Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
13Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Dampak Penyelidikan Pembelajaran Sains Terhadap Perubahan Kurikulum

Dampak Penyelidikan Pembelajaran Sains Terhadap Perubahan Kurikulum

Ratings:

4.5

(2)
|Views: 1,900 |Likes:
Published by api-3751150

More info:

Published by: api-3751150 on Oct 15, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as TXT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/18/2014

pdf

text

original

dampak penyelidikan pembelajaran sains terhadap perubahan kurikulumthis
is the html version of the file
http://www.penerbit.ukm.my/dampak.pdf.
g o o g l e automatically generates html versions of documents as we
crawl the web.
to link to or bookmark this page, use the following url:
http://www.google.com/search?q=cache:t9c8rjnvl04j:www.penerbit.ukm.my/

dampak.pdf+jurnal+penyelidikan+perubahan+kurikulum&hl=en&ct=clnk&cd=1&gl=my
google is neither affiliated with the authors of this page nor

responsible for its content.
these search terms have been highlighted: jurnal penyelidikan
perubahan kurikulum

page 1
dampak penyelidikanpembelajaran sains terhadapperubahan kurikulum
page 2

page 3
dampak penyelidikanpembelajaran sains terhadapperubahan kurikulumtamby subahan
mohd. meerahp.h.d. (southampton)dipersembahkan sebagai syarahan perdana jawatan
profesoruniversiti kebangsaan malaysia, pada 10 julai 1999 di bilikjumaah
universiti kebangsaan malaysiapenerbituniversiti kebangsaanmalaysiabangi \u2022 1999

page 4
cetakan pertama / first printing, 1998hak cipta / copyright universiti
kebangsaan malaysia, 1998hak cipta terpelihara. tiada bahagian daripada terbitan
iniboleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkanke dalam
sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama adadengan cara
elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainyatanpa kebenaran bertulis daripada
penerbit ukmterlebih dahulu.all rights reserved. no part of this publication may
be reproduced ortransmitted in any form or by any means, electronic or
mechanicalincluding photocopy, recording, or any information storage
andretrieval system, without permission in writing from the penerbit
ukm.diterbitkan di malaysia oleh / published in malaysia bypenerbit universiti
kebangsaan malaysia43600 ukmbangi, selangor d.e. malaysiapenerbit ukm adalah
anggota / is a member of thepersatuan penerbit buku malaysia /malaysian book
publishers associationno. ahli / membership no. 8302dicetak di malaysia oleh /
printed in malaysia bypusat teknologi pendidikan,universiti kebangsaan
malaysia,43600 bangi, selangor d.e.perpustakaan negara
malaysiadata-pengkatalogan-dalam-penerbitancataloguing-in-publication-data

page 5
abstrakpenyelidikan terkini dalam pendidikan sains mengkajipembelajaran dari
empat perspektif yang mengikut eylon danlian (1988) dapat dicirikan sebagai
berfokuskan pembelajarankonsep, perkembangan, perbezaan dan penyelesaian
masalah.perspektif pembelajaran konsep merangkumi kajian kualitatifantara konsep
yang digunakan oleh pelajar untuk menerangkanfenomena saintifik. sementara
kajian dari perspektif ini memberiperhatian terhadap isi dan struktur
pengetahuan yang diperolehioleh pelajar. pembentang amat tertarik dengan
kajian-kajiandalam bidang ini khususnya kajian ausubel, novak dan hanesian(1978)

