Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2011
3
bahawa, pancaindera penglihatan berupaya memproses 4,300,000 maklumatmanakala pancaindera pendengaran berupaya menerima 50,000 maklumat.
PERNYATAAN MASALAH
Seperti yang telah dinyatakan oleh Mok Soon Sang (2000), mata pelajaranKemahiran Hidup merupakan mata pelajaran yang memerlukan murid untukmelakukan kerja-kerja amali atau projek. Sebelum melakukan kerja-kerja amali,murid-murid harus faham dan teliti dengan setiap susunan langkah-langkah yangbetul untuk menjalankan kerja-kerja tersebut. Oleh itu, kajian untuk mengatasimasalah ini menggunakan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) perlu dilaksanakan.
FOKUS KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pencapaian murid Tahun 5Cerdik SK Penagatan Keningau dalam mata pelajaran Kemahiran Hidupmenggunakan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi), seterusnya untuk membaikiamalan pengajaran saya menerusi persepsi murid terhadap gaya pengajaran yangdigunakan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk :i. Mengenalpasti adakah penggunaan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi)dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaranKemahiran Hidup.ii. Mengenalpasti persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaranKemahiran Hidup selepas intervensi dijalankan.
PERSOALAN KAJIAN
Terdapat tiga persoalan dalam kajian ini iaitu :i. Adakah penggunaan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) dapatmeningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran KemahiranHidup?ii. Adakah penggunaan kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) dapat menarikminat murid terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup?