You are on page 1of 6

Teori Pembelajaran Matematik - Teori Kognitif

Jean Piaget: Peringkat-Peringkat Perkembangan Kognitif Menitikberatkan pembelajaran konsep dari matematik dan sains contoh yang paling baik bagi aktiviti pemikiran. Kebolehan belajar seseorang individu adalah terbatas oleh peringkat-peringkat perkembangan kognitif mengikut susunan kronologi pertumbuhan fizikal dan ciriciri setiap peringkat. Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget 1. Peringkat motor-deria Masa lahir sehingga 2 tahun Kanak-kanak menyedari adanya objek dan hubungan antara objek-objek melalui pengalaman Contoh: Kanak-kanak mengetahui bola yang disembunyikan di sebalik sesuatu masih ada di situ walaupun tidak kelihatan.

2.

Peringkat Pra-Operasi 2 7 tahun Kanak-kanak mula menggunakan simbol dan bahasa untuk melambangkan konsep

Namun, masih bersifat egonsentrik(terpusat kepada diri sendiri) terhad dan berat sebelah Contoh: Kanak-kanak tidak dapat menentukan bilangan objek-objek yang diasingkan

3. Peringkat Operasi Konkrit 7 11 tahun Beberapa konsep matematik telah dapat dikuasai misalnya jisim, panjang dsb. Namun, pemahaman konsep masih bergantung kuat kepada objek yang konkrit Contoh: Pelajar dapat mengira bilangan nombor dengan bantuan objek konkrit seperti batang mancis.

4. Peringkat Operasi Formal Menjelang umur 11 dan 12 tahun Boleh memanipulasikan konsep-konsep dalam fikirannya tanpa menggunakan objek yang konkrit Belajar melalui pengubahsuaian dengan persekitaran yang dipermudahkan oleh 2 proses: Asimilasi: mentafsir dan menyerap pengalaman baru Akomodasi: proses mengubah tingkah laku

Peringkat Pengekalan Pengekalan nombor Pengekalan cecair Pengekalan panjang Pengekalan luas Pengekalan berat Pengekalan isipadu

Implikasi Teori Piaget Terhadap P&P Matematik Pelajar dapat mengikuti dan menyesuaikan diri dalam proses pembelajaran melalui peringkat-peringkat tertentu pertumbuhan mereka.

Jerome Bruner: Struktur dan Pembelajaran Menghuraikan Bagaimana seorang kanak-kanak belajar Kunci masalah pembelajaran ialah struktur - terbahagi 2: - Struktur kognitif - Struktur tugas yang hendak dipelajari Tindakan pembelajaran yang wujud hampir serentak: - Asimilasi - Akomodasi - Membuat pertimbangan / keputusan - memberi pertimbangan kepada maklumat balik Teori Pengajaran Bruner - Cara belajar: 1. Menentukan kesediaan (pengetahuan sedia ada) Contoh: Sebelum belajar mengenai garis selari(Tingkatan 4), para pelajar sudah memahami tentang konsep kecerunan dan koordinat. 2. Penemuan struktur konsep (inkuiri penemuan) Contoh: Pelajar membina kefahaman tentang konsep garis selari; 2 garis dikatakan selari apabila mempunyai kecerunan yang sama. Tiga tahap pembelajaran;

Tahap 1: Kanak-kanak mesti mempunyai pengalaman konkrit guna benda sebenar Tahap 2: Tidak lagi menggunakan benda sebenar guna gambar-gambar / imej-imej Tahap 3: Kanak-kanak boleh mengendalikan angka-angka atau simbol-simbol.

Implikasi Teori Bruner Terhadap P&P Matematik Pelajar akan menemui dan memahami tentang konsep yang hendak dipelajari dengan lebih mendalam melalui pembelajaran secara berstruktur

Richard Skemp: Skema 2 peringkat penglibatan: 1. Manipulasi benda-benda konkrit 2. Bersifat mental atau abstrak berdasarkan pengalaman dari peringkat pertama. Murid mencapai kefahaman terhadap struktur matematik dengan memperkembangkan suatu skema mental yang mempunyai dua fungsi berikut: 1. Mengintegrasikan pengetahuan yang sedia ada 2. Sebagai suatu alat mental * Suatu skema yang tersusun rapi dapat membantu kanak-kanak mempelajari dan mengingat konsep dan kemahiran baru. Implikasi Teori Skemp Terhadap P&P Matematik Pelajar dapat belajar dengan bermakna dan memahami sepenuhnya struktur matematik

David Ausubel: Pembelajaran Bermakna 2 bentuk pembelajaran: 1. Pembelajaran penerimaan 2. Pembelajaran penemuan Ausubel menganggap pembelajaran penerimaan lebih efisien daripada pembelajaran penemuan. Menyampaikan fakta yang tidak berkaitan tidak dapat membina suatu struktur pembelajaran dan pemahaman yang sempurna. Ausubel menyarankan pengelola awal (advance organiser) digunakan.

Implikasi Teori Ausubel Terhadap P&P Matematik Sebelum pelajar diajar dengan lebih terperinci, pelajar telah menerima pandangan menyeluruh tentang topik tersebut.

Zoltan Dienes: Peringkat-Peringkat Pembelajaran Matematik Peringkat Pertama : Mencuba-cuba Peringkat Kedua : Menemui beberapa aturan yang mengawal situasi Peringkat Ketiga : pengabstrakan Peringkat Keempat : penggambaran Peringkat Kelima : persimbolan Peringkat Keenam : formalisasi Implikasi Teori Dienes Terhadap P&P Matematik Dengan bantuan bahan bantu mengajar, pelajar boleh memahami tentang peringkat-peringkat pembelajaran Matematik dari satu bentuk sistematik dan ringkas ke bentuk formal

Robert Gagne: Tatatingkat Pembelajaran 4 kategori: Syarat mutlak bagi pembelajaran i. Guru menentukan latar belakang murid sebelum sesi P&P

Jenis-jenis pembelajaran i. ii. iii. iv. v. Pembelajaran berkaitan berbahasa Pembelajaran perbezaan Pembelajaran konsep Pembelajaran petua Penyelesaian masalah

Syarat-syarat bagi pengingatan i. Adakah konsep itu relevan, stabil dan unik?

Analisis tugas i. Kedayaan / kemahiran yang dicapai pelajar sebagai hasil yang terpenting.

Implikasi Teori Gagne Terhadap P&P Matematik Pelajar dapat mengembangkan proses pembelajarannya secara peringkat demi peringkat agar mereka mudah memahami sebelum memulakan pembelajaran baru Kesimpulan Piaget mengesahkan bahawa cara yang paling baik untuk kanak-kanak belajar ialah melalui pengalaman konkrit dalam situasi bermain Dienes, Ausubel dan Gagne semuanya mempunyai penekanan kepada struktur dalam pembelajaran matematik.

You might also like