yang menegaskan kepentingan pengetahuan sedia adasebagai pembolehubah pokok yang
mempengaruhi pembelajaranberikutnya. begitu juga dengan penyelidikan yang
dijalankanoleh driver (1994) tentang salah konsepsi yang menekankanbahawa
kurikulum perlu mengambil kira idea yang dibawa olehpelajar dalam situasi
pembelajaran. pembentang juga amattertarik dengan penyelidikan mcdermott (1991)
yang telahmengutarakan penggunaan penyelidikan sebagai panduanpembinaan
kurikulum berasaskan hasil penyelidikan kumpulanpenyelidiknya tentang kefahaman
pelajar dalam fizik. beberapapenyelidikan yang telah dijalankan oleh pembentang
denganrakan-rakan dan pelajar merangkumi konsepsi pelajar sebelum,semasa dan
selepas pengajaran, salah tanggapan serta penerokaanstrategi alternatif
perubahan konseptual yang bermirip perspektifpenyelidikan pembelajaran konsep.
perspektif penyelidikan dalampendidikans ains mempunyai implikasi terhadap sifat
sesuatukurikulum sains yang efektif. perubahan kurikulum di malaysiatelah
didorongi oleh matlamat untuk meningkatkan pembelajaran.kurikulum mempunyai
pengaruh yang penting dalampembelajaran sains pelajar. pembentang turut terlibat
dalamperkembangan kurikulum fizik di malaysia di pelbagai peringkat,

page 6
6 / dampak penyelidikan pembelajaran sainskhususnya dalam pendidikan fizik
menengah, pasca menengahdan universiti sejak menjadi guru dahulu lagi. oleh itu,
fokussyarahan perdana ini adalah terhadap dampak penyelidikanpembelajaran sains
terhadap perubahan kurikulum sains.persembahan dibahagikan kepada tiga bahagian.
pertama,perubahan kurikulum secara sepintas lalu untuk memberi latarbelakang
perbincangan. kedua, penerokaan kerja penyelidikandalam pembelajaran konsep dan
ketiga dampak penyelidikanterhadap perubahan kurikulum sains.

page 7
abstractrecent research in science education examines learning fromfour
perspectives, which according to eylon, b. and linn, m.(1988), can be
characterized as a focus on concept learning, adevelopmental focus, a
differential focus and a focus on problemsolving. the concept-learning
perspective encompasses studiesof the qualitative difference among the concepts
students use toexplain scientific phenomena. studies from this perspectivefocus
on the content and structure of the knowledge that studentsacquire. the speaker
was attracted to the research work in thisarea, particularly research by
ausubel, novak and hanesian(1978), who emphasized the importance of prior
knowledge as acentral variable affecting subsequent learning. work done bydriver
(1994) on misconception is exciting particularly on theneed for the curriculum
to take into account of what learnersbring to the learning situation. the
speaker was also attracted tothe call made by mcdermott (1992), based on her
research groupstudies on students understanding of concepts, on the use of
theresults of research to the development of curriculum in science.a number of
studies have been conducted by the speaker togetherwith his fellow colleagues
and postgraduate students on studentsconceptions before, during and after
instruction, misconceptionsheld by student and alternative strategies for
conceptual change.the studies focused fall under the perspective of research
onconcept-learning. research perspective in science education alsohas
implications on the nature of an effective science curriculum.curriculum change
in malaysia has been made to improvelearning. the curriculum has an important
influence on sciencelearning. the speaker, who has been involved with a number
ofcurriculum development projects in physics at the school anduniversity levels
since his early school days has decided to speakin his inaugural lecture, on the
impact of research on learning

page 8
8 / dampak penyelidikan pembelajaran sainsscience on curriculum development. the
talk is divided intothree parts. the first part of the speech introduces the
historicalcurriculum change in malaysian schools to provide a backgroundfor

discussions. the second part summarises some of thestudies on student\u2019s
concept-learning. the third and final partsummarizes the impact of the research
in learning science oncurriculum change in science education.

