You are on page 1of 12

PN JAFIZAH BINTI JAAFAR JABATAN PENGAJIAN MELAYU 01 OGOS 2011

DEFINISI TULISAN
Lambang-lambang bunyi bahasa yang

telah dipindahkan bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

KEMAHIRAN MENULIS
Keupayaan murid menulis perkataan

dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas.

Kemahiran Menulis
Menulis adalah satu bentuk lakaran

yang boleh menyampaikan mesej, maklumat atau pun peringatan.

Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis


PRATULISAN

- Peringkat persediaan sebelum murid dapat menulis dengan kemas MEKANIS (Mendirikan Asas) - Selepas pratulisan, mereka dilatih membentuk lambang-lambang tulisan MENTALIS (Pelahiran) - melahirkan fikiran murid secara bertulis

PENULISAN MEKANIS (Peringkat Mendirikan Asas)


Kemahiran asas membantu murid untuk

menguasai kemahiran menulis selanjutnya. Murid diperkenalkan dengan lambanglambang huruf yang bersesuaian dengan gambar, seterusnya menulis ayat pendek. Pada peringkat awal, mereka dilatih untuk membentuk lambang-lambang tulisan secara bebas pada kertas kosong yang tiada sebarang garisan.

Samb
Kemudian, mereka dilatih membentuk

huruf pada halaman buku yang bergaris Penekanan juga diberikan dari segi kawalan tulisan untuk menghasilkan bentuk dan saiz huruf yang kemas dan teratur. Penulisan mekanis perlu dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.

Tujuan Kemahiran Penulisan Mekanis


Supaya murid-murid dapat

menghasilkan tulisan yang kemas Memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan Dapat membantu murid menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, frasa dan ayat

Samb
Supaya murid dapat menulis dengan

gaya yang betul, menjaga jarak antara huruf, ejaan serta tanda baca yang betul Supaya murid dapat membentuk huruf kecil dan huruf besar

KEMAHIRAN PENULISAN MEKANIS


Kemahiran menulis hanya diajar selepas

kanak-kanak tahu membaca dan kaedah ini dimulakan dengan belajar membaca dan menulis abjad. Melalui kemahiran mekanis, murid-murid akan diperkenalkan kepada semua 26 huruf dari A Z, iaitu merujuk kepada hurufhuruf kecil dan besar.

KAEDAH
Melatih murid untuk membuat latihan

menulis huruf di atas kertas berkotak, kertas bergaris empat, kertas bergaris tiga, kertas bergaris dua dan seterusnya kertas bergaris satu. Hendaklah dimulai dengan menulis huruf besar dan diikuti dengan huruf kecil.

Sekian, Terima kasih

You might also like