You are on page 1of 8

UNIT 4 MEMBRAN SEL

4.0 Sistem Membran Pada Sel Membran sel eukariot terdiri dari 2 lapisan fosfolipid dimana terdapat kolestrol dan berbagai protin terbenam pada bahagian-bahagian tertentu membran tersebut. Fosfolipid dan kolestrol merupakan asas struktur membran, sementara protin mempunyai tugas-tugas khusus seperti membantu pengangkutan molekul-molekul merentasi membran sel. Selain membran sel, organel-organel lain dalam sitoplasma (retikulum/jalinan endoplasmik, sampul nukleus, kompleks Golgi, karung-karung membran seperti vesikel, dan sebagainya) juga terdiri daripada dwilapisan fosfolipid. Dengan itu, bahagian-bahagian dalaman sel sebenarnya mempunyai sistem perhubungan antara satu sama lain melalui sistem mebran sel. 4.1 Menbran sel Membran sel terdiri daripada dwilapisan fosfolipid. Struktur kimia molekul fosfolipid ialah satu kawasan hidrofilik (kepala) dan 2 unjuran susunan kimia yang hidrofobik (sepasang ekor).

4. 1

Satu unit lapisan fosfolipid secara terperinci:

Lihat gambarajah dibawah yang menunjukkan perletakan membran sel. Perhatikan kedudukan kolestrol, glikoprotein, glikolipid, protein reseptor, protein pengcam dan protein pengangkut pada membran berkenaan. Bahan-bahan ini memainkan peranan dalam mebantu pengangkutan melalui membran.

4. 2

Tugas utamanya ialah membentuk sempadan luar sel. Membran plasma (juga disebut membran sel), adalah struktur yang kompleks. Walaupun tugasnya ialah memisahkan sitoplasma daripada bahagian luar sel (yang umumnya terdiri daripada cecair ekstrasel), ia juga membekalkan system pengangkutan untuk sebahagian bahan-bahan supaya dapat masuk ke dalam sitoplasma. Geraklakuan yang demikian menyebabkan ia disebut sebagai mempunyai ciri separa-telap.

4.2 Pergerakan masuk-keluar bahan melalui membran sel Membran sel merupakan sempadan dimana molekul-molekul tidak boleh bergerak sewenangwenangnya. Di sepanjang membran sel sentiasa terdapat berbagai bahan dalam bentuk molekul atau zarah, pepejal atau cecair, yang berlegar-legar mencari ruang untuk masuk kedalam sel atau keluar daripadanya. Namun, tidak semua bahan boleh meresap masuk dengan mudah; sebab itulah membran sel dikatakan bersifat separa telap. Umumnya, bahan-bahan daripada luar adalah gas (seperti oksigen, O2), ion dan nutrien yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti sel. Bahan daripada dalam pula terdiri daripada gas karbon dioksid (CO2), hasil kumuhan, ion dan berbagai lagi untuk dinyahkan keluar daripada sel. Pergerakan bahan keluar masuk sel terdiri daripada 2 jenis: 1. pengangkutan pasif 2. pengangkutan aktif 4.2.1. pengangkutan pasif Pengangkutan pasif ialah bentuk pergerakan molekul yang tidak memerlukan tenaga apabila merentasi membran sel dan halaju pergerakan bergantung kepada kecerunan kepekatan disebalik sempadan membran tersebut. Terdapat 3 bentuk pengangkutan pasif, iaitu (i) resapan mudah (ii) resapan berbantu melalui terusan protin (iii) resapan berbantu melalui perlekapan dan (iv) osmosis. i) resapan mudah : Antara bahan-bahan yang merentasi membran plasma melalui resapan mudah ialah air, gas dan molekul yang telap lipid. Melalui cara ini, pergerakan bahan berkenaan adalah mengikut arus (pasif). Kadar pergerakan resapan bergantung pada kecerunan kepekatan/tekanan/cas berkenaan. bahan

4. 3

Umumnya, pengangkutan pasif berlaku pada situasi dimana terdapat air, walaupun amat sedikit, kerana air merupakan medium pergerakan. Pengangkutan cara ini dikatakan berlaku apabila sesuatu bahan atau molekul atau zarah (di dalam cecair tertentu) akan bergerak mengikut kecerunan kepekatan, kecerunan cas, tekanan dan sebagainya. Lihat gambarajah dibawah dimana anak panah merah menunjukkan pergerakan mudah dari luar dalam membran sel.

