/  21
Dialah di hati..

Suasana kelas hingar-bingar. Almaklum sahajalah, hari terakhir persekolahan. Selepas ini,
masing-masing akan meneruskan pembelajaran ke peringkat menengah pula. Entahkan
berjumpa lagi, entahkan tidak. Pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang lepas,
mungkin akan melanjutkan pelajaran ke asrama penuh atau MRSM. Yang lain pula, tidak juga
semestinya di sekolah yang sama.
?Cepat lah wei..! Kita amik gambar sekelas. Cepat! Semua masuk!?,Nana, selaku ketua kelas,
dan pelajar paling becok dalam kelas itu menjerit-jerit memanggil sahabat yang lain. Tidak
susah memanggil sahabat-sahabat sekelasnya itu. Sekejap sahaja, semuanya telah berkumpul
di hadapan kelas.
Basyirah lantas mengambil tempat berdiri di belakang.
?Tak muat la.. . Rapat-rapat sikit..?,Pelajar kelas sebelah yang diminta untuk mengambil
gambar itu mengomel.
?Budak laki naik atas kerusi la.. . Cepat-cepat..?,
Lantas semuanya bergerak mengubah kedudukan.
?Wei., kau tepi! Aku sini...?,Dalam kekecohan itu, salah seorang daripadanya, Khairul Adha,
menolak sahabatnya ke tepi sedikit.
?Aku sampai dulu.. . Kau carik tempat lain...?,
?Tak paham-paham? Aku je boleh duduk belakang Syirah! Dia kan awek aku!?,
Zamri yang dihalau ke tempat lain itu membebel sendirian. Dengan cebik di mulut, dia beralih.
Syirah menoleh ke belakang. Adha sengih. Kenyit mata. Syirah jeling.
?Mengada!?,Maria di sebelah tersengih-sengih. Apa tidak, satu kelas dah sedia maklum, si
Adha, budak nakal hensem tuh, memang gilakan si Syirah. Tak abis-abis menyakat si Syirah.
Sesapa kacau Syirah, memang carik pasal dengan Adha dan konco-konconya! Pernah dulu
Andrew, budak kelas 6 Aman mengusik Syirah, dapat penumbuk free sebijik dekat mata.
?Ok...ok, ready semua! Satu, dua, tiga!?,KLIK!
?ADHA!?,Syirah menjengilkan matanya yang tak berapa nak bulat. Adha sengih comelnya.
Suka melihat gadis idamannya itu marah kepadanya.
Hehe.., sah-sah dia mengamuk. Mana tak, dalam gambar tadi, sempat aku letak muka aku
sebelah dia! Rapat plak tuh!! Baru le nama gambar boypren-girlpren!
?Nana.., nanti kau cuci gambar tadi untuk aku sedozen tau!?,Afiq dan Man, kawan baik Adha
yang sekepala hantu dengannya gelak kuat. Dan selamba, dia berlalu meninggalkan Syirah
terpinga-pinga kegeraman. Terkebil-kebil matanya menahan marah. Ei, tak boleh jadik! Tak
puas ati gini!
?Ei Adha! Kenapa kau buat macam tuh!?,Dia menarik lengan baju Adha yang dilipat kemas
sampai ke siku.
?Jangan la marah cayang! Biasa le tuh... . Kenangan..?,
Syirah menjeling tak puas hati.
?Syirah, kau jangan jeling-jeling aku cam tuh la. Terasa lemah lutut nih.. . Manis sangat!!?,
?Ei, budak gila!?,
Lantas dia berpaling ingin berlalu. Tetapi, entah mengapa, jauh dalam hati kecilnya, dia terasa
berbunga.
?Eh Syirah!?,Tangan Syirah ditarik cepat.
?Apa nih! Lepas la..?,Dia cuba tarik tangan daripada pegangan kejap lelaki itu.
?Syirah..., kalau kita tak jumpa lagi lepas nih, kau rindu kat aku tak??,
?Dalam mimpi kau la!!?,Kasar Syirah menjawab. Namun ternyata, di hatinya, lain jawapannya.
Rindu? Mm.., buat apa nak rindu budak singkat pikiran ni! Nanti jumpa jugak dekat-dekat
ngan umah tuh! Bukannya jauh umah aku dengan dia...
Dia lihat wajah Adha berubah. Masam. Ini bukan wajah biasa Khairul Adha.
?Maknanya, kau tak rindu aku la??,
Syirah pandang lama wajah itu. Kenapa pulak dengan budak nih?
?Tak! Tak paham bahasa ke?!?,
Lantas ditarik kuat tangannya dan berlalu pergi. Sempat dia menoleh ke belakang semula.
Adha memandangnya sayu, kemudian tunduk memandang lantai. Kecewa!

???? ??

