You are on page 1of 12

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

PERTANDINGAN BOLA KERANJANG

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

1. Undang-undang Permainan

1.1. Bawah 12 tahun / Bola Keranjang Mini

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persatuan Bola Keranjang Amatur


Antarabangsa ( FIBA ) dan Peraturan-peraturan Am MSSM / MSSMK.

1.2. Bawah 15 tahun

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persatuan Bola Keranjang Amatur


Antarabangsa ( FIBA ) dan Peraturan-peraturan Am MSSM / MSSMK.

1.3. Bawah 18 tahun

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persatuan Bola Keranjang Amatur


Antarabangsa ( FIBA ) dan Peraturan-peraturan Am MSSM / MSSMK.

2. Jenis Pertandingan

2.1. Pertandingan berpasukan antara sekolah-sekolah negeri Kelantan.

2.2. Kategori :

a. Lelaki 12 tahun dan ke bawah


b. Perempuan 12 tahun dan ke bawah
c. Lelaki 15 tahun dan ke bawah
d. Perempuan 15 tahun dan ke bawah
e. Lelaki 18 tahun dan ke bawah
f. Perempuan 18 tahun dan ke bawah

3. Pendaftaran / Pembentukan Pasukan

3.1. Kelayakan : Sila rujuk Peraturan Am ( 3 ) dan ( 5 ) MSSM .

3.2. Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan
untuk setiap peringkat umur yang dipertandingkan.

3.3. Tiap-tiap pasukan mesti mengandungi 12 orang pemain, seorang pengurus pasukan dan
seorang Jurulatih.

3.4. Pendaftaran pemain dalam borang yang disediakan hendaklah sampai kepada pihak penganjur
14 hari sebelum pertandingan dijalankan. Borang pendaftaran tersebut mesti ditandatangani
oleh Pengurus Pasukan dan sebarang pindaan juga mesti disahkan oleh Pengurus Pasukan
dengan cop rasmi sekolah.

3.5 Pasukan perempuan mesti diiringi oleh seorang penolong jurulatih perempuan.

3.6. Had Umur Peserta : Sila rujuk Peraturan Am ( 4 ) MSSM.


Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.

4. Sistem Pertandingan

4.1. Masa Pertandingan :

4.1.1. Untuk peringkat umur 12 , 15 dan 18 tahun dan ke bawah , perlawanan dibahagikan
kepada 4 suku ( quarters) dan masa bermain ialah 7 minit setiap suku ( quarter ).

4.1.2. Masa rehat antara suku ( quarters) 1 dan 2 serta 3 dan 4 masing-masing ialah 2 minit.
4.1.3. Sekiranya mata seri selepas tamat suku ( quarter ) ke-4, masa tambahan 3 minit akan
diberi selepas rehat 2 minit.

5.1.4. Sekiranya mata masih seri selepas masa tambahan, maka keputusan ditentukan
dengan “ sudden death “ (Pasukan dengan jaringan mata terdahulu diistiharkan
menang).

4.2. Pertandingan dijalankan secara liga dan / atau cara kalah mati seperti berikut :

4.2.1. Cara Empat Kumpulan


4.2.2. Cara Tiga Kumpulan
4.2.3. Cara Dua Kumpulan
4.2.4. Cara Satu Kumpulan

4.2.1. Cara liga Empat Kumpulan ( A , B , C dan D )

4.2.1.1. Pusingan Pertama

4.2.1.1.1. Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian maka hendaklah


dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A , B , C dan D . Pertandingan
dijalankan secara liga.

4.2.1.1.2. Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat tahun lalu akan ditempatkan
dalam kumpulan seperti berikut :

Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
Keempat - Kumpulan D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut


dengan cara cabutan undi.

4.2.1.1.3. Sekiranya pasukan pilihan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka


pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan mengisi
kedudukan tersebut.

4.2.1.2. Pusingan Kedua ( Suku Akhir )

4.2.1.2.1. Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan layak ke pusingan
kedua (Suku Akhir ) dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati .
Undian akan dibuat selepas tamat pusingan pertama.

4.2.1.2.2. Perlawanan ditetapkan seperti berikut :

4.2.1.1.2.1.1. Undian bagi 4 pasukan Johan kumpulan akan didahulukan


untuk ditempatkan di kedudukan 1 , 3 , 5 , 7 dan 4 pasukan
Naib Johan kumpulan akan ditempatkan bersadarkan rajah di
bawah agar pasukan johan dan naib johan dalam kumpulan
tidak akan bertembung di peringkat suku akhir dan separuh
akhir .

