You are on page 1of 11

BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF ARAHAN : Tiap-tiap soalan berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.

Sila pilih satu jawapan yang terbaik sahaja.

1. Petempatan awal manusia adalah di persekitaran _____________, kawasan lapang, dan pinggiran sungai atau tasik. A. hutan B. gua C. lombong D. gurun

2. Manusia awal hidup _________ untuk mencari makanan dan tempat perlindungan. A. bercucuk tanam B. beriang gembira C. berpindah-randah D. berdolak-dalik

3. Ketika cuaca panas, apakah aktiviti yang boleh dilakukan? A. bermain layang-layang B. bermain bola sepak C. menjemur pakaian D. menyapu sampah

4. Manusia memerlukan rumah untuk berlindung daripada cuaca __________ dan ancaman binatang buas. A. baik B. buruk C. selesa D. biasa

5. Antara yang berikut, rumah manakah yang tidak terdapat di negara kita? A. Tupik B. rumah teres C. rumah bagan D. kondominium

6. Dari segi keadaan ________ , rumah dibina mengikut ketinggian tanah dan diubah suai agar tidak rosak akibat cuaca buruk. A. negeri B. muka bumi C. struktur D. reka bentuk

7. Apakah kegiatan ekonomi yang boleh dilakukan di kawasan tanah pamah? A. penanaman teh B. kegiatan perindustrian C. Penangkapan ikan laut dalam D. pembinaan empangan hidroeletrik

8. Antara yang berikut, kawasan manakah yang menjdai tumpuan penduduk? A. kawasan tanah pamah B. kawasan pedalaman C. kawasan tanah tinggi D. kawasan paya

9. Rumah yang dibina lebih daripada lima tingkat haruslah mempunyai kemudahan _______. A. lif B. tangga C. taman permainan D. tempat letak kereta

10. Rumah yang dibina di pinggir laut dan di tebing sungai akan dibina dengan menggunakan tiang yang ______. A. berwarna-warni B. kukuh C. bercorak D. tinggi

Rumah jenis ini diduduki oleh banyak keluarga dan banyak terdapat dikawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. 11. Merujuk kepada penerangan di atas, rumah yang dijelaskan ialah _______. A. rumah kampung B. rumah panjang C. rumah Minangkabau D. rumah pangsa

12. Semua jenis rumah yang dinyatakan adalah rumah moden kecuali A. rumah pangsa B. rumah banglo C. rumah panjang D. rumah teres

13. Antara yang berikut, kawasan manakah yang paling kecil? A. kampung B. mukim C. daerah D. negeri

14. Di negeri Selangor pentadbiran bagi sesebuah mukim diketuai oleh _______. A. ketua kampung B. penghulu C. penggawa D. ketua daerah

15. Rumah jenis ini dibina di kawsan Zon Sejuk. Rumahnya dibina daripada ketulan ais yang disusun dengan kemas dan padat. Rumah yang dimaksudkan ialah ________ A. khemah B. ran C. iglu D. gua

16. Pulau Redang dan Pulau Kapas di Terengganu terkenal sebagai ____. A. kawasan pertanian B. pusat pelancongan C. kawasan perindustrian D. tapak perlombongan

17. Iklim di Malaysia dikenali sebagai iklim _______. A. tropika B. khatulistiwa C. sederhana D. medittranean

18. Merupakan rumah terapung yang dapat bergerak mengikut paras air dan dibina di sungai dan di laut. Rumah yang dinyatakan ini ialah A. rumah panjang B. rumah rakit C. rumah kutai D. rumah banglo

19. Pasangan manakah yang salah? A. Ibu - Mendidik dan mengasuh anak-anak. B. Ayah - Menjaga keselamatan keluarga C. Anak - Mencari rezeki D. Nenek - Memasak

20. Pilih daerah yang terdapat di negeri Perak A. Kinta B. Hulu Terengganu C. Klang D. Kangar

21. Siapakah jiran kita ? A. saudara-mara dan kaum keluarga kita B. orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita C. sahabat kita D. pengusaha kedai makan

22.

Pak Cik Soh

Mak Cik Nab

Adam

Mariam

Aziz

Ziana

Zaki

Siti

22. Hubungan Zaki dengan Siti adalah sebagai__________ A. cucu B. anak tiri C. sepupu D. anak saudara

23. Kemudahan-kemudahan yang berikut biasanya terdapat di kawasan bandar kecuali__________ A. balai raya B. balai polis C. hospital D. pasar raya

24. Apabila mengunjungi ke rumah seseorang, kita harus__________terlebih dahulu. A. memberi salam B. membuka kasut C. mengetuk pintu D. berjabat tangan

25. Yang berikut merupakan ruang di dalam rumah kecuali __________ A. bilik stor. B. Ruang tamu. C. Bilik tidur. D. Garaj.