KRINGGG!!!!!! Loceng jam itu berbunyi kuat. Aku lantas terjaga. Duduk!
?Wei, nak kasik aku mati ke kejut cara itu?!!?,Dengan belum gosok gigi lagi, aku menjerit
memarahi adik perempuanku yang tergelak-gelak sambil menutup ?jeritan? jam loceng yang
hampir membunuhku tadi.
?Bangun lah! Kau nih tidur macam orang mati tau!?,
Aku merengek perlahan. Menggaru-garu kepala yang tak gatal. Membuatkan rambutku yang
sememangnya dah cukup serabai menjadi lebih serabai.
?Pukul bape dah ni??,
?Pukul 12 tengah hari tuan puteri Basyirah! Bangun! Banyak kau punya lawa! Tidur sampai
tengah hari buta!?,Adikku membising lagi.
Aku lantas menyelak gebar. Mencebik.
Dengki la tuh! Kasik can la..nak qada? tidur..
Sememangnya, sejak aku pulang dari kampus tiga hari lepas, kerja aku tak lain, daripada
membute. Kononnya, menggantikan tidurku yang tidak cukup selama aku mengambil
peperiksaan akhir universiti lepas. Memikirkan pasal universiti, selepas ini, aku bukan lagi
bergelar penuntut. Dengan berakhirnya sem itu, maka berakhirlah kehidupanku sebagai
penuntut universiti. Bila ingat-ingat, rasa sedih pulak nak meninggalkan campus? life... .
Lepas nih, aku bukan penuntut lagi, tapi, pekerja, eh..cop, belum lagi, sekarang ni, aku
penganggur!
?Ya Allah minah ni! Dah le bangun lambat, dah bangun, berangan plak! Sambung mimpi ke
apa nih!?,Adikku membising lagi.
?Ei!! Blah la! Menyibuk je kau nih...?,Lantas aku bangun mencapai tuala ungu ku yang
tergantung kemas, dan aku melangkah ke bilir air.
?Akak!?,Aku dengar adikku menjerit pula dari luar.
?Pemenda? Aku nak mandi la nih!?,
?Aku nak kuar dengan Johan ni! Kau duduk rumah tau! Ibu nak balik awal hari ni! Karang tak
ada orang kat rumah, dia marah! Jaga umah tau!?,
Cepat-cepat aku membuka pintu bilik air.
?Dira!!?,Selamba, adikku keluar dari bilikku sambil melambai-lambai.
Kurang asam punya budak!! Nak keluar dating rupanya! Patutle bau wangi je minah tuh tadik!
Biasanya, dia memang pemalas mandi pagi. Sejenak, aku terkenang pula Johan yang adik aku
maksudkan itu. Teman lelaki adikku itu, bukannya asing lagi di kalangan keluargaku. Ibu dan
abah memang dah kenal. Iye le.., budak tuh gentleman, datang rumah, bagitau ibu dan abah
aku dia suka dengan Dira. Kagum gak aku dengan ke?macho?an mamat tuh! Tak silap aku,
Johan itu senior adikku setahun di Sekolah Sains Kota Tinggi dulu. Sekarang, dia menuntut di
UITM.
Aku geleng-geleng perlahan. Budak-budak kecik dah pandai nak bercinta!
Eh..., kecik ke? Apa lak kecik, tahun ini Dira dah berusia 21!
Hakikatnya, kakaknya ini aje yang dah tua, tapi, masih jugak tak ber?boypren?! kira-kira, dah
banyak jugakle umur aku nih. Tahun ini, genap umurku 23. Ibu dah banyak kali berkias-kias.
Agaknya, ibu risau anak dara yang sorang ni jadik andartu agaknya. Ye lah, zaman sekarang
nih, umur-umur aku nih sepatutnya dah berdua. Kalaupun belum berkahwin, sekurang-
kurangnya, calonnya dah ada. Tapi aku?
Entahlah, aku sendiri tak mengerti mengapa sukar benar hati ini untuk membenarkan rasa
cinta itu hadir. Bukan tak pernah, pernah juga. Sekali di MRSM Pengkalan Chepa dulu,
tingkatan lima, aku main cinta dengan presiden maktab. Hebat tak hebat! Namun, cinta kami
tak berkekalan, masuk ke Universiti, masing-masing dengan haluan masing-masing. Aku ke
UTM, membuat ijazah pertamaku dalam bidang chemical engineering, dia pula, ke UIA,
mengambil perundangan. Alih-alih, dia main kayu tiga dengan coursemate nya. Pedih jugak
rasanya masa tuh, tapi, tak lama mana pun, kerana aku sendiri rasa, kami tak serasi! Di UTM
pun, bukannya tak ada yang nak ngan aku nih, ramai aje yang menawarkan diri menjadi
teman. Maklum aje lah, course aku tuh memang ramai budak lelaki! Tetapi, entah mengapa,
hati tak terbukak pulak!
GRENGGG!!! Aku tersentak. Mengurut dada perlahan. Hish.., ada aje yang nak mengejutkan
aku! Nasib baik tak kena heart attack!
Mendengar bunyi aktiviti ?drilling? itu, aku mengeluh perlahan. Pasti tak aman rumah hari

nih... Orang sebelah renovate rumah lagi...
???? ??