Gambarajah ini menunjukkan resapan mudah melalui dwilapisan fosfolipid pada membran. Air, gas dan molekul telap-lipid dapat meresap secara terus melalui membran ini. iia) Resapan berbantu melalui protin terusan: Hanya beberapa jenis molekul sahaja yang dapat melakukan resapan mudah. Bahan-bahan yang telap air, seperti ion (K+, Na+, Ca2+) asid amino dan monosakarid tidak dapat melepasi dwilapisan fosfolipid ini. Ia memerlukan suatu mekanisma bantuan untuk membawanya melepasi membran. Bantuan ini didapati daripada protin terusan yang terdapat secara berselerak terbenam dicelah-celah struktur membran. Protin terusan akan membuka ruang/ pori untuk memebenarkan molekul yang telap air (terutamanya ion yang telap air) melalui terusannya dan sekali gud telah elintasi membran. Lihat gambarajah dibawah:

4. 4

Bahagian luaran

Bahagian dalaman

iib) Resapan berbantu melalui perlekapan pada protin pembawa : Protin pembawa yang terdapat pada membran mempunyai tapak pelekap untuk bahan-bahan tertentu seperti asid amino, gula dan protin yang kecil. Bahan-bahan tersebut akan melekapkan diri pada pada protin pembawa.Untuk meneruskan pergerakan bahan, protin pembawa akan mengubah bentuknya supaya bahan-bahan terlekap akan tertelus daripada bahagian pemula kepada bahagian akhir protin terseburt. Bentuk pelekapan adalah lemah, dan ia mudah terurai apabila bahan-bahan telah masuk ke bahagian dalam sel. Protin pembawa, yang mulanya bertukar bentuk, akan balik semula kepada bentuk asal selesai membawa bahan-bahan tersebut. Sila lihat ganbarajaw dibawah menghenai resapan berbantu melalui perlekapan pada protin pembawa:

4. 5

iii) Osmosis: Air, seperti juga molekul-molekul lain, bergerak melalui resapan daripada kawasan yang tinggi kepekatan air kepada kawasan yang rendah kepekatannya. Resapan air melalui membran separa telap dan mengikut kecerunan, memerlukan tenagqa sel. 4.2.2 Pengangkutan aktif Pengangkutan aktif merupakan pergerakan yang melawan arus; yakni jenis melawan kecerunan kepekatan. Denagn itu, ia memerlukan tenaga (yang terdiri daripada Adenosine Trifosfat atau ATP) untuk menggerakkan bahan-bahan melalui membran plasma. Umumnya, bahan-bahan ini terdiri daripada molekul-molekul bersaiz besar seperti protin-protin tertentu dan mikroorganisma. Bahan-bahan ini bergerak merentasi membran sel melalui salah satu daripada 2 bentuk utama pengangkutan aktif - (i) endositosis, atau (ii) eksositosis. dipanggil osmosis. Bahan-bahan terlarut merendahkan merendahkan kepekatan molekul air bebas. Osmosis tidak

i.

Endositosis: Walaupun membran plasma merupakan susah untuk ditembusi, zarah-zarah besar, protin-protin malah keseluruhan mikro organisma seperti bakteria, masih berupaya masuk kedalam sel. Bahan-bahan ini menelusi proses kemasukan yang sukar yang di panggil endositosis (bahasa Yunani bermakna masuk kedalam sel). Semasa endositosis, membran plasma mula2 sekali akan merangkumi partikel tersebut, memencil dan seterusnya membentuk suatu karung membran yang dipanggil vesikel dengan partikel tersebut terperangkap didalamnya. Dalam keadaan inilah vesikel masuk kedalam sitoplasma. Terdapat 3 jenis endositosis,

4. 6

berdasarkan saiz bahan tersebut dan cara ianya dibawa masuk. Ketiga-tiga jenis tersebut ialah pinositosis, endositosis berbantu mediator dan fagositosis.

(ia) pinositosis ialah pergerakan yang membawa masuk bahan cairan, khususnya cecair ekstrasel. Mula-mula sekali, membran plasma akan membentuk lekuk pada suatu kawasan di lapisan membran. Lekuk ini menjadi semakin mendalam, dan akhir sekali lekukan tersebut akan membentuk vesikel yang mengandungi cairan. Melalui vesikel inilah cecair ekstrsel dibawa masuk ke dalam sel.

ib) endositosis dibawa oleh reseptor Exositosis jika pergerakannya menghala dari dalam sel kearah luar sel. Proses yang sama.

4. 7

(ii) Fagositosis: dilakukan oleh sel darah putih dan organisma peringkat tinggi. Organisma peringkat rendah melakukannya secara sendiri. Proses adalah sama kecuali vesikel terbentuk adalah terdiri dari Kompleks Golgi (bukan membrane plasma) dan pergerakkannya adalah mengarah ke bahagian luar sel (proses ektositosis).

4. 8

You might also like