26. Pernyataan yang berikut adalah benar kecuali _ A. rumah merupakan salah satu keperluan asas manusia yang utama. B. Kegiatan ekonomi mempengaruhi reka bentuk rumah di kawasan luar bandar. C. Rumah-rumah di bandar biasanya di kelilingi pelbagai kemudahan untuk para penghuninya. D. Rumah-rumah di kawasan luar bandar dibina dengan menggunakan bahan-bahan binaan setempat.

27. Apakah faktor yang mendorong kawasan pembinaan rumah pangsa di kawasan Bandar? I tanah terhad

II kesesakan bangunan III kepadatan penduduk IV tanah yang bergunung-ganang A. I dan II B. II dan III C. I, II dan III D. I, II, III dan IV

28. Kebersihan rumah dan persekitarannya adalah epnting untuk _______. I keselesaan

II kesejahteraan III keceriaan IV kesihatan

A. I, II dan III B. I,II dan IV C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

29. Apakah tanaman yang sesuai ditanam di kawasan tanah pamah? I teh

II padi III nanas IV kelapa sawit

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

30. Di antara bandar berikut, yang manakah mempunyai kepadatan penduduk yang hampir sama? i- Kuala Lumpur ii- Johor Bahru iii- Ipoh iv- Tanjong Malim

A. I,II dan IV B. I,II dan III C. II, III dan IV D. I dan IV

BAHAGIAN B : SOALAN SUBJEKTIF

A. Pilih jawapan berdasarkan pilihan yang disediakan dan hitamkan pada kertas jawapan ( OMR ) anda.

A ) Rumah bumbung panjang B ) Rumah Minangkabau

C ) Rumah perabung lima D ) Rumah Melayu Melaka

31 32 33 34 35

Melaka Kedah Negeri Sembilan Kelantan Perlis

B. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul dan hitamkan pada kertas jawapan ( OMR ) anda.

A ) berinteraksi B ) cuaca

C ) kebersihan D ) beristirehat

36. Bilik tidur membolehkan kita __________ tanpa gangguan.

37. Rumah dapat melindungi keluarga kita daripada __________ panas dan hujan.

38. Fungsi ruang tamu ialah menyediakan tempatuntuk kita __________ dengan mesra.

39. Cara menjaga __________ rumah adalah seperti menyapu sampah dan mengelap tingkap.

40. Kita boleh melakukan pelbagai perkara apabila __________ panas.

C. Nyatakan kawasan berdasarkan definisi yang diberi dan hitamkan pada kertas jawapan ( OMR ) anda.

A ) bandar B ) daerah

C ) negeri D ) negara

41. Kawasan yang terdiri daripada beberapa buah negeri.

42. Kawasan yang terdiri daripada beberapa mukim.

43. Kawasan yang terdiri daripada beberapa buah daerah.

44. Kawasan yang terdapat banyak penduduk.

45. Kawasan yang terdapat banyak kawasan perindustrian.

D. Nyatakan sama ada pernyataan berikut BENAR atau SALAH. Tandakan A bagi pernyataan yang BENAR dan B bagi pernyataan yang SALAH pada kertas jawapan ( OMR ) anda.

BENAR SALAH

A B

46. Cuaca bermaksud keadaan udara di sesuatu tempat bagi suatu masa tertentu.

47. Suhu di kawasan tanah tinggi lebih tinggi jika dibandingkan dengan suhu kawasan tanah rendah.

48. Keadaan cuaca yang dialami oleh Malaysia telah mempengaruhi pekerjaan penduduk setempat.

49. Kuil adalah tempat beribadat bagi penganut beragama Hindu.

50. Rumah-rumah di kampung dibina secara terancang.

KERTAS SOALAN TAMAT


Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

(Mohamad Iqbal B. Kamudin) Guru Kajian Tempatan Tahun 4 SK Putrajaya Presint 11(1)

.. (Fatimashura Bt. Yaacob) Guru Kajian Tempatan Tahun 4 SK Putrajaya Presint 11(1)

(Zaharah Bt. Simat) Penolong Kanan Akademik SK Putrajaya Presint 11(1)

You might also like