Contoh selepas undian dijalankan

Johan Kumpulan Naib Johan Kumpulan


1 (A) 8 (A)
3(B) 6(B)
5(C) 4(C)
7(D) 2(D)
4.2.1.2.2.1.2. Pasukan-pasukan yang menang pada peringkat separuh akhir
akan bertanding di peringkat Akhir manakala pasukan yang
kalah di peringkat separuh akhir akan bertanding untuk
menentukan tempat ketiga dan keempat.

4.2.2. Cara Liga Tiga Kumpulan

4.2.2.1. Pusingan Pertama

4.2.2.1.1. Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian maka hendaklah


dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu A, B dan C. Pertandingan dijalankan
secara liga.

4.2.2.1.2. Johan, Naib Johan dan Ketiga tahun lalu akan ditempatlkan dalam
kumpulan seperti berikut :

Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C

4.2.2.1.3. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut


dengan cara cabutan undi.

4.2.2.1.4. Sekiranya pasukan pilihan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka


pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan mengisi kedudukan
tersebut.
4.2.2.2. Pusingan Kedua ( Separuh Akhir )

4.2.2.2.1. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam
kumpulan X dan Y melalui undian.

4.2.2.2.2. Dari 3 pasukan Johan Kumpulan , satu akan ditempatkan di kumpulan X


atau Y dan dua akan ditempatkan di kumpulan X atau Y melalui undian.

4.2.2.2.3. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan ke kumpulan lain dari
Pasukan Johan kumpulan.
4.2.2.3. Pusingan Akhir

4.2.2.3.1. Johan Kumpulan X dan Y akan bertanding untuk menentukan Johan dan
Naib Johan.

4.2.2.3.2. Naib Johan Kumpulan X dan Y akan bertanding untuk menentukan tempat
ketiga dan keempat.

4.2.3. Cara Liga 2 Kumpulan

4.2.3.1. Pusingan Pertama

4.2.3.1.1. Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian maka hendaklah


dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B. Pertandingan dijalankan
secara liga.

4.2.3.1.2. Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan
ditempatkan dalam kumpulan A dan Naib Johan dan Ketiga dalam
pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan B.

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan dengan cara


cabutan undi.

4.2.3.1.3. Sekiranya pasukan pilihan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka


pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan mengisi kedudukan
tersebut.

4.2.3.2. Pusingan kedua

4.2.3.2.1. Johan Kumpulan A akan bertanding dengan Naib Johan Kumpulan B dan
Johan Kumpulan B akan bertanding dengan Naib Johan Kumpulan A.

4.2.3.2.2. Johan Kumpulan A dan B akan bertanding untuk menentukan Johan dan
Naib Johan.

4.2.3.2.3. Pasukan yang kalah dalam pertandingan (4.3.2.2 ) akan bertanding untuk
menentukan tempat ketiga dan keempat.

4.2.4. Cara Liga Satu Kumpulan

4.2.4.1. Sekiranya 5 pasukan atau kurang daripada 5 pasukan mengambil bahagian, pertandingan
secara liga satu pusingan akan dijalankan. Pasukan yang mendapat mata yang tertinggi
akan diisytiharkan sebagai Johan.

5. Cara Menentukan Keputusan

5.1. Cara pemberian mata :

a) Menang - 2
b) Kalah - 1
c) Kalah Tanpa bertanding - 0

Sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, maka pemenang akan
ditentukan mengikut Undang-Undang Antarabangsa ( FIBA ) bawah bahagian " Classification of
Teams " ( Pasukan yang menang didahulukan ).

6. Pakaian

6.1. Setiap pasukan mesti mempunyai 2 set pakaian seragam ( jersi ) dengan satu set berwarna
gelap dan satu set lagi berwarna putih.

6.2. Untuk pertandingan, mana-mana pasukan yang disebutkan dahulu dalam Jadual Pertandingan
MESTI memakai pakaian berwarna putih sementara lawannya memakai pakaian berwarna
gelap.
6.3. Jika kedua-dua pasukan itu memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang tidak mengikuti
syarat 6.2 MESTI menukar jersinya bagi pertandingan itu.

7. Gelanggang Permainan

7.1. Rujuk Undang-Undang Bola Keranjang Antarabangsa ( FIBA ) seperti lampiran.

8. Alatan ( Bola )

8.1. Saiz bola untuk Peringkat Umur 12 tahun dan ke bawah ialah saiz 5.

8.2. Saiz bola untuk Peringkat Umur 15 dan 18 tahun perempuan dan ke bawah ialah saiz 6.

8.3. Saiz bola untuk Peringkat Umur 15 dan 18 tahun lelaki dan ke bawah ialah saiz 7.

9. Kelewatan

9.1. Hanya 15 minit sahaja akan diberi kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawan akan
diberi kemenangan percuma dengan 2 mata dan skor bilangan mata perlawanan 20 - 0.