page 9
yang berbahagia datuk naib canselor,yang berbahagia timbalan-timbalan naib
canselor,para profesor, profesor madya,para dekan dan pengarah,ketua-ketua
jabatan,dan hadirin yang saya hormati sekalian,assalamualaikum w.b.r.t dan salam
mesra,pembelajaran sains dipengaruhi oleh banyak faktor, antaranyakurikulum yang
mantap, kesediaan pelajar untuk belajar dankesediaan guru untuk membimbing
pelajar. kesediaan pelajaruntuk belajar pula bergantung pada keupayaan pelajar
itumenyesuaikan konsep awal sains yang dimilikinya dengan konsepsains yang
diajar di sekolah serta dapat menggunakan teknik-teknik belajar yang sesuai bagi
memperolehi keputusan yangcemerlang. guru-guru perlu memahami tanggapan awal
pelajartentang sesuatu konsep sains yang bakal diajar. di samping itu,guru-guru
juga harus memahami konsep sains dengan jelasselaras dengan konsep sains yang
diterima oleh saintis sebelummenyampaikan ilmu tersebut kepada pelajar. keadaan
ini perlubagi mengelakkan percanggahan antara apa yang diajar dengankonsep yang
diterima oleh pelajar. fokus perbincangan kertasini adalah terhadap penggunaan
penyelidikan pembelajaran dalamperkembangan kurikulum.

page 10
10 / dampak penyelidikan pembelajaran sainsperkembangan pendidikan sains di
malaysiakepentingan pendidikan sains dalam meningkatkan perkembangansosioekonomi
dan taraf hidup masyarakat di negara ini telahtercatat dalam penyata
jawatankuasa perancangan pelajaran tinggi1966 (para 100):\u201cpentingnya ilmu sains
dan teknologi dalam memajukan kedua-duasumber (tenaga manusia dan alam) ini
tidak boleh diperingankan. satuasas yang kukuh dalam mata pelajaran sains dengan
kadar tenagamanusia secukupnya membuat pengkhususan dalam berbagai-bagailapangan
sains adalah penting bukan sahaja untuk penyelidikan tetapijuga untuk
pembangunan. \u201dsejak diperkenalkan pada zaman penjajah, pendidikan sains
disekolah telah mengalami banyak perubahan. sebuah jawatankuasayang ditubuhkan
pada tahun 1939 oleh kerajaan negeri-negeriselat dan melayu bersekutu telah
menggubal tujuan pendidikansains dan menyusun sukatan pelajaran sains (malaya
1940).walau bagaimanapun, jabatan pendidikan ketika itu cumamenawarkan kursus
empat tahun sains am di sekolah menengahyang terdapat bilik dan kemudahan untuk
mengajar sains sertamempunyai guru sains yang berkelayakan. pada masa itu
cumaterdapat sebuah sekolah sahaja dalam negeri melayu bersekutuyang dapat
menawarkan kursus sains tersebut (malaya 1948).pelaksanaan pendidikan sains
terhenti semasa perang duniakedua. selepas perang, kursus sains am telah
dijadikansebahagian daripada kurikulum di semua sekolah menengahberasaskan
sukatan pelajaran britain ketika itu.selepas merdeka, dasar ini telah diperkemas
dan diperluaskandengan adanya kesedaran tentang peranan pendidikan sainsdalam
pembangunan ekonomi dan sosial. sejak rancanganmalaysia kedua lagi, kerajaan
telah memberi penekanan dankomitmen terhadap pendidikan sains dan teknologi.
kepentinganpendidikan sains juga telah tercatat dalam laporan
jawatankuasapendidikan razak 1956, jawatankuasa pendidikan rahman talib1960 dan
jawatankuasa pendidikan kabinet 1979.

page 11
dampak penyelidikan pembelajaran sains / 11kementerian pendidikan sejak 1960-an
telah mengambillangkah untuk meningkatkan kualiti pendidikan sains.
beberapaperubahan kurikulum sains yang dilakukan, termasuklah projekkhas sains
sekolah rendah, kurikulum sains paduan sekolahmenengah rendah dan kurikulum
sains tulen moden (biologi,fizik, kimia dan rampaian sains) bagi sekolah
menengah,kurikulum baru sekolah rendah (kbsr)dan kurikulumbersepadu sekolah
menengah(kbsm).projek khas sains rendahprojek khas sains rendah telah dirancang
untuk mengatasikelemahan dan kekurangan dalam pelajaran sains, khususnya

Activity (13)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Mahayidin Mat liked this
ayobgani liked this
KaTe Eva C liked this
manmasainna liked this
brandonzzz liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->