tahun Baru Sikh, tetapi sebenarnya bukan begitu. Vaisakhi juga disambut sebagai bermulanya tahun baru oleh bangsa India di Bengal Barat, Kerala, dan sesetengah rantau lain di India. Kepentingan tertentu yang dihubungkan dengan perayaan ini menonjolkan kepelbagaian antara rantau di luar Punjab. Di Himachal Pradesh, Dewi Hindu Jwalamukhi dipuja pada hari Vaisakhi, sementara di Bihar, dewa matahari Surya diberi penghormatan. Perayaan ini disambut sebagai Rongali

Page 16

Bihu di Assam, Naba Barsha di Bengal, Puthandu di Tamil Nadu, Vishu (atau Vaishakhi) di Kerala, dan Tahun Baru Sinhala/Tamil di Sri Lanka. Selain Punjab, Vaisakhi juga disambut sebagai pesta menuai di beberapa negeri lain di utara India, termasuk Haryana, Himachal Pradesh dan Uttaranchal. Sambutan Bagi menyambut perayaan, para penganut berkumpul di gurdwara atau tempat ibadah Sikh. Sambutan bermula awal apabila penganut, yang membawa bunga dan persembahan pergi ke gurdwara sebelum subuh. Perarakan sekitar bandar juga satu kebiasaan Vaisakhi merupakan hari kelahiran Khalsa (Orang-orang Suci) dan para penganut Sikh diberi identiti yang jelas tatalaku untuk diikuti Serban sikh

Masyarakat penganut Sikh atau Punjabi di seluruh dunia turut memakai serban tetapi dalam bentuk lebih tebal , lonjong dan seragam bentuknya. Di sesetengah tempat , serban yang dipakai oleh penganut Sikh / Punjabi dipanggil turban atau dastar. Kain serban yang dipakai sepanjang 5 meter. Di Amerika Syarikat, Kanada , Eropah dan lain-lain, mereka yang memakai

Page 17

serban dianggap sebagai penganut agama Sikh. Serban di kalangan penganut Sikh amat berkait dengan kepercayaan dan wajib dipakai . Penganut Sikh dilarang memotong rambut dan memakai serban agama rambut yang panjang mudah diurus. Tetapi orang prempuan tidak perlu memakai serban. Pakaian

Budak Kashmiri memakai churidar pyjama tahun 1890

Salwar Kameez

Page 18

You might also like