10. Menarik Diri dan Menyerah Kalah

10.1. Pasukan yang telah mengesahkan persetujuan mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik
diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan / sekolah tersebut sekiranya
melanggar peraturan ini.

10.2. Sekiranya ada pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan tersebut, semua keputusan pertandingan yang telah dipertandingkan oleh
pasukan itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak akan dibenarkan menyertai perlawanan
seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan / sekolah yang berkenaan.

11. Bantahan

11.1. Sekiranya selepas tamat perlawanan pasukan itu ingin membuat bantahan, ketua pasukan
hendaklah menulis perkataan "BANTAHAN" di ruang catatan “score sheet" serta
menandatanganinya supaya bantahan dapat dipertimbangkan.

11.2. Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh Pengurus Pasukan hendaklah diserah kepada
Pengerusi Teknik atau wakilnya tidak lewat daripada dua puluh (20) minit selepas perlawanan
dengan wang cagaran sebanyak RM100.00 ( Ringgit Malaysia : Seratus sahaja ). Wang itu
tidak akan dikembalikan jika bantahan itu tidak berjaya.

12. Juri Rayuan

Sila Rujuk Peraturan Am ( 13 ) MSSM

12.1. Juri Rayuan terdiri daripada 5 orang ( minimum ) atau 7 orang ( Maximun )

12.1.1. Penyelaras Bola Keranjang MSSMK

12.1.2. Pengerusi Teknik

12.1.3. Ketua Pengadil / wakilnya

12.1.4. Ketua Perakam / wakilnya

12.1.5. Ketua jurulatih / wakilnya

12.1.6. Dua (2) orang pengurus pasukan yang tidak terlibat.


12.2. Juri Rayuan bertanggungjawab untuk :

12.2.1. Mengambil tindakan mengenai disiplin pelajar, guru dan pegawai-pegawai kejohanan
bagi semua perkara kejohanan/pesta yang dijalankan seperti berikut :

12.2.1.1. Memberi amaran

12.2.1.2. Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu

12.2.1.3. Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan / pesta

12.2.1.4. Mengarahkan pemain dihantar pulang

12.2.1.5. Membuat dan menghantar laporan mengenai peristiwa yang telah berlaku
kepada Lembaga Tatatertib MSSMK selewat-lewatnya 14 hari selepas
tamat kejohanan / pesta dan membuat syor mengenai jenis tindakan yang
sewajarnya.

12.2.1.6. Pasukan, pegawai atau pemain yang digantung oleh sekolah, cawangan,
MSSD dan MSSMK kerana dikenakan tindakan tatatertib hendaklah
dilaporkan kepada Persatuan Bola Keranjang Kelantan.

13. Lembaga Tatatertib Kejohanan / Pesta

Sila Rujuk Peraturan Am (14) MSSM

13.1. Lembaga ini terdiri daripada :

13.1.1. Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Kelantan / Wakilnya.

13.1.2. Penyelaras Permainan Bola Keranjang.

13.1.3. Pengerusi Teknik Bola Keranjang.

13.1.4. Setiausaha Jawatankuasa Pengelola - Ex-officio.

13.2. Lembaga ini bertanggungjawab untuk mengambil maklum keputusan Juri Rayuan dan
membuat keputusan untuk mengenakan tindakan selanjutnya, jika perlu.

14. Perkara Yang Tidak Dinyatakan

14.1. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan Bola Keranjang dan keputusan adalah muktamad.
GELANGGANG BOLA KERANJANG BAWAH 18 TAHUN

0.15m
3.6m
28m

1.8m
6.
25
m

0.05m 6m
1.25m
15m
Peraturan Balingan Bebas

m
1.80
m
0.05
m
0.3
5m 0.85
m
0.40

m
0.85
m
0.30
5.80m

m
0.85
m
0.05
0
90
m
1.75
1.20m

6.00m
Peraturan Tiang Gol Bola Keranjang

0.15m

1.20m
0.45m
0.30m
0.40m

2.75m

End Line 0.05m

at least
1.20m 1.00m
Ukuran Papan

1.80m

0.59m

1.20m
0.45m

LEVEL OF
TOP OF
RING

All Lines 0.05m Wide

Ukuran Rim
A
A1

450 mm

150mm

A-A1 O 20
GELANGGANG BOLA KERANJANG MINI

3.6m
28m

0.15m

1.8m

4.00m

6m

0.05m 15m
0.05m
Peraturan Tiang Gol Bola Keranjang Mini

0.15m

1.90m
0.45m
0.30mm
0.40m

2.75m

2.30m

End Line 0.05m


End Line 0.05m

at least
1.80m 1.00m
at least
1.20m 1.00m

Ukuran Papan Mini

1.20m

0.59m

1.90m
0.45m

All Lines 0.05m Wide

You might also like