?Adoi!?,Aku menjerit apabila minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam itu melompat
ke tanganku.
?Hish, kena sikit dah menjerit-jerit!?,Dira mengejek.
?Banyak cakap, buat la!?,Dira gelak-gelak. Ibu yang sedang menyiang ikan siakap yang
hendak dibakar menggeleng-geleng.
?Korang nih, bukannya menolong ibu tau! Pening lagi ada! Kalau dua-dua kat kampus, ibu
tenang je masak sorang-sorang!?,Aku tahu, ibu sengaja berkata begitu. Hakikatnya, memang
dia rindu dengan dua orang anak daranya nih! Mm.., bagus jugak idea kerajaan ?standard?
kan masa cuti semua IPTA seluruh negara. Boleh la, adik-beradik yang menuntut di lain-lain
universiti cuti bersama.
?Kalau macam tuh, Dira ngan akak tak yah tolong ibu lah! Ibu buat sorang ek? Tenang
sikit!?,Adik aku mengusik.
?Itu namanya cekelat! Dah ada kat umah kena la tolong ibu!?,
Aku dan Dira sengih-sengih.
?Ibu.., betul ke Kak Long pregnant lagi bu??,Aku buka mulut bertanya tentang kakak iparku,
isteri kepada abang sulung kami, kini menetap di Klang.
?Ha?ah.. . Tu yang abang Long kamu nak datang tuh..?,
?YehYeh! Tak lama lagi dapat anak sedara baru lagi...?,Dira bersorak gembira. Memang dia
rapat benar dengan Hakim, anak sedara sulung kami. Kalau balik ke sini, melekat si Hakim
dengan Acu nya ini. Dengan kehadiran anak sedara baru ini, pasti keadaan makin ceria.
?Abang Long dah nak masuk dua dah anak.... . Anak ibu yang sorang tuh entah bila
pulak..?,Aku sedar, ibu memerliku. Lantas aku sengih.
?Sapa bu? Dira? Mm..., kawinkan dia ni cepat bu! Dah gatal sangat dah!?,
?Eh..hello! Tak sedar ke ibu tengah cakap pasal kau!?,
Aku gelak-gelak. Gelihati melihat wajah Dira yang cuak juga, takut disuruh kawin segera.
?Ala bu..., relaks la.. . Akak baru abis belajar! Nanti-nanti la..?,
?Kau jangan nanti...nanti, akak! Umur tuh bukannya makin sikit! Kurang-kurang, kenalkan la
dengan ibu, kawan kau! Tak le ibu nih susah hati kau tuh tak ber?boyfriend?!?,
Aku mencebik.
?Biar bu! Dia nak jadik andartu agaknya!?,
?Hei, mulut tuh jangan celupar!?,Dira jelir lidah kepadaku, kemudian gelak kecil.
?ADIK!?,Dari depan, terdengar abah melaung memanggil Dira. Di rumah ini, Dira dipanggil
dengan dua nama. Aku dan ibu, memanggilnya Dira, tetapi, lain pula dengan abah dan Abang
Long yang memanggil dia adik.
?Hah..pegi depan tuh! Abah panggil! Semak je kau kat dapur nih..?,
Dira merungut sendirian, sambil berjalan ke abah yang sedang mengemas tamannya di
hadapan. Aku sengih. Padan muka!
?Akak.., ingat tak kawan ibu, Aunty Hani tuh..?,
Aku kerut kening sedikit, mengingat orang yang ibu maksudkan.
?Yang mana bu??,
?Yang duduk kat Taman Permata tuh.. . Anaknya kawan kau masa form 1 kat sekolah sini
dulu..?,Aku diam sejenak. Membayangkan wajah sahabat ibu. Hani? Taman permata?
?O..., mak si Apiz??,
?Ha..., baru ibu ingat, Hafiz nama anaknya..?,
?Ingat..ingat! Kenapa, bu??,
?Hafiz tuh, baru balik dari UK. Dia belajar kat sana, amik engineering jugak tak silap ibu..?,
Dalam tak diam, aku sudah dapat menangkap maksud ibu. Aku lantas diam. ?Esok dia ada
buat makan-makan sikit, raikan Hafiz. Akak ikut ibu pergi ye? Boleh jumpa Hafiz sekali..?,
Aku mencebik. Hafiz, mm, aku bukannya kenal sangat dengan budak tuh. Sekejap aje kami
sekelas masa form 1. Lebih kurang dua minggu, dia ditawarkan ke MCKK.
?Buat apa akak ikut? Malas la bu... . Segan la akak. Dah tua-tua pun.., ikut ibu sana-sini. Ibu
pergi ngan abah je la..?,
Ibu yang sedang membuka api untuk membakar ikan siakapnya memandang ku tajam.
?Ok..la..ok la..! Orang ikut...?,
Kalah dengan pandangan ibu, terus sahaja aku bersetuju dengan ajakan ibu.

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...