You are on page 1of 33

WACANA

AYAT

KLAUSA

FRASA

KATA

MORFEM

FONEM

iii) Elipsis juga dapat dikatakan sebagai penggantian kosong, iaitu sesuatu yang ada tetapi tidak diucapkan atau dituliskan.
iv) Contoh: Remaja A: Sekarang kamu belajar di mana?

Remaja B: Institusi Bukit Mertajam. (Sepatutnya, Sekarang saya belajar di Institusi Bukit Mertajam.)

Remaja A: Sejak bila? (Sepatutnya, Sejak bila kamu belajar di situ?)


Remaja B: Tiga bulan lalu. (Sepatutnya, Saya belajar di situ sejak tiga bulan yang lalu.)

Penanda Penghubung.
i) Berfungsi menjalinkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa, dan ayat dengan ayat.

ii) Contoh untuk mengetahui bagaimana penanda penghubung menjalin semua yang dinyatakan itu: Gejala bahasa rojak turut menular melalui rancangan-rancangan hiburan. Dalam hal ini, rancangan yang paling ketara banyak merojakkan bahasa Melayu ialah drama dan siri komedi tempatan yang sengaja merojakkan bahasa Melayu dengan alasan untuk memperlihatkan reality masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, dalam siri komedi tempatan, kita sering mendengar kata-kata atau ungkapan-ungkapan seperti cubaterai, you ni teruk la, I punya motor buat trouble, brek no eat, What la you ni, dan sebagainya. Ungkapan-ungkapan seperti ini memberikan kesan negatif terhadap penggunaan bahasa anak-anak muda kerana merekalah golongan yang kerap menonton rancangan hiburan seperti ini.

Maklumat

Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang semula dalam konteks yang berikutnya.

Maklumat baharu ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan anggapan pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.

Penanda Wacana

Penanda wacana merupakan kata, rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian, hujah, dan buah fikiran.
Penanda wacana penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan. Contoh dan fungsi penanda wacana yang kerap digunakan: Contoh penanda wacana Selanjutnya,Seterusnya,Selain itu,Di samping itu, Begitu juga, Demikian juga, Tambahan lagi. Lebih-lebih lagi,tambahan pula,malah,malahan,bahkan,lagipun.

Fungsi Tambahan Tambahan dan penegasan Pertentangan

namun,namun begitu,namun demikian,bagaimanapun,walau bagaimanapun,walaupun demikian,akan tetapi,sungguhpun begitu. Sebab dan kesan Oleh sebab itu, Oleh itu,Justeru,Dengan itu,Dengan ini,Dengan atau lanjutan demikian,Oleh yang demikian,Jadi,Sebagai akibatnya,Sebagai hasilnya.

Fungsi Perkaitan

Waktu

Tempat

Perbandingan
Contoh Penyataan semula Urutan

Contoh penanda wacana Sehubungan dengan itu,Dalam hal ini,Berhubung dengan,Berkaitan dengan,Dari segi,Dari sudut,Dari aspek,Seiring dengan,Sejajar dengan,Selaras dengan,Merujuk kepada. Sebelum itu,Sebelum ini,Kini,Pada masa ini,Sementara itu,Selepas itu,Setelah itu,Beberapa minit kemudian,Kemudian,Pada waktu yang sama,Lama-kelamaan,Lambat-laun,Pada mulanya,Akhirnya. Di sini,di sana ,di samping,berhampiran dengan,bersebelahan dengan,bertentangan dengan,berdekatan dengan. Lain halnya,seperti,dalam hal yang demikian,sebagaimana,seperti juga,serupa dengan,sesuai dengan,sama juga dengan. Sebagai contohnya,misalnya,sebagai contoh,contohnya.
Iaitu,yakni,dengan kata lain. Pertama,Kedua,Ketiga,Selepas itu,Kemudian,Kemudian daripada itu,Akhirnya.

Fungsi Tujuan dan maksud Harapan Pendahuluan Rumusan Singkatan Generalisasi Penekaan atau penegasan Bahasa klasik

Contoh penanda wacana Untuk tujuan ini,Untuk maksud tersebut,Hal ini bermaksud,Hal ini bermakna,Hal ini bererti,Hal ini membawa pengertian,Maksudnya. Semoga,moga-moga,mudah-mudahan Sebagai pendahuluan,Sebagai permulaan,Mulanya,Pertamanya,Yang pertama,Sebagai mukadimah. Kesimpulannya,Sebagai kesimpulan,Akhir kata,Sebagai penutup,Sebagai rumusan,Secara keseluruhan. Ringkasnya,Pendek kata,Secara ringkas. Pada umumnya,Secara amnya,Secara umumnya. Sesungguhnya,Sebenarnya,Sememangnya,Tegasnya,Sewajarnya,Tentulah, Pastilah,Nyatalah, Jelaslah,Tidak dapat dinafikan,Tidak dapat disangkal. Hatta,Maka,Syahadan,Adapun,Alkisah,Kalakian,Sebermula,Sekali peristiwa,Arakian.

Jenis Jenis Wacana


Secara umumnya wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: Wacana Lisan Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, iaitu melibatkan pembicara dan pendengar. Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ini ialah komunikasi interaktif, iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan pembicara dan pendengar secara langsung. Pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara, gerak badan dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar.

Biasanya dalam wacana lisan, pembicara akan mendapat respons daripada pendengar pada ketika itu juga.
Contoh wacana lisan: perbualan, temu ramah, ceramah, khutbah, pidato, dan siaran televisyen atau radio.

Wacana Tulisan
Wacana lisan ialah wacana yang disampaikan secara bertulis.

Wacana tulisan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.


Komunikasi yang terlibat ialah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu arah. Penulis tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Contoh wacana tulisan: tulisan-tulisan yang terdapat di dalam akhbar, majalah dan buku.

You might also like